BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Peluang kerja dengan NUFFNANG; Do you have what it takes to be the Nuffies?

Share

Salam geng..

Ni aku nak berkongsi info panas dari Nuffnang sendiri. Maybe ada yang dah tengok dan baca pengumuman terkini daripada Nuffnang ni dan mungkin ada yang tak perasan sebab jarang login akaun Nuffnang, bukan macam aku yang hehari akan check trafik ni.. Maklumlah trafik craze.. :)

 

Nuffnang sedang mencari calon yang layak untuk digelar Web Developer, Aku yakin , ramai blogger yang berbakat ataupun korang ada kawan2 yang hebat dalam bidang ni, boleh laaa spread this info. Ex-schoolmate aku ni pun (klik) dak IT , tapi dah keje ngan MOE.

 

Requirements:

  • Candidate must possess at least a Diploma or Bachelor’s Degree in the IT field.
  • Experienced in PHP, MySQL, and Javascript.
  • Proficiency with Actionscript development, PHP frameworks, or CSS is an advantage.
  • At least 1 year of working experience in the web development field. Fresh graduates are welcome to apply if expertise can be demonstrated.
  • Understanding of OOP concepts.
  • Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant resident status

Please submit your application through Jobstreet, or if you do not have a Jobstreet account, through our career page.

 

So kepada sesiapa yang berminat dan rasa menepati syarat-syarat ditetapkan, why not korang cuba kan :) 

» Read More...

Performance DaHLia JouRNaL on April 2010

Share

Salam geng,
Seperti yang telah aku coretkan dalam entry performance bulan lepas untuk jadikan entry sebegini berkala setiap bulan, entry performance blog aku ni pulak aku sajikan untuk tatapan korang. Bukan nak berlagak atau apa tapi just sebagai peransang untuk aku sendiri dan mana tau untuk korang jugak.

Untuk April ni aku hanya target untuk maintainkan trafik aku 500 per day sebab nak menunjukkan pada INNITY yang telah menceraikan aku. Ahaks.. Bukan apa, tetap nak tunjukkan bahawa blog aku maintain dan tetap boleh berkembang tanpanya. Jangan sampai gila talak sudah..haha

april analytics
UV naik almost 5k, PV naik almost 2 kali ganda.. Alhamdulillah target tercapai
boleh compare dengan performance Mac dan Feb (klik bulan)


keyword April
keyword menyengat untuk bulan ni..berguna gak aku selitkan pasal Adamaya ni


last week2
first time dapat UV sampai 960! nak tahu rahsianya? (klik)


dan bulan ni jugak adalah bulan yang meriah bagi aku yang mengatakan Nuffnang itu sungguh pemurah walaupun operasi klik2 dah dihentikan akibat surat amaran daripada mereka (klik)

buff APRIL


april earning
Jumlah terkumpul setelah cashout pertama dulu. Ingat nk kumpul sampai beribu riban dulu macam Cik Epal yang malatops itu. Sampai Nas Ahmad pun terjah dia beb! ^_^
Sekian hidangan sempena Hari Buruh ni..


p/s: Baru dua orang jer masuk Contest JBC aku..Sedeynya takde sambutan..Maybe hadiah aku murah sangat kut? Nampak sangat aku takda peminat + SS (syok sendiri)..tapi ok gak, senang cari pemenang nanti. Ahaks..

» Read More...

Selamat Hari Pekerja 2010

Share

Salam geng..

Di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua insan2 yang bergelar pekerja.

 

labor day

Dan bila dah sambut hari pekerja ni, jawabnya, dah masuk bulan Mei, dan bulan ni juga meriah dengan beberapa hari lain..iaitu Hari Ibu dan Hari Guru.

 

Apa yang anda tahu pasal Hari Pekerja @ Hari Buruh @ Labour’s Day ni? Yang aku tau, hari cuti daripada bekerja ^_^

» Read More...

Dapat lembu free, jimat kenduri kahwin aku nanti…

Share

Salam geng..

Aku nak share kegembiraan dengan korang ni, macam dalam tajuk atas ni la. Bahawasanya, aku dapat seekor lembu yang diterbangkan khas dari Lubnan sebagai wasiat dr bro MSR. Huh berdebar lak dengar perkataan wasiat2 ni kan. Tapi dah bro MSR bagi, aku terima dengan rela hati, jimat nanti, tak payah susah2 beli daging. Duit beli daging boleh sewa pelamin yang RM10k…hahah.

 

lembu wasiat Rupa lembu yang diwasiatkan. Hensem tak?

 

Selain daripada kena jaga lembu ni bebaik, aku dikehendaki juga menjawab beberapa soalan sebagai bukti kasih sayang aku pada lembu ni..

 

1.Thank & link the person that gave you the cow (JGN LUPA COPY PICTURE SEKALI)

Thanks kepada bro MSR yang mungkin dah sampai Malaysia semasa entry ni dipublishkan..Walaupun saya tak pernah jaga lembu, saya akan cuba pastikan at least lembu ni berjaya cebok sendiri.. :P

 

 

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active..hahaha

Lembu ni da pandai cebok sendiri berkat ajaran aku, so aku sedekahkan hak penjagaan kepada bloggers yang sememangnya aktif di alam fana ini iaitu

protege aku, mieran

sifu utama aku, kak yan

sifu kedua aku, cikmin

orang yang kuat dengki ngan aku, darkbatman

paklong yang gigih

rodong bernama zulkbo,

pepijoe yg sgt bermotivasi

 

 

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat

Aku tatau siapa gerangan orang kaya kg sepening lalat ni menyebok2 nak nama kat blog aku. Ahaks

 


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

- Baring

- Makan

- Kutuk pelakon dalam TV

 

 

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

- Jala emas

- Bunga tanjung

- Tahi itik

 

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

355..tu pun ade yang aku x approve. Malas

 

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

Pun no komen jugak sama macam bro MSR..ngeee

 

Yang dapat wasiat ni, silakanlah ya menerimanya dan jaga lembu ni elok2. :)

» Read More...

Bangga gila dapat jadi Most Popular Post ^_^

Share

Salam  geng…

Agak terkejut dan tak percaya jer rasa bila dapat jadi top post kat Blogged.my semalam. Semuanya hanya kerana gara-gara post aku yang dalam bahasa omputih semalam tu.

 

Untitled Thanks 4 all clickers, readers and commentators ^_^

 

Actually, memang buat post tu saja2, tapi tak sangka korang semua memang concern sampai farenova bagi idea suruh pergi vacation.. thanks guys.. sesambil komen semalam, ada juga yang bagi aku new idea..tapi aku rasa macam dah banyak aku sentuh pasal ni. Cuma, maybe sebab aku tak buat list mudah, korang pun malas nak cari :)

 

cats Komen daripada pemilik PR4..Wahhhh!!!

 

Persoalannya, korang nak ke aku story pasal trafik lagi? Untuk makluman, trafik aku xdelah hebat mana pun, sekarang ni target aku nak mencecah 500 minimum sehari jer. Kalau dapat lagi banyak lagi baik tapi aku ada buat kajian trafik, Sekarang ni agak merudum..betul kah?Ke aku jer perasan? Dan tanda2 blog aku memang POYO? Help me…

p/s:  penat + letih + tired

» Read More...

Tshirt Netqueen aku dah sampai ^_^

Share

Salam geng..

Pantas dan meyakinkan! Itu aku dapat simpulkan tatkala aku dapat hadiah yang dijanjikan seperti dalam entry Ladies Blogger Only… Nak Tshirt free tak? Alhamdulillah, tak sesia aku buat entry, dan promote sikit2, akhirnya hari ni aku dapat tshirt tu..

DSC02267

semalam baru orang Netqueen tanya nak saiz apa, alih2 pagi ni org CityLink call ada barang.. Unsangkerable betul barang tu ialah tshirt Netqueen ni..

 

DSC02268 

aku amek saiz L, tapi rupanya mmg dabak..

 

Mesti korang yang xjoin hari tu rasa menyesal kan? ahaks…aku agak jer ok..Kalau tak, baguslah, tapi kalo teringin gak nak tshirt yang berharga RM45 ni jugak, rajin2 laa singgah ke Netqueen tu sebab banyak contest yang sedang berlangsung selain daripada korang boleh mendapatkan tips lelaki dan perempuan, korang leh jugak share karya kreatif korang untuk bacaan ramai. Singgah ye!

 

Thanks a lot Netqueen!!! Moga terus sukses!

 

p/s: tunggu tshirt hadiah dari Darkbatman lak sebab aku menang contest RM250 dia…Yeehaaa!!! Aku pun buat contest, silalah join ^_^

» Read More...

Two things motivate me in Blogging…

Share

Hye gangs..

If anyone realize, there is no any informative post or tutorial I posted up this week which is differ from before. Last week, was the best traffic I got so far which is about 800+ just because of this three post.

 

 

But this week, my mind cannot focus to update any informative entry here eventhough I have the idea but I didnt know how to elaborate them. Sometimes I feel that I am too passionate until become very POYO in blogging and at last feeling so demotivated to do anything here.

 

For the time being, my motivation to keep DaHLia’s JouRNaL updated are :

 

trafik

My ALEXA RANK smaller day by day.. This motivates me!

 

buff

I got Buffered Earning. So I have to feed them with traffics.

 

So, guys, do get something to make you fell motivated in blogging. Money also can be a good extrinsic motivation for you if you cant find the motivation inside you (intrinsic motivation). I am building up my motivation right now and I wish to have it by Monday to feed you with informative post. Pray for me ya :)

 

p/s: Ignore my GRAMMAR… ^_^

» Read More...

<Contest JBC>“Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi ….”

Share

Salam geng..

Ini tajuk untuk Jom Buat Cerita (JBC) yang pertama…Tajuk memang poyo gile. Sila gelak guling2. Sebab aku tak tahu nak fikir tajuk apa dah. Di samping aku cuba nak mencari keyword dekat Google. Saje nak try :)

 

“Tak Kenal DaHLia Maka Tak Cinta Versi ….(Nama Korang)…”

 

tulislah apa yang korang nak tulis mengenai aku dan blog aku DaHLia’s JouRNaL yang korang tau. Semakin banyak yang anda tau, yang korang bagi cadangan , semakin tinggi peluang untuk menang. Goreng laa bebanyak mana korang suka dalam entry korang, letaklah apa2 perisa dan ajinomoto yang korang leh dapat dari blog aku ni.. Blog ni lah sumber rujukan utama korang leh rujuk selain daripada blog dotkom aku tu.

 

JBC 1

 

~special untuk semua blogger di MALAYSIA sahaja~

 

Hadiah ditawarkan :

3 set of One Drop Perfume to be won

~ Top Up RM5 untuk 3 entry terawal yang dihantar melalui komen di post ni mulai 1 Mei 2010.

 

Syarat Penyertaan :

1. Anda seorang blogger dan ada blog yang aktif, bukan baru buat semata untuk contest ni kecuali Cikgu Tehr ade kelonggaran :).

2. Tampal gambar yang disediakan di atas di dalam entry anda.  Gambar tersebut mesti di link ke entry ni. Tak perlu letak sidebar, tapi kalo nak jugak, silakan ^_^ 

3. Buat entry/post mengikut kreativiti anda berdasarkan tajuk yang diberikan sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

4. Satu penyertaan sahaja untuk setiap blog.

5. Entry penyertaan mesti mula disiarkan pada 1 Mei 2010 sahaja. Entry yang disiar sebelum tarikh tu tak dikira. (Nak bagi korang study dan cari info dulu, cari idea nk bersajak ke, gurindam ke, boria ke, nak interview aku dulu ke) .

5. Tinggalkan URL anda ke post tersebut di halaman komen pertandingan mulai 1 Mei 2010 jam 12.00 am..

 

Tempoh Masa :

Mulai 1 Mei 2010  12.00 am – 15 Mei 2010 jam 11.59 malam..

(aku bagi masa korang study dan draft dulu)

 

Hakim Pertandingan Yang Arif lagi Bijaksana:

Aku sendiri. Kalau aku rasa xmampu, aku upah adik2 aku untuk tolong.

 

p/s: Hope xde kekeliruan laa ya :)

» Read More...

Pemenang HTJ @ DaHLia’s JouRNaL 92518

Share

Salam geng..

Setelah beberapa kecelaruan timbul, akhirnya contest Hit The Jackpot @ DaHLia’s JouRNaL berjaya mendapat pemenangnya. Tengahari tadi, sekejap jer DaHLia tinggal kaunter, gi kelas dalam sejam setengah gitu..balik2 dah dapat pemenang..

 

gull watermark wah..banyaknya tab yang kamu buka darling!!

 

follower-watermark

Bukti Follower DaHLia’s JouRNaL…

 

Oke..pemenang bertuah untuk HTJ 92518 kali ini ialah terdiri daripada Follower aku sendiri… Nasib bukan baru jadi follower lepas hit jackpot. Tidaklah pelawat setia blog aku ni rasa sedih :) Sedih kah? Nama pemenang bertuah ni ialah Anin ..

 

Blog Anin aku boleh tengok banyak entry berkaitan dengan contest jer dan dia ni suka berpantun. Kalau dalam blog dia tu, penuh dengan banner dia join contest sana sini sampai rasa serabut (honestly).  Dan bila tengok Nuff Anin, hanya ada satu tempat jer letak. Letak lah kat semua tempat ya untuk dapat lebih :) Rujuk entry Nuffnang sungguh pemurah kan? Tapi kenapa akaun Nuffnangku masih statik @ kosong?

 

topupanin

bukti hadiah TOPUP telah diselesaikan

 

So, kawan2 sekalian, jemputlah terjah dan ucapkan TAHNIAH dekat Anin. Anin pon, sila2 lah balas kunjungan mereka kembali ya :) Biar bertambah ukhwah, bertambah trafik :)

 

 http://seindahbayu.blogspot.com/

» Read More...

Tag No. 5 pulak dah.. 5-FIVE-KHAMSAH

Share

Salam geng…

Tag lepas pasal no. 8, yang ni nombor 5 pulak…pasni entah nombor berapa pulak aku tatau laaa… jangan sampai infiniti sudah..haru akuu… sebab jawab2 tag ni biasanya bila dah kebosanan yang amat jer.. sebab kadang2 kita memang rasa tak kuasa nk menjawab..lebih2 lagi kalo tag tu panjang. Tapi, antara korang sedar atau tidak, tag ni juga boleh menjadi penyumbang trafik untuk blog… Betul tak? 
 
Kali ni aku telah ditagged oleh si Matdin suka huha huha tanpa sebab yang pasti. Aku pun pelik ngan perangai dia kadang-kadang. Kalo korang xpercaya, klik nama Matdin.



1) 5 nama samaran kamu:
  1. DaHLia di alam maya
  2. Emilya di alam SKYPE
  3. Emi di alam nyata
  4. Sayang di alam impian
  5. Mama di alam impian selepas no.4
2) 5 tarikh paling penting dalam hidup kamu:
  1. 18.11 : birthday aku.
  2. semua tarikh besday family aku :)
  3. 01.01 : New Year - cuti
  4. 01.05 : Labour Day – cuti lagi
  5. 16.05 : Teachers Day

3) 5 perkara kamu buat semalam:
  1. driving
  2. schooling
  3. eating
  4. scolding
  5. blogwalking

4) 5 perkara yang buat kamu gembira:
  1. my FAMILY happy, aku happy
  2. blogging
  3. skyping
  4. YMing
  5. Enough sleep

5) 5 drama/ filem kegemaran kamu:
  1. Prison Break
  2. Heroes
  3. The Cave of Golden Roses
  4. My Girl
  5. -
6) 5 hobi kamu:
  1. blogging
  2. blogwalking
  3. skyping
  4. YMing
  5. thinking :P
7) 5 orang yang kamu suka/sayang:
  1. family laa haiyooo
  2. ~ bakal suami ~
  3. ~ family bakal suami ~
  4. ~ anak-anak dengan bakal suami ~
  5. ~ friends including bloggers pun friends aku gak

8) 5 tempat percutian idaman kamu:
  1. Pulau-pulau di Malaysia …memana pulau sekalipun
  2. Kota Cinta , Paris :P
  3. Mana-mana tempaat besh laaa….
  4. susahnya soalan
  5. malas nak pikir :)
9) 5 sebab kamu jawab soklan ni:
  1. matdin sengal tagged aku
  2. aku terpaksa sbb nak jaga hati matdin
  3. aku taktau pulak panjang amat..aku menyesalllll
  4. sebab aku baik
  5. sebab aku rajin

10) orang yang kamu nak tag :
  1. kau yang tengah baca :)
  2. kau yang tengah baca :)
  3. kau yang tengah baca :)
  4. kau yang tengah baca :)
  5. kau yang tengah baca :)

p/s: legaaaaaa..lepas hutang tag dgn matdin ..tak wajib pun korang buat :)

» Read More...

Buat Contest HTJ tapi Kaunter Kena Godam!

Share

Salam geng…

Wahh…berlumba2 semuanya nak Hit The Jackpot @ DaHLia’s JouRNaL bagi nombor pertama 92518 tu…Ada yang cakap nombor tu ada kena mengena dengan DaHLia laa itu laa, ini laa…Walhal langsung x ader, just ikut logik visitor jer ikut berapa peratus yang masuk dan keluar blog sehari2…puas aku selidik visitor aku untuk cari nombor yang terus hit dalam masa sehari dua..

 

Hari ni, aku balik sekolah tadi dah Magrib, aku sempat laa jenguk kaunter, tapi masa tu memang around 91577 kalo tak silap aku…So aku andaikan hari esok laa baru kaunter tu akan hit. Then aku dan family aku gi anta barang pada customer dan makan2, sampai lah umah kul 11 malam, terus online, ada yg komen cakap dia dah hit. Emel pun dah dihantar..

 

dahlia2 Harap Maaf, tiada kaunter untuk 92518 kelihatan.

 

Yang peliknya aku check blog aku, kaunter tak kuar. Dan protege aku pun cakap kaunter tak kuar, dan ada beberapa orang pun tanya kat mana nak tengok..tapi ada yg dah emel dan mengaku mereka dapat hit nombor tu? Alahai…tatau macam mana nak cakap, kaunter pun tak tahu kat mana, alih2 bila nampak nombor tu blinking di sekitar blog, terus kata hit? Hurmm sebab tu laaa DaHLia dah gariskan syarat penyertaan pertama

 

Anda mestilah seorang yang sentiasa melawat blog ini.

 

Kenapa aku letakkan syarat tu sebagai yang pertama? Sebabnya mereka yang selalu datang dia tau kat mana susun letak blog aku ni..Tahu apa yang ada sekitar blog aku ni..

 

jackpot_thumb[2]

kira dah baik aku tak wajibkan korang follower pun ^_^

 

Kaunter berada di sidebar kiri blog aku ni di ruangan STATISTIK, seperti dalam gambar di atas, yang mana ada simbol ikon smile sekali tu... Buat masa sekarang, tatkala entry ni ditulis, sejak aku login jam 11 malam tadi, kaunter aku tak kuar, di beberapa blog lain pun jadi perkara yang sama.

 

cats

 

bila klik supaya linking ke website tu, kuar error ni..dah 4 jenis browser digunakan, tapi masalah masih lagi sama.Pelik tul aku macam mana korang boleh claim korang menang..huhuh…

 

cats2

 

So, kat sini nak pertegaskan lagi, Kaunter berada di Ruangan Statistik di Sidebar Kiri Blog ini. Bukan yang blink2 kaler merah ni. Harap Maklum ok harapnya segala kekeliruan terjawab. Kalau siapa baca entry pengumuman contest dulu, mesti takkan keliru patutnya.

 

Bila esok kaunter dah baik, kalo nombor ni terlepas, dan tiada sesiapa claim hit dalam masa sehari, aku akan maklumkan nombor yang baru.

 

p/s: Money can’t buy happiness :(

» Read More...

<HTJ @ DaHLia’s JouRNaL> 92518

Share

Salam geng..

Ingat lagi tak, DaHLia pernah cakap dalam post ni untuk anjurkan contest di blog DaHLia ni? Sebenarnya beberapa kecelaruan telah timbul sama ada nak buat contest di sini ataupun di Blog dotkom DaHLia tu, tapi memandangkan kesetiaan korang dan tak mahu korang pening2 seperti DaHLia, dengan itu kontest akan dijalankaan disini. Kecuali bila perpindahan secara total berlaku kelak.

 

No yang aku perlukan untuk kali pertama ini ialah 92518.

 

Hadiah ditawarkan :

Top Up – RM10 dengan special post dengan link ke blog anda.

(aku bagi ikut kemampuan jer ni..so, xperlulah nak refresh susah2kan korang, ada tuah anda dengan nombor tu, baguslah :)

 

Syarat  Penyertaan : (telah diperbaharui)

1. Anda mestilah seorang yang sentiasa melawat blog ini..

2. Print Screen page apabila jackpot dah mengena :)...

3. Sebaik-baiknya, letakkan watermark (link blog anda di gambar tersebut)

4. Emel gambar di atas ke dahliajournal@yahoo.com ataupun kalau rajin, buat post, tapi tak wajib :)

5. Anda akan dihubungi secepat mungkin.

 

p/s: Segan ngan blogger lain yang modal besauu..hikhik

» Read More...

Cuti-cuti ke Subang…

Share

Salam geng..

Untuk pengetahuan korang, weekend lepas aku dengan family aku spend our weekend keluar dari Kuantan, berada di bumi Subang ni. Actually percutian ni tak adalah rancang mana pun, tambah2 lagi dengan hari Sabtu ialah hari sekolah ganti. Aku ‘terpaksa’ men’MC’kan diri sebab senggugut. Full stop!

 

Ok.Aku ke KL untuk menghantar adik aku ke Dynasty Hotel sebab dia ada Kursus Train of Trainer untuk Modul Integrasi Program Latihan Khidmat Negara bagi sesi 7 Kumpulan 1 2010. Aku dulu pun pernah jadi penceramah PLKN untuk modul ni jugak tau! Lepas hantar adik aku ke Dynasty Hotel (dengan bantuan GARMIN), kami ke Wangsa Maju, rumah Mertua akak aku dan malam tu barulah adik aku yang kerja MAS datang untuk ambil kami tidur di rumah dia di Bandar Pinggiran Subang.

 

DSC02247

tinggi gila umah adik aku ni wehh..kalo kilat, memang rasa sangat2 dekat.. Flight Air Asia yang lalu lalang, dengan DHL lagi, memang indah sungguh pemandangan

 

Angan-angannya dapatlah bersiar2 di bandaraya ni dengan adik aku sebabnya memang aku tak pernah laa nak bersiar2 secara maksima di bandaraya KL mahupun Selangor ni. Kalau datang KL ni pun, mesti sebab ada tugas khas, ada interview ke apa ke..Peluang kerja kat KL suatu masa dulu pun aku lepaskan, cuma sempat kerja 3 hari jer,ahaks.. Siyesly, aku memang xpernah jejak kaki ke Midvalley Megamall, One Utama ke, Starhill ke, apa ke, memang aku tatau.. Teringin nak gi IKEA, pun tak pernah. Kesian kan aku? haha..

 

Cuma malam, dapatlah kami bersiar2 gak, tapi tak jauh pun,  just pergi Tesco Extra (pada malam pertama) kat dengan area umah adik aku….sangat2 tak suka dengan foreigners (Bangla, Myanmar, dan Indon) yang aku jumpa disekeliling. Bosan. Miss my own place, Biarlah Kuantan xhappening pun, tapi taklah kiri kanan nampak puak2 ni.

 

The other night, kami ke kedai eletkrik Yeng Teik kat area Kota Damansara. Adik aku dengan kawan2 dia ni (2 orang) baru pindah umah,diorang baru keja masuk 2 bulan, so barang umah memang takda lagi. Memandangkan masing2 baru dapat gaji + elaun overtime + keje hari cuti yang hampir 1k tu setiap sorang, masing2 dah divide bahagian masing2 untuk beli barang.

 

       DSC02248 DSC02250

Peti Ais kawan adik aku, Mesin Basuh adik aku..Both RM1250 Cash.

 

Lepas beli dua barang tu, kitorang shopping lak ke Giant Shah Alam (agaknya kut).. Besar gila!! Jakun sekali lagi aku. Haha…Nasib dalam Giant ni kebanyakan yang aku jumpa ialah orang Malaysia. Dalam Giant ni, aku beli tshirt yang aku sedang pakai masa taip entry ni dan sempatlah jugak mak aku beli tudung HAWA yang ada berlian kelip2 dan aku beli tudung yang fesyen sekrang gak tu, Entah bila akan pakai, tak tahulah, beli jer dulu.

 

Ni hari Ahad pun adik aku kerja weh, sampai kul 10.00 malam. Kesian lak aku tengok dia kerja teruk2. Target dia nak kumpul duit nak ambil paper untuk jadi Engineer. Hope dia berjaya dengan cita-cita dia tu. InsyaALLAH. OK, aku nak bersiap2 untuk balik dah ni..Jap lagi kakak aku sampai untuk mengambil kitorang sebelum gi amek adik aku kat DYNASTY HOTEL yang abis program kul 5.00 petang.

 

p/s: Time publish ni, aku on the way balik Kuantan. DOakan dan keluarga aku sampai dengan selamat. ^_^

» Read More...

DaHLia memang Jakun.. tapi bukan orang Jakun!

Share

Salam geng..

Aku memang jakun. Selama hidup hampir 29tahun ni (uiks tuanya aku) aku tak pernah mengaku kat korang kejakunan aku ni...

 

R_JakunMusician

Pakcik ni memang orang Jakun, tapi aku bukan orang Jakun macam pakcik ni.. aku hanya Jakun..adeh xpaham lagik?

 

Untuk pengetahuan korang semua, inilah kali pertama aku jumpa mende alah ni, aku belek2 dan makan benda alah ni..Aku sebenarnya malu gak nak reveal kejakunan aku ni, tapi sebab nak share jugak experience aku yang jakun ni jumpa mende alah ni, kena bantai gelak guling2 ngan korang pun aku tak kisah. Mana taknya, tempat aku kat KUANTAN tercinta tu mana ada mende alah ni.

 

dominos_pizza 

First time aku makan Pizza Domino ni. Nasib adik aku Erd beria nak. Padahal aku pun nak tapi sebab masa tu dah malam, selera xbanyak mana pun.. So apa lagi, adik bongsu aku pun bawak lah kitorang ke Domino Pizza kat dengan Hotel Concorde. Ada pakej akad nikah kat Concorde Hotel tu..hikhik

 

map_sa

Selepas jenguk2 kaunter di situ, memang masuk kedai tu pun dah rasa jakun..Ingatkan nak makan situ, tapi rupanya tak ada tempat khas nak makan. Kerusi dan meja jenis tinggi gitu. Kesian gak mak aku nak naik kerusi gitu. So kami pun just order jer laaa. Incredible Meals No.1 menjadi pilihan, harga RM40, ada 2 Regular Pizza + Garlic Twisty Bread dan Onion Ring.

 

Masa order tu, budak tu mintak no telefon. Aku pelik gak, sbb lainlah kalo mintak no phone. Ahaks, mana tau nak mintak no phone aku ker. Curious. Aku pun bagi no adik aku “Mr Saiful” Aku pun angguk “Ye, dia ada kat luar dalam kereta” …surelah dia konpius sbb yg tengah order, dedua perempuan, bagi no phone lelaki…

 

sesambil menunggu tu, aku duk usya laa sekeliling kedai tu, usya pekerja2 nya, jamu2 mata. ahaks... Tapi yang paling menarik minat aku sampai aku gelak2 (nasib public, so xdpt nak berguling2) bila tengok beg yg budak delivery bawak. Macam kumbang lak aku tengok.

 

6560

 

So, at last, tak sampai 15minit (dalam resit estimated time selama tu), pizza kami akhirnya siap. Dalam keta, sempatlah makan onion ring ngan twisty bread tu dulu..memang lembut dan wangi rotinya tapi tetap suka garlic bread Pizza Hut.

 

Balik rumah, setelah menapak 4 tingkat rumah adik aku, masa untuk kenduri pizza yang dibeli tadi..

4123994853_71f7814dc5

My Testimonials:

Pizza ni giler beshh!!! Aku suka dengan roti dia yang lembut, tak terlalu tebal. Makan macam tu pun sedap. Kalau makan PH, aku kena letak sos bagi hilang rasa ketepungan yang tebal tu.. Tapi yang ni memang superb!

 

p/s: Kenapalah tak ada Dominos Pizza kat Kuantan? Hulu gak Kuantan tu rupanya…hikhik..

» Read More...

Project Alpha Season 2; Betul2 buat aku teruja!!

Share

Salam geng..

Aku rasa aku ni dah kira terlambat nak review pasal Project Alpha Nuffnang ni. Honestly, masa Project Alpha Season 1 last year, memang aku takde feel pun, maybe sebab masa tu aku masih lagi baru ngan Nuffnang. Memang pandang sebelah mata  jer. Sebab aku memang takde target apa2 pun dengan blog ni, tak target nak jadi blogger hebat, ataupun blogger terkenal macam Redmummy, Kennysia, Beautiful Nara tu.

 

Sekarang ni je rasa teruja ngan Nuffnang sebab adanya Buffered Earning dan berkawan2 dengan blogger2 yang ada impian yang tinggi bersama Nuffnang contohnya mamat ni. Dan satu lagi apabila kuarnya iklan video Project Alpha Season 1 ni kat blog aku.

 

 

comelnya RM dalam ni..then masa Jojo tu memperkenalkan blogger2 tu, rasa wah, macam artis! Glemer gitu.. Rugi kalau korang tak tengok sebab ada tips yang best disediakan di setiap video yang ada. Dan korang jugak boleh masuk daily contest pasal Video ni. Tonton je video, dan jawab soalan mudah based on the video setiap hari.

 

Bagi yang blur lagi macam aku, ni info sedikit sebanyak pasal Project Alpha ni. Project Alpha ni Malaysia’s first online reality TV show yang membongkar kehidupan seharian bloggers terpilih. Siapa mereka, bagaimana kehidupan mereka, apa yang mereka buat, apa yang mereka makan, apa aktiviti kegemaran, macam mana dapat inspirasi untuk blogging, dan lain-lain akan dibongkar dalam Project Alpha ni.

 

Kalau untuk Project Alpha Season 1 dulu, blogger terpilih ialah Redmummy, Budiey, Nicole Kiss, Kenny Sia, SixthSeal dan jugak Fourfeetnine. Blogger-blogger yang terpilih untuk Project Alpha Musim kedua ni sememangnya lebih mantap dari segi kandungan blog mereka dan lebih glamourous dari yang pertama antaranya yang korang pasti kenal ialah Klubkidd yang sokmo reveal pasal Akademi Fantasia dan jugak Azwan Ali amboi.amboi..amboi tu laa.. Nak tahu yang lain, tonton video bawah ni.

 

 

 

Project Alpha Season 2 ni disiarkan secara langsung secara talian setiap hari selama 4 minit sahaja dan boleh ditonton di ruang iklan LR (bawah post) di blog korang.. biasanya mulai tengah malam ada episod baru akan ditayangkan. Selain tu, korang boleh tengok sendiri di

www.projectalpha.com.my
www.nuffnang.com
www.projectalpha.ruumz.com
www.dailychilli.com
 www.hitz.fm
www.era.fm
www.youtube.com/projectalphashow.com
 www.facebook.com/projectalpha
Join grup : www.projectalpha.ruumz.com/groups

 

Nak lebih puas lagi, Project Alpha akan disiarkan setiap minggu untuk 30 minit di Astro Hitz.tv. Di mana layarnya lebih besar dan kapasiti penontonnya juga pastinya meluas.

 

audition_img

Kalau dah ada musim kedua, mesti musim ketiga akan menjelma juga kan? Kepada semua yang bergelar blogger dan berminat untuk glemer dalam Project Alpha musim ke-3, boleh laa menyertai ujibakat dengan menghantar video sample audition korang selama 1 minit jer tau  di :www.projectalpha.ruumz.com/groups  seperti Darkbatman, Pojiepooh, Aidi Safuan, GTO, Anak Perak, Jai (walaupun ada antara mereka tak pernah sampai blog aku yang xsehebat mereka, aku link jugak.baik tak aku?) dan yang lain-lain.. Aku mention nama diorang sebab aku pun tolong vote diorang. Kalo korang join, pasti aku vote like jugak untuk korang!

 

aie

 Vote for Darkbatman here (tengok dia yang sebenarnya seorang yg pemalu) dan vote lah jugak untuk blogger lain ^_^ . Tengok siapa mendahului dengan vote tertinggi.

 

Tengok video yang diorang hantar ni, memang tetiba rasa sangat teruja untuk anta video sama. Aku siap berangan nak buat macam ni lah, macam tu laa.. haha kelakar lak kalo nak share kan idea untuk diri sendiri tu. Tapi bila fikirkan sifat pemalu yang menebal dalam diri, aku rela tak glemer ^_^

 

Details pasal Project Alpha Season 2 ni, korang boleh tengok di sini. Banyak benda menarik untuk dibongkarkan dan disertai! Nanti aku bongkarkan lagi oke… heheh… Penaja untuk Project Alpha Season 2 ni ialah Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

 

Project_Alpha_logo

 

p/s: kalau aku anta video Audition untuk Project Alpha Season 3, korang sudi ke Vote aku? ahaks..

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais