BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Ini serius!!….Ada blogger nak bagi Notebook ACER ASPIRE ONE FREE!!! Untuk kita berdua sahaja!!

Share

Salam geng DaHLia yang disayangi…

Terima kasih sebab terus hadir ke blog ni walaupun tiada entry baru disajikan untuk hari ini..memang nampaknya, itu petanda kamu betul2 sayangkan daku.. Maka dengan kasih sayangmu itulah menyebabkan aku terus bersemangat untuk menulis mengarut di sini..  lebih2 lagi Dex yang mendapat kunjungan Dato’ Siti tu… DaHLia bangga dengan kamuu!  :)  bilalah beliau akan mengunjungi DaHLia JouRNaL ni pulak…

 

DSC02197 aku bergedik di Cherating, tapi korang masih sayangkan aku…. aku g Cherating anta dan amek adik aku exam SPA kat Kompleks Budaya dalam ceruk yang takda signboard disediakan di jalan besar…...budus tul!!

 

UV

almost 400 UV sehingga jam 7.00 malam…I love uols laa!!!

 

OK, sesungguhnya tajuk langsung takde kaitan ngan kegedikan di atas… ni nak story mory pasal peluang memenangi Acer Aspire One oleh Brader Denaihati yang very the pemurah dengan slogan hidupnya HIDUP UNTUK MEMBERI DAHLIA HADIAH …. Aku tahu pasal contest nipun dari blog budak kecik nama Aizuddin ni…Amender ACER ASPIRE ONE tu?? Laptop laaa baii!!! Ni haa ghope nyer…

 

phpThumb_generated_thumbnailjpg kaler blue aku punya, yang lain korang boleh pilih sendiri….

 

Hanya tiga sahaja syarat yang dikenakan kepada aku dan kamu yang berminat untuk menang Acer Aspire One ni secara percuma…diulangi PERCUMA @ FREE OF CHARGE @ FOC:

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest Hidup Untuk Memberi dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://dahliajournal.blogspot.com

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

 

Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya.

 

Tarikh Tutup

Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010

 

apa tunggu lagi??? jomlah geng2 DaHLia semua join…masih awal ni..dapat glemerkan blog jugak nnati…trafik sure naik ni..siyes waa cakap lu!!! nilah salah satu cara nk bg up trafik…lagi2 kat blog PR tinggi macam DaHLia Denaihati tu…PR4 tuuu…(aku PR3 jerk) kira baik dah nak tayang link korang…

 

JOIN SEKARANG (KLIK)

~ jangan lupa DAHLIA sebagai referral kamuu ~

 

p/s: RM20 per referral, dapat 50 orang join, kan ke besh tuu?? then dapat lak NOTEBOOK baru..wahh kayo makcik!! :) verangan laa dulu kan….hehe… contest ku nanti2 laa ek..tunggu daku pindah umah…

» Read More...

Black Mentor : Sofea Jane

Share

Salam geng..

Ni lagu single terbaru Black Mentor (protege Mas Idayu) yang dok mainkan dekat ERA… besh laaa untuk orang2 yang jiwang macam aku..hahaa…tapi langsung aku tak sangka yang tajuk lagu ni sendiri ialah Sofea Jane…




Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat

Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Chorus
Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Chorus 2X

» Read More...

Kontez Dialog Kelakar Fitrihadi.com

Share

Salam geng..

Dah lama rasanya aku tak join contest..Bukan apa, memang aku agak memilih contest…dari segi jenis contest, hadiah, kerelevanan contest dengan keperluan..banyak faktor memandangkan kerja aku bukanlah mengadap depan ni selalu. Kalau aku ni full time muka depan blog, bolehlaa…

 

Update : Contest dari DaHLia akan dijalankan selepas beberapa pembaharuan untuk blog ini dibuat. Harap semua bersabar ya…

 

Apa cerita mengenai contest Ftrihadi ni?? OK kalo nk tahu, FIT ni kreatif dalam penulisan Advertorial ni, dia banyak menang contest  dari segi penulisan entry…sebab dalam post dia akan selitkan gambar2 beserta dialog kelakar buat penghilang stress pembaca.

kontezfit

Memandangkan dia juga mengadakan contest yang boleh tahan bestnya, maka aku pun bergalak nak join…nasib masih sempat lagi memandangkan tarikh tutup ialah 11 April 2010. Kalau korang nak join pun dipersilakan sebabnya chances untuk menang tu amat besar! ahahaha..Budget menang..hoho….jangan menanggung kekalahan sudah…erk menang gak kan??

 

Dialog yang aku pertaruhkan untuk contest ni ialah seperti di bawah (gambar kena cedok dari blog dia gak) …kalo berminat, klik je banner contest kat atas tu ek…sempat lagi ni… :)

fitrihadi4 

hadiah yang ditawarkan ialah RM50, ade mouse, mouse pad…menarik kan dengan jumlah penyertaan yang sedikit..hehe..Nak join juga?? Klik SIni

» Read More...

Bila brader kereta putih buat simbol tangan pada aku..FCUK?

Share

Salam geng…

Ni entry journal tentang apa yang berlaku pada aku semalam… Antara suka dan duka, segalanya aku terima..Macam biasa, memang aku akan pergi sekolah  seawal 6.30 pagi lagi..Sebabnya sekolah aku jauh, jarak rumah – sekolah + 47km gitu..So memang hehari aku akan travel 100km minimum dengan Ferrari aku tu…Sebab tu laa aku perlukan masa tidur yang cukupya tuan puan, bukan bermakna daku sombong..huuhu…Pakai sabun tahan mengantuk sekalipun, kalau tidur  tak cukup, boleh ke? Lainlah kalo boleh ditongkat mata ni dengan mancis, kan?

 

Pagi ni, nak gi sekolah, gabra dah aku sepagi…mana taknya, Ferrari aku buat hal…alarm x boleh ditekan…aku xingat dulu arwah abah ajar macam mana, tekan suis dekat seat dan buat apa ntah patutnya…suis tu aku tekan, bunyi ilang tapi stering lak lock, nak pulas suis pun xlepas..…huhuh..kesian jiran tetangga aku dan anak2 mereka….bikin gempak jer aku pagi ni..

Perodua_Kenari

ni laaaa FERRARI aku….Kenari = Ferrari :P

 

at last, selepas segala cubaan termasuk menggodek alarm gagal, aku gerak ke sekolah jam 7.00 pagi dengan menaiki RUSH kakak aku..dia lak tumpang kawan dia (dia dekat jer, aku jauh) … aku nak MC, nk CUTI sayang laa plak..xkan sebab kereta je kan?? huhuh…

 

Toyota_Rush_irc

tapi memang xbest laaa utk test jalan Kuantan-Pekan yang tengah best itu dengan kereta sebesar ini…nak press minyak pun xsebest Ferrari aku tu…maklumlah kete auto kan…sebab tu aku sayang dengan Ferrari aku tu…So at last, sampailah aku ke sekolah jam 7.45….Hahah..macam orang kerja pejabat jer kan? Dalam perjalanan, aku in doubt nak call inform kelewatan ke tidak, tapi bila fikir balik, I have option to come late actually :) hehehe…. then sesampai kat sekolah, last2 aku punch card pada 7.56 pagi… ngeee…merah?? tidaklah!!

 

Tapi selewat2 aku, berbaloi tau sbb aku balik kul 4.15, sampai umah dah kul 5.15, jadi waktu bekerja aku lebih dari orang kerja pejabat laa..…selepas habis kelas tambahan Add Maths utk calon SPM aku tahun ni… On the way balik tu laaa berlaku insiden seperti dalam tajuk….

 

DSC02190

Jangan tiru!! gambar di ambil masa memandu..sangat bahaya okes!! tapi aku boring giloss…

 

jalan 2lane, best!!! tapi xbest bila xboleh nak gunakan jalan tersebut…Aku memang jenis yang xsuka follow belakang, sebab aku akan boring dan mengantuk… memandu 60km/j di jalan yang best, smooth dan baru…bukankah satu kerugian?

 

Kisahnya , depan tu aku rasa orang2 besar maybe kerabat kut, then kete putih tu siapa lagi kan? inspektor shahab laa…huhuh…aku boring, so aku pun snap laa… dah nama blogger, otak pantas je cari bahan nk blog kan?… dan tetiba, tidak semena2 selepas aku klik (aku letak hp atas stering jer, bukan apa pun) …. driver dalam kete putih tuh, dia turunkan tingkap dia, dan bg isyarat tangan pada aku….

 

shocked

terkejut gila aku…so aku slowkan kete aku dan biarkan kenderaan lain yang mencucuk-cucuk kat belakang aku dr tadi ke depan (seakan nak tengok keberanian aku meng’overtake’ kereta tersebut sebenarnya tu) , supaya aku jauh dari kereta putih tu..

 

aku memang xfaham simbol tangan tu, tapi aku pastilaa bukan simbol FCUK…hahaha…cuma macam simbol 1,2 gitu jer laaa..macam warning kut..huhuh..sbb dia nampak aku snapkah?? atau aku mengekori terlalu rapat??

 

p/s: pengajaran hari ni, jangan snap gambar semasa memandu…sayangi diri dan wang anda…hehe

» Read More...

OST Adamaya >> Yang Terindah : Dakmie

Share

Ni lagu untuk cerita Adamaya dalam Slot Akasia TV3 jam 6.30 – 7.30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis (sebelum ni cita Na O Mei)..Lagu ni juga adalah lagu tema @ OST filem I’m Not Single lakonan Farid Kamil ngan Lisa Surihani ni …

 

 


 

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

» Read More...

Adamaya – Akasia TV3 ; Kisah Cinta Tiga Segi & Perkahwinan aturan Keluarga

Share

Salam geng…

Siapa tengok drama queen baru dalam slot Akasia TV3 jam 6.30 –7.30 pm?

Aku baru jer berpeluang nak tengok drama queen Adamaya ni petang tadi..kiranya episod ke-2 laa… Cerita ni adalah cerita yang menggantikan slot Akasia TV3 ni selepas Na O Mei yang ending dia sangat kelakar dengan kad yang besar, men print2 jer..kalo lukis potret ke apa ke, besh laa jugak.... Saja nak buat Na O Mei 2 laa tu kan…Taktik bisnes betul!!

 

adamaya

 

Apa pulak kisah dalam drama Adamaya ni??

Drama Adamaya mempunyai 23 episod sahaja yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single”  (lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil, diarahkan oleh Pierre Andre) keluaran Metrowealth International Group (MIG) ,syarikat yang dimiliki oleh penerbit terkenal David Teo. Drama arahan Feroz Kadir ini diteraju oleh Hussein Ruffedge sebagai Adam dan Lisa Surihani sebagai Maya..so dari situlah timbulnya Adamaya tu…

ADAM + MAYA = ADAMAYA

Pelakon-pelakon lain yang juga terlibat dalam drama ini juga ialah Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin,  dan ramai lagi.

    lisa.suri.3 sweetnya lisa ni kan…. maya…

 

Sinopsis Adamaya …

Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.


Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.


Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

 

p/s: nasib baik hero dia sein, bukan farid kamil, kalo tidak konpem aku xkuasa nak tengok…hehe

» Read More...

Benjy hanya rujuk Internet cara proses syabu!!

Share

Salam geng..

Ingat lagi kisah Benjy anak Azean Irdawaty yang ditahan berhubung kes penemuan makmal memproses dadah tu??

25/3/2010 - Benjy ditangkap pada 2.25pm oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK KL di dalam perkarangan kompleks mahkamah Jalan Duta (di hadapan keluarganya sendiri, selepas diikat jamin)

 

KL29_250310_BENJY_D.2304238

Dia ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah2 pencegahan Khas, LLPK 1995) kerana ada kaitan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya. (masa ditangkap awal2 dulu ada 0.24g Methamphetamine @ syabu)

Masa dalam tahanan, pada 31/3 pada jam 3ptg, dengan dipandukan  Benjy sendiri, (maksudnya dia tunjuk arah laa) pihak polis menemui sebahagian besar alatan yg digunakan untuk memproses dadah jenis Methamphetamine atau nama glemernya syabu yang disembuyikan di dalam sebuah stor dlm kondominum di Jalan Segambut KL.  Detail news here.

 

Meh tengok dan dengar video di bawah….

 

Yang menariknya, pihak polis juga telah merampas satu pendrive mengandungi bahan2 dan video cara2 membuat dadah jenis Methamphetamine. Dan 11 artikel dan video tersebut telah diextract dari pendrive dan diprint sehingga menjadikan sebuah manual untuk memproses dadah jenis ni.  Betapa dia bersungguh2 mencari video dan info dr internet mcm mana nak memproses syabu ni (dalam TV3 yang tulis tau!)…huhuh…Tapi itulah, xberbaloi dengan usaha…Aku yakin, ramai tengah panas punggung lepas Benjy kena tangkap ni…. Tadi pun dah ada kumpulan rock jugak kan kena tangkap pasal syabu.

 

p/s: Aku teringat lagi kata mak subjek dalam sesi Terjah kut masa awal2 subjek ditangkap..pasal yang ayah sbenar subjek ni… entahlah…

» Read More...

Rafiqin Darwisy menenggelamkan populariti Datuk Siti Nurhaliza sebagai Bintang Paling Popular ABPH 2009 dalam sekelip mata!

Share

Salam geng…

Aku rasa, dah satu alam blogger dok citer pasal ni…Aku sebenarnya malas nk ulas pun pasal ni..alasan?? Sebab budak ni kekurangan kasih sayang, cuba mencari publisiti murahan (men’capub’)… dahlaaa duk kuantan, memalukan betul! Kalo aku dapat budak ni, nak je aku sekolahkan dia cukup2….(marah ni..!!)

 

r permintaan khas daripada peminat ai tuu…uols jangan muntah hijau ok!

 

So, untuk tidak melepaskan peluang merebut keywords aku pun join jugaklah, bila lagi aku nak tambahkan koleksi mereka berkata lancang tanpa menjaga adab dan tatasusila seperti dalam entry ini… Kadang-kadang memang rasa malu sangat dengan manusia2 macam ni… Dari Aduka Taruna yang sah2 matang dan boleh berfikir, dan ini pula budak hingusan Rafiqin Darwisy yang entah belum atau tidak mengalamani mimpi basah…huhuh.. maksud aku peralihan suara laa okes…tanda-tanda seorang lelaki itu sudah mencapai akil baligh..korang jangan fikir lain pulak… :Þ

 

Ok…siapa budak nama Rafiqin Darwisy ni? Kalau hasil gogelan dan kajian aku (blogger pun kena buat homework ok, bukan main ikut suka jerk), inilah budaknya, nampak lagi hingus melelehnya, makan eskrem pop, men galah panjang…ikutkan umur, budak ni lahir tahun 1996 kalau xsilap aku…so tahun ni baru 14tahun laa… baru Form 2 tu…

 

24527_110836775610517_100000525857062_168350_6652589_n

rd2

kesian dia kekurangan kasih sayang…ada sesiapa nak jadi mak pak, abang, kakak angkat budak ni??

 

Kata-kata dia yang telah menyebabkan kemarahan seluruh rakyat MALAYSIA seantero dunia korang boleh lihat pada image2 yang aku paparkan di bawah ni (entry paling banyak image..mesti lambat loading korang kan?)

 

rd3mempersendakan alfatihah…. ???

 

rd4 

adeh, lupa nk tukar kaler font…baca je laa ek :P

~ budak ni mengaku malaikat?? sesat ke? ni kes ponteng kelas pendidikan islam laa ni topik Malaikat..huhuh

 

rd5 aku seorang yang curious, so, aku pun bukaklah website tu…porn porn!!

kurang pahala aku hari ni…

 

rd6

dia ingat dia takkan mati kut…. hidup selamanya??

 

 rd8

memang ada masalah dalaman jiwa dan raga budak ni….huhuh…

 

rd9

erkkkk kena ugut pun seronok??? apa kes ekkk??

 

rd12

tetiba mengaku orang Sabah?? agama Kadazan?? setau aku , selama aku ngajar Modul Integrasi PLKN, xde plak agama Kadazan..suku kaum adelah… kesian, Sejarah dengan geografi pun lemah budak ni…huhuh

 

dan yang terbaru sekali, aku dapat tau, dah ada kumpulan anti budak ni di facebook dengan jumlah keahlian hampir mencecah 30000 orang….(erk ke dah lebih ek??) dan menurut ramai, laporan polis juga telah dibuat dan budak ni akan dijejaki dan ditangkap pada bila masa sahaja…

 

Last update yang aku dapat… dia dah mintak maaf ..

rd10 rd11  mudahkan??? buat salah, minta maaf….budak ni perlu disekolahkan!!

 

btw, aku sbnrnya ade beberapa perkara nak pesan jugak pada semua, jaga akaun FACEBOOK , emel, Blog, Social Networking bebaik sebab …xmustahil jugak, kes begini berlaku sebab akaun kena godam dengan orang tertentu..so berhati2lahh… :)  Jangan sampai kita pulak terkena ….

 

p/s:  Sebab tu lah aku dlm perancangan nk delete akaun FB aku…. motif? Blog lagi best untuk mengarut!

» Read More...

Woman!! Without her, man is nothing!!

Share

Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.

 

chalkboard_professor

 


Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca seperti berikut:


"Woman, without her man, is nothing"


Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan sorakan berterusan.


 

Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:


"Woman! Without her, man is nothing"

 

Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor.

 

12012489690


"Well", kata profesor itu."You can be what you want to be." Lalu keluar meninggalkan dewan.

 

************

 

Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be. Maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau 'woman without her man is nothing' dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca sebagai "Woman! Without her, man is nothing". Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.

» Read More...

Kalau boleh dijual blog ni, aku nak beli BMW 5 series cash!!! ^_^

Share

Salam geng…

Rasanya ni entry yang ditunggu oleh beberapa orang kenapa harga blog DaHLia JouRNaL ni sangat tidak tercapai akalmu… Dan hari ni memandangkan aku tak ada idea lain nak tulis pasal apa…konon banyak, tapi malas…aku nak tulis laaa pasal harga blog ni…

 

value

Harga blog aku RM888888.88??? Wahhh sangat banyak ongg!!!! hahaha… Erm penting sangatkah harga sesebuah blog itu? For me, quality and the update is more important….Tapi satu jer laa, kenapa tayang harga blog di blog?? Sebab semuanya untuk psiko pelawat yang masuk blog kita…. So, bagi aku xpenting mana pun harga blog ni biarpun harga blog aku sangat mahal…hahaa…sila muntah hijau :P

 

value blog

 

tu harga sebenar blog aku…kalo convert RM, dapatlah berapa riban jer…hahaha aku xreti nk convert…tapi sifir dia  $ 2724 x RM 3.80 kan? korang kiralah sendiri…Aku pelik gak napa blog lain boleh value dalam RM , tapi aku dalam dollar… Erm mesti sebab aku ni glemer di Melbourne yang dkt USA nun bak kata Scha semalam…hahahaa…Tapi ada aku kesah harga blog aku?? Yang penting korang setia dalam terpaksa membaca karutan aku…

 

OK…widget untuk ukur harga blog korang ni, korang leh klik gmbr di bwh:

bizinformation

http://bizinformation.org/my/

 

Kalau nak tahu macam mana nak edit korang nyer nilai blog tu dan segala isi dia, edit laa kat HTML tu… contohnya di bawah:

 

<div style="background:transparent url(http://bizinformation.org/images/widget/button_back.gif) no-repeat; width: 130px; height: 53px;"><p style="margin: 0; line-height:14px; padding:3px 0 0 0; border: 0; text-align: center;"><span style="color:#222; float:none; font-size: 11px;">My site is worth</span><span style="float:none; font-size:14px;"><a title="dahliajournal.blogspot.com" style="line-height:18px; text-decoration: none; display: block;" href="http://bizinformation.org/us/www.dahliajournal.blogspot.com"><b>$2,724.2</b></a></span><span style="float:none; font-size:10px;"><a style="display: block;" href="http://bizinformation.org/">Your website value?</a></span></p></div>

 

sebenarnya, semua nilai yang kita nak boleh edit situ….yang DaHLia dah highlight biru tu laaa boleh nak tukar2….semuanya dalam kod HTML tu sendiri… nk tukar lain, pepandailah….:P

 

Nilai terkini blogku… ada sesiapa mahu beli????

18sen

 

 

p/s:  Nak pindah WP ke stay ngan Blogger ek??

» Read More...

3 Contest @ DaHLia JouRNaL???

Share

Salam geng…
Bulan ni, DaHLia akan mula melancarkan contest yang rasanya sudah lama ditunggu2 disini kan? DaHLia dah fikir fikirkan 3 contest yang akan dilaksanakan di sini setiap bulan…Contest tersebut ialah



<HIT THE JACKPOT>
~special untuk FOLLOWER DaHLia JourNaL sahaja~

Aku akan umumkan pada bebila masa dalam setiap bulan no yang aku kehendaki pada blog aku ni…Nombor ni samaada nombor dari statistik blog aku ataupun follower.

Hadiah ditawarkan :
Top Up – RM10 dengan special post dengan link ke blog anda.

Syarat  Penyertaan :
1. Anda mestilah seorang follower blog ini.. (Bukan mahu beli follower, tapi ini untuk menghargai FOLLOWERS aku). 

jackpot

2. Print Screen page seperti di atas apabila jackpot dah mengena :). Mesti ada keluar gambar anda untuk menunjukkan anda follower.

3. Sebaik-baiknya, letakkan watermark (link blog anda di gambar tersebut)

4. Emel gambar di atas ke dahliajournal@yahoo.com

5. Anda akan dihubungi secepat mungkin.



<JOM BUAT CERITA>
~special untuk semua blogger di MALAYSIA sahaja~


Untuk contest ni pula, DaHLia akan paparkan sebuah gambar  yang mana anda dikehendaki mengarang sebuah blog post berdasarkan gambar tersebut. Macam karangan ala2 ransangan laa kaedahnya ni. At least korang ada gak idea nk berblog kan?

cat_blog
ini bukan gambar untuk contest, saje je letak… :Þ


Hadiah ditawarkan :
 
Diumumkan beserta gambar.
Lebih lumayan dan memberikan trafik ke blog anda.


Syarat Penyertaan :

1. Anda seorang blogger dan ada blog.
2. Tampal banner yang disediakan sepanjang pertandingan berlangsung di sidebar blog anda.
3. Buat entry/post mengikut kreativiti anda berdasarkan gambar yang diberikan sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.
4. Satu penyertaan sahaja untuk setiap blog.
5. Tinggalkan URL anda ke post tersebut di halaman komen pertandingan.





<TOP COMMENTATOR FOR THE MONTH>
~special untuk semua pengomen DaHLia JouRNaL~


Untuk contest ni pemenang akan dipilih dari segi banyak komen per month. Biasanya DaHLia akan gunakan widget. Tapi kalau widget seakan bermasalah atau tidak logik, DaHLia akan gunakan kaedah psikik, yang mana namanya terpahat di ingatanku…  Contoh mereka yang telah berjaya ialah Matt


Hadiah ditawarkan :
 
Mystery Gift ikut budget + special edition entry to your blog.

mystery-gift



Syarat Penyertaan :

1. Anda seorang blogger dan ada blog.
2.  Anda seorang pengomen di blog DaHLia ni…

__________________________________________________________


p/s: Nantikan kemunculannya!! Jenguklah selalu ke sini yaa….!!!

» Read More...

<TAG> Menang anugerah?? Rasa macam ABPH laks..

Share

Salam geng..

Ni entry hutang lama aku untuk mereka, langsung takde kaitan dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian tu..Iklan jap, ABPH akan disiarkan hari Ahad ni, malam, siaran langsung dari Genting Kota Keriangan yang aku tak pernah sampai tu....Agaknya siapa dapat bintang paling popular ek? Nabil lagi dengan kes saman Lu Pikirlah Sendiri? ataupun Fahrin dengan isu kaki pukul? Tu je laa aku rasa hot sepanjang 2010 tu…Apapun, ada aku kesah siapa menang sekalipun?? Aku pun baru je menang anugerah gak ni…Thanks sebab menominasikan aku sebagai Beautiful Blogger ya kawan-kawan sekalian.. tak sangka korang setuju kata aku  beautiful :) Aku terima seadanya award dari korang ni…

 

Here are the rules to accept the award :

Thank & link the person that gave you the award :

9th Annual Latin GRAMMY Awards Show KSBVV11wvsml

~ Mieran yang tampan ~ syana yang comeyyyy ~ Apiez yang macho ~ yiescha yang cute ~ ellis yang cantik ~ alynnatacya yang sweet ~      eja_zek yang manis ~ shalley yang energetic ~ jaya jr yang berjaya sokmowhitecempaka yang wangiidealogyc yang tiada logika ~

 

Award yang berjaya menjadi milikku :

  award

 

 

Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

 

tag_youre_it

15 jer? aku rasa semua blogger fantastic and beautiful sebab ada blog yang lawa dan besh!!..hehe so aku tag semua orang yang aku jemput laaa ek…kalo listkan terlalu ramai !!! Siapa yang tak pernah kena lagi dan merasakan dirinya beautiful macam aku, sila laaa selesaikan tag ini ya :) 

cara nak jawab : copy jer soalan yang telah aku cat dengan kaler biru ni… 

 

 

Contact said Blogs and let them know they've won the award

i will do via blogwalking… and invite to take this award specially from me


 

State 7 things about yourself.


1. Nampak cool tapi sebenarnya sangat banyak rerama dalam perut…

2. Nampak hebat tapi sebenarnya hampeh jer aku rasa aku ni…

3. Nampak garang tapi sebenarnya hatiku sangat lembut okeh…

4. Nampak berlagak tapi sangat ramah tamah

5. Nampak biasa tapi comel (sila jangan muntah)

6. Nampak rajin tapi sebenarnya paksaan jer suh rajin…

7.  Nampak bahagia tapi dalam hati, hanya Allah jer yang tau..

 

DONE! Hutang telah dibayar :Þ

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais