Salam geng…
Hari ni aku just nak share about this hot topic today kat Hot FM. Tangan memang gatal jer nak dial, berkongsi pendapat tapi memandangkan keadaan keditku yang agak ciput, malas aahh..dengar komen orang jer, dan buat alasan sendiri dalam blog..kan lebih besh gitu? At least ada gak topic untuk ditulis dan update blog kan?
SEKSA JADI CIKGU…
Kisah sebenarnya, dalam suratkhabar utama Malaysia hari ni, tajuk muka depan ialah
“Seksa Jadi Cikgu” yang mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Dengan itu sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.
AKU JUGA SEORANG CIKGU…
Bagi pendapat aku seorang cikgu sendiri, memang betul, sekarang ni bukan senang nak jadi seorang cikgu. Mungkin ada yang kata senang, kerja setengah hari, cuti banyak, masa kerja pun ada masa ruang sampai boleh buat direct selling jual tupperware, MLM, Insurans dan sebagainya tapi tak siapa yang nampak keseksaan kami..Aku cikgu KPLI SM batch akhir sebelum dimansuhkan. Bukan memilih bidang ni kerana menganggur, tapi kerana minat, cuma ada juga bahagian dalam kerjaya ni, bukan fokus aku… :)
CIKGU = MULTI PURPOSE…
Memang best kalau tugas kami ni hanya mengajar dalam kelas, tapi sedar xsedar, kami ni sememangnya multi purpose.. Kamilah cikgu yang memberi ilmu, jadi kerani menguruskan hal2 perkeranian, sediakan fail itu ini, jadi jururawat merawat pelajar yang sakit, jadi polis menyiasat kes-kes pelajar, menanda buku pelajar dsb. Kalau lah tugas semata-mata mengajar memang xda masalah, tapi waktu senggang kami di sekolah, kami cikgu ni sediakan rancangan pengajaran, sediakan modul, buat soalan, tanda kerja pelajar di samping melaksanakan tugas2 khas yang lain.
ALA CIKGU…KERJA MENGAJAR JE
Jadi cikgu ni, orang nampak mudah, tapi bila sekali masuk kelas, kami menggunakan seluruh minda dan tenaga kami, bercakap sambil berdiri, tambah pula melayani karenah pelajar yang pelbagai dengan jumlah yang ramai.. dan setiap kali sesi pembelajaran, ada misi dan objektif yang perlu kami laksanakan, bukan masuk mengajar semata. Kami mesti kreatif dalam pengajaran demi meningkatkan prestasi pelajar. Belum lagi dengan bebanan mengendalikan pelajar yang lembam, buta huruf, bermasalah, kurang minat dsb. Semuanya kami mencari penyelesaiannya sendiri.
CIKGU KAN KERJA SETENGAH HARI JER…
Kalau nak kata pasal pulang awal, kerja setengah hari, kerja kami bukan takat jam 1tgh…Pernah aku sendiri dari jam 6.30 pagi ke sekolah, sampai balik ke rumah jam 7.30 malam… Separuh hari di sekolah…Dengan kelas tambahan, dengan akiviti kokurikulum lagi. Jam 11.00 malam pun kadang dapat perkara yang perlu diemel segera. Macam mana??
CIKGU BANYAK CUTI APA…
Dalam cuti, kami bukanlah cuti sepenuhnya.. Ada aja kerja yang kami buat sepanjang cuti.. Cuti sekolah hujung tahun pun, kami kadang adakan kelas tambahan untuk mempersiapkan pelajar ke peperiksaan tahun hadapan. Belum lagi dihantar kursus ke sana sini sewaktu cuti…Setakat 3tahun ni, setiap cuti sekolah hujung tahun aku memang dihantar menghadiri kursus.
BEBAN TUGAS CIKGU LAIN-LAIN…
Apapun aku tau, setiap sekolah ada beban kerja tersendiri. Sebab ada kawan aku jugak yang mengajar di pedalaman cakap, dia relaks jer, mengajar tanpa pressure. Apapun aku terima semua seadanya dan aku hanya mampu berbuat setakat yang aku mampu sahaja. Kalau Jawatankuasa ada cadangan lebih baik untuk mengatasi ni, aku suka sangat.. :)
p/s: Kalaulah dulu aku tau jadi cikgu ni sebegini best, mesti aku dah lama tukar bidang awal2..
» Read More...