Salam geng…
Siapa yang tengok telefilem kat ASTRO PRIMA cerita Jiwa Kacau, pasal kisah penagih dadah. Telefilem ni diterbitkan oleh Mawi World , syarikat milik Mawi.. Meh tengok trailer filem ni kat bawah untuk korang dapat gambaran cerita ni sebab ramai pembaca blog ni cakap diorang takde TV..so aku hidangkan laa di sini, atleast nanti taklah korang ketinggalan :)
sweetnya Intan Ladyana ni bertudung..teringat PANGGILAN HANGIT dia kena dengan FIZO OMAR tu..sampai nangis2 kau!
aku pun actually terkebetulan je tengok citer ni selepas jiwa aku pun kacau menggodek2 blog untuk rumah baru aku…tapi setakat ni, belum akan dirasmikan lagi umah tu.. banyak lagi aku perlu sediakan di situ :) ok, pasal kisah JIWA ROSAK ni, cerita ni adalah cerita dari Mawi sendiri..siapa tahu kisah zaman Mawi glemer dulu, masa tengok cerita ni, mesti fikir apa yang aku fikir…huhuh…tapi, siyes, aku dulu memang kipas susah mati Mawi ooo..sampaikan AF3 langsung aku xmiss + beli VCD original + pernah beli dress kat Butik ME kat Danga Bay tu….lantak korang laa nak BOO aku jugak macam korang BOO Mawi masa ABPH hari tu, ada aku kesah?
bukti ‘die hard fan’ nya aku dan eja pada mawi zaman muda remaja dulu.. (sesambil pomots link pn Eja aku ni..)
kisah JIWA ROSAK KACAU ni aku rasa besh walaupun Mawi masih lagi baru, tajuk pun direct, kalo lebih puitis, mesti gempak..Cuma pada mata aku, ada lagi laa nampak scene2 yang aku rasa itulah realiti masyarakat kita..
1. Bila nampak orang tu kaya, bawak kereta besar, keje kat bandar, mesti banyak duit, keje bagus2.. tapi bila orang tu bekas penagih, miskin dan hina pulak tu, sampai ke tua akan dilabelkan sebagai jahat..<--- Razif (Faizal Yusof)
Dahlia says :- Carilah punca pendapatan yang Halal… jangan buat kesalahan yang selama2nya akan tercop di dahi.
nak pendapatan halal dari blog anda sendiri?
terjah blog lelaki kelawar yang hitam (klik) :Þ
2. Muka yang macam pecah rumah + xterurus, rambut xdan sikat, mata lebam, jantina lelaki tapi jenis firestone (batu api), pandai mencucuk orang dan menghasut, entah apa kerja, dipercayai masyarakat <— Along Raja Lawak + Soya (kacang soya ke?)
Dahlia says :- Kalau pandai berkata-kata, memanipulasi keadaan, pasti berjaya…(think positive yang buruk tu buang…)
3. Kamil (Syed Ali) balik dalam keadaan ketagih, minta duit ngan mak dia, mak dia leh selamba je lipat2 kain, tanpa rasa nak lempang anak dia ke apa ke.. Bapak dia masa ni masuk mandi…Lepas tu Kamil ni ambik wallet bapak dia, naik moto kuar… balik2 umah dalam keadaan lalok, bapak dia ngan mak dia leh tanya “Mana motor?”.. Lepas tu halau si Kamil.
Dahlia says :- Motor lebih penting ke daripada anak yang dalam keadaan macam tu? Bukankah sepatutnya lempang + kerjakan anak dia tu cukup2, ikat dalam rumah…tapi itu realiti sekarang kan? Ramai yang melepas tanggungjawab pada masyarakat di luar, bukan nak bendung dari rumah lagi..
iklan semata..ni bukan moto bapak Kamil..moto ni Pakcik yang menang POWER ROOT yang punyo!!
4. Razif (Faizal Yusof) bawak Cikgu Aisyah (Intan Ladyana) masa ni dah jadi tunang dan dah nak kawin…dalam KIA Sorento dia masuk kebun getah dan cuba nak meraba dan mencabul. Padahal dah sah2 nampak kebun tu jauh ke dalam daripada jalan luar. Takkan laa sebelum tu Aisyah ni xsedar ataupun tertidur?..
Dahlia says :- Jangan terlalu percaya, kelak padah jawabnya.. Lebih selamat, bawa kereta asing2 dan jumpa di tempat yang dirancangkan..tapi yerla kan, kete besau, sapa xnak naik woo… lagik2 dah tunang, xkan xnak percaya… bila dah terlanjur, sebok nak buat laporan polis kata kena rogol, padahal sesama nak. Lagi teruk, dahla berzina, jadi pulak benih, bunuh pulak.. sedih aku ngan kes buang bayi sekarang ni.. bila la akan berakhir?
adik si kamil dalam cerita ni sekejap ada, sekejap takde.. Cikgu Aisyah pe’od?
5. Bapak Kamil (aku xtau nama pelakon ni) carikan dadah @ ganja untuk Kamil yang tengah nazak sebab ketagihan melampau. Siap tahu mana nak cari, tapi bukan nak beri semangat untuk anak. Tapi dia sempat gi masjid solat dan minta diampunkan dosa.
Dahlia says :- macam tu laa kasih sayang seorang ayah pada anak dia, bukan macam si Arisa (Rita Rudaini) dalam Tiupan Sangkakala kat Cerekaramaa TV3 semalam..eh ada kaitan ke? huhuh..nak cakap, ibu bapa skrang terlalu sayangkan anak, mudah beri kemewahan pada anak2, kecik2 dah belikan HP dan moto (orang terdekat dengan aku sendiri).. Kata-kata anak terlalu dipercayai tanpa menyelidik dahulu.
4 dari 5 bintang aku bagi untuk citer ni…ikhlas dari aku sendiri…
Anyway, aku tabik untuk Mawi dengan hasil karya ni…lagu dia pun besh..memberikan keinsafan … semoga lepas ni, Mawi lebih banyak buat telefilem keinsafan macam ni, tanpa scene2 panas ,dedah aurat sana sini, scene atas katil, macam yang dok berlambak skrg ni… meluat tul tengok!!
p/s: Esok sekolah, so aku kena tido…aku bukan budak sekolah, aku cikgu sekolah :)
» Read More...