Salam geng..
Entry ni aku terpaksa edit daripada entry asal sebelum ni. Yang mana? Yang bawah ni. Aku edit balik sebabnya post tu aku buat semata2 nak eksperiment keywords. Lama tak buat. Heheh, so datang meroyan aku untuk buat post pendek gile yang tak pernah aku buat (agaknya).
Akademi Fantasia Musim ke-8 di bawah Norman KRU selaku Pengetua dah menutup tirainya kali ini. Biarpun sebelum ni aku rasa AF8 ni langsung tiada serinya dan sudah tak relevan sebab makin lama makin memualkan, tapi tahniah juga pada ASTRO dan semua yang terlibat dalam Akademi Fantasia Musim ke-8 ni sebab sanggup meredah segala tohmahan terutamanya kepada tenaga-tenaga pengajar AF8.
Keputusan akhir AF8 adalah seperti berikut beserta lagu single mereka. Buat masa ni aku hanya letakkan link download untuk lagu Juara Af8 jer iaitu Shahir sebab aku taknak semakkan blog aku dengan lagu diorang berturut2.
1. Shahir – Kebahagiaan dalam Perpisahan
2. Adira – Ku Ada Kamu
3. Daus - Kenapa
4. Maulana - RSVP
5. Iwan – VIP
Anyway, persembahan paling best tadi aku rasa hanyalah Daus dengan Dokter Pakar Cinta dengan Shahir Biru Mata Hitamku. Yang lain aku rasa biasa jer. Masa dia nyanyi lagu single dia tu, baju memang sangat tidak sesuai, bukan baju seorang Juara laaa bak kata Aznil dan muzik aku rasa sangat kuat , sampaikan suara dia agak tenggelam dan terpaksa menjerit sedikit. Maybe muzik tu nak cover jeritan peminat kat Stadium Bukit Jalil tu.
Apapun, teringat aku dengan komen sinis dari Aznil kepada Shahir yang berbunyi lebih kurang gini.
“Jangan nanti jeritan peminat awak hari ni menjadi sebaliknya kelak”
tak dapat tangkap? Tu refer pada Mawi laaa..masa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 lepas.
Anyway, aku rasa peserta AF8 dengan ASTRO ni sangat bertuah sebab dapat Norman KRU sebagai pengetua. Keluar2 AF8 dah ada single masing2 siap dengan Video Clip lagi tu. Memang adik beradik bisnes betul la adik beradik KRU ni.. Edry tulis lirik, Yusry arah Video CLip, Norman suntik modal. Kan menjadi tuu…Dan aku rasa ASTRO pun xpayah pening sangat nak fikir bintang baru dr AF8 ni sebabnya KRU mesti jaga punyer anak buah diorang.
p/s: salah ke aku tgk AF8 ni? ASTRO aku bayar setiap bulan oke. :P AFUNDI? buang duit jer tu. Nak story lebih2 pasal kualiti diorang? Buat apa. Baik cerita pasal kualiti johan tilawah dll. Lebih bermakna.
» Read More...



