BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Berpisah dengan Abang Hijau, pindah rumah baru??

Share

Salam geng…
images 

DaHLia dah pindah rumah baru, rumah yang lebih tenang, bewarna hijau…Ops bukan Rumah Hijau oke…Ni semua gara-gara dan semata2 demi Abang Hijau…Oh no, kami bukanlah bersekedudukan…haram tu weh…hahaha…actuallly rumah yang DaHLia maksudkan ialah umah ni…Yang korang tengah lihat, kelih2, tenung2 sekarang ni…Seperti yang korang dah nampak since Khamis lepas lagi, umah DaHLia ni dah berubah wajah… Ingat lagi yang dulu? meh kita imbas sket…kut kut dah lupa…hehe

iklan_01-300x180

ni kelihatan rumah lamaku..hijau + pink, very the xsesuai kan…masa si touya buat review pun aku dah sedar ketidakharmonian kalernye tapi aku malas nak main godek template…ni snaphot yang di tangkap oleh seorang blogger…selepas terbacakan entry dia tu laa..aku rasa aku harus berbuat sesuatu terhadap rumahku ini.. so sepetang khamis tu, aku dah duk depan pc, mengedit HTML sampailah maghrib baru siap…ubah2 kod utk warna dan buang mana2 yang xpatut…daripada pink aku jadikan hijau, tulisan besau aku kecikkan..semuanya aku buat sendiri …nasib laaa pernah try2 ubah template dedulu..dan hasilnya…

template baru

lebih putih dan bersih kan??? mana abang hijau aku?? aku dah buang?? oh tidakk!!! gile sayang weh dengan dia , bukan senang nk dapat abang hijau tu..huhuh…biarpun bukti kasih sayangnya hanya mampu aku lihat dan rasa pada bulan Mei beb..itupun kalau aku dipanjangkan umur utk rasa kan :) aku xbuang, tp aku cover abang Hijau dengan gambar-gambar lain…supaya korang semua xmuak melihat kehijauan itu…muak ke?? sila jawab ngan jujur  :Þ *berjaya gak akhirnya wat simbol ni lepas di menuntut ilmu ngan si Matt

apa kes

sorry, vandalisme berlaku di atas…heheh..see, kuar kan??? so korang yang concern tu, jangan risau k..tetap ada di situ… ok…skrg ni lak, kalo korang nampak, ada banner kekawan geng toyol di situ.. korang nak men satu permainan tak dengan blog aku ni? Best seyyy!! Korang try refresh, tengok apa yang berubah…hehehe…refresh banyak2 atau tekan f5 atau cccf5 pun xper…biar sampai semua yang tido dan koma tu bangun bekerja… Aku sekarang macam addicted jer nak tengok banner2 ni bertukar di blog aku..haha..sawan kan??

Aku ingat nak ubah jadi 2 template jer, tapi banyak widget aku kena jawabnya…hmm..tapi kalo tgk widget yg ada skrg pun mcm pening..dia tak updated…korang tgk ruangan “Ayat Cinta Korang”, “KOrang wajib baca ni”, dengan jumlah komen dalam blog aku atas ni..padahal dah beriban…ratusan jer dia tayang?? haiyohhh mcm mana mau psiko korang kan? hehehe :Þ

Tapi beb…aku nak mintak bantuan korang bg komen sket pasal umah aku ni… Just ada 2 perkara je nak suh komen..Kalo korang nk tambah, silakan…Amatlah aku perlukan…tapi dalam komen korang (*kalau sudi komen) , jawablah pasal 2mender ni eh..

1.  Betul ke loading blog aku lebih lambat dr sebelum ni?
(actually aku xrasa aku tambah JS , malah aku dah buang banyak widget..aku dah buang banyak URL dlm template…tu aku pelik..ke line tenet je memang problem semalam…kan kan?)

2. Warna hijau (bukan Abg Hijau) ni menyakitkan mata korang x??

Thanks uols….Nanti i upah 15 sen dan ke atas utk korang.. <--- buat2lah faham :Þ

p/s: ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTVWXYZ…What’s missing?

» Read More...

Ada update, ada trafik? Pentingkah update blog selalu?

Share

Salam geng. Ni adalah kesinambungan untuk Tips 1 (klik untuk ke sana)

b1




Tips 2 : Hasilkan entry …Pastikan update selalu

Ok, kalau bercerita pasal entry, memang seboleh-bolehnya, hasilkanlah entry bermutu..elakkan entry yang tiada tujuan tertentu, tiada hujung pangkal, dan yang penting jangan memplagiat atau buat entry berunsur kutukan semata-mata, yang sekadar melepaskan batuk di tangga… (ceh, dia pun buat <--- mesti korang cakap macam ni kan dalam hati? Baik ngaku!!!) …. Ok, aku xnak kisah pasal entry bermutu ke x, sebab aku pun rasa entry bermutu ke berkualiti tu subjektif bagi setiap orang.. yang penting itu blog korang, korang tulis je lah apa yang korang suka.. kan janet kan?



Yang penting,jangan memplagiat, jangan menyentuh isu-isu perkauman, isu-isu yang boleh menyebabkan korang popular dalam sekelip mata seperti Aduka Taruna tu..nak ke semata-mata nak glemer, rela duk lokap? huhuh minta dijauhkan.
 
Apa nak tulis dalam blog?
cat-blog




Yang tu korang kena jawab sendiri, blog korang bergenrekan apa..macam DaHLia, blog ni bebas, semua DaHLia himpunkan sebab tu namanya DaHLia JouRnaL sebabnya Journal = Catatan … So, blog ni adalah catatan dahlia laa… tiada genre yang khusus tapi mostly pasal peribadi.




Sebenarnya, xperlu bersusah payah memikirkan apa yang nk ditulis, banyak isu penting/ berita penting, olah dan beri pendapat dengan gaya anda pun boleh tapi biar berpada-pada dan tidak menyentuh isu sensitif. Ceritakan tentang aktiviti harian anda, bahan-bahan untuk perkongsian, atau apa-apa perkara pelik pun boleh. No restrictions for you in ur blog as long as u follow the ethics.


create-new-blog-commoncraft-0 (1)





Kalau still no idea , nak bahan, kupas pasal cerita-cerita dalam TV..kongsikan pasal kerja-kerja kosong yang anda tahu, dan apa jua yang anda terlintas bahawa orang akan cari. Banyakkan bersosial dan mengikuti isu semasa (menonton TV, membaca suratkhabar, dll) untuk mencari bahan. Buat yang permulaan, jangan risau kalau tiada sesiapa membaca, sabarr….trafik bukan datang bergolek.. 

Tips Menulis Entry
effective-blog-posts-sign



Dah ada bahan untuk menulis, pasal penulisan entry pun, ada tips yang boleh diikuti (ramai blogger dah sentuh, tapi aku nak jugak berlagak bagus :P)..bagaimana nk menghasilkan sebuah entry berkualiti dari pandangan mata kasar aku…

 1. Tajuk entry tu biarlah yang bole buat orang terpukau..guna bahasa standard dan pastikan tajuk entry tu, besar, dan menarik. Ingat, First Impression is The Most Important 


2. Tulisan dalam entry kita mestilah mudah dibaca, jangan kejap huruf besar, kejap huruf kecik…jangan pulak terlalu besar ataupun terlalu kecil sampai kena guna kanta pembesar untuk membacanya .. kemudian guna pulak warna-warni..aduh, rasa macam tgh sambut Deepavali laks…huhuh…rajinkanlah diri berjalan ke blog orang untuk melihat contoh yang baik


3. Bahasa yang digunakan, biarlah bahasa standard, bukan bahasa SMS.. Suh orang baca tapi guna bahasa SMS, sapo nak baca? Kesian sungguh, BM SPM failed agaknya..Ahaks..


does-your-blog-suck
~ blog kamu semasam lemon?? tiada manisnya? ~





4. Buat perenggan, jangan buat entry tu terlalu panjang syok sendiri tanpa selang atau selingan … (kalo korang selak, aku dulu pun entry panjang gak…berjela-jela..memang ratu entry jamak laa aku rasa…)…Bila dah nampak pack, orang xkuase nak baca tau!!!


5. Justify karangan korang tu...... klik jer butang justify...biar  nampak kemas jer..kalo entry panjang, toksah ngengada nak centered..



6. Boleh cuci mata …. maksudnya, letak gambar-gambar menarik yang berkaitan dengan entry tu, at least, dapat menyegarkan mata-mata pembaca dan kalo diorang xnak baca abis pun, nampak gambarpun jadik nk komen gak.. Biasanya bila entry bergambar ni, lebih membuat orang nk tengok.. 


6. Keaslian …. biarlah entry tu entry yang anda berhempas pulas tulis sendiri, biarpun syok sendiri sekalipun.. Takde rasa best apa pun kalo susah2 buat blog, tapi artikel dalam tu semuanya bukan air tangan / air peluh anda yang menaip.. Anda sendiri takkan rasa cinta` tu ada pada entry tu…



blog-baldhead



7. Letak label / kategori untuk setiap entry anda. Mostly cakap Google crawl based on this tapi aku pun tak pasti betul x…pasal SEO, Google dan Rank2 ni, aku simpan dalam post lain laa ok… Tapi label/kategori ni penting untuk blog korang..


8. Baca dulu sebelum orang lain baca. Anda penulis, anda juga pembaca…Jadi baca dulu hasil tulisan anda tu sebelum tekan butang PUBLISH. Sebaiknya dalam entry tu ada hubungan 2hala antara anda dan pembaca, saling memahami (korang rasa kitta tgh berhubungan ke skrg?) ..so nk pastikan tu, jadikan diri kita juga sebagai pembaca, kita suka tak dengan hasil kita tu or menyampah ke apa ke.. Kalo dah yakin tekanlah butang PUBLISH tu…



Perlukah update selalu?



Kalau trafik menjadi tujuannya, jawapan mestilah YA. UPDATE SELALU! Lebih-lebih lagi kalau anda tidak mampu melaksanakan Tips 1 (klik) tapi nak kan trafik keluar masuk ke blog. Tapi sekiranya anda mampu memukau dan memaku pembaca anda dengan entry-entry anda,  ditambah pulak keyword GOOGLE yang sentiasa menyayangi anda, meletakkan anda di Page 1 , update sebulan sekali pun takda masalah. **Tapi sebaik-baiknya bagi entry tu bersinar dulu (Frantz-Senpai cakap dalam komen bawah ni)..bagi ruang kelegaan pada dia untuk berada di hadapan blog anda...so dalam masa senggang tu, buatlah tips 1 tu (strategi)


blog_1



Tapi, ingat, janganlah langsung xberupdate, berblogwalking jer pandai..sampai bila nak macam tu?  Penting untuk ada banyak entry dalam blog supaya pelawat anda boleh selak-selak segala jenis entry yang anda pernah anda… DaHLia pernah terbaca tips masa memula blogging dulu “Biarkan pelawat sesat di dalam blog anda” … So, kalo takat ada 5 entry yg 50 patah perkataan, dan ke diorang nk sesat, lepak lelama kat blog korang? Lu pikirlah sendiri!


**Tips lain: Buat link dalam entry sama ada ke blog rakan2 dan juga ke entry dalam blog sendiri supaya pembaca trus sesat dalam blog anda…





p/s: Tunggu Tips ke-3 laks…Tips ke-3 ni kesinambungan Tips No. 2 ni…very the important!! Jangan lepaskan!!


» Read More...

Bukan tak nak update / bagi tips, tapi strategi beb!!!

Share

Salam geng.. First of all DaHLia nak mintak maaf dengan uols sebab jadi sedikit bongkak sehingga tidak menerbitkan post baru ataupun membuat sambungan tips menjana trafik yang telah dipaparkan sebelum ni. Sambungan untuk tips tu sememangnya dah ada...Tengok bawah ni kalau tak percaya..



itulah kisahnya sebenarnya kesinambungan dah disiapkan dan dah dischedule utk disiarkan setiap hari..tapi bila melihatkan trafik hari pertama dah mantap, dan rasanya strategi untuk siarkan terus tu xbest, DaHLia KIV dulu balik semua tu... rasanya biarlah entry pertama tu jadi suam atau tawar dulu..biar dia relaks 2,3 hari...hhehe...pasang strategi beb... tapi siyesly, boring oh xbuat entry :P




tambah pulak jadi popular entry di Geng Blogger hari tu dengan skor 365 kalo tak silap aku... (xsempat snap) hehehe hasil merempit di blog korang lah...walaupun berada di PSA (Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah Alam) pada 15 dan 16 Mac tu, nasib baik korang masih sudi mengklik dan membaca, thanks untuk korang semua..memang DaHLia kurang blogwalking tempoh hari..semuanya sebab guna broadband.. dekat PSA Lodge tu ada wireless tapi malas pulak nak mintak ID dia...


Sesapa yang perasan, malam td, entry dah kuar ...ade bbp orang yg tegur DaHLia, kuar di Blogroll diorang tapi bila klik untuk baca xkelihatan...Bukan apa, sebenarnya, DaHLia memang plan nak alihkan balik tarikh tu..tapi smlm sampai umah tepat jam 12mlm lepas jumperkan kete adik kat Batu 3 (dia nk balik Pasir Gudang)...tambah2 plak, entry dah terpublish, tapi bila nak masuk Geng Blogger, macam ada masalah...so last2 entry tu DaHLia draftkan balik.. rugi kalo publish tp xdpt ping, xleh jadi entry popular lagik..heheh..strategi beb strategi..lagipun rasanya cuti ni DaHLia ada masa untuk blogwalking, apa salahnya blogwalking jer kan?? nnti naik sekolah balik, bila banyak keje, baru kita siarkan..heheheh jangan marah dan menyampah ok!!!


Tak nak bg nyampah, layan gamabr di bawah jer laa yer....

 
Accomodation tajaan sendiri...tapi memang besh..ingatkan biasa jer..taraf hotel beb..Besh gilakkk!!



Us..Along snap pics.. 



 
kesayangan kami yang demam....tukar baju sebab muntah...
bergalak sangat...  sampai dalam almari pun posing.. rindunye kat ninin :P





Congrates for adik for his DIploma of Aircraft Maintenance on PSA 12th Convocation Day yesterday..
Now dia dah kerja ngan Malaysian Airlines System (MAS)
Nanti dah gaji pertama, jangan lupa kakakmu ini..hehhehe



p/s: entry ni saje dibuat nk bgtau aku ade di Shah Alam menghadiri konvo adikku ini...hehehe... malam ni aku publish entry tu ok.. :P



» Read More...

Rahsia Terbongkar : Menjana Trafik ke Blog Anda…

Share

t1-vert



Salam geng…Dalam entry kali ni DaHLia khas nak menyentuh pasal trafik memandangkan ramai yang dah meninggalkan komen di msjbox, shoutbox dan juga post ini. Lama dah mereka bertanya, bukan tak sudi berkongsi tapi takut tersalah kata, terlajak bahasa, baru newbie dah berlagak nak gebang pasal trafik..heheh…baguskan alasan?


Tips-tips yang DaHLia nak share dengan korang pada kali ni sesuai laa untuk korang praktikkan, bukan yang tak tercapai dek akal…Kiranya memang senang laa dilaksanakan oleh korang semua.. Tapi sebelum tu, DaHLia lagi suka kalo korang baca penulisan DaHLia dalam edisi “Orang Ada Belog, Korang Pun Nak Ada Belog…” Episode 1, Episode 3 …mesti korang pelik kan mana episod 2? 2 dan 4 dah terpaksa dikorbankan seperti yang telah diceritakan dalam entry ni. So, post berkaitan tips2 penting blogging ni, pas ni adalah kesinambungan episod tu laa yer…kesimpulan edisi lepas : First Impression is The Most Important..Tak faham gak? Tak dapat nak tangkap maksudnya? Sila tinggalkan komen… :)


So, jom kita kelih2 dlu,tips utama terpenting untuk menjana trafik ke blog kita..biar sampai trafik jammed…heheh… firstly fahami konsep bahawa kita blogger ni macam duk dalam sebuah perkampungan blogger. Tapi kita xbersua muka…hanya menggunakan blog kita sebagai medium. So, bagaimana nk mengenali jiran-jiran tetangga blog kita?


blog_illo499x461
~kenalkah kita dengan jiran tetangga website @ blog kita?~



Tips 1 : Ziarah Menziarahi



Tips ni memang paling berkesan untuk mempromosi blog korang, mempromosi hasil tulisan korang hatta mempromosi barang2 ke apa ke..  Jangan pulak korang fikir, korang dah tulis blog, korang tunggu orang datang cari blog korang sendiri…Itu sombong + duduk bawah tempurung namanya. Kalo korang tu artis ke, selebriti ke, ataupun someone yang pernah masuk media, xperlah..For sure orang akan google pasal korang, tapi kalo korang seorang orang biasa seperti aku yang ingin blog dikenali, rajin2kanlah diri untuk menziarahi blogger-blogger lain.



Konsep ziarah menziarahi ni boleh dikelaskan kepada 2 kaedah … samaada blogwalking ataupun memberi penghargaan kepada blogger lain. Kaedah pertama iaitu blogwalking tu maksudnya, korang pergi ke blog mereka dan tinggalkan jejak di shoutbox @ kotak tempat tinggal msj..biasanya memang dipasang pada sesebuah blog, kalo tiada juga, korang kena guna kaedah ke-2

   blog-communication




Kalau korang tak tahu nak blogwalking ke mana, korang klik jer A to Z Blogger List yang dah DaHLia sediakan…. Ada 300++ blog yang mana lebih 90% bloggernya aktif blogwalking jugak.. So, kalau korang melawat diorang, xmustahil, minimum 100 visitor pun korang leh dapat untuk sehari. (Silalah bookmark page A to Z Blogger List tu untuk kesenangan korang :) )




Satu cara lagi, korang cari blogger yg tengah aktif ..maksudnya tgh online. Cara yang atas tadi, maybe blogger tu xonline masa tu…tp akan balas kunjungan juga..Kalo nak cari yg aktif, biasa nya pada shoutbox yang kita pergi tu, kunjungi juga 2,3 orang blogger yang meninggalkan jejak di shoutbox itu sebelum anda…dan buatlah perkara tu berterusan..nanti berkembang biaklah jadinya yang masuk ke blog korang.
 cats3




Ayat apa nak tinggal masa blogwalking? Gunakan ayat-ayat lembut, bersopan, jangan menghina atau mengherdik (biarpun aku juga kadang-kadang kasar kan?).. Contoh “Salam ziarah, jemput datang ke blog saya juga” ataupun, puji2 ngampu sket blog tu “Wah, cantiknya blog awak” atau, kalau lebih bijak, buat2 soalan “Apsal nampak shoutmix awak ni terlepas ke bawah?….” ataupun guna reverse pshycology  “Blog ko ni aku pernah tengok, tapi kat mana aaa…ko orang Lombok ke?” …. apa2, ikut kreativiti koranglah!!! Buatlaa ayat2 untuk mengayat yang xmenyampahkan orang..kadang2 aku pun letak “i was here” jer :P



Kaedah ke-2, memberi penghargaan kepada blogger lain..ini maksudnya korang baca artikel yang ditulis, dan beri komen pada artikel itu..Cara begini memang lebih dihargai dan lebih efektif untuk jangka masa panjang sebab penulis akan rasa hasil penulisannya dihargai…dan komen anda tu kekal lama berbanding komen korang di shoutbox yang cepat terkebelakangkan /didelete untuk proses menservis/mencuci shoutbox oleh pemiliknya. Kebarangkalian penulis tu untuk mengunjungi balik blog anda utk mengucapkan terima kasih dan mengingati anda juga lebih tinggi. (ada gak kes blogger otai, aku komen, buat derk jerk,…mentang2 otai, aku terus unsubscribe blog dia)




9_comment_back_thanks_for_visiting





Kalo lebih banyak anda komen di sesebuah blog itu, lagi2 pulak komen tu boleh menggugurkan jantung beberapa orang lain, maksud aku komen tu bernas dan bertepatan dengan apa yang ditulis dalam artikel tu, lebih ramailah yang akan mengunjungi anda.. Kalau berani, bangkitkan isu menentang pendapat blogger tersebut (itupun kalo berani kena tentang ngan follower blogger yang beribu riban tu…hehe)..berani buat, berani tanggunglah!! Komen dengan berhemah!!!


Bukti Tips 1 : Apa barang bagi tips tanpa bukti kan? :P


Mesti ada antara korang berasa sangsi + was2 dengan tips ni kan? OK, di sini aku nk tunjukkan bukti aku sendiri… Selama 2 hari ni, korang boleh lihat aku tiada entry terbaru kan?…bukan aku xde entry nk dipost malahan berlambak dalam draft tp dek kerana aku nak uji keupayaan tips yang aku bagitau ni..Sebab tu lah entry ni aku saje je post untuk hari Isnin :) Ok..bukti trafik aku tanpa entry baru..


13MAC


~ 13 Mac 2010….tanpa entry…357 ~


cats


~14 Mac 2010 - 4pm…selepas blogwalking ke A to Z ..also without entry posted.~



Tapi kalo korang seorang yang bukan menghadap komputer dan internet setiap hari, tambah pulak kesukaran untuk mendapatkan talian internet / berukbeng yang kekadang mengong…nantikan Tips No.2 esok pula ya…



p/s: Rasa dah sentuh semua berkaitan pasal blogwalking ni…seminggu beb polish entry ni..tips seterusya terpaksa disambung ke episod lain untuk elakkan kepanjangan entry yang dah berjela ni… so far, korang setuju? ada nak tambah? sila komen oke…

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais