Hoh…mengantuk plak di siang2 hari tatkala bulan masih lagi tidak kelihatan.. Ni semua gara2 aku terbangun awal dari tido bangun ni…Kul 7++ dah terjaga, walhal aku semalam tido lewat, kul 4 pg kut…lepas bergayut dan lepas menyiapkan tag tersayang semaalam tu..haha
Pagi ni terjaga awal kes cer ber (buat2lh faaham eh)…sungguh lega sekali lepas detoks lagi..ni mesti kes aku minum Air Afiera yang sungguh manis dan masam semalam.. Oh ya, teringat pasal smlm, (masa nak bayar makan)..
Tokey Kedai (TK) : Adik beradik ek semua? Ramai eh..
Aku : Ha ah…adik beradik laa tu (dalam kepala aku..yerla, adik beradik aku yg ber6 semua ada)…tu makcik,adik mak..ni nak mintak no phone ni, nnti nak dtg bawak family lain lak.
TK: Meniaga ke?
Aku: (Senyum) ..Ade laa sket2..
Maklumlah regular customer, aku tau, mesti dah lama dia curious dgn kami…Alhamdulillah, rezeki Tuhan, bolehlaa kami makan sedap2 sebegitu… tapi kami memang xlupa okes pada golongan memerlukan.. Sebab kami pun asal2nya dulu sangat susah…kalau nak ingat2 balik, hurrm..masa tu, akulah anak paling derhaka* nakal ..hehe..kisah laama, xmoh laa ingat balik…Syukur sbb leh banyak bantu family skrg…Payback kisah lama dulu..
Sebab tu laa kalo tengok ibubapa sekarang yang nampak susah je, aku sangat berharap agar suatu hari nanti anak2 diorang dapat mengubah kehidupan itu. Selalulah aku terapkan perkara2 ni dalam kelas aku…Sambil mengajar, sambil bg kata2 perangsang pada mereka based on stories aku..
Heh, sedih lak kalo teringat kisah lama2 (mesti ingat arwah abah…huhuh)…nasib aku jadi orang sekarang…Kikiki…Now pun alhamdulillah, masing2 adik beradim dah ade life masing2…ade pendidikan walaupun masih lagi ade yang belum bekerja.. Berjaya mengubah kehidupan keluarga, memang rasa bangga! Kami bukannya berasal dr keluarga yang senang lenang, gaji arwah abah as askar masa tu pun bukan besar mana, menyara kami 6beradik yang usianya rapat2, bersekolah pada masa yang sama, dan sekolah lak jauh2…duk asrama..
Apapun, kami Bangga jadi anak abah ngan mama, membesarkan kami dulu dengan susah payah..Dan sekarang masa untuk kami membalas semuanya..Untuk arwah abah, doa kami panjatkan…Nanti satu hari, kita pasti akan bertemu lagi…di sana. (oh no, air mata nak meleleh)
ok…stop about that, apart of that, dapat khabar yang boleh nak digembirakan jugak hari ni..dan lebih bahagia kalo dapat dikongsikan kalau arwah abah ada… adik ai dah lepas interview dengan MAS (Malaysia Airline System) hari Khamis lepas. Oh no, bukan post Cabin Crew laa.. Technical supports. Tadi orang Mas call suh dtg Medical Checkup 24hb ni..Kalo lepas Medical Checkup (full med checkup ko!! dengan tahap kejantanan pun check…huhuh) barulah dapat kerja tu… Mudah-mudahan adik ai berjaya mendapat kerja tu. Aminnn…
Kesimpulan aku…USAHA LIF KEJAYAAN!!! Berusahalah sendiri untuk merubah kehidupan, bukannya mengharapkan takdir dan ihsan orang. Full stop!
__________________________________________________________
Original Post dan segala komentar ni di sini –> Bongkak
(nilah masalah kalo gatal tangan…post ni diselongkar dari cache dn republish on 28 Feb 2010)
____________________________________________________
» Read More...



