BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

OST Lagenda Budak Setan – Bila Cinta (Mp3 & Lirik)

Share

Salam geng..

Kat panggung sekarang tengah glamer dengan citer Lagenda Budak Setan aku rasa kut. Aku dah lama tak masuk panggung, so memang tak tahulah. Gi tengok wayang once in a blue moon jer kut.

 

poster-lagenda-budak-setan

tak suka gambar atas tu.. nanti ramai lak yang kata aksi macam tu dihalalkan. 

 

Filem Lagenda Budak Setan ni di adaptasi dari novel popular Ahadiat Akashah masa zaman sekolah menengah aku dulu. Wajib baca laaa novel dia ni masa zaman tu. Sesuai dengan peredaran zaman masa tu. Filem ni dibintangi oleh Lisa Surihani (mesti ramai nak gi tengok sebab Lisa kan?), Farid Kamil (aku tak minat dia, sebab tu aku tak kisah citer ni), Fazura, Que Haidar, dan ramai lagi. As usual, dekat sini aku nak share dengan korang lagu OST Lagenda Budak Setan – Bila Cinta ni. Yang memang menusuk kalbu lah!

 

 

DOWNLOAD OST LAGENDA BUDAK SETAN – BILA CINTA removed!

 

LIRIK LAGU OST LAGENDA BUDAK SETAN - BILA CINTA - FILIANTI VLEE

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
  Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
  Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

» Read More...

Tutorial Pasang Kod Nuffnang Pada Blog

Share

Salam geng…

Ini adalah kesinambungan kepada entry semalam, Kenapa Nuffnang saya Ciput. Dan tak sangka masih ramai yang tidak tahu dan tidak faham tutorial dari Nuffnang tu untuk letak Ads Unit dalam Blog memasing.

 

ray nuff

 

First sekali, sila perhatikan gambar di bawah dulu yer. kenalpasti ruang2 dalam blog anda dan jenis iklan yang ditawarkan. Ketiga2 iklan wajib dipasang untuk menjana Income dari Nuffnang semaksima mungkin.

 

ads placement

 

Untuk memasang setiap iklan, rujuk langkah di bawah.

 

1. Memasang Leaderboard (LB) ads unit – atas Banner

Pergi ke Dashboard >> Layout >> Edit HTML >> Tick Expand Widget Templates

Tekan Ctrl F (untuk search) dan taipkan <body> dalam ruangan kotak Ctrl F tu. Paste kod Nuffnang anda bawah <body> seperti dalam gambar di bawah.

blogspot_tuto03a1

 

 

2. Memasang Large Rectangle (LR) ads unit. (bawah post)

Pergi ke Dashboard >> Layout >> Edit HTML >> Tick Expand Widget Templates

Tekan Ctrl F (untuk search) dan taipkan <b:if cond='data:post.includeAd'> dalam ruangan kotak Ctrl F tu. Paste kod Nuffnang anda seperti dalam gambar di bawah.

lr ni browser CHROME.

 

Nota Kaki : Lebih baik gunakan fungsi READ MORE supaya entry yang panjang takkan menyebabkan iklan tidak berada terlalu jauh ke bawah.

 

3. Memasang Skyscraper (SS) ads unit. (tepi sidebar)

Pergi ke Dashboard >> Layout >> Page Element >> Edit HTML >> Paste kod Nuffnang.

Nota Kaki: SS pastikan berada di atas dan tempat yg mudah nampak + terklik oleh pelawat. Letakkan shoutbox bawah daripada Iklan ni.

 

Selamat Memasang! Ada masalah,boleh tanya ^_^

» Read More...

Kenapa saya sangat penat dan jiwa terganggu hari ini???

Share

Salam geng..

Sememangnya aku amatlah penat dan agak terganggu emosi pada hari ni. Tapi masih terkawal. Pepagi lagi aku rasa agak tak best sebab aku kuar umah lewat daripada biasa, eventhough aku sampai ke sekolah dalam masa yang ditetapkan. Aku bukan lewat bangun, tapi bungkus hadiah untuk pemenang Contest JBC aku hari tu.

 

DSC02416

muka keletihan merenung masa depan..haaha

 

Sesampai jer sekolah, kawan aku ajak mengadap GPK untuk settlekan jadual yang mesti release sebelum cuti ni iaitu dateline esok. Aku Penolong SU Jadual jer. Bahagian Khidmat Nasihat dan reka2 design ASC tu jer :).. Sesampai je Pejabat, leh pulak Pengetua cakap pasal blog dengan aku. Aku? Blur + tersipu..  Huhu… Tak besh pun ada, sebab aku ni suka low profile, xnak mencapub ni. Kalo tidak, dah lama aku join Aie tu untuk buat video jadi Guest Blogger untuk PROJECT ALPHA Season 3. Mesti peluang dia untuk terpilih agak tipis kan kalo aku masuk..Wakaka..perasan.

 

Then dapat news ada cikgu baru bertukar akan sampai.Opsyen Add Maths. Aku tak rasa teruja pun, agak sedih sebab mungkin kena bagi kelas pada dia. Yang mana aku patutnya bersyukur kalo bagi pada dia. Dapat aku meronggeng dengan 12 masa seminggu jer, selayaknya seorang Guru Data dapat. Tapi, bila fikir balik, aku tetap pertahankan subjek tu. Takut kemahiran aku hilang gitu jer. Planning nak jadi GC dalam Addmaths. Boleh ke? Huhuh..Jauh lagi perjalanan tu.

 

Then, dapat lak offer untuk gugurkan Addmaths dan ajar English. No no no.. Aku dah tak sanggup nak stress. Cukuplah 2tahun aku rasa bebanan ngajar bahasa ni. Kalau takat ngajar GRAMMAR jer, aku memang suka , tapi sekarang ni ada siap dengan NOVEL lagi. Then, pelajar lak kurang vocab, bila buat karangan, memang xbesh…huhuh..Tak sanggup nak timbang kati dah bila semak karangan bahasa..huhuh..

 

Balik rumah, sesampai umah, Along aku ajak aku gi temankan dia ke hospital, melawat Kak Midah (cikgu sekolah dia) yang admitted sebab Denggi. Aku tak turun pun ke wad, sebab bawak Ninin (anak Along aku), so aku bercamwhore jer dalam kete.. ^_*

 

DSC02398    

By the way, hadiah xsempat nak post tadi. Dalam cuti ni aku poskan ok. Mata dah penat…time untuk Zzzzz…..

» Read More...

Saya Tak Minum Susu Sebab Warnanya Putih ^_^

Share

susu day

 

Salam geng..

Ni pulak kisah iklan Susu yang dah berada di blog DJ ni setelah hampir 2minggu. Income? Alhamdulillah masyukkk walaupun aku tak minum susu. Buat confession tu! Jangan Nuffnang tarik balik udah sebab confession aku ni. Haha.

 

Ok, sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang tajuk post, aku just nak share dengan korang bahawa Sambutan Hari Susu Sedunia di Malaysia telah diadakan pada 30 May 2010 di Pavillion KL, Bukit Bintang yang telah berjaya menghimpunkan seramai 3200 rakyat Malaysia yang hadir untuk memberi sokongan kepada WORLD MILK DAY ni. Idea untuk World Milk Day ni dicetuskan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) yang djadualkan 1 Jun pada setiap tahun semata untuk Kempen Menyerdarkan Kebaikan Susu. Aku? confirm laa xattend sbb Pavilion tu bukannya sebelah umah aku :)

 

WMD

Ok, siyes, walaupun aku sedar, susu ni banyak khasiat untuk tubuh badan especially pemberi kalsium untuk tulang yang sihat, tapi aku memang xboleh nak minum susu sebab dia warna putih. Kalau Dutch Lady yang perisa Strawberry ke, Chocolate ke boleh lak aku minum tapi bila susu yang asli, memang aku rasa xlalu nak telan.

 

Selain daripada sambutan Hari Susu Sedunia ni, Dutch Lady juga ada menganjurkan peraduan mengira jumlah pek susu mengikut jenis. Hadiah yang ditawarkan amatlah lumayan iaitu sebuah kereta idaman aku HONDA CRV. Memang menarik! Aku pun kalo kira leh je join sbb anak buah aku, Ninin minum susu Dutch Lady gak. Anyway, kalo korang nak join, sila click gambar di bawah ni untuk keterangan lanjut.

 

wmd2

Macam mana laa nanti aku nak menari tango macam dalam iklan ANLENE tu ek? Oh, agak2 nak menari, sebulan sebelum tu aku minum susu ok dak? Huhu..tapi apsal laaa warna dia putih?

» Read More...

Saga Snap & Win Contest – RM25000 untuk dimenangi hanya dengan pose maut bersama Saga.

Share

Salam geng…

Aku tak tau nak story apa, tapi nak bagitahu dekat korang tentang peraduan yang menarik yang korang boleh sertai semudah dengan satu klik jer. Erk mudahnya? Ok, ni kisah pasal iklan buffered Saga Snap and Win yang berlegar di blog aku dah nak masuk seminggu kut. Income dari SAGA SNAP AND WIN ni sehingga hari ni pun dah almost RM20. Alhamdulillah. So ada baiknya aku share sikit pasal Contest ni. Mana tau lepas ni dapat lak Advertorial dari Nuffnang. Haha perasan di situ :)

 

saga

 

Peraduan Saga Snap and Win ni diadakan bersempena dengan ulang tahun 25tahun Proton Saga di Malaysia ni. Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings, peraduan ni untuk mengembalikan nostalgia rakyat Malaysia dengan Proton Saga, sebagai ikon kereta pertama buatan negara kita sendiri. Dari tahun ke tahun kita boleh lihat perubahan demi perubahan ke atas proton Saga ni sendiri dan sehinggalah model terkini Proton Saga telah memenangi model kereta penumpang terbaik 2010 oleh Frost & Sullivan dan menjadi pilihan rakyat malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 19,619 unit (kredit to: Sharinginfoz)

 

Nama SAGA dipilih melalui pertandingan yang telah dimenangi oleh seorang bekas tentera, Ismail Jaafar yang mana saga tu merujuk kepada benih yang wujud di negara kita. Kereta Proton Saga pertama (1985) ni dibina berdasarkan model Mitsubihi Lance Fiore 1983. Pada tahun 1992 pula model baru saga yang dinamakan ISWARA dikeluarkan yang mana namanya dipilih berdasarkan spesis rama-rama yang dijumpaai di Sarawak.

 

800px-proton_saga_first_generation_front_kuala_lumpur

 

Hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan Saga Snap and Win ni ialah :

Hadiah Utama : RM 25000 x 2

Hadiah Pertama : RM 8000 x 2

Hadiah Kedua : Rm 5000 x 2

Hadiah Saguhati : RM 1000 x10

Lumayan kan? So, kepada sesiapa yang berminat, boleh laa pinjam kereta jiran tetangga ataupun pergi ke Used Cars ataupun memana parking yang ada, snap picture korang bersama Proton Saga (baru atau lama) dan antar penyertaan ke http://www.sagasnapandwin.com/ Tarikh penyertaan adalah sehingga 18 June 2010 sahaja.

 

Last but not least, aku nak kongsi satu gambar yang aku jumpa di blog Hellioz. Bila Proton Saga jadi Kereta Kebal. Sigh.

proton baru

» Read More...

Kenapa Income Nuffnang saya Ciput?

Share

Salam geng..

Hari ni hari Khamis, so aku nak citer pasal duit iaitu pasal Nuffnang. Wahh terbeliak mata sesorang..hehe.OK, biarlah lantak orang kata tak pentingkan duit ke apa ke, bagi aku, income dari blog ni dapat memotivasikan aku untuk terus menulis, terus berkarya di atas talian, terus berkongsi info. Siapa nak bagi duit gitu tanpa peluh menitik setitik pun? Unless umah korang blackout + lupa nak bayar bil sebab syok sangat dok blogging. Apa susah, internet banking kan ada. Sekarang ni semuanya di hujung jari sahaja.

 

nuff1 Komen dari entry Rezeki Bertambah lagi – Hadiah sebuah Kesabaran

 

OKe, cukup mukadimah terlalu panjang, now aku nak share apsal income Nuff korang tak gerak2. Takpun gerak dia ciput sangat berbanding dengan trafik korang yang tinggi macam pencakar langit tu.

 

1. Korang pilih Ads Preference yang salah

Last week, masa aku berblogwalking, ada aku jumpa blogger yang pasang iklan di blog mereka dan kuar iklan gini. Disebabkan keprihatinan aku, aku terus tanya bape income. Jawab diorang “0”

Ads preferance 

Kenapa? Sebab bila dekat blog kuar image macam atas ni, itu tandanya korang telah salah memilih Ads Preferance dalam Blog Manager. Sepatutnya Ads Preferance korang mestilah Show Global CPC ads seperti di dalam gambar di bawah:

 

nuff2

CPC = Cost Per Click. Income based on Click. Tapi jangan buat Fraud Click!

 

 

2. Tidak memasang ketiga2 kod Nuff di blog.

Yang ni juga common mistake yang kita tak sedar pada blog kita. Sama macam ieckaa yang hantar komen tu kat blog aku ni. Untuk gain more income dengan Nuffnang ni, ketiga2 kod ads iaitu SS, LR, dan LB wajib diletakkan di setiap sudut blog tu. Dan pastikan lokasi Nuff kita tu berada di tempat paling strategik. Yang paling mudah dilihat dan diklik oleh visitor kita.

 

lb

Leaderboard  @ LB – mesti bahagian paling atas blog kita!

 

ss

Skyscraper @ SS – kenapa nama dia skyscraper? Untuk mencakar langit, so letakkan di bahagian paling atas sidebar, sebelum shoutbox. Kalo rajin, boleh buat iklan ni statik.

 

lr

Large Rectangle @ LR letak bawah post. Ataupun boleh juga letak atas post. Tapi biarlah tempat yang boleh dilhat.

 

 

3. Visitor dengan IP dari Malaysia sahaja dikira.

Yang ni aku tak pasti kesahihannya tapi dah lama aku guna pakai mender ni setelah aku tengok di blog mana ntah, cakap hanya IP dari Malaysia jer dikira untuk earning kita. So, kalo dulu memang trafik aku 74% sahaja dari Malaysia. Yang lebihnya merata2 tempat. Tapi lepas pada baca statement tu, aku berjaya maintainkan 95% Malaysian IP dan berjaya increasekan pendapatan Nuffnang aku. Alhamdulillah. Mana nak check? Dari carta pie dalam akaun Nuffnang korang.

 

cats

 

AKu sendiri suka kaji data-data dari Nuffnang ni hari ke hari untuk lihat performance aku setiap hari. Oh, entry performance Mei belum taip..Tunggu! Untuk yang nak tutorial pasang kod Nuffnang dalam blog, esok plak aku share ya ^_^

 

p/s: Semua orang INNITY sudah kayakah? Aku belum dapat lagi..sob sob!

» Read More...

My 3 Blog List

Share

Salam geng..

Semalam lagi kalau korang ada perasan, ada beberapa perubahan yang DaHLia buat di Blog, selain daripada Transformasi Blog tempoh hari. Eh, aku cakap ni macamlah ade yang perasan. Hehe.. :P

OK..dekat Blog DJ ni korang leh nampak ada tiga jenis Blog List di  sidebar sebelah kiri blog ni. 3 Kategori Blog List DaHLia ialah Family Blogger, Friends @ Mates dan Active Visitor @ DJ. Macam mana nak terpilih di situ?

 

family mates

 

Family Blogger khusus untuk Blog2 ahli keluarga DaHLia walaupun ada yang xberupdated. Hehe..saje promosi ahli keluarga sendiri kan. :)

Friends @ Mates lak untuk kekawan DaHLia zaman belajar dulu dan zaman kerja. Kiranya yang kenal in person laa..pernah bertentang mata, dan ada yang pernah tidur sebantal, makan sepinggan :)

Last but not least, 3rd category is Active DJ Visitor. List ni aku add sendiri ikut budi bicara aku. Ceh wah.. Actually aku sediakan ni untuk mereka yang sokmo datang berkunjung ke blog aku ni. Aku manually add semasa aku buat sesi  blogwalking malam tadi. Sesambil add, sesambil BW, senarai? Dari Shoutbox aku terutamanya.

 

active

 

So, kalo korang sokmo datang sini, aku tak perasan dan aku tak masuk dalam list tu,sila perli aku dengan mengomen entry ni ya..Khilaf aku..Perli pedas sket sampai menusuk ke jantung aku..Haha…Anyway, list ni based on update. So, siapa ada update akan ada kat atas. Harap Maklum ya.

 

Aku harap cara ni dapat membantu menambahkan trafik untuk korang juga ya. InsyaALLAH. :) Bukan gila trafik, tapi trafik ni sumber untuk dapat income. Income dari blog adalah motivasi terbaik untuk terus berblog ^_^

 

Wasssalam. Jangan lupa perli :P :P Tapi sebelum tu, check dulu betul ke blog anda tiada…kang aku fire balik..miahahhaha :) Tetiba buat entry ganas. Apa kes??

» Read More...

Idea, datanglah! 4 Tips Cari Idea Update Blog.

Share

Salam geng..

Pasti korang pernah mengalami apa yang aku alami. Tatkala mood nak update ada, tapi idea la pulak tak de. Then kalau ada idea nak update, kemalasan pulak yang menyelubungi diri. Dalam kepala macam2 cerita ada nak sharing2 tapi nak menekan keyboard tu terasa amatlah malasnya. 

 

ayie1 alhamdulillah, ramai yang mengambil berat bila aku tak berblog.

 

Ok, kisah kali ni, aku nk share dengan korang mana nak cari idea untuk update blog. Pentingkah update blog selalu? Apa yang aku dapat tengok melalui eksperimen yang aku buat di blog aku sendiri, bila ada update, traffic aku akan direct masuk. Then Alexa Rank aku jugak akan mengecik setiap hari. Kalau tak update, dia akan jatuh balik.

 

OK, untuk cari idea update atau kalau tak tahu nak cerita apa dalam blog, try ikut tips yang aku gunakan ni:

 

1. Cerita pasal apa yang berlaku setiap hari.

Cerita jer apa2 yang anda suka. Pasal makanan ke, pasal ko tak mandi pagi ke apa ke, Tak payah nak fikir “Ada orang nak baca ke?” Just fikir, kita buat blog untuk kepuasan kita sendiiri, bukan untuk orang.  Tapi berpada2lah ya.

Makin banyak kita menulis sebenarnya kita boleh belajar dari penulisan kita tu. Di samping itu, kaedah ni dapat memperbanyakkan entry untuk ditatapi oleh bakal pelawat anda. Kalau takat 5 entry je yang ada, apa yang pelawat nak belek?

 

2. Jangan jadi katak bawah tempurung!

tempurung

Bawak2lah ke dunia luar, pergi jalan2, bergaul dengan rakan2. Kadang-kadang perbualan dengan rakan2 ataupun pemerhatian kita terhadap persekitaran memberikan idea dan point-point penting yang dapat kita gunakan sebagai modal untuk update blog.

 

3. Ambil tahu dunia sekeliling.

Tengok TV, baca majalah, dan baca suratkhabar. Gunakan konsep “sharing is caring”, jadikan medium sebagai blog informasi tapi sebaiknya tak perlu mencedok sebiji2 artikel dari situ. Buat ulasan dengan gaya sendiri supaya pembaca boleh menilai pandangan anda sendiri terhadap isu tersebut. Ini dapat memberikan tanggapan yang lebih baik ke atas diri anda. Dari sini juga, boleh memperbaiki penulisan kita dari masa ke semasa.

 

4. Blogwalking berinformasi!

Sekali-sekala, buatlah blogwalking yang memberi input. Maksudnya, luangkan masa untuk membaca artikel/post daripada blog yang anda kunjungi. Daripada membaca artikel orang pun, anda boleh mendapat idea untuk penulisan anda seterusnya. Anda boleh memetik penulisan asal blogger tersebut tetapi berikanlah kredit (link) ke blog mereka. Contohnya seperti yang DaHLia buat di post Jom Ramal PR blog Anda.

 

Ingat, nak berjaya, bukannya dalam sekelip mata. Perlukan masa dan usaha yang berterusan.

 

Love your blog 1st before u want others to love it!

» Read More...

Misi Bantuan ke Palestin Mavi Marmara – 12 sukarelawan dilaporkan selamat

Share

Salam geng.

Semalam sesambil buat proses BW, tetiba nampak mesej dari Yastro pasal 16 sukarelawan telah mati akibat kekejaman Israel. Cepat2 aku klik blog dia dan cari sedikit info. Nampak sangat betapa kurang alertnya aku ni…huhuh..

Mungkin aku langsung tak menyangka yang diorang tetap juga bertegas untuk  meneruskan konvoi Freedom Flotilla yang bekalan makanan, perubatan dan makanan ke Gaza. Sebabnya, kalo dah nama Israel, aku dah dapat bayangkan kejamnya diorang ni tanpa belas kasihan. Mungkin kalau dapat sokongan padu semua Negara Islam, keadaan lebih baik?

 

125

 

Tapi bila tengok pada video2 serangan semalam, memang rasa takut. Nyawa sukarelawan yang berada di atas Kapal Mavi Marmara tu memang berada di hujung tanduk jer. Diserang oleh tentera Zionis yang mana kita pun tahu kalo dah nama Zionis, tahulah macam mana ganasnya. Ada yang cakap diorang ni memang “train to kill”.

 

Apapun, tadi aku dengar berita TV3, 12 sukarelawan Malaysia atas Kapal tu dilaporkan selamat dan berada dalam tahanan rejim Zionis. Harapnya mereka akan dibebaskan  kembali ke keluarga masing dengan selamat. InsyaALLAH..

 

konvoi001

Ikuti perkembangan selanjutnya misi LL4G ini di laman web

www.haluanpalestin.org

www.lifeline4gaza.org.

http://muslimeen-united.blogspot.com/

 

Tengok Video Rejim Zionis menyerang Konvoi…tapi leh lak dia cakap, sukarelawan ni yang menyerang dulu?

Kuat sungguh penipunya. Dasar Zionis!

Sama-sama kita doakan semua yang berada dalam konvoi Freedom Flotilla ni selamat dari kekejaman Israel.

» Read More...

Baby : Justin Bieber ft Luda (Download MP3 & Lirik)

Share

Salam geng..

Aku nak kongsi lagu yang aku tengah layanz giler sekarang selain daripada lagu Akim yang membuat aku rasa nak senyum jer tatkala mendengar. Lagu Baby ni memula aku ingatkan lagu pompuan yang nyanyi, tak sangka rupanya lagu dari budak lelaki yang masih belum mengalami fasa akil baligh..Haha..sore tak pecah lagi beb.

Agak2 kalo suara dah pecah, mesti xleh dah nk compete dengan male singer. Sekarang ni boleh laa jadi kegilaan gadis2 remaja termasuk aku. Ok, jom layan lagu ni download. Siapa yang menyampah, aku mintak maaf laa ek, tak dapek teman nak menolong :)

 

 


Ohh wooaah (3x)
You know you love me,I know you care
Just shout whenever, And I'll be there
You want my love, You want my heart
And we will never ever ever be apart

Are we an item? Girl quit playing
Were just friends, What are you saying
Said theres another, Look right in my eyes
My first love broke my heart for the first time,

And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine (oh oh)

For you, I would have done whatever
And I just can't believe, we ain't together
And I wanna play it cool, But I'm losin' you
I'll buy you anything, I'll buy you any ring

And im in pieces, Baby fix me
And just shake me til' you wake me from this bad dream
Im going down, down, down, dooown
And I just cant believe my first love would be around.

And I'm like
Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohhh
I thought youd always be mine, mine

Luda
When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin' crazy,
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks.
She made my heart pound,
And skip a beat when I see her in the street and,
At school on the playground,
But I really wanna see her on the weekend,
She know she got me gazin',
Cuz she was so amazin',
And now my heart is breakin',
But I just keep on sayin'...

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

(I'm gone)
Yeah, yeah, yeah (6x)
(Now Im all gone, now im all gone, now im all gone)
Gone, gone, gone,(gone)
I'm gone.

» Read More...

Kisah Muthu (bukan nama sebenar jugak…)

Share

Salam geng..

Jom kita releasekan minda kita dari kerja2 menyesakkan fikiran jap.

 

MUTHU & THE INTERVIEWER

9153703052
Interviewer: 'What is your birth date?'
Muthu : '13th October.'
Interviewer : 'Which year?'
Muthu : 'Every year.'

 

MUTHU & HIS MANAGER
The Manager asked Muthu at an interview... .
'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'
Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O- X.'


 

MUTHU & LONDON TRIP

After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife,

'Do I look like a foreigner?'
Wife: 'No! Why?'

Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. . that's why.'
Wife : ?????????

 


MUTHU & TOURIST


A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...
Muthu said , 'No sir, only babies were born here.'

 


MUTHU & HIS EXPERIMENT

cockroach

Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!'
The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked.
Then he cut off the third leg and did the same.
Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk!
But the cockroach didn't walk.
Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'

 


MUTHU & DRIVER

When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.
Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'


 

MUTHU GOES TO HOTEL
Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin.
Seeing this, the manager asked what was he doing.
Muthu pointed towards the signboard
'* WASH BASIN * '

 


MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART

Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?'
Muthu: 'It's simple.. I will just stop my imagination. '

 

 IMG_1118

ok, puas dah senyum2? Pergi sambung buat keje!

» Read More...

Jom Install SEO Quake!

Share

Salam geng…

Bagi yang suka melihat angka-angka pada blog dan nak track down prestasi blog masing, haruslah memasang menda alah ni pada browser masing-masing. Macam mana rupa SEO Quake ni? Usha browser Chrome aku di bawah:

 seoquake1

klik untuk tumbesaran yang lebih sihat

 

SEO Quake yang aku maksudkan adalah mende alah yang berada di bahagian atas gambar tu. Korang boleh tengok sendiri ada PR iaitu Page Rank, dan segala jenis ranking korang boleh tengok. Yang beshnya, bila ada menda alah ni, korang leh detect segala jenis mak nenek ranking directly setiap kali korang bukak memana blog sekalipun. So, bagi yang gilakan angka @ rank macam aku, sila lah download SEO Quake ni pada browser Firefox atau Chrome korang.

 

Install SEOQuake

 

p/s: Agaknya, macam ni lah Joe boleh buat senarai Top Malaysian Blogger

» Read More...

Transformasi Blog

Share

Salam geng..

Sesuai dengan tajuk, korang perasan tak apa yang berlaku pada blog aku ni? Kalau tak perasan, tengok gambar di bawah.

 

anigif

 

Yup, blog ni telah dimake upkan dari warna biru ke warna pink untuk memberi kelainan pada blog. Sebenarnya aku memang dah tak kose nak godek2 template, tapi tadi semasa dok bual2 dengan mieran, aku datang idea nk ubah warna memandangkan aku akan berlama2an dengan blogspot aku ni.

Keputusan muktamad, aku takkan pindah ke blog dot kom (WP Self hosted) aku tu secara total. Kedua-dua blog aku akan jaga, tapi pengisian yang berbeza. So, jemputlah2 ke DaHLia JouRNaL versi Wordpress lak ya :)

 

1. Aku tukar warna tulisan post aku dan sidebar background color

edit warna

kod warna korang leh pilih di HTML Color Codes . Boleh korang cuba. Tapi cari kod seperti dalam gambar tu dalam Edit HTML korang. Nak tukar saiz dsb pun boleh kat situ. Yang penting SAVE DULUTEMPLATE sebelum edit apa2, then PREVIEW dulu baru SAVE.

 

2. Aku pasang Page Navigation

Dah lama aku teringin nak pasang Page Navigation ni untuk kesenangan pengunjung aku. Dulu aku pernah pasang kat atas tapi bila tukar2 template, akhirnya hilang gitu jer. Untuk letak Page Navigation ni, aku refer tutorial Memasang Numbered Page Navigation oleh Neslo (sumber rujukan edit HTML aku)

page navi

 

3. Aku letak gambar pada tajuk post

Then, aku try usha2 blog Neslo tu, terjengah ke blog unwanted86 lak. Rupanya dia dah ada blog Tutorial. Aku berminat dengan Letak Gambar Sebelah Tajuk Entri. Dulu aku pernah jugak letak kat template lama aku, gambar memacam gak tapi beratkan blog. Yang kali ni aku nampak best jer loading. Sama jer, takde perubahan. Betul x?

gambar

 

4. Aku letak LINK WITHIN

Dulu aku pernah letak mende ni, tapi aku tukar ke RELATED POST. Sekarang ni pulak, RELATED POST tu macam dah xberfungsi, so aku pasang balik LINK WITHIN ni selepas ke blog unwanted86 tu.

LW

Best ke? Aku rasa peluang untuk pembaca membaca lebih banyak dengan LW ni. Jom letak LINK WITHIN jugak! Sangat mudah nak install!

 

p/s: Dah hujung bulan…Awal bulan, wajiblah ada entry Performance DJ ni.

» Read More...

Adira AF8 Ku Ada Kamu (Mp3, Lirik, & Video Klip)

Share

Salam geng.

Saje nak tambahkan koleksi lagu lagi dalam blog merepek ni. Ni pulak lagu Naib Juara Akademi Fantasia 8, Adira. Memula aku dengar lagu ni masa KOnsert Final AF8 hari tu, aku memang tak berkenan, tapi bila aku amati betul2 lagu dia, maksud mendalam sangat, boleh ditujukan kepada sesiapa jer yang pernah membantu kita, yang setia ada bersama kita tatkala kita kehilangan arah. Korang layan je laa ek. :)

 

 


 

Adira AF8 - KU ADA KAMU


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

 

 

p/s: Jangan bosan ek sbb asyik post lagu jer.. :P

Aku tengah kemalasan tapi nak update.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais