BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Bila Dato Dr Fadzilah Kamsah mengkaji aku…

Share

Salam geng…

Hari ni aku berminat nak share pasal ciri-ciri peribadi aku menurut kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Ada yang aku rasa bertepatan dengan diri aku, dan memang ada yang lari menyimpang. Apapun, 25 tahun Dato Dr Fadzilah Kamsah kaji mender ni, aku hargainya. Sudah pasti ramai yang dijadikan pemerhatian beliau untuk menghasilkan kajian tersebut.

 

Aku lahir tanggal 18 November 1981. So, peribadi aku menurut kajian tersebut ialah:

 

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. <--- kan dah cakap, aku ada 6th sense..korang taknak percaya :P
  • Sesuai jadi seorang doktor. <--- oh tidak, otak saya bukan otak sains
  • Cermat dan teliti. <--- tidaklah, aku main redah gak jer..huhuh
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati. <--- + kepala batu…huhu
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat. <--- anon, ni DaHLia oke.. see!
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian. <--- sangat betul..aku gusar dengan pujian…
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa. <--- hahahhahahaa…..
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. <--- ouch
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. <--- betullah tu… aku ni banyak thinking negatif
  • Suka duduk di rumah. <--- wah, baiknya aku kan…
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. <--- hahaha…. betull sangat
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah <--- ikut mood

 

Apapun, jangan terlalu percaya, kita adalah diri kita sendiri. Sesiapa yang nak tengok karektor dia pulak, boleh laaa klik sini –> Rahsia Bulan Kelahiran

» Read More...

Akim AF7 : Inilah Cinta

Share

Salam geng,

 

Korang pernah dengar tak lagu Akim ni? Aku panggil dia lagu  Aiskrim..sebab kan lagu ni digunakan untuk iklan Cornetto, so sejak hari tu aku cop lagu ni lagu Aiskrim. Apapun, layan seyy tengok clip video lagu ni. Akim comell!!

 

7202009_akimraya1(a)

 

 


 

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia


Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta


Ulang Chorus


Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku

Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia
Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

 

p/s: Janganlah Maulana tu merosakkan lagu ni kat Konsert ke-9 AF8 esok.

» Read More...

Hari Guru 2010; Guru Pembina Negara Bangsa

Share

Salam geng..

 

Kali ni aku nak bercerita mengenai Hari Guru pulak. Hari Belia aku cerita, takkan Hari Guru yang sangat bersangkut paut dengan aku, aku taknak cerita pulak kan?

 

Kita tahu bahawa Hari Guru akan disambut pada tarikh 16 Mei  setiap tahun. Aku yakin semua daripada kita tau tarikh ni sebab pernah juga jadi pelajar, menyambut hari guru, mengucapkan terima kasih pada guru dan mungkin kalau ada wang lebih, memberi hadiah pada guru.

 

selamat_hari_guru 2

ingat, siapa pun kita sekarang, gurulah yang tidak jemu mengajar kita tulis dan baca.

 

16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

 

guru

.logo hari guru.

 

Pada tahun ini, negeri Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan pada 16 Mei 2010. Bersempena dengan itu, pameran Hari Guru peringkat kebangsaan pada 13-16 Mei 2010 akan diadakan di East Coast Mall, Kuantan Pahang.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari :-

http://www.moe.gov.my/hariguru

http://www.tutor.com.my/festival/

 

p/s: Masa korang baca entry ni, aku ada dalam bus nak pergi UPM.

Entry ni scheduled.

» Read More...

Adamaya Episod 22 ~ sungguh buat aku jiwang karatz jap..

Share

Salam geng..

Aku nak share sikit pasal episod 22 yang aku rasa sangat besh semalam. eh, hari2 besh apa kan, lebih2 lagi dengan watak Adam yang sungguh cool itu, dan juga Amani yang sangatlah comelnya tu.

 

Scene yang paling aku takleh lupa ialah scene dalam bilik Adam & Maya ni…Ah, bukan scene SX la…scene yang mana Adam dah rela melepaskan Maya walaupun hatinya tak rela, dan Maya pulak tak sanggup untuk berpisah dari Adam. Memang menyayat hati aku tengok Adam dengan Maya ni. Korang layanlah video di bawah ni..Scene tu dekat minit ke-2 lebih kurang.

 

 

Sedih aku tengok si Maya ni menangis..lain pulak kan muka dia masa ni. Agak kureng cantik laaa  bila nangis, Hai pandai aku jer, rasanya maybe sebab rambut dia gitu gak kut.. Haha..ada ke orang maintain cantik bila nangis? Aku nangis lagi buruk..huhuh…

 

Apapun, hari ni last episod untuk Adamaya ni kan? Entah aku dapat jumpa atau tak TV untuk aku tengok citer ni kat UPM. Uhuks..

 

p/s: Beshnya kalo semua lelaki cool macam Adam ni..

» Read More...

Pengumuman Terkini <STICKY>

Share

Salam geng…

 

Aku baru sudah berblogwalking ke blog-blog yang meninggalkan jejak di shoutbox. Aku BW sampai terlelap kejap2…huhu..semata2 nak balas kunjungan korang. Operasi blogwalking ni aku buat sambil aku delete mesej korang dalam shoutbox tu. Kenapa? Untuk meringankan shoutbox laa..

 

 

far-away

Untuk pengetahuan kalian, aku tak dapat nk berblogwalking ke blog korang selama 4 hari sebabnya aku akan berada di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, mulai 13 – 16 Mei 2010 kerana ada program pelajar asrama dengan Datin Rosmah di sana. Aku tak bawak lappy aku sebab aku nak bercuti dan berseronok tanpa gangguan digital. Tambah pulak aku tak nak nampak digelar geek blog. Ceh konon.

 

 

So, dengan itu, aku akan sambung melawat korang selepas aku balik Ahad ni. Aku akan terima seadanya trafik aku yang mungkin akan menurun. :( Tapi aku ada sediakan sheduled post jugak untuk tatapan korang setiap hari. Hope enjoy.. Jangan rindu-rinduan dengan aku ya… Ouch…

 

p/s: Baju pun aku tak kemas lagi ni..Ada sesiapa mahu tolong?

» Read More...

Tahniah Malaysia! Ke Separuh Akhir Piala Thomas…

Share

Salam geng..

Wah, semuanya tersenyum pulak malam ni bila Malaysia mencatatkan kemenangan dalam game suku akhir tadi menentang Denmark. Baru pagi  tadi  dalam Hot Chat bersama Fafau dan FBI, aku dengar beberapa caller membebel, marah, dan tak puas hati dengan performance Hafiz Hashim semasa perlawanan malam kelmarin, menentang siapa ntah, aku pun tak ingat beb sebab aku tengok TV ikut mood, lagi2 sukan2 ni…aku kaki bangku..ahaks…

 

thomas-uber

Baru aku tau, Piala Thomas untuk lelaki, Piala Uber untuk wanita.

 

Demi menjadikan diri aku ni berinformasi, aku berkenan google dan diskus serba sedikit pasal Kejohanan Piala Thomas dan Uber ni yang sedang berlangsung mulai 9-16 Mei di Stadium Putra Bukit Jalil. Kali terakhir Malaysia  menang Piala Thomas adalah pada tahun 1992, masa aku baru Darjah 5. Berhingus lagi beb.

 

So, untuk perlawanan separuh akhir menentang China nanti, aku harapkan skuad negara kita yang terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei, Koo Kean Keat/Tan Boon Heong, Wong Choong Han, Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon, dan juga Hafiz Hashim akan berjaya mengharumkan nama negara kita Malaysia dan mengembalikan kegemilangan arena badminton di negara kita.

 

insidepix1

p/s: kalau bab-bab badminton, mesti teringat dengan Anak-anak Sidek.

» Read More...

Rezeki bertambah lagi…hadiah sebuah kesabaran

Share

Salam geng..

Seharusnya aku nak berterima kasih kepada beberapa individu yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada blog aku ni. Dan tidak lupa juga individu yang ada PHd di dalam hati mereka. Jutaan terima kasih aku ucapkan sebab tanpa kalian, mesti rezeki aku tidak murah. Alhamdulillah

 

dengki Ini adalah komen untuk entry 50 Creative Youth Blog tu.

 

Bila baca komen ni, baru aku teringat yang minggu ni aku tak citer lagik pasal trafik aku kan? Ko kan suka baca pasal trafik je kat blog aku ni Anon kan? hehe…OK, untuk ko, aku hdangkan Alexa Trafik Rank jer laaa hari ni…

Alexa 11 May 2010

Cantik pulak nombor 777 tu kan :) Tips pasal Alexa di sini.

 

Then bila agak petang, semasa aku sebok blogwalking ke sana sini, muncul iklan yang tak jemu-jemu berada di header blog aku. Hadiah di atas kesabaran aku :)

 

dragon buff

Alhamdulillah, rezeki aku bertambah lagi. Buffered ke-6 yang sedang berjalan.

 

be

Tips: Bagi makan buffered itu dengan trafik :)

 

Pesanan penaja untuk mereka yang dengki pada aku:

Terima kasih. Jangan harapkan bahawa aku akan melenting. InsyaALLAH, aku boleh kawal lagi diri aku. Terima kasih lagi kepada kalian sebab tolong menambahkan rezeki padaku. Semoga kalian pun bertambah rezeki. Amin.

 

FTN Tahniah kepada mereka yang berjaya dengan tips yang aku beri.

 

p/s: Tak guna nak berhasad dengki, semata-mata nak jatuhkan orang lain. Aku suka kalo kita up bersama2, baru anak jantan! :P

» Read More...

Update Contest JBC > Tak Kenal DaHLia maka Tak Cinta Versi…

Share

Salam geng..

Dah lama aku pendam nak buat entry update pasal contest Jom Buat Cerita (JBC) “Tak Kenal DaHLia maka Tak Cinta Versi …” yang sedang berjalan di blog aku sejak 1 Mei lepas sebenarnya. Last aku update pasal contest ni ialah tatkala mengumumkan pemenang early birds untuk contest ni..

 

JBC1 

1 Mei – 15 Mei 2010

 

Perasaan sendiri buat contest ni memang rasa macam agak segan nak buat, tapi bila memandangkan ramai yang bertanya, sebagai memberi penghargaan kepada korang, ini masanya untuk aku buat contest. Walaupun kurang mendapat sambutan, aku tetap berterima kasih kepada yang sudi join..Mudah sket nak pilih pemenang kan.

Sesapa yang nak join, masih lagi ada masa memandangkan tarikh tutup contest ni ialah pada 15 Mei 2010 jam 11.59 malam. Details contest boleh rujuk sini:

 

Jom Buat Cerita (JBC) “Tak Kenal DaHLia maka Tak Cinta Versi …”

 

DSC02313

3 set One Drop Perfumes yang ditawarkan sebagai hadiah. Lagi 2 set?

 

Pemenang akan diumumkan selewatnya 18 Mei 2010.

 

Senarai peserta terkini Contest JBC DaHLia ni:

(klik nama mereka untuk melawat dan menilai post mereka)

 

1.  TeHR :- seorang cikgu yang selama ni berblogwalking dengan blog sekolah dia, tapi akhirnya aku berjaya membuat dia mendedahkan blog personal dia melalui entry dia. Seloka yang dia hidangkan untuk contest ni betul-betul mencuit hati aku. Baca banyak kali pun tak bosan. :)

 

2. MieRaN :- seorang pelajar yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesisnya. Mujur dia memberi sedikit ruang untuk join contest ni. Banyak jugak yang budak ni tahu pasal aku. Rupa-rupanya dah selidik aku, memang gali betul2 dulu sebelum mendaftar diri nak jadi protege aku.

 

3. MaTT :- dia ni aku paksa wat entry dalam masa setengah jam ke sejam kalo aku tak silap. Paksa masa kami sedang berYM. Tak sangka dalam masa singkat pun, dia boleh hasilkan entry lain dari yang lain. Bukan sekadar karangan biasa tapi ada cara tersendiri mengikut kekreatifan dia.

 

4. PaK LoNG :- cikgu BM yang gigih ni pun aku salute. Kalo kira dia yang paling awal hantar entry penyertaan, tapi  sebab aku kata aku kira dari 1 Mei jer, aku suh dia draftkan balik entry tu, dan publish pada tarikh tu. Tapi rupa-rupanya dia pergi buat entry lain, dengan cara lain yang lebih menarik.

 

5. Fizs :- baru je lagi dalam dunia blogging ni. Umur pun baru 15 tahun, baru nak ambil PMR tahun ni. Tapi aku suka dengan semangat dia nak cuba blogging, dan cuba join contest aku ni :)

 

6. Wan9 :- pun baru je aku kenali dalam dunia blogging ni. Mungkin pernah kenal, tapi sekarang baru rasa bertambah kenal. Dalam entry dia ada dia kepilkan sebuah entry dari blog aku ni yang sepatutnya aku tarik sebab mende tu tak jadi..Jodoh tak panjang.. Pas abis contest laa aku buang. ENtry apakah? Gi tengok blog dia.

 

7. Pepijoe :- Bro ni setempat kerja dengan aku. Hehari aku mengadap muka dia, so korang jangan jeles laa. haha... Sampaikan dia ada letak pic candid aku, aku paksa dia kuarkan sbb aku nampak sangat hodoh dalam gambar tu.. Dan dia dah letak gambar lain. Bila masa ntah aku cantik?

 

8. JaRD :- Ni aku rasa otai blogger ni. Lama dah dia berblog, ada gaya tersendiri dan memang ada peminat tegar. Yang hangitnya dalam entry dia, ada lak blogger cakap aku mandrem dalam post2 aku. Sesuaikah begitu? Cuba korang pergi sound sket blogger tu..Hik hik..

 

9. TTT :- ni tokey Blackberry. Berjaya gak aku paksa rela dia masuk contest aku. Nampaknya pasni, aku nk kena join laa contest dia jugak. Aku masih mencari pose2 yang sesuai untuk beraksi seperti dia nak dalam contest dia tu, tapi aku kan pemalu…auwww..

 

Korang macam mana? Tak mau joinkah??? Ada lagi masa tuuu… :) Takkan taknak bagi persaingan sengit pada diorang?

 

Tawaran Contest dalam COntest ^_^

16 – 18 Mei 2010

Terhad kepada 3 emel terawal penjurian :)

Pergi ke setiap post peserta, baca dan buat penilaian yang adil bagi setiap peserta dan tolong emelkan ke dahliajournal@yahoo.com . Segala komen dan kritikan anda haruslah dari aspek

  • layout keseluruhan blog
  • isi entry
  • cara entry dipersembahkan
  • unsur extra / aura tersendiri

bagi yang memberi kritikan paling bernas dan professional akan diberi hadiah misteri dari aku. Kira secara tertutup jer laa ni demi menjaga hati semua pihak. kalau nak aku reveal korang dalam entry kemenangan nanti (with link) pun ok :)

 

p/s: Oke ke cadangan aku ni aaa?? Korang jangan gelakkan aku ok.. Terasa hati aku kang…

» Read More...

50 Creative Youth Blog (Senarai Peserta Terkini)

Share

Salam geng..

Aku ada nak share update pasal 50 Creative Youth Blog ni. Semuanya untuk kesenangan korang dan untuk mengajak korang join beramai-ramai. Kita letak tepi rasa tak layak ke apa ke, tapi jom kita sahut cabaran bahawa kita blogging bukan untuk sia-sia.

 

n284337275972_7651

Cara nak masuk dalam senarai 50 Blog Creative Youth:

1. Buat entry mengenai salah satu dari perkara di bawah. Pilih satu sahaja.

  • Persatuan ITYM
  • Hari Belia Negara pada 14-16 May 2010.
  • Harapan anda untuk kerajaan kepada golongan Blogger Belia

2. Tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut.

3. Download Borang Penyertaan ITYM : link 1(4shared) , Link 2 (hotfile) dan penuhkan butiran. Emel borang tersebut beserta URL blogpost (entry) ke itym2007@yahoo.com 

4. Tinggalkan link URL anda di laman Facebook ITYM dan di blog ITYM

 

Tarikh tutup :

13 May 2010 – 11.59 malam

 

Antara blogger yang dah submit entry untuk 50 Creative Youth Blog ni ialah:

klik nama untuk link terus ke blogpost mereka :)

1. Mr. A (Japan) : Emergency Announcement....Hari Belia Negara 2010

2. Touya Karuma : Hari Belia Negara pada 14-16 May 2010

3. Akuvision : ITYM wadah penjana golongan Belia Malaysia

4. Huda : Hari Belia Negara 2010 - Belia Kreatif & Inovatif Pemacu Ekonomi Negra

5. Aidi safuan : Malaysia umumkan cuti pada Hari Belia Negara

6. Dahlia : Blogger adalah Belia kreatif, bakal Pemacu Ekonomi Negara

7. Mia Liana : National Youth Day 14-16 May 2010

8. Long Hafiz : Orang London minat dan jeles dengan Hari Belia 2010 dan ITYM

9. Ariff Shah : Hari Belia Negara 2010

10. Angelic Vamp : Apa Ada dengan Hari Belia 2010

11. Dauspozi: Sambutan Hari Belia Negara 2010

12. Diden : ITYM Menjadikan Generasi Belia Blogger yang Terbaik

13. Ngexz : Hari Belia Negara!!!

14. Zida : Creative Youth Blog harapan saya untuk negara

15. AbgFeroz : Hari Belia 2010

16. Jard the Great : Hari Belia Negara 2010 – Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara

17. Darkbatman : Harapan Darkbatman kepada kerajaan untuk blogger muda

18. Cha’on: Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara

19. Mieran : Blogger Belia Tunjang Kemajuan Pembangunan Negara

20. ZulMalc : Sebutir padi untuk sebuah negara

21. Nazri : Belia berinovasi pemacu transformasi

22. Myza : Creative Youth Blog

23. Aizudin : Sambutan Hari Belia Negara 2010

24. Iman : Hari Belia Negara 2010 bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara

25. Joegrimjow : Hari untuk Belia dan Platform Promosi Blog untuk Blogger

26. Captain88 : Hari Belia Negara 2010

27. Zulkbo : Harapanku sempena Hari Belia 2010

28. cikqiqicute : Hari Belia Negara 2010

29. Razis : Hari untuk Belia Bersukarian 14-16 Mei 2010

30. Faizal : Sambutan Hari Belia Negara 2010

31. M_chaoz007 : Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara

32. Alyzv : Hari Belia Negara 2010 Putrajaya

 

So, banyak lagi blogger yang diperlukan untuk mengisi senarai 50 Creative Youth Blog tu. Kalau tiada idea, just blogging simple2 jer. Refer pada contoh-contoh yang ada atas ni.

Sesiapa yang dah join dan ingin nama di list di sini, harapnya tinggalkan link anda di ruangan komen ya.. Jom reramai memeriahkan!!!! Aku limit sampai 30 jer aci tak?

 

p/s: Daku just suka spreading the words, jangan anggap aku orang ITYM or apa2 berkaitan dengan contest ni. Takde point utk referral, aku je rajin.

» Read More...

Hari Belia Negara 2010; Blogger adalah Belia Kreatif, Pemacu Pembangunan Negara!

Share

Salam geng…

Aku tertarik untuk membuat entry khas bersempena dengan Hari Belia Negara yang akan disambut pada 15 Mei setiap tahun. Oh ok…sebenarnya aku try untuk join 50 Creative Youth Blog tu :P . Semuanya kerana sokongan padu yang telah korang semua berikan. I like! So aku akan cuba.

 

Beliakah Aku ?

Memula sekali, jom kita refer balik kepada perkataan belia tu sendiri. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa dia sendiri adalah belia (macam aku sebelum ini) dan ada jugak yang tidak sedar kewujudan sambutan Hari Belia ni setiap tahun (juga merujuk pada aku sendiri). Berdasarkan tafsiran dalam Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 yang telah diwartakan:

“belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dan tidak lebih daripada empat puluh (40) tahun.

sumber dari blog: etomyam

So sah-sahla aku memang seorang belia kategori pertengahan. Korang macam mana?

 

belia

 

Hari Belia Negara 2010


Hari Belia Negara 2010 pada tahun ini bertemakan ”Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Pembangunan Negara” akan berlangsung di PUTRAJAYA pada 14-16 Mei 2010 dimana acara kemuncak sambutan pada 15 Mei di Putrajaya International Convention Center (PICC) ialah Perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 

Terdapat pelbagai aktiviti dan program yang menarik sepanjang berlangsungnya event ini, seperti Karnival Jom Heboh, Kejohanan Paintball, PC Fair, Handphone Fair, Auto-show, X-Games, Drift Chalenge, Indie Band  dan banyak lagi!!

 

 

Apa Kaitan Blogger macam kita dengan Hari Belia Negara 2010?

Bersempena dengan sambutan tersebut, sebuah badan atau pertubuhan belia berdaftar yang diberi nama Information Technology Youth Movement ataupun dikenali dengan ITYM telah berjaya mengusulkan projek 50 Creative Youth Blog untuk memartabatkan golongan blogger bersempena dengan tema Hari Belia Negara 2010. Ini semua bertepatan dengan agenda utama penubuhan ITYM itu sendiri untuk mengumpulkan blogger-blogger dan penggemar IT di seluruh pelosok tanah air.

 

ITYM BANNER (1) Logo rasmi ITYM

(kan besh kalo ITYM ni menggunakan domain sendiri)

 

Pada hari kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2010 di PICC, Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib Tun Razak akan singgah di booth ITYM dan 50 blog yang terpilih yang telah di'compile’kan untuk 50 Creative Youth Blog akan diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat..

 

Apa yang DaHLia perjuangkan untuk blogger seperti kita?

Ni adalah bahagian untuk menjawab soalan “harapan anda untuk kerajaan kepada golongan bloggermuda”. Apa yang aku harapkan, golongan blogger muda seperti kita ni dimartabatkan sewajarnya supaya kami lebih merasa tanggungjawab pada blog dan tulisan kami sendiri. Dan juga supaya masyarakat juga sedar bahawa kami juga berhak untuk mengutarakan pendapat dan pandangan kami terhadap sesuatu isu.

 

Selain daripada itu, diharapkan juga golongan blogger seperti kami diberi ruang untuk berhimpun untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat sama-sama membantu ke arah kesejahteraan masyarakat bersama. Aku yakin, sekiranya masyarakat nampak dan sedar kewujudan blogger seperti kita, mereka pasti sedar dengan kemampuan kita dalam menyampaikan sesuatu dan semestinya pendapat kita juga akan diterima.

logo_package_11

 

Aku juga harapkan budaya blogging ini juga disuntik ke dalam program Rakan Muda yang dianjurkan di seluruh Malaysia. Rata-rata kita tahu bahawa dengan blogging ni, banyak faedah yang boleh didapati antaranya meningkatkan ilmu ICT di kalangan belia sejajar dengan arus pemodenan semasa, percambahan buah fikiran yang lebih meluas, jaringan persahabatan yang lebih baik, menjana wang sampingan,  di samping dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

 

Sumber Info : Blog ITYM, FB ITYM, Blog Vice President ITYM .

 

 

p/s:  Aku masuk untuk mengukur kemampuan aku.. Korang? Jomlah!!

 

UPDATE : Tarikh tutup 12 May, just buat simple entry jer sama ada pasal Hari Belia, ITYM atau harapan kepada kerajaan. Details kat blog Riz

» Read More...

50 Blog dijemput menyertai Creative Youth Blog! <mesti baca!>

Share

Salam geng..

Aku ada berita baik untuk semua blogger seantero alam yang aku dapat dari Riz tatkala aku berblogwalking semalam (see, bila blogwalking, banyak info leh dapat!).

Bersempena  dengan Hari Belia Negara 2010 pada 14-16 May 2010 Persatuan Information Technology Youth movement (ITYM) sedang mencari 50 buah blog di kalangan belia untuk menyertai Program creative Youth Blog. Blog-blog tersebut mestilah yang mempunyai ciri2 menarik dari segi design, pengisian dan populariti. Agak-agak aku lepas tak?

 

itym penaja

 

Kelebihan Creative Youth Blog

  • Blog-blog yang terpilih itu nanti akan diberi sijil penghargaan dari kementerian Belia Dan Sukan.
  • Blog korang akan dipamerkan pada Booth pameran ITYM pada 14-16 May 2010
  • Dapat mempromosikan blog korang.
  • 50 Blog yang terpilih akan di compile untuk diserahkan kepada Perdana Menteri kita Datuk seri Najib Tun Razak.

(100% aku copy dari Riz)


Syarat-syarat untuk menyertai Creative Youth Blog...

  • Tulis sebuah entry mengenai ITYM dan satu harapan anda untuk kerajaan kepada golongan bloggermuda.
  • Tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..
  • Sertai ITYM sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda.
  • E-mail kan url post anda beserta borang keahlian ke alamat berikut itym2007@yahoo.com
  • Pendaftaran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 11 May 2010


Sebarang maklum balas akan diberitahu selewat-lewatnya 13 May 2010. dan jika ada pertanyaan bolehlah comment di Facebook FB ITYM. Project ini adalah project last minit yang dibentangkan so kepada sesiapa berminat, sila lah join dan sesama memartabatkan golongan belia :)

 

p/s: DaHLia Journal join sesuai ke ek?? Tetiba rasa rendah diri.. Takut dengan kepopularan sebenarnya ^_^. Korang je laa join ek :P

» Read More...

Blogger, ubah attitude anda…

Share

Salam geng..

Entry ni sebenarnya bukanlah nak menyindir mana2 blogger. Aku pun masih taraf newbie gak. Just nak sharing some opinion pasal beberapa point yang aku dapat sepanjang aku berblogwalking. Aku blogwalking, bukan saja-saja, intai jugak blog korang tu tengok2 mana2 post yang berkenan. Ada yang aku kureng setuju, ada yang aku setuju, ada yang aku baca seperenggan, aku skip. Kenapa?

 

6801 adeh, dah Monday rupanya hari ni..patutla kuar entry pasal blog kat DJ ni..

 

Firstly aku nak ubah mind beberapa blogger pasal isu komen di blog. Please letak dalam diri masing2, kita takda hak untuk paksa pembaca kita komen apa yang kita tulis. Itu hak mereka untuk baca entry kita, berfikir tentang entry kita, tekan keyboard dan komen.

 

Dah datang blog kita pun dah kira cukup baik dah, ada jugak yang sudi masuk blog kita. Anony yang sudi komen pun aku rasa suka, sebab at least aku tau diorang bagi suatu suntikan semangat juga pada aku. Terima kasih pada masa yang sudi diluangkan untuk membaca dan mengomen.

 

Apa yang boleh kita buat ialah, cuba menarik mereka untuk komen entry kita. Kita adalah punca kepada apa yang akan datang pada diri kita. Jangan tudingkan jari, menyalahkan orang lain, menyatakan itu ini tanpa menilai diri kita dulu, menilai hidangan yang kita pertontonkan untuk dikomen.

 

cermindiri kita hanya nampak yang indah pada diri kita, dan buruk pada orang lain. elokkah? sowie gmbar SX sket :P

 

So, blogger, jomlah kita muhasabah balik kita dan blog kita tu…

 

1. What you give, u get back 

Nak orang komen di blog kita, kita pun kenalah rajin explore blog2 lain jugak, bukan hanya bersifat seperti katak bawah tempurung dan hanya terhad kepada beberapa blog saya. Explore! Alam blogging ni luas...

Tapi jangan pula kita komen blog diorang, 5minit lagi kita harapkan mereka balik ke blog kita untuk mengomen.  Komenlah dengan ikhlas, bukan semata mengharapkan balasan kembali. Semakin banyak nama kita dilihat komen di blog lain, semakin ramai akan datang melihat blog kita, mencari siapa diri kita.

 

2. Comment box must be User Friendly

Cuba ambil masa, teliti balik blog kita from the technical site, ruangan komen kita. Adakah comment box kita user-friendly? Mudah untuk orang tinggalkan komen?

Ramai dah yang memberi tips bab-bab komen ni, tapi kenapa tak ikut? Banyak untuk aku link di sini, korang google je laa sendiri eh :) Tapi aku leh ringkaskan, sebaiknya gunakan pop-up window dan elakkan guna Word Verification. Rimas!

p/s: aku nyer disqus ni pun lambat, tapi aku dah nak pindah ke rumah baru, so korang terima je la dulu ek kelembapan dia ni..hehe..cakap pandai je kan aku ni.

 

 

3. Are we honored to get a comment?

Tanya blog kita, post kita, patutkah dapat komen kalo entry panjang berjela, dengan gambar yang terlalu banyak tanpa kaitan dengan tajuk dan isi. Daripada nak rileks, jadi stress. Then tiada output yang pembaca dapat. So, jomlah usha2 balik entry kita..tulislah entry dengan sebaik-baiknya. kalau ada masa leh refer Tips menulis entry dari aku. Serius! Memang panjang berjela..tapi banyak maklumat :P

Kalau masih belum ada jugak, teruskan je menulis, bila dah banyak entry, dah ramai pembaca makin banyaklah post korang tu akan diselak2. Bukan mudah nak berjaya, perlu banyakkan usaha. Bila nampak usaha kita tu, dah berjaya kelak, kita akan rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri. So, teruskanlah berusaha!

» Read More...

Mia Sara Nasuha a.k.a Amani Adamaya yang comel

Share

Salam geng..

Korang tengok tak cerita Adamaya? Ala citer hangat kat slot Akasia tu.. Alhamdulillah..Disebabkan citer tu jugak menjadi keyword penting ke blog aku ni, aku berkenan nak selitkan sket hasil blogwalking aku sepetang semalam.

Siapa tengok cita ni, mesti mengagumi Amani dalam cerita tu selain daripada Lisa Surihani dan Sein Ruffedge yang comel tu… Memang sesuai betul la mereka bertiga ni. Jom kita siasat sket si comel Amani ni…

 

27856_116629268358908_116614191693749_170670_1731791_n

Nama penuh: Mia Sara Nasuha bt Muhammad Ridhuan

Tarikh lahir : 30 sept 2005

Pekerjaan : Model kanak-kanak dan pelakon

 

Iklan TV yang pernah Mia Sara Nasuha ni berlakon ada kat bawah ni..layanzzz

 

 

 

 

p/s: comelnnyaa… :) Nininku lebih comell…hehe

» Read More...

Nombor 8 yang bertuah…

Share

Salam geng..

Aku memang suka dengan nombor 8, and for me this is my number. Nombor ni bagi aku memang sangat2 bertuah dan ada kena mengena dengan diri aku sendiri.

Aku rasa, memang betul, minggu ni merupakan minggu bertuah aku kut. Buffered yang semakin kencang, dan juga titik tolak yang baru dalam kerjaya aku. Mungkin juga disebabkan doa daripada Badboy juga.

 

888

 

Dulu aku pernah target, bila ada 888 follower ni, aku nk ada domain sendiri, tapi sebelum 888 lagi, masa 6++ lagi aku dah ada http://dahliajournal.com yang aku anak tirikan. Jangan tanya bila aku nak pindah sepenuhnya. Mungkin biila-bila ke dari sekarang :) Bersedia je laah oke

 

p/s: Selamat Pengantin BAru kepada Anis & Azizi. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. AMin.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais