BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Blogging untuk Duit? …tapi ingat, Duit bukan datang bergolek…

Share

easyblogging
 

Salam geng… betul, dengan blog, sememangnya kita mampu menjana wang sampingan. Pendapatan pasif laaa panggilannya. Tapi ingat, bukannya pasang-pasang blog terus akan dapat duit. Tidak sama sekali, menghabiskan duit adalah!

tercengang…tetiba kata aku nonsense kan?

tak ke menghabiskan duit kalo dah gunakan elektrik yang perlu dibayar, sewa talian internet lagi…hehehe… ok cukup ngarut..skrg ni nak share pasal duit tak datang bergolek, tapi dengan blog, memang boleh buat duit..

Paling mudah sekali nak buat duit ni, sememangnya pasang iklan di blog..dan saluran pilihan adalah Nuffnang , Advertlets, Catcheye ataupun Innity. 


nuff Abang Biru....

Nuffnang memang mudah apply (klik sini) tapi harus diingat bahawa dengan Nuffnang, anda tidak digalakkan menduakannya,,maksudnya syarat utama nak bagi income lebat atau dapat status Glitterati, anda diwajibkan pasang iklan dia semata-mata di blog korang. No iklan daripada agensi pengiklanan lain. So far, 7 bulan aku ngan Nuffnang ni, hasilnya memang ratusan la…

Nak belajar pasal Nuffnang ni pun besar sangat, daripada daftar, letak kod, buffered earning, advertorial jobs dan lain-lain tips…Yang bestnya, Nuffnang ni banyak anjurkan aktiviti untuk Glitterati Members dia (yang terbaru Gatsby Street Fair, katanya sapa attend dapat RM50?). Dengan Nuffnang juga, korang berpeluang untuk dapat tiket wayang Free dan macam-macam lagi blogging contest yang dianjurkan (cuma sekarang ni dah kureng aku tengok ada tiket wayang FREE)


advertlets
Abang Putih

Advertlets pulak pun sama macam Nuffnang, mudah apply dan kalo menduakan, tak dapat jadi exclusive member.. Tapi ada gak kata advertlets ni scam, xbayar duit tapi ada gak kata dapat payment.. Aku pun ada gak akaun ni, tapi bape puluh sen je dulu b4 pasang Nuffnang. Skarang ni dah xpasti nak pasang balik ke tak..Rasa selesa dah dengan yang ada.


catcheye
Abang merah


Yang ni pulak yang baru tahun lepas diperkenalkan. Ikutkan ramai kata boleh buat duit, dan kalo tengok prospek pun, memang aku tengok prospek dia besar tapi hasilnya hampeh laa bg aku sebabnya aku tak nampak ke mana iklannya. Dari start aku daftar tahun lepas, memang terus masyuk la gak sebab bila ada downline, ade income untuk kita (ads lain xde special macam ni)..tapi itulah, xkan nak depend on downlines, mengembangkan network smata? Korang rajin, promosilah link korang tu..dapatkan banyak dowline under korang… DaHLia adalaa beberapa RM dengan catcheye ni..



 Abang Hijau

Yang kehijau-hijauan pula INNITY namanya...memang semua sedia maklum, so far INNITY yang menawarkan harga tinggi pada pengiklan dengan setiap kempen. Tapi untuk apply INNITY ni, tidak sesenang nuffnang, advertlets or catcheye. Dalam sebulan mesti ada 30,000 Pageview dan 6,000 Unique Visitors per month. Syarat-syarat lain boleh refer sini


Apapun, nak naikkan earning korang dengan apa-apa pengiklanan pun, pastikan trafik mantap. Biar ada keluar masuk blog korang.. So refer lah post aku sebelum ni macam mana nak bg trafik jam kat blog korang tu.. Bila ada trafik, adalah yang berminat ngan iklan di blog korang.. Kalau iklan menyala2, tapi trafik yillek, sebab tulah earning korang takat tu jugak…So, keywords = trafik!!

Dengan trafik jugalah anda boleh buka ruang pengiklanan untuk blogger/website yang yakin dengan blog korang. Kebiasaannya anda boleh tawarkan sewa ruang pengiklanan dengan minimum RM5 sebulan dan ada juga yang berupaya memberi sewa dengan kadar ratusan ringgit. Semuanya bergantung kpada populariti blog anda, yang pastinya bergantung pada trafik anda. DaHLia pun ada yang nak masuk untuk beriklan..tapi masih difikirkan.. tambah pula kemalasan nak mengedit template :)

Banyak lagi pengiklanan lain yang boleh join...tapi ukurlah keupayaan blog sendiri. Sekian. 



» Read More...

Ayuh kita ber YM!!

Share

Salam geng…

Kat sini aku nak buat pengumuman besar-besaran bahawa aku dah sediakan ID YM khas untuk semua yang nak buat sesi2 mengumpat dengan aku dan juga nak berkenalan ngan aku…(promosi diri..hahaha)…

 

ywebmessenger-logo[5]

Walaupun aku kurang suka ngan YM…sebab aku lebih suka SKYPE, tapi memandangkan korang suka berchat ngan YM dan kebanyakkan blogger sekalian ada YM, aku  dah sediakan ID khas, khusus untuk kegunaan blog ni. Kalau ada something nak emel ke (sila jangan SPAM kalo xnak aku FIRE korang!), request on something, persediaan untuk contest etc , sila hantar ke alamat di bawah ok..

 

dahliajournal@yahoo.com

 

apa lagi, add laa daku dalam list YM anda…kosong lagi list aku ni..huhu

 

p/s: tahu xkorang leh login YM dengan pelbagai nickname? sesuai untuk mereka yang banyak skandal macam aku suatu masa dulu

» Read More...

Pendidikan Seks di Sekolah…wajarkah dilaksanakan?

Share

Salam geng…
Aku tertarik untuk menulis pasal isu ni setelah hebat diperbincangkan di Hot FM semasa aku dalam perjalanan ke sekolah kelmarin. Aku pergi sekolah kelmarin lebih hangat agak lambat dari biasa jadi dapatlah aku dengar beberapa pandangan dan cadangan daripada caller…Yang mana isu ni sememangnya ada pro and cons dia… Persoalannya, wajarkah dilaksanakan di sekolah?
 aneh



Saranan mewujudkan pendidikan seks di sekolah ini telah dibuat kepada Kementerian Pelajaran (boss besau aku tuu)  datangnya daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Rasionalnya adalah untuk membendung gejala sosial dan kes pembuangan bayi yang semakin membimbangkan sekarang. Setahu aku, idea ni bukan baru…dah ada since 2006 atau mungkin sebelum tu lagi , sebelum aku jadi seorang guru lagi…


Seks ni taboo dalam masyarakat kita. Kenapa? Sebab kita dididik dengan penuh rasa malu.. Yup, kita kena ada perasaan malu!Tak salah untuk rasa malu..Salah kalau kita tiada rasa malu. Isu seks ni kalau diperbincangkan, banyak cabang-cabang dia..Tapi selalunya bila cakap pasal ni, minda kita akan terarah ke arah perlakuan seks tu sendiri, bukannya general.


Aku  tak rasa wajar disediakan waktu khusus dalam sesi persekolahan untuk membincangkan pasal ni sahaja sebabnya banyak implikasi dan persediaan rapi perlu dibuat terlebih dahulu. Tapi adalah lebih baik sekiranya elemen ini diterapkan di dalam subjek sendiri.. melalui penerapan nilai-nilai murni semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Bilik Darjah. Kalau untuk sediakan waktu khas untuk bercerita mengenainya, apa yang akan diceritakan? Melainkan ada perincian khusus tentang silibus yang akan diajar.


DSC02174 
aku baru tunjukkan organ pembiakan lelaki dan perempuan, dah senyum2…aku pun cuba bercerita serba sedikit dalam kelas tadi…abis gelaks..sambil bercerita, sambil nasihat menasihat ..

“Pesanan Penaja dari Cg Dahlia untuk mereka hari ni : Jauhi Seks Sebelum Nikah”



Sepengalaman aku mengajar Sains Tingkatan 3 bab Pembiakan tahun lepas, pelajar yang aku ajar, xsemacam aku semasa jadi pelajar diulu. Ingat lagi, Bab Pembiakan tu laaa yang membolehkan aku dapat A dalam Sains (lepas tu tidak lagi…pecah rahsia di situ).. Ingat lagi bagaimana kami tergedik2 boo boo dalam kelas masa Cikgu ceritakan pasal tu..Tapi tidak bagi pelajar aku.. Mereka macam malu pelik, macam zero, macam tak tahu apa2 (walaupun sebenarnya tahu lebih dari tu).. Sememangnya aku dapat rasakan, kebanyakan remaja sekarang ni tidak tahu fungsi dan peranan , tidak tahu batas2 dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan tu sendiri. 



Siapa yang harus dipersalahkan? Nak kata ibubapa, nak kata cikgu, nak kata environment? Tepuk dada, tanya minda! Pada pendapatku, peningkatan gejala itu semua adalah daripada CD lucah, Komik Lucah, 3gp Lucah yang bebas di download dari internet dan dikongsi melalui bluetooth dalam handphone canggih memasing.. Apa nak kata, student pun pakai blackberry, cikgu hanya mampu pakai handphone boleh baling anjing? **aku laa ttuuu…ade sesapa nk dermakan BB untuk aku??



Selain daripada tu, yang aku nampak ialah di mana kes-kes mengenai seks bebas diperincikan di media massa, sama ada akhbar (surat khabar mana yang suka citer sensasi pasal ni? Lu Pikirlah sendiri!) mahupun media massa elektronik. Ingat lagi bila tilam diusung keluar masuk mahkamah dipertontonkan ramai.  Satu lagi, penjualan kondom di convenience shop yang terlalu meriah juga penyumbang kepada peningkatan masalah ni. Beli kondom macam beli coklat jer… huhuh…



Pernah aku yang naive (naive ke?) di sebuah kedai, tertarik dengan bungkusan sebuah benda kat sebuah kedai tu…belek punya belek, kondom upanya…packaging punyalah cun habis…Then, bila dah tau rasa menyesal yang amat.. Rasa geli geleman macam nak samak lak tangan aku masa tu..hahaha…



Bagi aku cadangan satu jer, penerapan nilai2 agama dalam diri masing-masing dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam proses pertumbuhan anak-anak…tapi jangan ambil peluang! Ibu bapa sebagai pelindung, bukannya mengambil kesempatan… Masyarakat sekitar pula hendaklah menunjukkan tauladan yang baik dan cakna untuk sama-sama membendung, bukan hanya tau menuding jari dan bersikap lepas tangan.


Ada yang cadang, pendidikan seks ni ditukar nama kepada pendidikan gender (jantina)…teringat kenangan mengajar modul Jantina ni pada anak didik PLKN aku dulu…
female-male-symbol dulu aku sellau konpius dengan simbol mender alah ni…tapi bila pikir logik anak panah tu, barulah aku boleh bezakan :)



p/s: Entry ni ditulis dan dikarang olehku sendiri… Boleh laa kalo nak buat esei.. :) tapi perlu digarap lagi…kan? Lama woo xtulis esei… tulis ni mana tau nanti abang Google sayang…heheh 

» Read More...

G, aku konpius!!

Share

» Read More...

Mari menjual blog kita! Hasilnya pasti lumayan!

Share

famous_blogger
 



Salam geng. Entry kali ni definitely kesinambungan untuk Tips 2 sebelum ini. Dalam entry kali ni DaHLia nak sentuh bagaimana nak promosi hasil tulisan kita dan menjadikan blog kita famous. Sebelum tu diingatkan, DaHLia tulis ni bukanlah sebab terer ke apa, tapi just nak berkongsi dengan mereka yang nak tau. coz ramai yang bertanya....pada yang dah tau dan otai tu, mana yang salah, sila2 perbetulkan..



Penting sekali, setelah kita menyiapkan entry di blog kita, kita harus berbalik semula kepada teknik promosi hasil tulisan kita tu… Ada 3 kaedah untuk promosi yang biasa DaHLia praktikkan iaitu: 

ping




1. PING Blog anda sesudah PUBLISH




DaHLia xberapa arif dengan maksud ping ni..tapi lebih kurang macam nk bgtau server bahawa blog kita telah diupdate.. based on Wiki:
In blogging, ping is an XML-RPC-based push mechanism by which a weblog notifies a server that its content has been updated.[1] An XML-RPC signal is sent to one or more "ping servers," which can then generate a list of blogs that have new material. Many blog authoring tools automatically ping one or more servers each time the blogger creates a new post or updates an old one.




Banyak website yang menyediakan kemudahan ping ni.. ramai cakap Pingler, Pingoat, IMCurtain, Negaraku.net dan macam-macam lagi, korang boleh usya sini.. tapi basically kalo tanya DaHLia, DaHLia lebih suka pingblog di Gengblogger, Innit Nuffnang (sekarang tidak lagi memandangkan bukan Glitterati dah), dan Blogged.my  ….so far memang Geng Blogger memberikan trafik terbaik sekali selepas shoutbox dan google.. Klik gambar di bawah untuk ke sana..

 gb



innit



ping3




2. Share link blog anda di…




- Internet Messenger esp YM, Skype, Google Talk, ICQ..letak di bahagian status, nyatakan anda sudah update blog anda… Bg link untuk ke post anda tu. Ataupun, boleh anta message kepada semua rakan untuk memberitahu.




- Forum yang anda aktif cthnya cari.com, carigold.com etc .. Bila anda aktif, forumer lain pastinya ingin mengenali siapa anda dan akan cuba mencari details anda dengan menekan link. Biasanya letakkan link di bahagian signature dan aktifkan lah diri anda untuk berforum!




- Laman sosial yang anda sertai terutamanya Facebook…  Kawan2 sosial anda juga mampu menjadi pembaca setia anda! Kongsikan link URL post anda itu dan SHARE.




- Kalau anda anda twitter, tweetkan blog anda ke situ (DaHLia xakitf bertweet..tapi mostly cakap, ini juga penyumbang utama trafik)

images



3. Blogwalking dan jaja blog anda tu.. (kaedah blogwalking leh refer balik pada Tips 1)
Kaedah terakhir untuk promosi ialah blogwalking. Percaya atau tidak, dengan cara inilah anda mampu untuk mengangkat entry korang sbg most popular entry di Gengblogger atau Innit Nuffnang terutamanya! Caranya? Heheh…. :P ramai dah tau kut...

Cara nak blogwalking utk mempromosikan entry anda juga perlulah menarik. Bukan sekadar meninggalkan jejak. Pada shoutbox blog yang anda lawati…

Name: Tulis nama anda..
URL : URL post tersebut..bukan URL blog anda semata supaya pembaca terus ke entry tersebut untuk membaca dan senang komen. Menunggu ruangan komen untuk loading sangat menensiionkan kan?
Message: Buat ayat terbaekkk untuk promosi hasil blog anda contohnya ayat yang saya gunakan untuk promosi entry saya ni ialah:

Anda inginkan trafik ke tempat anda? Ramai dah bertanya, jom saya kongsikan..”




Dengan cara ini, sesiapa yang melawat ke situ dan terbaca message anda pasti akan mengklik nama anda untuk membacanya.



Selamat Mencuba!!! Tunggu entry seterusnya bagaimana nak buat duit dengan blog anda…

p/s: Aku sekadar berkongsi.. Aku juga perlukan pendapat korang :) Sila Komen dan tambah lagi dengan cara lain yang korang tau??? ..

» Read More...

Senaman untuk Blogger ...

Share

securedownload

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais