BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Yup, I’m @ UTHM….

Share

Salam geng..

Untuk pengetahuan korang, entry ni ditaip di UTHM seperti yang telah aku war2kan sebelum ni. So, korang faham-fahamlah kalo aku tak dapat nak blogwalking sepenuhnya walaupun aku bawak lappy ke sini. Tahu2 jer laa line CELCOM broadband macam mana kan..

DSC02452 sesi mengemas. bertungkus lumus nak masukkan laptop dalam beg merah tu..

DSC02453 terbaekk wokkk bilik dia!!! Matdin cakap kolej aku duduk ni, ranking best no2.. best laa sbb sebilik 4 orang, ada sudut sendiri

Untuk program ni, kami tak terikat dengan jadual program pelajar. Beshnya, esok ada sesi jejalan kat Air Hitam dan seluruh Batu Pahat. Last aku bernafas kat bumi BP ni May 2004.. So, dah 6tahun laa aku tak tengok apa dah jadi dgn BP. Macam2 kenangan dah kat BP ni..OK beb, aku nk tido dulu. Ni tido dalam rasa kelaparan.. :)

» Read More...

Jom Belajar Bahasa Jepang!

Share

Salam geng..

Buat apa hari2 minggu macam ni? Daripada korang melangut tak tentu pasal, ada baiknya korang belajar bahasa Jepang (Jepun) dengan aku. Nilah baru dikatakan Dasar Padang ke Timur. Jom kita kenal beberapa jenis orang dengan menggunakan bahasa ni.:

 

Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI


Yang suka berjimat – SAYORI

BLUES

Yang suka layan blues - APO NADIKATO


Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI


Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA


Yang bisu - KIETA TADASORA

Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA


Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI


Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI


Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA


Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA


Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI


Yang suka merempit - SAJA CARIMATI


Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

Ada lagi yang korang rasa nak tambah selepas sesi pembelajaran kita hari ni?

» Read More...

Sedekah yang Pahalanya Terus Mengalir

Share

Salam geng..

Lama tak berkongsi info keagaamaan di blog ni, asyik blog, trafik, income dll. Korang pun naik bosan dah kan? Hehhe.. OK, kali ni aku baik hati nak berkongsi mengenai Sedekah @ Amal Jariah yang mana Pahalanya Terus Mengalir, tak kira di masih hidup ataupun telah meninggal dunia. DJ percaya, ramai dah tahu, tapi apa salahnya berkongsi untuk peringatan diriku jugak.

 

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :

berdoa boy "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya"

(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

 

Antara amalan yang boleh kita buat untuk mendapat pahala yang sentiasa mengalir walaupun setelah wafat ialah:

 

1. Berikan Al-Quran pada seseorang

al-quran

- setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan. Sama juga kalau kita menghadiahkan yassin sebagai cenderahati majlis, lebih baik daripada kita menghadiahkan benda lain yang mungkin tidak memberi faedah kepada sesiapa, hanya untuk kenangan, menunjuk dan menepati adat. Wallahualam.

 

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a.

- Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.

images

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital

- setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

 

4. Tanam sebuah pohon.

- Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

 

5. Tempatkan pendingin air (water cooler) di tempat awam.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain.

- Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

  3392340103_184211761b

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

~ surah Al-Baqarah Ayat 159

 

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda:

"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Semoga kita sama-sama mendapat manafaat.

» Read More...

Bila DJ Masuk Dapur…

Share

Salam geng..

Malam ni aku datang mood nak taip banyak entry pulak.. Sebabnya kesengalan Streamyx aku laa..kejap ada access, kejap takde access, so aku amek peluang untuk update jap :)

 

Saja nak tayang kerajinan aku masuk ke dapur petang ni. Tadi masa dok tekun blogwalking sebab nak balas kunjungan korang, dapat call dari sedara, nak datang rumah,tapi tak tahu ke mana. Memandangkan aku ni baik, haha..So aku pun pergi laaa mengiring mereka ke rumah. haha..Padahal arahan mak aku :P

 

Then, lepas tu, aku sebok masuk dapur bersama adik2 aku untuk masak, sebabnya mak aku haruslah entertain tetamu kan..Aku bab2 entertain ni lemah sket :)

 

DSC02450

Haha,,daripada banyak2 lauk atas tu, yang aku masak 3 jer… korang agak2 yang mana??

 

Okaylah kawan2, aku nak sambung Blogwalking @ membalas kunjungan kejap sebelum berkemas pakaian untuk ke UTHM esok mengiringi pelajar. Ada Kem Memperkasa Generasi Muda, ni kira berkhidmat dalam cuti sekolah laa ni. Ni tengah on doubt nak bawak lappy atau tidak. Korang rasa?

» Read More...

Owh Sengalnya!!

Share

Salam geng…

Alhamdulillah aku dah selesai PTK yang terakhir untuk gred aku sekarang. Lepas ni kalo tak dapat 4-4, tunggu time based je laa. Macam mana nak dapat 4, aku xbaca buku langsung, tadi jawab ikut logik akal jer. Sempat lak bincang jawapan sebelum mula peksa, nasib baik tempat duduk aku n the geng hujung dewan. ^_^

 

Macam biasa, rutin aku seharian, mesti aku akan BW sesambil menclearkan shoutbox aku kan. Seboleh2nya aku akan balas jejak korang tu. Kecualilah datang keadaan begini, yang sangat2 menensenkan aku.

 

12

 

Aku pelik sungguh laa sekarang ni dengan Streamyx 1Mbps aku ni.. padahal aku ni dikira loyal user, nak masuk 4tahun dah guna. Yang aku sedar, sejak mula yang dikatakan HSBB (High Speed Broad Band) tu laa, streamyx aku jadi makin sengal.

 

Sebenarnya, compared to HSBB yang diperkatakan, aku lebih menunggu kalo Streamyx sekarang ditingkatkan perkhidmatannya. Dan lebih aku suka kalo internet ni dapat free jer… barulah boleh dikatakan Malaysia ni bertambah maju dan berteknologi tinggi. Yer dak? Heheh… hutang negara berlambak, aku lak leh demand memacam..haha

» Read More...

Kenapa DJ Clearkan Shoutbox?

Share


Salam geng…

Entry ni nak jawab beberapa persoalan yang diutarakan di shoutbox aku. Sebab tu lah aku tak pakai Form Spring. Kalau nak tanya apa2 soalan, aku lebih suka korang guna direct dalam shoutbox ataupun kalo nak personal skit, boleh YM aku dengan ID dahliajournal.

ppjoy


Ok, rasionalnya sebab DJ jarang online tatkala korang online. Waktu blogwalking DJ sangat terhad. Tak boleh nak 24 jam mengadap ni. So, cara aku berblogwalking ialah sesambil aku clearkan shoutbox aku. Kenapa? Sebab aku taknak shoutbox aku lambat loading dan juga untuk mengelakkan shoutbox aku sawang. Bila aku clear, maksudnya aku dah balas jejak korang. Hope korang faham :)

OK, macam mana nak clearkan shoutbox?

1. Pada blog korang, korang login dalam shoutbox korang dulu.

klik tanda kat hujung atas belah kanan shoutbox.

  11


login dalam shoutbox korang


 22



2. Then, delete je laaa mana mesej korang nak delete dalam shoutbox tu.
 33


Jelas dan nyata dah kan kenapa DJ berblogwalking sambil clear shoutbox? Hehe.. :)


p/s: Hari ni ada Ujian PTK untuk kali kedua dan terakhir. Sebiji buku pun aku tak buka :P

» Read More...

Esok Exam PTK DG41 yang ke-2 dan terakhir untuk DJ

Share

Salam geng..

Esok merupakan kali terakhir aku menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam gred gaji aku sekarang, DG41 (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah). Ni kali kedua dan terakhir untuk aku cuba memperbaiki keputusan aku. Untuk PTK lepas, aku berjaya dapat 3-3 dah untuk kedua-dua komponen. Keputusan paling baik semestinya lah dapatkan 4-4.

 

DSC02449

 

Untuk pengetahuan, PTK ni wajib diambil oleh semua penjawat awam yang telah disahkan dalam jawatannya, biasanya selepas 3tahun berkhidmat. Kalau dulu, PTK ni takda limitation, ambil banyak2 kali sehingga dapat keputusan terbaik. Tapi sejak Ogos 2009, peluang yang ada hanya dua kali. Aku tak pasti kalo skim lain ada peluang banyak, tapi untuk pendidikan, dua kali je la. Itupun, kalo last exam, leh bawak bahan rujukan sewenangnya ke dalam dewan peperiksaan, walaupun takda soalan boleh dirujuk, tahun ni langsung tak boleh nak bawak apa2 bahan rujukan masuk dewan.

 

Cakap pasal persediaan, honestly aku tak buat apa2 peperiksaan pun tahun ni. Cuma mengharapkan ilmu dan pengalaman aku yang ada jer (Pengetahuan Sedia Ada). Harapnya ilmu tahun lepas masa nak rak study tu ada lagi dalam memori aku. Mungkin juga aku kecewa kut sebab over confident dapat 4-4? Haha.. Aku ingat lagi dulu aku ulang baca buku PKPA, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling, buat contoh soalan kat Teachers Rock sampai lebam (berbelas kali sampai leh hafal soalan dan jawapan.

 

examorgdewasa

 

Last exam PTK tu, aku memang nervous sesangat. Selama aku ambik exam,  masa amek paper engineering kat UTM dulu ke, psychology ke masa KPLI, Mtest, Interview, observe atau rentasan masa praktikum, dsb, aku rasa tahun lepas laa aku paling nervous. Mungkin sebab ni penentu kerjaya aku. Kalau dapat 4-4 aku dapatlah anjakan gaji P2. Tapi ni dah dapat 3-3, tunggu jer laa unless dapat 4 esok. Wallahualam.

 

Anyway, kali ni jiwa aku tenang setenangnya untuk jawab exam. Walaupun tak study, maybe sebab result yang ada cukup untuk buat bekalan. InsyaALLAH.   Untuk yang bakal menduduki PTK (sekarang musim PTK), selamat menjawab ya. Semoga Berjaya!

» Read More...

Waktu Paling Ideal Post Entry?

Share

Salam geng..

Selama korang berblog, pernah tak bermain di benak korang, waktu bilakah paling ideal untuk post entry? Ni untuk menjawab pertanyaan awal Encik Tikus “Kenapa bila kul 12 malam jer, ada entry baru kat blog sis?” Then bila aku jawab, ada pulak soalan kedua:

 

enciktikus

 

Aku tak ingat sama ada aku pernah share pasal ni. Aku sendiri tak pasti waktu ideal tu bila. Tapi yang aku tau, bila nak ping post kat GB ke, mana2 ping aggregator, sesuai bila waktu puncak. Maksudnya ramai tengah online. Aku pulak, post entry kul 12 sebab aku nk bagi ada entry untuk setiap hari. Aku takkan sesakkan blog aku dengan entry 2,3 dalam satu hari sebab aku rasa itu sesia (bagi aku lah). Lebih baik aku update one per day demi untuk mengekalkan ALEXA aku dan juga menstabilkan trafik aku.

 

OK,bagi aku, aku post entry mengikut jadual aku buat sendiri iaitu…Isnin – Rabu bagi aku waktu orang suka berfikir, so, aku akan post entry2 yang boleh buat berfikir ataupun tutorial untuk dicuba. Khamis or Jumaat, orang dah bersedia nak rest2, mood keje dah kurang sbb esoknya dah weekend, so aku akan post something yang tak terlalu berat. Weekend lak  anything yang lebih santai, more to personal.

 computer-geek_48

Biasanya juga, waktu aku update mesti jam 12 am. Supaya entry aku tu akan segar sepanjang hari dan pagi esoknya, bila orang online, dia akan nampak blog aku ade citer baru. Kalo dalam tengahari aku tengok target trafik aku tak lepas lagi dan agak susah nak lepas untuk hari tersebut (kena berfikir analatikal sikit), aku akan persiapkan entry baru untuk dipost. Dan kalo ada something yang menarik dan mesti diberitahu serta merta, memang aku akan update jugak tak kira masa. :)

 

Aku akan cuba update setiap hari untuk mengekalkan ALEXA RANK dan readers aku :)

» Read More...

Meta Tag – SEO Optimization

Share

Salam geng…

Mende ni dah lama aku xberapa nak ingat, tapi bila melihatkan pertanyaan Bean pasal mender ni, aku tak pasti sama ada wujud meta tag dalam template aku. Aku pun reply letak atas head dalam shoutbox Bean tu.

 

bean

 

Then, semalam bila terbacakan entry Kai2en, aku pun compare dengan template aku, baru aku tau kewujudan meta tag. Ingatkan aku dah buang pasal meta tag ni. Rupanya ada dalam blog. Yang bestnya, Kai2en ada share pasal meta tag analyzer. Barulah aku lebih faham pasal mender ni.

 

meta

Aku rasa mende ni memang membantu aku untuk diindeks ke enjin carian terutamanya Google. Kalo tidak, xkanlah memudah aku dapat trafik dari Google walaupun katanya WP lebih mesra SEO. Wallahualam.

google

Ok, untuk letakkan meta tag ni..

1. Login Dashboard > Layout > Edit HTML

2. Cari kod <head> dalam HTML korang tu.

3. Tampal meta tag di bawah ni dekat tempat seperti dalam gambar kat atas tu.

<meta content='_fGcXtHO7SkT0EC0hI7ZKxCBm_gIqWifYN8TGZ5aW0w' name='google-site-verification'/> 
<meta content=' Taip description blog anda di sini ’ name='description'/>
<meta content=' Masukkan static keywords anda, tapi dekat post memang wajib kena buat keywords (label) gak tau ' name='keywords'/>
<meta content=' nama anda ' name='author'/>
<meta content='INDEX, FOLLOW, NOODP, NOYDIR' name='ROBOTS'/>

Edit tulisan biru tu mengikut kesesuaian blog korang. Kod meta yang pertama aku tak pasti lak kenapa jadi gitu.. Sebab mender ni dah lama aku buat. Tahun lepas lagi, masa duk gatal cuba itu ini.

Bila dah siap, korang leh check kat Meta Tag Analyzer macam aku buat seperti di bawah:

analyzer

Untuk tips meta tag yang lain, korang boleh rujuk Kai2en – Meta Tags untuk Blogspot.

» Read More...

Performance DaHLia JouRNaL on Mei 2010

Share

Salam geng…
Aku rasa ni mesti entry yang ditunggu-tunggu oleh ramai. Ramai ke? Ok, sebelum aku share dan abadikan performance aku untuk bulan Mei, aku nak imbas balik performance aku pada bulan-bulan lepas. Kalo korang nak refer, sila klik bulan yang dikehendaki. Mana tau nak bukti kan :)


Bulan Views Uniques Top Keyword
Februari 16944 8003 Ost Na O Mei
Mac 25172 13074 Ost Na O Mei
April 42824 18149 Adamaya TV3


Bulan Mei ni aku rasa adalah bulan berkembangnya DaHLia JouRNaL. Walaupun aku planning nak pindah ke WP self hosted sepenuhnya, tapi bila memikirkan blog ni semakin baik dari segi ranking (146243 semasa entry ni dibuat) dan juga buffered yang semakin masyukkk, aku rasa aku xkan pernah fikir untuk memindahkan blog ni. Aku akan jaga blog ni sebaik mungkin dan http://dahliajournal.com tetap akan aku jaga (sebab dah bayar dan tempat aku belajar ilmu WP dan JOOMLA laks).


may2010
peningkatan mendadak DJ ni. sampai aku pun tergezut.. Lagi2 bila dapat UV sampai 4k dalam sehari..Bukti? Usha gambar bawah ni..Huuhu


week of thousands

peningkatan mendadak trafik aku bukanlah sebab BW semata. Trafik utama sebab entry Shahir AF8. Alhamdulillah, 2 hari ni, keyword Shahir AF8 ni list me as the 1st in Google Search. Rezeki… :)

keyword may2010
keyword Shahir jer penuh dalam carta, biarpun baru seminggu


referal may

referral aku dari Google dan juga backlink yang aku dapat dari Aie tentang Video Ustazah terlampau dengan warden dalam Aspuri tu. Kalo nak tengok, mintak ngan Aie ok :)

Selain daripada tu, GB jugak memberikan trafik yang baik untuk aku bulan ni. Tak sesia aku ping entry sokmo di GB. Walaupun susah nk listed as popular post, tapi oklah jugak kan :)

Next, berguna jugak list blogger aktif yang dibuat oleh mieran. Tak sesia dia bersusah payah menyediakan list blogwalker tegar. Sesiapa yang nak blogwalking, jemputlah guna List Blogger Aktif dia jugak ya.

blogged

Last but not least, korang nak tau earning aku ke?? Leh refer earning terkumpul aku last month dulu ok. Dah cukup target aku publish ^_^.

» Read More...

Yeah!! Cuti Sekolah!!

Share

Salam geng..

cuti-sekolah-ikon Bagi yang tak tahu, sejak kelmarin lagi dah start cuti sekolah, cuti pertengahan penggal, selama 2minggu. Mende ni laa yang paling best sekali bila bergelar guru kut? Sebab aku rasa point utama diberikan pekerja lain pasal kerjaya guru mesti pasal Cuti Sekolah. Persoalannya betul2 cuti ke?

Bagi pelajar, nilah waktu ditunggu2 untuk mandi sungai, waktu untuk pergi bercuti di tempat peranginan bagi yang berkemampuan, ataupun waktu untuk balik kampung jumpa tok nenek.

 

No School

 

Aku? walaupun banyak skrip peperiksaan yang perlu disemak, tapi aku tetap rasa bersyukur laa dengan cuti ni. Boleh la aku release kan fikiran aku, sebabnya minggu akhir sebelum cuti, sangat2 memenatkan otak aku. Dengan Jadual Waktu (walaupun aku hanya pembantu) tapi melayankan cikgu2 lain yang tak puas hati itu ini, memang menyesakkan. Susah kalo hanya yang nak pentingkan diri sendiri.

Then pasal banner untuk Majlis Persaraan, aku terpaksa bagi pada rakan lain utk selesaikan sebab aku dah puas cuba, dah banyak rujuk tutorial tapi gagal. Semuanya gara2 aku tak pandai PS. Dulu aku buat guna PHOTOSCAPE jer, tapi bila anta kedai akan jadi pecah, sebab tu kena guna PS. Nampaknya lepas ni kena betul2 cari tok guru PS ni.

 

thinking

Tengah berfikir skrip mana perlu disemak dahulu.

1. Matematik Tambahan T4  – 31 x 2 (Kertas 1 &2)

2. Matematik Tambahan T5  - 41 x 2 (Kertas 1 & 2)

3. Sains T1  -  28 + 38 (Kertas 2)

Mungkin aktiviti berblog akan dikurangkan. Nilah pros and cons ngajar subjek tertentu. Sains banyak persediaan (PEKA ngan Eksprerimen), tapi marking senang. Addmaths persediaan senang, tapi bab marking, aku rasa nak pengsan. Pening nak mencari nombor. Huhu.. So, cuti sekolah ni, adalah waktu untuk aku marking paper +……berblogging laa… :) Entry aku dah siapkan awal2 da

Oklah, aku nak stop dulu. Saat entry ni dipublish, aku dalam perjalanan balik Kelate sehingga 9 Jun 2010. 10 Jun 2010 aku akan menghadiri Exam PTK untuk kali kedua dan terakhir. Untuk exam kali ni, aku tak study langsung? :) Then 11-13 Jun aku akan mengiring pelajar ke UTHM pulak..

p/s: Waktu aku online selama di Kampung akan limited sebab kat kampung aku xberapa nak on, malas cucuk Broadband :)

» Read More...

Foot Detox Patch – Euwww busuknya!!

Share

Salam geng…

Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan Foot Detox Patch. Ala, penepek kaki macam Kinohimitsu tu.. Ok, mende alah Detox Patch ni aku dapat as a freebies masa beli EVOLLE last weeks. Dapatlah 20 keping pad kaki herba ni 20 keping, untuk kegunaan 10 hari.

 

image008

Aku dah lama teringin nak try mende ni samaada dia betul2 boleh membuang toksin dalam badan ataupun tidak. Tapi ada jugak aku tak percaya dsb. Yerlah, takkan laaa dia main tarik gitu jer kan? Kalo letak terdedah pada air pun dia akan bertukar warna. Itu yang aku ada baca sikit2 pasal ni tapi aku tak cuba pulak..Sayang woo walaupun dapat FREE. :)

OK, meh aku share ngan korang sikit testimonial aku sendiri menggunakan Foot Detox PAtch ni. Aku start gunakan ni hari Sabtu lepas. Malam tu aku cuba tepek sepasang kat kaki aku. Memang rasa denyut2. Pagi esoknya (Ahad) 8.00pagi aku dah terang mata. Aku pun teringin laa nak tengok warna perubahan dia.. Nak tengok ke? Jangan muntah sudah..

 

DSC02386 left n right foot.

 

Malam pertama, hasilnya kering, tapi baunya memang rasa sangat2lah memualkan. Semuanya sebab herba tu. Yang beshnya, aku banyak kuarkan angin on that day dan jugak rasa alive biarpun bangun seawal 8 pagi di hari Ahad. Dan tak tido2 dah sepanjang hari. Malam tu lak, dia macam memaksa aku untuk tidur seawal jam 12.00 malam. Tapi aku gagahkan untuk stay sampai 1am.

 

DSC02387

Hari ke-2, pun sama, bangun awal walaupun aku dah set jam untuk bangun lewat. Automatik, lepas cukup 6jam, aku akan celik mata. Hasil? Sangat busuk, makin hitam dan juga macam agak berminyak. Yang beshnya, sedap jer flush out isi perut, dan amazed, driving tanpa rasa mengantuk!

Korang kan tau perjalanan aku ke sekolah setiap hari ialah selama 45minit sehala (about 45km) dan mesti ada feeling2 mengantuk tu. Tapi bila pakai mender ni, esoknya memang rasa segar seharian. Takde rasa malas2. Dan begitulah keadaan aku sehingga hari ke-5. Beshhh!!!

 

footchart

Macam mana mende ni bertindak? Based on hasil google aku, mende ni dia akan stimulate point2 akupuntur kita tu untuk mengaktifkan tenaga untuk memberikan kekuatan dalaman badan kita yang lemah. Kaki ni dikatakan kawasan ke-2 sensiitf selepas jantung. Badan kita seterusnya akan menghantar toksin jauh daripada jantung iaitu ke bahagian tapak kaki. Waste @ toksin dari badan kita ni kuar melalui pembuangan najis, dan juga perpeluhan , selain daripada pernafasan (keluarkan karbon dioksida dari badan).

Kesimpulannya, aku suka! Aku nak cuba yang slimming patch pulak lepas ni. Ada seller nak suruh aku jadi bahan testimoni x? Hahaha… Oh ya, testimoni ni bukan untuk jualan/advertorial ya. Just my point of sharing my experience :)

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais