Salam geng..
Kesah aku nak cerita ni kisah basi. Tadi masa duk blogwalking, terbaca kisah ada pelajar tumbuk muka cikgu yang kuar kat Harian Metro kelmarin. Tetiba aku teringat kisah aku masa memula aku posting dulu. Kira tahun pertama laa.. Ilmu psikologi pun masih level paling bawah masa tu. Masa KPLI belajar teori jer, praktikal pun kat sekolah agama. Tapi bila nak aplikasikan Teori Psikologi yang dipelajari, macam nilah kisahnya.
Tahun pertama aku posting, aku kena mengajar 2 kelas Sains Tingkatan 1 (K1 dan K3), juga Bahasa Inggeris 3 kelas (2 Tingkatan 2 dan 1 Tingkatan 4 ) yang mana semuanya kelas paling hujung dan problematic (K4 dan K6). Dan aku pulak jadi Guru Kelas pada kelas 4K6 tu selama sebulan sementara Guru Kelas mereka pergi menunaikan Haji masa tu then ke kelas 2K6 sepanjang tahun. Dahla kena mengajar subjek bukan major (BI), dapat pulak kelas yang memang buat darah aku naik jer setiap kali jejak, so berada di sekolah, di dalam kelas tersebut memang sangat menduga imanku dan mengajar aku erti kesabaran. Sabar kah aku?
Kisah 1 : Aku dimaki
Tempat: Kelas Ting 2 semasa kelas BI
Aku tengah mengajar. Dah masuk setengah jam aku mengajar, tetiba pelajar perempuan ni masuk. Akronim nama dia IS. Masuk tanpa bagi salam, dengan gaya tak cukup ajar, terus duduk tempat dia.
“Awak dari mana? Dah setengah jam baru masuk, dengan tak bagi salam”
Dia membisu. Buat pekak.
“Saya tanya ni, awak dari mana. Apsal masuk lambat”
Dia bangun, capai beg, meluru ke pintu keluar sambil mulut dia terkumat kamit menyumpah seranah aku, dengan segala jenis binatang H1N1 pun keluar dari mulut dia. Aku tergamam. Semua pelajar memandang ke arah aku. Terkejut sebab tak sangka boleh dia memaki sampai macam tu sekali. Dia keluar dari kelas macam tu jer. Aku? Tak kose aku nak kejar. Ramai lagi dalam kelas yang nak belajar. Baik aku selamatkan yang ada 30+ daripada yang seorang tu.
“Cikgu, kenapa cikgu tak buat apa2? Kenapa cikgu tak marah?”
“Kalau saya, tampar jer dia tu cikgu”
Aku senyum. Ramai pulak nak jadi fire stone. Melihatkan keadaan IS tu, aku rasa dia mampu nak serang aku. So, better aku diam.
“Awak semua nampak kan apa dia buat, apa yang berlaku tadi.”
Semua mengangguk.
“Ok, saya nak awak tolong tuliskan surat pengakuan saksi dan ditandatangani oleh awak semua.”
Akhirnya surat tersebut siap dengan tandatangan semua pelajar kelas tu, termasuk geng2 IS. Aku kepilkan surat tu dalam Kad Disiplin IS dan menghadiahkan demerit maksimum sebanyak 10 kerana bersikap kurang ajar.
Sekarang IS tu aku pun dah tak tahu ke mana. Hujung tahun tu dah kena tindakan disiplin.
Kisah 2 : Aku kena tendang … ?
Tempat: Kelas Ting 4 semasa kelas BI
Aku suruh sorang pelajar ni baca. Dia mengelak, aku bagi masa kat dia lagi, suruh kawan yang lain dulu. Then, at last sampai balik turn dia, dia mengelak lagi. Boleh buat pekak jer. Puas aku suruh tapi dia boleh diam jer. 3 minit kami menunggu dia.
“Berambus.”
Aku cakap slow tanpa ayat penegasan. Intonasi mendatar. Aku diam. Buat tak tahu. Semua diam tunggu tindakan aku seterusnya. Aku diam jer.
Sehinggalah tetiba budak tu bangun, ambil beg dia dan tendang meja yang paling hampir dengan pintu. Aku buat derk jer. Keluar kelas, aku tulis demerit.
Dan jenis aku memang aku tak cerita pada sesiapa. Hal aku dengan student, aku lebih senang settle sendiri. Tapi entah macam mana, boleh sampai ke Guru Disiplin masa tu. Budak tu disuruh minta maaf tapi dia reluctant. Aku masuk kelas dia untuk mengajar, dia boleh dirikan buku dia, malu nak memandang muka aku. Tapi aku tahu dia curi2 pandang dan cuba menarik perhatian aku. Aku? Boh layan…
Sekarang budak tu dah habis sekolah. Aku pun tak tahu hala tuju dia sebab aku bukan mengajar dia sepanjang tahun.
Itulah asam garam aku yang baru jer setahun jagung dalam bidang ni. Aku bersyukur dan berterima kasih pada Mantan Pengetua aku sebab bagi aku kelas2 sebegitu di awal2 posting aku.
Banyak yang aku belajar dari segi kawalan dan psikologi remaja. Sekarang ni alhamdulillah, emosi lebih terkawal. Tak perlu nak bawak rotan keliling sekolah, hanya tunggu jeling jer. Hahaha..perasan.
p/s: Aku masih lagi seorang guru biasa yang masih perlukan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih senior.
» Read More...



