BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Blog aku menang Anugerah Blog Menarik!

Share

Salam geng..

Award yang kesekian kalinya ni pulak dari Budak_Skema . Skema sungguh ke budak ni? aku pun xberamah mesra sangat lagi pun.. Nanti lama kelamaan, mesralah kami.. ahaks…

 

interesting award

Award ni 2 dalam satu…ada award dan ada tag yang perlu dilaksanakan. Soalan dan jawapan dalam tag ini ialah:

 

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

menangis dan tanam dalam hati, takkan berurusan langsung dengan dia lagi.

 

2. 7 orang dihati anda?

10945_1322291856235_1198989307_973917_810667_n along,erd,mama, mieja, adik, acer, ninin n me @ konvo USM 2009

 

3. Anda rasa anda kacak comel?
                    of cos…siapa lagi nk puji aku kalau bukan aku sendiri??


4. Single or taken?
- single n available :(

 

5. Blog yang mana anda suka?
- blog sendiri…haaha..kalau xsuka blog sendiri payah laaa…

 


6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
- honestly, NO :P


7. Lagu yang terakhir anda dengar?
- Sofea Jane , nyanyi sendiri :P


8. Last text message?
- dari HOTLINK, tanya nak beli CRT baru tak


9. Last phone call?
- my sis ERD, suh beli taugeh :P

 

10. Hari terakhir anda menangis?
- rabu….huhuh


11. List 5 warna kegemaran anda?
- Biru , purple, pink, putih, oren


12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?
- Usop Otomen

 

13. Game yang anda paling suka ?
- xingat dah game apa ..LUXOR kut nama dia..tapi dah abis stage main..

 

 

14. Adakah anda peminat MCR?
- My Chemical Romance kah? Tak

 


15. Ape perasaan anda masa jawab tag ini?
- mood swing…otak penat, badan penat, jiwa celaruu..

 

 

16. Anda rasa tag ini best?
- boleh laaaa….


17. Tag lagi 10 orang.

~ sesiapa nk jawab, jawab k :)

 

p/s:  -

» Read More...

Aku menang Special Giveaway “Bila Blog Dijumpai”

Share

Salam geng…

Entah kenapa, tak disangka-sangka, rupanya aku bertuah pagi ni.. Macam biasa, pagi ni bangun nak melunaskan hutang untuk membalas kunjungan-kunjungan rakan di shoutbox.. Malam tadi tak dapat meneruskan blogwalking sebab kilat sabung menyabung, takut woo… So, pagi ni bukan blog sana sini, sampailah ke sebuah blog yang sangat kemas dan comel. Tetiba mata tertancap pada nombor yg dipamerkan di kiri dan kanan blog tersebut.

 

bertuah hit

See? I memang seorang yang bertuah okay !!

 

Time tu macam tak sangka langsung sangat bertuah.. padahal masa dok blogwalking ke  blog ni, mandi pun belum tadi..ahaks, pecah rahsia di situ.. Ok, sampai ke blog Zida ni, terus link ke Colleen-Kawaii’s Special Giveaway 2010. Maybe Zida memang dah set untuk terus ke situ..First time sampai ke sana, memang rasa dekat di hati dengan layout yang menarik, sampaikan aku terus skrol down untuk mencari link ke theme macam zida ni, mana tau best utk blog aku yang satu lagi tu..

 

banner

banner blog Zida..very nice tajuk dia..”Bila Blog Dijumpai”.

 

Aku tak tau ni blog pertama dia ataupun apa. Kalau blog pertama, memang siyes dia berani sebab terus menggunakan WP self hosted ni. Aku tau sebab tumpang baca msj Kak Yan dalam shoutbox dia..Biasalah, aku kan memang busy body :)

Nasib baik syarat si Zida bagi ni mudah jer untuk aku ikuti..Suh pasang banner ni jer..sama ada di sidebar or dalam entry. Aku xletak sidebar sbb takut aku terbuang. Sebab kadang2 aku ni hilang ingatan. Sorry ya Zida. Ni sis dah link direct ke sana :)

 

3-300x204

Mesti korang teringin nak tau hadiah yang bakal aku dapat kan? Adakah wang ringgit tunai seperti Darkbatman? Aku pun tak tahu lagi beb.. Sebabnya dia tidak menyatakannya pun, tapi yang pasti hadiah tu dari overseas you! What?? Tak percaya?? Korang jenguk laa sendiri ke link bawah ni, mana tau rezeki korang untuk hit nombor seterusnya pula.. Jangan lupa tinggalkan jejak cakap korang dari blog DaHLia :)

 

Colleen-Kawaii’s Special Giveaway 2010

 

p/s:  Takde mende nak di p/s kan :P

» Read More...

Kerja Sambilan: Penulis Artikel + Gambar … Berbaloi tak?

Share

Salam geng…

Meh sini rapat-rapat tengok apa yang hendak aku kongsikan di sini. Memang aku langsung tidak menyangka (skemanya ayat aku?) yang ada pihak berminat untuk memberi job menulis artikel dan gambar pada aku.. Kalau dikira, apa sangatlah artikel yang aku tulis kan? Banyaknya mengarut dan mengangkat bakul sendiri jer..

 

Alkisahnya, pagi ni aku macam biasa, bukak Gmail aku, bukak blog.. Tetiba dalam Gmail, terkejut apabila mendapat email ..pada mulanya aku ingatkan scam sebab banyak sangat scammer masuk inbox aku lepas aku subscribe blog diorang ..sabar jer main tipu gitu.

p1

 

Details yang dia emel adalah seperti di bawah : Saya = Admin yang antar menda alah ni laa… Aku = DaHLia..

 

Bagaimana caranya?
--------------------
1. Anda perlu mempunyai gambar-gambar digital milik anda sendiri. Bukan di ambil di internet dan sebagainya. Gambar tersebut hendaklah jelas dan mempunyai saiz sekurang-kurangnya 150kb (gambar dari kamera handphone tidak digalakkan). Gambar yang saya inginkan adalah seperti gambar pemandangan, tempat-tempat menarik, adegan-adegan menarik, bangunan-bangunan yang menarik, papan-papan tanda yang menunjukkan tempat, kawasan-kawasan kampung, taman-taman, landskap dan apa sahaja yang menarik. Jika ada gambar lain yang ingin anda cadangkan, boleh beritahu saya terlebih dahulu. Saya boleh pertimbangkannya..


2. Anda dikehendaki menulis artikel mengenai gambar tersebut. Tidak kiralah anda menulis tentang apa sekalipun asalkan bersesuaian dengan gambar yang ditunjukkan. Anda boleh beri ulasan dan cerita-cerita sebenar mengenai gambar tersebut dan apa sahaja mengenai gambar tersebut. Yang penting penulisan anda hendaklah jujur. Anda perlu menulis sekurang-kurangnya 15 baris perkataan menggunakan Font ‘Times New Roman.’

 

Bayaran
---------
Setelah anda siap menulis, anda perlu serahkan gambar anda bersama-sama tulisan artikel anda ke alamat email ini. Gambar dan penulisan anda akan menjadi hakmilik saya dan saya akan masukkan ke dalam ruangan Blog saya.


Saya akan membuat pembayaran sebanyak RM1 bagi setiap penulisan berserta gambar yang telah diberikan dan disiapkan. Jika anda memberikan saya sebanyak 10 gambar berserta penulisan artikel. Saya akan memberi upah bayaran sebanyak RM10 kepada anda.


Buat masa ini, saya bersedia menerima seberapa banyak gambar berserta artikel penulisan sekali. Jika terlalu banyak penyertaan yang saya terima, saya akan menghadkannya dan memaklumkan kepada anda terlebih dahulu.


Anda perlu sertakan akaun Maybank bagi memudahkan saya membuat pembayaran. Jumlah minimum bagi saya membuat pembayaran adalah sebanyak RM10. Jadi anda digalakkan menghantar 10 gambar berserta penulisan bagi memudahkan pengiraan pembayaran kepada anda.

 

p/s: berbaloikah??? Kalo korang korang rela ke untuk RM1?

» Read More...

Aku menang Anugerah lagi..maklumlah, Ratu…

Share

Salam geng…

Semalam bro MSR telah sudi memberi aku award untuk siri ke-5…menambahkan koleksi award di blog aku ni. Award ni dinamakan Cedar Award yang sememangnya dicipta khas oleh beliau sendiri. Bro MSR ni sedang bermastautin di bumi Lubnan sejak Julai 2009 dan bakal pulang kembali ke Malaysia dalam 6 hari lagi setelah menamatkan Misi Malbatt 1.. 

 

CEDAR BLOGGER AWARD

 

Aku nak ucapkan terima kasih kepada bro MSR sebab sudi memberi award ni. Aku tak mau bagi sesiapa sebab tak disuruh pun.. :)

 

 

p/s: bila sampai ke blog bro MSR dan tau dia di Lubnan @ Lebanon, teringat kenangan lama bersama seseorang  :(

» Read More...

Which is your VIOS? My choice is POD??

Share

Salam geng…

Apa perasaan korang apabila ada orang yang sudi membelikan korang sebuah kereta? Siap boleh pilih antara dua pulak tu. Nanti aku bagitau siapa yang sudi belikan itu ya…

 

1

Semuanya gara-gara iklan Buffered Earning ku iaitu VIOS : Which is your VIOS. Bagi yang tak kenal, VIOS ni sebuah kereta keluaran TOYOTO… Body dia pun memang cun dan wallah laaa… Harga sesuai laaa dengan rupa bentuk dia…

 

Kalo pasal VIOS, yang paling aku ingat sekali ialah pasal iklan TV kat suatu masa dulu…iklan SO LUCKY… Ingat tak? Kalau tak ingat, meh usha video sini…

 

 

Untuk yang versi baru ni, VIOS G namanya…dan ada 2 jenis sama ada stylish atau sporty..

 

t2

cun tak? Yang mana satu pilihan korang? Aku, bila dah tengok memang lagi suka dengan yang sporty la..siap verangan bawak kete tu…Ahaks, sesuai ke perempuan ayu macam aku ni bawah TRD Sportivo tu ek?

 

3 

Jadi, cik abang yang bertanya, itu jawapan saya ya.. Saya mahu Sporty kalau nak belikan..hahahaha.. Kalau nak tau siapa bro yang kaya dan nak sponsor sebijik VIOS tu, kamu ushalah dia kat website syarikat dia (klik)… Buatlah apa yang patut di situ ..Btw, he is also good in design tau…Pergilah tengok banner2 yang dia design di blog dia, memang cunnnnn seyyyy!!!!

 

ash

 

Tapi saya lebih suka Power of Dreams :) Dan kalau ikutkan senarai  POWER OF DREAMS mengikut budget saya, yang bawah ni je laa yang saya mampu…

images

p/s: I still want Power of Dreams sebab ada perkataan POWER ROOT

» Read More...

Mentor Mantap, Protege Gemilang!!

Share

Salam geng..

Topik hari ni tak ade topik yang susah nk diterima akal, sebab hari ni pun hari Jumaat, just topik santai2 jer laaa..walaupun sbenarnya aku planned nak buat tutorial suatu benda..Sabar ya ustazah dan teman tapi mesra yang sangat menjelesi dan mencemburui aku sekarang ni.. Sebab apa dia jeles pada aku? Korang pergilah tanya teman tapi mesra aku tu..

 

Just nak share perkara2 yang aku jumpa masa blogwalking…Masa blogwalking pun, kena usya sekeliling dan peka :) bukan cari shoutbox semata.. ada faham kawan2? Tips tu…hehe..

 

iklan

gila tamak sampai 2 kali SMS..padahal rugikan jer, tapi Mario yang kaya..haha

 

Hari ni aku blogwalking, aku jumpa banyak kotak iklan ni. Berminat nak pasang tapi rasanya untuk template aku ni tak sesuai..Menyemak lagi adalah!! Lagipun, aku kan tamak haloba, bek aku sewakan ruang macam diorang kat atas ni..haha.. mahal sket bayarannya kan..cepat makcik kayo, leh makcik gi minang mamat kaya ni. Ahaks..

 

Aku tak tahu plak macam mana keuntungan mender ni, tapi aku rasa sesiapa boleh laa cuba cari wang tambahan melalui pengiklanan macam ni. Leh usha tanya Uncle, Razis, ataupun Mario kalo berminat nak sediakan ruang iklan macam ni ataupun nak sewa iklan di situ. Proses menyewa pun mudah, hanya perlu hantar melalui SMS jer. Klik nama diorang di atas ya kalo anda mahu beriklan di situ. RM1 jer untuk seminggu.. Tolak kredit HP korang. Tak payah nak transfer2 bank bagai…Mudah kan?  :)

 

ayie

 

Then macam biasalah, dah namanya Ratu Blogwalking (nama diberi oleh Raja Buffered) jejalan tadi membalas jejak, ayie nyer blog xde..blog musik MP3 dia..padahal dia selalu menjengah blog aku ni tanpa jemu, so aku rasa agak rasa bersalah sebab xmampu nk blogwalking balik bg trafik, aku harap dia tahu bahawa aku xdapat nak akses blog dia. Mungkinkah kena banned ngan blogger ataupun apa ek? KOnpius ahh…

 

cats

 

ni pun jejak dari peminat setia gak , tehr yang setia memperjuangkan blog organisasi dia sendiri. Dengan blog organisasi tu laa dia rajin blogwalking ke sana sini di persada maya ni. Kan besh kalo kamu pun ada personal blog tehr boleh kita bertambah mesra…:P ..sape nk tengok dan belajar cara tukar warna background blog (visitor yang pilih) cecepat laaa jengah blog organisasi yang dibangunkan oleh tehr ni…

 

Erk ada sesapa ke leh jawab soalan dia tu

“ada sapa2 tau sebab apa aku mesti buka blog ni tiap2 hari?”

I segan nak menjawab…tengah blushing ni…lariikkk  <--- gediknya!!

 

Then , ada yang lebih hangat bila ada Encik Tersayang yang menyamakan aku seperti Mas Idayu dan Black. Ada ke kata Mieran tu protege aku? Kelakar jugak bila diingatkan..Tapi memang aku sudi jer jadi Mentor blogger yang letak gambar aku  dalam entry dia tu..

 

protege

 

Last but not least, peringatan untuk semua.

 

nolink

 

tinggalkan URL anda kalo mahu kunjungan anda bebalas  :)

 

p/s: tido!!!

» Read More...

Ada Blog klon sebijik macam blog aku…

Share

Salam geng…

Apa perasaan korang kalau meronda2 di alam maya ni, selak punya selak blog, klik2 nama kat shoutmix, alih-alih terjumpa dengan blog yang sebijik sama dengan blog yang biasa korang pergi? Contohnya macam blog aku ni laaa… tetiba terjumpa dengan blog bawah ni (klon terbaik aku buat masa ni)

 

dotkom

http://dahliajournal.com

 

Korang tak perlulah nak melenting kepada pemilik blog tersebut, nk memaki blogger tu kerana meniru blog pujaan korang ni (sila muntah hijau..warna lain tak diterima).. Just nak buat pengumuman khas sedikit. Meh sini rapat2 k…

Kalau sesiapa yang ada pernah tersesat ke blog klon DaHLia JouRNaL ni, korang xperlu risau cakap klon ke plagiat ke apa ke..Tak rasa pun ada blogger tega (sanggup)  memplagiat aku yang tidak mendatangkan faedah kepada industri blog sekalipun. Siapalah aku dipersada blog tanahair.. :)

Untuk pengetahuan korang, blog berdomainkan sendiri tu juga adalah blog aku jugak yang menggunakan platform WP self hosted. Sejarah pemindahan aku bolehlaa korang baca di sejarah DaHLiaJouRNaL.CoM ..

 

gdxdapat dahlia.com pun aku xmenyesal.. :) no.2 selepas wikipedia..image pun kalah :P 

 

Sebenarnya hari yang mana DaHLia dah decide untuk migrate this blog sepenuhnya, DaHLia siap dah google image “moving” dan sediakan post untuk pengumuman berpindah dsb. Tapi dek kerana terpesona dengan nyalaan Digi dan keperasanan ianya buffered, terus tertangguh. Tambah-tambah lagi memang sayang jugak dengan blogspot ni. So, apa pendapat korang? Nak pindah semuanya atau maintain kedua-dua?

 

be

Rezeki blog ni dah semakin murah. Sayang pulak :)

 

So, apa pendapat korang seantero alam? Better migrate atau biarkan blogspot di sini? Banyak jugak tutorial blogspot dalam ni. kalau letak kat Wordpress tapi Blogspot ni tutup, mesti macam sebuah kepoyoan (bagi yang xpernah kenal aku laa).. Need korang punyer opinian..sila2 lah ya :)

 

p/s: Ucapan Ratu Blogwalking yang tak patut korang lepaskan. (klik)

» Read More...

Rahsia trafik paling mantap semalam dibongkar!

Share

Salam geng…

Hari ni memang mengujakan sangat bagi aku..Rasa macam hari ni dalam sejarah pulak bila melihat trafik semalam yang begitu cemerlang.. Sebelum ni hari Ahad lepas laaa carta tertinggi sebab ada kisah arwah Achik Spin. Jam 7 pagi je dah sampai 300 UV…semalam lagi la tak sangka bila keseluruhan trafik ialah …jeng jeng jeng…. tengok gambar bawah.

 

trafik perghhh bukan nak menunjuk, nak menayang jerk ^_^

 

Nak kata entry aku pasal PAGE RANK semalam jadi top post kat Geng Blogger tak jugak.. Nak kata aku blogwalking ke seantero alam maya tak jugak.. Nak kata Google sayang giler kat aku pun tak…So apa rahsia dan resipinya?? Nak tahu? Tengok lagi gambar bawah ni..

 

linkme referral blog aku….korang pun leh check dalam Nuffnang korang!

 

Inilah kuasa backlink dalam entry… Alhamdulillah, trafik ke blog aku ni banyak masuk dari backlink kawan2 blogger sekalian.

 

Mieran yang sememangnya guard setia di blog aku. Dia ni pun memang rajin blogwalking..Dia ada open untuk link exchange bg blogger yang aktif. Korang pun silalah join dia. Memang Mieran akan lawat blog korang punya.

 

 

Alienz adalah penyumbang trafik tertinggi semalam.. semuanya gara-gara entry Buffered Earning Nuffnang dia yang 5 ketul tu. Memang unsangkerable laaa dengan Alienz sebab sudi jugak menglinkkan blog cokia aku ni.. Shoutbox dia ada , tapi kena skroll sampai bawah ok!

 

 5 Buffered Earnings

Ni bukan Buffered Earning aku, Alienz yang punya..

 

Ana Farhana yang sudi linkkan entry aku Lagu OST Adamaya – Yang Terindah dalam blog aku ni di Forum Geng Blogger. Orang Terengganu, tapi duk kat Tawau.. Cun! Sila pergi terjah juga…Ana ni pun blogger aktif.. Blog dia punyer background comel!!!!! Kalau tak percaya, lawat sendiri blog Ana Farhana ni.

 

Carca Marba juga yang aku pun xpernah ke blog dia pun sampai ke blog aku disebabkan Lagu OST Adamaya tu.. Thanks sebab link me in the post ya. Tambah lagi seorang kawan di alam maya ni :)

 

last week link

Dex juga penyumbang trafik untuk semalam..Dan pernah juga last week blog ni hit sebab entry Dex pasal kesudian Dato’ Siti Nurhaliza menerjah blog Dex (klik kalau tak percaya). Apa kena mengena Dato’ Siti Nurhaliza dengan DaHLia? Korang jenguk sendiri laaa blog dia tu...

 

Sebenarnya ramai lagi yang linkkan DaHLia dalam post dan blog mereka.. Jutaan terima kasih DaHLia ucapkan kepada semua yang sudi linkkan DaHLia dalam blog diorang. Bukan taknak link korang di sini, tapi cuba menepati tajuk post. Nanti kang ramai kata aku xselari ngan tajuk post. Jangan risau, lain kali, ada rezeki, umur panjang, DaHLia pasti akan link kamu juga!

 

p/s: Backlink ni baik untuk kesihatan dan pertumbuhan blog! Imunisasi macam ni laa yang kita perlukan.  ^_^ mereng!!!

» Read More...

Kenapa aku berblog?

Share

Salam geng..

Entry ni aku buat saja nak santai2.. Memandangkan hari ni hari Rabu, adalah baik aku buat entry santai2 jer kan. Haha macam ada kena mengena. Ops memang ada kena mengena hari dengan kesesuaian entry untuk dipublish bagi aku sebabnya psikologi manusia berubah hari ke hari. Nak kena diskus pasal tu jugak ke? Later laa okey bila ada permintaan ^_^

 

request-for-proposal ada permintaan? bagitau P.A aku ni..

 

Entry aku ni adalah semata-mata untuk menjawab soalan soal selidik yang telah dibuat oleh Mofasad iaitu “APA TUJUAN KORANG BERBLOG?” Oleh kerana jawapan untuk soal selidik tu hanya ada empat sahaja yang sememangnya tidak relevan dengan blog ini, maka aku terpaksa menjawap

E. Lain-lain (Sila Nyatakan)

Tadi aku dah taip kat ruang komen dia tapi aku terfikir ada baiknya aku buat entry pasal ni ditambah pula dengan datang idea baik punya masa aku on the way balik makan tadi. (Aku nyatakan dekat hujung entry k).

 

blog

Ok, niat asal mula2 blog dahliajournal ni ditubuhkan sebab nak meluahkan segala perasaan aku yang sememangnya aku jenis suka simpan dalam hati dan pendam sendiri2 jer. (Sifat orang lahir bulan November agaknya).  Sebab tu lah namanya ialah dahliajournal yang membawa maksud jurnal dahlia, maksudnya catatan dahlia. Sebab tu laa korang sendiri leh tengok betapa emonya aku dalam entry mula2 dulu. Dengan entry panjang berjela jamak seminggu. Memang rasa nak delete jer post2 lama aku tu.. Boleh laa nak try usha2 bawah ni..kalo nak lagi, korek sendiri dalam arkib tu…hahah..sampai konvo adik aku pun aku kutuk tau. Memang ntah apa2 aku rasa masa tu.

 

 

Selepas mula dah rasa selesa ngan blog sendiri, dah pandai jejalan meronda di alam maya (blogwalking) tengok blog orang comel, ada macam2 kat blog, mulalah tangan pun gatal nak letak widget memacam, ubah template sana sini, main edit2 template.. Niat masa tu pulak memang nak belajar code2 segala, tambahkan ilmu pengetahuan untuk aku yang memang tak pernah ada kelulusan dalam apa apa bidang komputer sekalipun. Semuanya belajar sendiri jer.. Alhamdulillah , nasib hati aku ni masih terang nak belajar.

 

blog_cartoon

Kalo cakap blogging untuk duit semata, aku tak rasa itu motif utama aku. Aku letak Nuffnang pun almost 3 months selepas berblog. Ia datang selepas sebok tengok orang cashout itu ini. Sana sini blog canang dapat duit dari blog itu ini, So, aku pun terujalah sampai join geng klik, tapi nasib baik aku tak buat geng sendiri walaupun ada niat jugak..hehe, just join sesi itu tapi takdelah jadi ahli tegar. Ahli biasa2 jer. Skarag ni je sampai ada Raja Buffered gelar aku Ratu Blogwalking. Adakah patut? Haha. Blogwalking pun untuk trafik, utk kita2 gak kan..

 

Kemudian, aku makin rasa bahawa nak berkongsi maklumat dengan semua. Semua datang setelah aku mula menyelia beberapa blog dari bawah, dari banyak blog aku kritik, dan aku rasa diorang dah pun berbangga dengan blog diorang, alhamdulillah. Sebab itulah ada post2 tutorial, tips2 di dalam blog aku ni. Semuanya untuk membantu mereka yang ingin ada blog. Aku suka kalo komuniti ini berkembang. Lebih baik daripada duk melepak x tentu hala.

 

cats2 trafik aku sumber inspirasi aku untuk terus berblog. motivasi ekstrinsik selain dari pendapatan dan juga kesetiaan korang semua :)

 

Banyak menda yang boleh dapat dengan blog ni. Dapat ilmu, dapat kawan, dapat duit, dan sedar tak sedar dapat membantu meningkatkan diri kita. Sekarang ni, aku memang rasa aku obses pada blog aku ni, tapi lebih kepada nak menjaga hubungan blogger and reader. Aku tahu ramai silent reader di sini yang banyak memberikan sokongan pada aku. Aku tau ramai menyokong apabila aku nampak trafik yang mencanak tinggi dan stabil, dan rezeki yang sentiasa mencurah. Alhamdulillah. Moga ukhwah ini berkekalan. Tetiba teringat ucapan Noor Khiriah masa menang ABPH 2009 malam tu.

“Saya tak sangka saya ada peminat”

 

* SPECIAL FOR BLOGGERS THAT HAVE NO IDEA TO UPDATE BLOG * 

Buat post juga kenapa anda berblog tapi mesti ada sumber siapa yang suruh anda jawab. Dan jangan lupa dalam entry tu dekat bahagian hujung, korang letak ayat ni..

 

Mofasad > DaHLia > Nama Korang dengan link ke blog 

dah jawab kenapa kami berblog. Anda pula bagaimana?

 

Untuk kali ni aku nak suruh guard tegar blog aku, MIERAN buat entry jugak pasal ni dulu. Nanti dia pulak akan pass, dan korang pun passing2 laa kepada seorang jer tapi pastikan ada urutan nama asal tu supaya tak tertag orang yang sama banyak kali, dan dapat bagi backlink kepada orang tu pada masa yang sama. At least korang ada idea untuk update blog kan? Ada faham kaa? Tak faham tnggal komen k. Buat post simple pun xper :)

 

p/s: Maaf kalo aku banyak cite kosong je sini, aku memang xpandai nak buat post yang pendek. :)

» Read More...

Anugerah Blog Mesra Mata 2010

Share

Salam geng…

Hari ni dengan penuh rasa berbangganya, aku nak kongsikan dengan korang bahawasanya blog aku ni telah berjaya merangkul award buat kesekian kalinya..

 

abmm2010

Anugerah Blog Mesra Mata ni asalnya idea daripada seorang blogger yang taksub sangat pada hijau.. Siapa lagi kalo bukan pengguna tagline di bawah..sila sambung ya kawan2 (buat2 gaya cakap mcm Abg Bil)

 

“Ingat Hijau, Ingat Daus”

 

Lepas pada Daus, seorang lagi silent reader blog aku selama ni, Skarang dah ada personal blog sendiri juga telah menghadiahkan aku ANugerah ini. Thanks HotMama! Anda memang hot!! Thats why laa aku fikir, baik aku buat cecepat sebelum bertambah ramai yang bagi kat aku..haha..perasan di situ ^_^

 

Last but not least, award ni aku nak bagi kepada beberapa orang yang aku memang rasakan blog mereka sunguh kemas dan mesra mata aku iaitu:-

1. Mello yang dalam hati pun ada taman astakona jugak

2. Amirah comel yang bijak pandai

3. Sakira B yang very good in writing

Blog lain yang mesra mata aku dah dihadiahkan award ni oleh blogger lain, so aku tamau bazir masa taip nama diorang lagik.. :P  Aku bagi link pada orang lain laa pulak ya…

 

p/s: First impression is the most important ok! Bila blog mesra mata, nafsu orang nak baca dan lepak lelama pun meningkat! Aku cakap, xbererti aku bagus, aku hanyalah insan poyo, tapi aku  bukan kesatria poyos :P

» Read More...

5 Tips untuk meningkatkan Page Rank…

Share

Salam geng….

Kalau semalam aku story pasal Alexa Rank, kali ni nak citer pasal Page Rank (PR) laks. Sebelum ni, aku memang tak pernah terfikir dan tau apa kebende PR ni. Yang aku tau PR = Public Relation. Tapi sejak aku baca kat blog denaihati pasal PR around Feb kalo xsilap aku,  so aku pun gatal2 check, PR aku 2..tp masa tu aku macam takde nak kisah ke apa, sampailah bila latest update, PR aku naik dr PR2 jadi PR3. Time tu rasa pelik gak sebab blog cokia aku ni pun dapat PR? bangga laa weh..haha

 

01-Google-Page-Rank-Alexa-Rank-Checker  semakin tinggi nilai PR, semakin sayang GOOGLE dengan site itu…

 

Page Rank (PR) ni ialah satu syarat/terma yang digunakan oleh pihak Google bagi menentukan kepentingan atau populariti sesebuah halaman web atau blog. Semakin tinggi nilai PR maka semakin tinggilah ranking/kedudukan sesebuah web atau blog tersebut di dalam Google. Pihak Google biasanya membuat kemaskini bagi sesebuah PR laman web atau blog setiap 3 atau 4 bulan sekali. Last update hari tu 31 Mac 2010. So, next update 30 Jun laa pulak. Mampukah PR ku terus meningkat?

 

Check PR anda di sini

 

Ni aku kongsikan tips untuk mendapatkan PR (hasil GOOGLE jer)…basically tips dia sama je dengan tips2 sebelum ni :) Bacalah sendiri..

 

Good content 

Good content Write for your readers. Keywords placement is important but not as important as good content. Google has a way to crawl your articles for content related to the topic and knows when you are just stuffing keywords to gain rankings. Focus more on writing good articles with your readers in mind.

 

Keyword phrases

Keyword phrasesWrite a good title: Google likes a good title and this is where you should focus your keyword phrase. My keyword phrase for this article would be "improve your rank in Google Search." Think of what a person would type in the search bar when they are looking for information and include that as part of your title.

 

Back links rank higher

Back links rank higherBack links to your page. Google search loves links and ranks your article based on how many good links point to your page or article. This is called back links. When you put a link on your page to another site you are helping that website's ranking.

Hence, when someone links to your site it helps your ranking. This is why it is so important to make your site and articles helpful or useful so that someone would want to link back to you. Don't be afraid to ask to your readers to link to your site and you should offer to do the same for them.

 

Don't use images as links

Google likes links but not image links. So if you have images on your page that is fine just don't make them into links because this will hurt your ranking. Words and information in your back link is how Google ranks your site. Make your links informational, for example "Rank high in Google Search" instead of "Click here"

 

Googlebots  ~Dapat kenal mende ni dr Kak Yan~

Googlebots

Update your site on a regular basis. Google uses Googlebots to crawl sites and apparently the sites that are updated more often gets indexed more quickly than sites that have no change or activity.

 

Aku lebih suka samakan PR = Level of Effort macam gambar di bawah. Semakin kita tambahkan daya usaha pada blog kita, semakin tinggilah PR kita. So kalau nak kejar PR yang tinggi, suntikkan daya usaha lebih lagi! Tambahkan ilmu pengetahuan dalam blogging!

 

google-pagerank-explained

 

Best ke ada PR? Dengan nilai PR kita, banyak yang best sebab bila PR bagus, kita akan mesra SERP (boleh diindeks di first page Search Engine Result) , maka trafik akan masuk dengan mudah, dan lebih mudahlah untuk menjana pendapatan pasif samaada iklan oleh agen pengiklan macam Nuffnang ataupun sewakan ruang iklan di blog anda. Pilihannya, anda yang tentukan sendiri!

 

p/s: Tepuk dada, tanya fikiran anda sendiri..inikah yang anda inginkan? ^_^

» Read More...

Tag lapan , lapan, dan lapan lagi..Berapa banyak lapan daa…

Share

Salam geng..

Ni entry yang sengaja dibuat untuk melunaskan hutang tag dari Eqa iaitu:-

 1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

 

So, setelah diselongkar, disusun2, dibuat housekeeping dalam lappy aku, terhasillah gambar di bawah ni. Lappy aku ni merata, hanya aku je yang jumpa file yang aku simpan. Memang sesangat tidak terurus! Orang busy laa katakan ^_^

DSC02158 

Atas ni adalah gambar ke-8 dalam folder ke-8 seperti yang ditagkan. Ni gambar anak buah aku menangis sebab nak pergi Funfair. Puas aku kena cubit, dan marah kat aku sebab aku snap gambar dia dalam keadaan menangis macam ni..Haha…

 

Memang dia ni pantang nampak Funfair, mesti nak pergi, bukannya apa, just sebab nak main permainan bawah ni jer..

DSC02164Main berkali-kali pun tak kisah, asalkan dia dapat hadiah. Permainan lain memang dia xpandang.

 

DSC02166  hasil permainan dia dan kami pakcik dan makciknya…semuanya permainan yang membahayakan kami.. standby kena ketuk laa jawabnya..

 

Tapi yang bestnya, dia ni, pergi sekali jer, biar dia main puas2, then dia xmintak dahlaa…Takdelah nak pergi hari-hari. Selamat :)

Finally, syarat terakhir, aku nak tagged readers setia blog aku @ pengomen tegar…kalau korang nak buat, buatlah, daku tak paksa, ikut kerelaan ^_^:

1. Mieran yang setia menjadi guard di blog ini

2. Tehr yang sentiasa menjengah tanpa jemu (bleh ke buat tag pada blog sekolah? :P)

3. Amirah yang perasan cute tapi tak pernah nak tunjuk tahap cute dia..

4. Zulkbo yang memperkenalkan perkataan RODONG pada aku..

5. Mello yang kenyal macam mushmallow

6. Paklong yang memang seorang cikgu yang gigih dan rajin

7. Aizuddin yang banyak blog dengan domain sendiri semuanya.

8. Matt yang semakin busy dengan kapalnya. Entah dapat buat entah tidak.

9. Puan Ustazah Eja yang baru start nak berbelog.

10. Daus yang sememangnya hijau..tapi dia bukan Incredible Hulk

11. HotMama yang silent reader blog ni sekian lama rupanya..

12. Kak Yanmie yang banyak berjasa untuk rumah baru DaHLia

13. Cikmin teman mesyuarat tingkap yang aktif

14. Pepijoe yang baru balik dari kursus BTN..mesti rindu dengan blog

15. Matdin yang suka gelak haha walaupun filem hantu

16. Shana yang tengah banyak buffered running kat blog dia.

17. Ayie yang semakin maju dengan blognya..selepas kena kutuk ngan aku

18. Naman Raja buffered, sampai 20! Tapi xpandai jaga…haha

 

opps…Aku baru teringat, Kena challenge 8 jerk, tapi aku dah challenge sampai 18 ni..ramai lagi sebenarnya ni, …so, sesiapa yang xtersenarai di sini, dan tiada topik untuk buat post, ini masanya oke..anggap jerlah aku tag korang! Jadikan tag ni untuk korang upate blog, bagi up trafik!

 

Adios! Cau Cin Cau ! Sayonara!

» Read More...

Tips mudah mengecilkan Alexa Rank.

Share

Salam geng…

Hari ni aku baik hati nak discuss sket pasal Alexa Rank memandangkan ada yang bertanya…walaupun aku pun tidaklah sefaham mana, tapi untuk share something with others especially newbies like me, why not kan? Sesama belajar :)

 

Apa dia sebenarnya Alexa Rank?

 

Kalau nak penjelasan lebih mendalam, korang leh tengok sendiri di web Alexa. Tapi, dari segi kefahaman aku, Alexa Rank adalah sebuah ranking atau peringkat yang dibuat oleh Alexa berdasarkan kekerapan traffic atau pengunjung pada sesebuah site/blog. Ini dari segi kefahaman aku sebab based on apa yang berlaku dekat blog aku ni sendiri, macam tu lah. Semakin hari, Alexa Rank aku akan semakin mengecil. Tak percaya? Lihat bukti di bawah. Apa barang cakap tanpa bukti kukuh kan?

 

Alexa Rank ..makin kecil makin bagus…

alexa8mac Alexa Rank blog ni pada 8 Mac 2010

 

060410

Alexa Rank blog ni pada 6 April 2010… separuh kena cantas!

 

alexa 18april

Alexa Rank terbaru semasa entry ditulis 18 April 2010… terbaekk!!

 

 

Tips untuk mengecilkan Alexa Rank?

 

Ada banyak tips yang disenaraikan untuk kecilkan Alexa Rank ni tapi bagi DaHLia senang jer… Yang ni memang yang DaHLia gunapakai sendiri.

1. Setkan blog anda sendiri sebagai Homepage pada browser. Aku ada 4 browser, IE, Firefox, Chrome, Opera, semua set ke blog sendiri..So, tiap kali open browser, blog sendiri akan terpampang dahulu, dah dapat satu point disitu kan  :)

(kalau nak lagi banyak, gi CC / makmal komputer, setkan semua browser dalam komputer yang ada kat CC / makmal komputer tu dengan blog anda! Sendiri mau tanggung :P)

p/s: lebih baik kalo install Alexa Toolbar, tapi aku xbuat pun ok jer :)

 

2. Letak Alexa Rank Widget kat blog anda.

- Pergi ke http://www.alexa.com/siteowners/widgets

- Masukkan URL anda dalam kotak pilihan

a1  

- Copy code yang dijanakan dan paste ke dalam ruang HTML/Javascript ( Dashboard > Page Element > Add a Gadget )

 

3. Ada update selalu. Dan biarlah entry anda ada unsur2 yang menarik minat untuk dibaca. Kalau buat post pun sebulan sekali, then asyik citer pasal tak puas hati itu ini tapi nk kejar ranking bagus, padamkan saja niat itu. Post dalam blog aku ni tidaklah menarik, sbb menarik tu subjektif, tapi biarlah post yang bukan berunsur kutukan dan khayalan semata. Biar pembaca get something from the post ( korang dapat ke something dr post aku? :P )

 

4. Trafik keluar masuk blog setiap hari..kalo traffic jammed lagi bagus! So, pepandai lah nak promosi blog korang. Banyak dah aku ajar dalam entry lepas. Trafik aku tidaklah sampai ribu setiap hari, tapi boleh laaa nak menjana pendapatan pasif. Yang penting jangan jadi katak bawah tempurung, keluar dr blog sendiri dan bina jaringan persahabatan! Hari tu ada yang mintak aku clrafy pasal jaringan persahabatan ni kan? macam kat atas ni laa..

 

5. Rajinkan jari jemari anda untuk meninggalkan komen di blog-blog orang lain, terutamanya yang mempunyai ranking yang baik macam blog aku (ayat pancing komen, tapi kdg xsempat nak balas). Komen mestilah dengan berhemah dan buat orang teringin mengenali anda dan akan klik kepada nama anda dalam komen tersebut. Komen di post kekal lebih lama berbanding komen di shoutbox!

 

Cukuplah 5 tips yang aku guna pakai di blog aku ni.. Bagi banyak2 pun, kalo korang xleh nk ikut buat apa kan?

 

p/s: Bila aku nak pindah rumah baru ni?? eiskkk...

» Read More...

Ladies Blogger Only… Nak Tshirt free tak?

Share

Salam geng…

UPDATED  19/04/2010 – Da abesh!!

Entry kali ni DaHLia khas tujukan untuk blogger-blogger berjantina perempuan sahaja terutamanya memandangkan aku ada tawaran istimewa untuk para wanita dan gadis-gadis yang bergelar blogger.

Netqueen= Permaisuri jaring, so totally hanya untuk kita2 yang permaisuri ni laa.. Yang king2 sila jeles oke :P OK, apa tawaran yang best tu, semalam admin Netqueen ni tinggalkan mesej di shoutbox DaHLia. So, wajiblah DaHLia yang rajin ni (sila muntah hijau) membalas kunjungan kembali. Standard laa DaHLia kalo blogwalking, mesti jeling2 jugak blog orang tu..bukan tuju shoutbox semata.Last2 mata tertancap pada iklan ni.

 

nqueen

menarik kan? bila lagi nak ada tshirt edisi terhad macam ni.. Browse over Netqueen ni pun, banyak mender best di situ nampaknya walaupun blog tu masih baru…iaitu tips2 yang sesuai untuk dipakai oleh kaum perempuan macam kita.. Tips untuk kaum lelaki dah ada banyak kat blog Aie.

 

So, kalau korang nk jugak tshirt ni, jenguklah ke Netqueen secepat yang mungkin sebab tshirt Netqueen  edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaraan pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Setakat ni, aku last join, no.42 …so cecepatlah bertindak oke :)

 

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1- Daftar sebagai ahli netQueen disini.

     *Activation code akan dihantar ke email anda. Sila semak email.

2- Masukkan blog ini ke Blog List anda.

3- Buat satu entry tentang netQueen.

4- Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back

5- Promotekan netQueen  kepada 5 rakan blog anda.

6- Tinggalkan komen anda disini dengan mengatakan

"Saya Telah Laksanakan Kesemua Syarat Yang Diberikan dan kini saya adalah rakan netQueen"

     berserta alamat blog anda.

 

Mudahkan kekawan?? So, apa berlengah lagi, jom! Klik Netqueen. Jangan lupa DaHLia sebagai referral anda!!

Tshirt katanya akan dihantar berperingkat selepas semua yang dia suruh tu dibuat.. So selesaikan 6 tugasan tu oke :) Mudah sesangat!

 

p/s: …yang lelaki, nak join, sila tanya admin netQueen…

» Read More...

Tak pergi GATSBY Street Fair, dapat gi PC Fair pun oklah…

Share

Salam geng..

Aku baru je lepas menjengah beberapa blog yang dah update pasal GASTBY Street Fair yang diorang attend hari ni.. Seems semuanya enjoy dengan lots of games and fun they have there. Dahlaa dapat Tshirt free dengan goodies lagi.. Tetiba rasa rugi tak anta emel pada Nuffnang untuk menghadiri..Haha, sombong sangat masa dengan INNITY dulu..

Untuk tidak menghampakan diri, dengan berada di alam maya, tetapi hati menjelesi blogger-blogger lain yang bergumbira di sana, maka aku pun membawa hati duka nan lara untuk ke PIKOM PC Fair 2010 yang diadakan kat Berjaya Megamall. Sesi outing kali ni memang best sebab kami keluar sekeluarga, semua ada…

DSC02236 DSC02235

kedua-dua ruang legar dalam Megamall digunakan sepenuhnya untuk pesta Komputer 2010 ni. Tapi yang tak bestnya Megamall ni sebab dia sesak. Parking very terhad, dahla aku ni xsuka nak parking atas level 4,5 sebab jalan naik tu berpusing2..cuak wehhh… sebab tu laa Megamall ialah shopping complex yang aku jarang pergi…

 

DSC02241

Barang yang aku beli di sana ialah speaker (cikgu sekolah aku pesan), headphone untuk kegunaa aku berskype/berYM …dan juga sebuah beg laptop baru sebabnya bag aku dah koyak..yang aku pakai sekrag pun adik aku punya, daripada aku bakal mengoyakkanya, better aku beli yang lain dulu. Total cost aku untuk barang-barang ni ialah RM 91 sahaja.. Tawar menawar memang dah jadi kewajipan aku..haha..

 

Then kami pergi lawat family friend kat KMC. Masalah ligamen ke apa ntah, aku xfaham sangat bab2 medical ni…huhuh sebab tak terjadi pada aku..Seterusnya, kami ke East Coast Mall pula untuk bawa anak buah aku yang dah beberapa hari menyebut nak gi sana. Jalan2, bersukaria.

 

DSC02237 Tujuan utama sebab nak makan eskrim Baskin Robbins ni laa…

 

Then sempat lagi aku mencuba kerusi urut Takasima yang sedang dipamerkan. Nak beli entah bila, dapat merasa free macam tu kira oklah tu kan,siapanak bagi?? Pic aku sedang diurut badan ke badan oleh kerusi tu ada pada my sis…xpayah tempek sini laa ek…

 

Then, sesi membeli cermin mata untuk adik bongsu aku yang mana power dah makin bertambah..4 kedai jelajah, sampai ke Focus Point barulah sambar satu.

myaku macam biasa, xkan melepaskan peluang untuk pose walaupun adik aku refuse utk jadi photographer aku …

 

Last sekali pergi makan di Indera Mahkota, dan balik rumah…

 

p/s: Zzzzz…baru pas telan ubat selsema n demam..hopefully badan aku kuat!

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais