» Read More...
BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!! 
Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Diari hari ni…ohhh I’m sick again??
ShareKeputusan SPM 2009 ..ulasan subjek yang aku ajar… Belajarlah bersyukur….
ShareSalam geng..
Hari ini result SPM 2009 keluar. Semua calon SPM 2009 sama ada menitiskan air mata kegembiraan kerana bersyukur ataupun air mata kesedihan kerana kegagalan. Aku lak pagi-pagi lagi dah diminta lend my hand utk pengurusan result SPM 2009 as aku kan ex orang peperiksaan. Aku pun xkisah sebab semua kerja aku dah aku bereskan.PTK dan buku Panel PPG dah selamat sampai ke PPD.
Malam tadi aku ade laa dapat mimpi dan petunjuk.. Aku mimpi aku driving tengah malam, tapi tak pakai cermin mata , aku memandu memang membahayakan laa masa tu sebab xnampak dengan jelas..tapi akhirnya aku tetap sampai ke destinasi…dengan selamat! Aku rasa ada kena ngena dengan result ex students aku… betul tak? Baca bawah…
Kali ni memang dari awal lagi aku xde budget apa2, xde rasa nervous etc seperti aku menunggu result PMR 2009 hari tu.. gayanya melebihkan aku yang mengambil peperiksaan…kalo diikutkan target calon-calon SPM 2009 aku tu, memang sangat2 membahayakan..korang bayangkanlah kalo result xpernah nak lepas 25% ke atas untuk Addmaths, mostly bawah 10% tiap kali ujian..sebab tu lah aku hanya berniat, 5 orang LULUS pun aku dah bersyukur, kalau boleh nak semua laa kan…yang 5 orang ni lah yg biasanya area 20% masa ujian..
So, bila sambil2 uruskan result tadi, aku kelih2 result, alhamdulillah ade gak 5individu yang aku targetkan tu..memang itulah orang-orangnya.. LULUS. Aku rasa lega sebab at least bukan semua yang kantoi dengan prestasi diorang sebelum ni, dengan sikap too dependant on techers dan juga keluar dr dewan peperiksaan xsampai sejam kertas bermula..
Tapi sedih sangat bila KP aku macam xpuas hati sebab teruk…jawapan aku “Akak, tu kira patut bersyukur tu bukan semua GAGAL, 8 (aku 5, partner aku 3) tu kira ade jugak.. memang kalo ikutkan prestasi memang susah nk push diorang.” Pelik kan? lepas result baru nk sebok itu ini..sebelum result, masa test bulan2 dulu, kalo xpercaya, apsal ko xamek ajar je budak2 tu?
Memang aku rasa bengang lak bila macam ni…Yang cikgu2 lain pun, macam mengejek lak …Walaupun aku amek diorang masa diorang dah F5, tapi aku tetap terasa.. First time ngajar kelas peperiksaan, silibus pun kurang mahir, dengan beban kerja yang bertambah di saat akhir lagi (entry ni) Esok, kalo ade sesapa lagi nak argue ngan aku, memang aku akan lawan balik!! Perang lagik!!! haaaa… Anyway, tahun ni, aku akan buktikan!!! Calon SPM 2010 ni, akan lulus ADDMATHS !!! Calon SPM 2011 akan menaikkan prestasi ADDMATHS …at least 10 orang A! Tu cabaran untuk diri aku!
» Read More...
Hanya kerana seulas bawang, perang meletus??
ShareSalam geng…
Tak tahu macam mana nak mulakan untuk tulis entry ni sebab lama xtulis entry luahan perasaan..Eh, lama ke? Sebelum cerita lebih lanjut, layan gambar dulu..
~ adakah daku dah mula meniti di otak pemikiranmu :P
Hari ni mood aku masa kerja memang very okey..sebab kerja pun siap seperti planned.. perut pun sangat kenyang makan nasi air di kantin… (kalo kat Johor, bubur nasi dia memang aku suka sbb ade telur goreng ngan lobak masin) …so aku xde lah rasa nak marah orang ke apa hari ni….hati rasa tenang setenang air di kali biarpun aku tau esok result SPM 2009 kuar…
Tapi tadi aku marah sebab perancangan aku cuba dirosakkan.. Bila mana seorang tak menjalankan tanggungjawab dia..Bengang sungguh! Boleh plak mencebik tanpa rasa bersalah, bagi alasan yang langsung xde kena mengena ke apa…mau aku rasa xmarah? tapi apsal aku sebak??
Kisahnya.. hari ni memang aku banyak ke sana sini mendapatkan autograf 50 orang calon yang mendaftar PTK…dari semalam lagi, so hari ni ada laa dalam belas2 orang aku kejar..then siapkan bahan2 untuk penghantaran..
Masuk kelas tadi, memang dah janji ngan students untuk buat eksperimen hari ni, nak bagi diorang guna mikroskop… So hari ni memang eksperimen untuk tengok struktur sel pipi dengan sel bawang (Science Form 1 Chapter 2)…
Check2 barang, bawang xde dalam troli…Aku pun tanya Lab Assistant (LA) aku..
“Ingatkan Cikgu DaHLia bawak sendiri”
“Eh, apa pulak? kan saya dah tempah semua barang, xpernah pulak kena bawak sendiri..dulu saya buat pun, makmal yang sediakan”
Dia still ulang ayat dia yang pertama tu…dan cuba kaitkan dengan nama KB aku…saje nak kona2…hati aku lak memang dah bengkak..Aku paling xsuka bila perancangan aku buat dimusnahkan…
“Habis tu tak buat eksperimen lah saya hari ni? ”
Dia buat muka macam mengejek “Dah tu nak buat macam mana”
Aku dah bengang, tapi aku rasa sebak..Aku rasa sebak sebab aku terpaksa gak marah2 dia... Terpaksa menegur orang yang tua daripada aku..(beza umur 20tahun beb..muda kan aku??)
“Padahal dah 2minggu saya tempah, bukannya baru minggu ni. Hari Isnin pun dah confirm balik hari tu..”
“Awak kan tau akak xsihat dah berapa hari dah”
Dia cuba mintak simpati aku..padahal memang lah xsihat, tp kalo dah aku tengok dok santai2 jer, makmal pun xbersihkan ke apa ke, ingat aku ni buta? selama ni aku diam jer..
“Saya tau tu, tapi ni kan dah kerja akak.. akak yang kena siapkan semua…” Suara aku memang dah meninggi (tapi memang dalam keadaan sebak)…
Then, kebetulan ada lagi sorang LA datang, dia pun suruh LA tu pergi beli..tapi aku sempat laa mengeluarkan ayat pedas “Dah keja kita, buatlah” Pintu fridge aku hempas…
Memang selama ni aku bersabar je dengan LA sekolah aku ni selama 3 tahun, memang aku tahan je lagi walaupun cikgu-cikgu Sains lain ada bengang ngan diorang..aku je yang belum pernah krisis lagi xsilap aku.. Tapi kali ni aku marah jugak…Aku sebak sebab aku xsuka nak marah orang-orang lebih berusia dari aku, lagi2 plak yang tahap pemikiran tidak searas…sebab bagi aku xguna semua tu…
Ingat lagi mantan pengetua aku pun pernah pesan, xguna marah Group Sokongan ni….Tapi kali ni memang aku terpaksa…Dan aku memang takut untuk marah sb pas ni, jangan harap aku nak ada apa kaitan dah…Aku ni jenis berdendam ke?? Huhu..
» Read More...
Reveal Abang Hijau dan Abang Biru…Oh, aku dah serabut!!!!
ShareSalam geng…
DaHLia tengah berserabut sekarang ni..bukan sebab kes Antara Dua Abang Hijau ngan Abang Biru, tapi sebab……… korang baca jer lah…hoho
OK…pasal Misteri Abang HIjau dan Abang Biru, ramai yang dah dapat meneka dengan betul…seperti yang korang boleh nampak dalam blog aku skrg ni…
memang sebelum ni aku xbape layak utk bersama abg hijau ni tapi setelah memantapkan trafik aku… korang leh refer sini untuk tengok trafik aku setiap hari… :P
then, bila aku nak fill in the publisher form balik, dia leh cakap URL aku dah ada dalam sistem…sebulan gak laaa aku berdiam jer…nak mengarang Emel ke abang hijau tu…memang aku lemah bab2 nak mengarang ayat mengampu2 ni… nak tengok ayat aku?? miahaha…
- image removed takut kena ban dgn abg hijau tersayam -
dan 1 Mac (2hari sebelum tu kan hujung minggu), aku dapat emel cakap URL tu dah clear system…besh gile di hati masa tu…aku pun try laaa buat application lagi dan 2 hari lepas tu (3 Mac) approved…aku dapat ID ngan PW aku…erk nak kena bgtau ke? hahaha…since then aku rasa macam doubt laks…lagi2 lepas dapat emel tentang Projek Sulit 400 Nuffnang tu (sulit ke kalo semua orang dapat?? hoho…xrasa special pun…kikiki)
So, akhirnya aku juga rela mengorbankan status Geli-geli aku tu…mau xnya, semalam weh baru aku letak iklan, hari ni check akaun hijau, RMx.xx dah..hoho…kayo makcik kalo tiap2 bulan leh lepas duit topup pun jadiklaa…hehehe…
Dengan Biru skrg, aku nyer income dah kureng sbb iklan dah liat nak kuar kat blog aku ni…Korang pun rasa sama kan? Kalo dulu, siang pun leh men klik2 tp skrg ni, tengah mlam kul 12 baru nk bangun.apa kes? esok aku nak sekolah maaa…. limit aku hanya kul 1pagi jer…
p/s: aku serabut dengan template aku..korang serabut gak x?? aku ingat nk tukar yang 2column lak..korang ada suggestion x? tapi effect ke x erk PR nannti??
» Read More...
Akibat Perigi Cari Timba, Kini Aku di Persimpangan Dilema…Antara Abang Hijau dan Abang Biru…?
ShareHye geng.. just nak share some kecelaruan dalam hati ni…huuhu..
Nilah bahananya memberanikan diri menjadi seperti perigi yang mencari timbanya sendiri…Oh tidaklah, bukan aku terdesak di atas kedewasaan umurku yang hampir mencecah 30an ni…oh no!!!! Tapi mungkin kerana ketamakan dan sifat materialistik yang ada dalam diri seorang wanita lemah macam aku ni…huhuh..
Abang Biru : Mohd N
Abang Hijau : Encik I
(saja nk menyakat….warna apa korang baca?)
Mohd N dan Encik I …hensem kan kedua-duanya…lalala
Selama ni, memang Abang Biru yang menjadi pujaan hatiku..Sungguh segak dia di depan mataku dan memberiku satu kuasa untuk terus hidup di sini…Ku tahu, dia senantiasa menemaniku, membaca coretanku dari jauh (silent reader)… Setiap minggu pasti dia akan kirimkan wang untuk belanjaku..biarpun sedikit, tapi itulah, aku tetap bersyukur.. Aku ni hanyalah picisan di matanya, ramai lagi wanita2 cantik di sisinya berbanding aku yang gojes ni…Hinggakan dia kadang-kadang tidak nampak dan yakin dengan kesungguhanku setiap hari…Adakah kamu juga begitu? Walhal, setiap hari aku akan menatapnya, tapi dia seakan2 menganaktirikan aku…huh..seksanya bercinta denganmu Mohd N…mentang-mentang kamu HOT!!!
Iklan : Abang Biru bukan Melz ok…Abang Hijau bukan Daus ..diorang tu layak daku panggil adik jer :P
Sejak itu, aku rasa berjauh hati denganmu sayang…Merajuk? Ya, memang aku merajuk… Mentang-mentang ramai wanita dan lelaki (adakah kau gay sebenarnya Mohd N sayang?) di kelilingmu, kau tidak nampak aku yang kerdil ni (kerdil ke? besar jer aku rasa)… Dan mulalah, di penghujung tahun lepas, tatkala aku bersiar-siar di taman maya astakona, hatiku mula terpaut dengan abang berbaju hijau itu…Biarku kenalkan sebagai Encik I..
Inikah Abang Biru dan Abang Hijau yang dimaksudkan? Teruskan pembacaan :P
Yeah, aku mengaku, dia kelihatan lebih gagah berbandingmu… Sudah pasti dia mampu mengangkatku nanti (miahhaha…unsur gedik di situ)…berbanding dirimu yang agak comel itu..Biarpun dia memakai baju hijau (warna yang aku kurang gemari), demi wang ringgitnya yang banyak itu, aku rela serahkan segalanya… segalanya?? miahahahah…
Aku mula merubah diriku, menjadi seorang yang dikenali ramai, semata-mata untuk menagih kasih dan cinta dari Encik I…Alhamdulillah, ternyata dia membalas dengan penuh kasih sayang, biarpun banyak ranjau dan liku yang terpaksa ku tempuhi..Aku rela demi Encik I yang lebih kaya, mewah, pemurah dan gagah itu…(itu yang semua katakan…ku belum buktikan…hhehe)
Iklan: Lagu “ Antara Dua " oleh Farah Breep Breep
Bukan niat untuk ku menipu pada dirimu
Tak perlu kau fikir beban hidupmu
Bila kau sedari ceritaku yang sedih itu
Semuanya palsu belaka
Bukan niat untuk ku mengelak menjauhkanmu
Itu hanyalah rancanganku
Pasti kau fahami seandainya bisa kau tahu
Ada udang di sebalik batu
Terlalu lamakah hubungan yang kita bina
Seperti kau tahu ku pasang dua
Bukannya mudah melakukan segalanya
Untuk pastikan semuanya rahsia
Di sini aku meluahkan
Di sana aku permainkan
Tapi kedua-duanya istimewa bagiku
Di sini membahagiakan
Di sana tersangatlah tampan
Sukarnya bagiku untuk melupakan keduanya
Kesimpulan : Aku terpaksa menduakanmu….Maafkan aku , aku bukan player... :)
p/s: Tunggu entry seterusnya untuk aku reveal siapa mereka…Huhu….Maaf kalo ada yang mengenali mereka..Plsz jangan bagitahu ya (: Rahsia kita-kita aja… eh, korang nak aku reveal ke? Kalo cukup 10komen, baru aku reveal..kalo x, xmoh… biarlah rahsia bak kata Cikti
» Read More...
A to Z Blogger List..Ayuh, masukkan link kamu!! FOLLOWER ku, sila ambil perhatian!
Share» Read More...



