BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

I got Mystery Shopper Invitation

Share

Salam geng..

Entah macam mana, kelmarin, tergerak hati aku nak cel emel lama aku. Tak sangka lak ada lagi jemputan untuk aku jadi mystery shopper.

 

ms

Korang pernah dengar tak istilah Mystery Shopper ni? Aku tau mender ni tak silap aku masa aku aktif kat forum dulu. Then aku pun apply, dapat la projek untuk pergi cari maklumat tentang produk dari Ambank.

 

Aku terpaksa berlakon sebagai seorang orang yang misteri yang berminat dengan produk mereka, masa tu kalo tak silap aku akaun semasa nyer produk. Family First ke apa ntah nama dia. Untuk tugasan tu, aku ditugaskan untuk ke 2 oulet Ambank di Kuantan. Task semua diberi via emel, memang kena amek gambar, kumpul pamplet, bertanya, lepas sesi tu kena jawab questionnaire dr pihak syarikat dan lampirkan bukti.

 

Dan yang paling bestnya dapat bayaran untuk kerja tu. Masa tu aku dapat RM70 kalo xsilap aku untuk sebuah outlet yang aku pergi. Outlet satu lagi aku tak pergi sebab aku rasa tak mampu nak berlakon lagi. Haha. Ok , tu aku citer pengalaman aku, sekarang aku share skit dengan korang apa tu Mystery Shopper. 

mystery shopper

 

A mystery shopper is someone who visits or phones a business and poses as a typical customer for the purpose of evaluating standards of customer service. After conducting the visit a shopper is required to complete a questionnaire or checklist online or in paper. Mystery shoppers must be observant, honest and objective when completing their evaluations.

 

Shoppers must be capable of writing a detailed account as their experiences as a typical customer, so shoppers must have fluent English / BM / Mandarin. Training and guidelines are provided for each evaluation. Shoppers should also be interested in different aspects of how companies treat their customers, in term of service and sales etc.

 

girls-only-shopping-225

THERE ARE 2 TYPES OF MYSTERY SHOPPING:

• MAKING ENQUIRY AT THE OUTLET ONLY: WE WILL PAID RM50 PER OUTLET VISIT

• PERFORM TRANSACTION / PURCHASE: WE WILL PAID RM100 PER OUTLET VISIT

 

p/s: kan best kalo pergi outlet makan2..hikhik..ada sesapa berminat? usha sini

» Read More...

Kontrak dengan Sepang GT?

Share

Salam geng..

Gara-gara iklan censored Sepang GT yang menyala-nyala di DJ ni, ada yang sampai ingat aku ikat kontrak dengan Sepang lak. Kalaulah betul, kan ke bagus tuu…Aha..

sepang

sepang gt

 

Kalau diikutkan banner Large Rectangle ni, pada Sabtu dan Ahad minggu ni (19 dan 20 June 2010) akan berlangsung Super GT International Series  2010 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Siri ini merupakan acara setiap tahun dan biasanya diadakan di litar Japan seperti litar Motegi, Fuji Speedway dan Suzuka Circuit. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menjadi penganjur di luar negara Japan. Bangga kan ^_^

 

SuperGT International Series 2010 akan menampilkan 13 kereta dan 26 driver berjuang untuk Kejohanan ini dalam kategori GT500, sementara 19 kereta dengan 38 pemandu akan bersaing dalam kategori GT300.  Perlumbaan ini bertujuan untuk pengeluaran kereta besar dengan kuasa yang rendah / nisbah berat daripada model-model dan ciri GT3 seperti Aston Martin N24 dan GT4, Ford Mustang FR500 GT4, Maserati Trofeo, Lotus Exige, Nissan 350Z BMW M3 di antara mereka.

 

Harga tiket untuk perlumbaan Super GT Series:

Main Grandstand : RM100

K1 Grandstand : RM70

Sesiapa yang pergi menonton tu, jangan lupa amek gambar dengan perempuan2 cun dan seksi di saana.

» Read More...

ILUSI (Akasia TV3) – Permainan Nyawa Dalam Bayangan Mata

Share

Salam geng..

Akhirnya, berakhir sudah drama Syah Jihan kat Slot Akasia TV3 tu. Memang satu episod pun aku xlayan sampai abis. Sebab aku xminat kat pelakon-pelakon dalam tu. Kamal Adli tak cukup hensem bagi aku? Haha..Tapi siyes, last episod jer semalam aku curik2 tengok sebab ada adegan tembak menembak, haruslah aku tengok, kan?

 

ILUSI

 

Seterusnya, untuk slot Akasia yang akan datang ni, drama bersiri Illusi akan mengambil alih petang anda mulai Isnin, 21 Jun 2010, Setiap Isnin - Khamis, 6.30 ptg. Di mana lagi, kalo bukan di TV3!  Drama Ilusi sebanyak 24 episod dengan tema penceritaannya “Permainan Nyawa Dalam Bayangan Mata” menampilkan lakonan Diana Rafar dan Ashraff Muslim sebagai teraju utama. Aku rasa agak berminat untuk mengikuti cerita ni. Sebab apa? Jom tengok promo Ilusi ni…

 

 
SINOPSIS Ilusi - Permainan Nyawa Dalam Bayangan Mata


Illusi, sebuah hasil karya Faznita Md Nor menceritakan seorang gadis, Lyza (lakonan Diana Rafar) yang mampu membuat ramalan mengenai masa depan . Namun apakah ia sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza, saat beliau mendapat gambaran bahawa Shahril, bakal suaminya  terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya?


Setelah kejadian itu, Lyza terus bermurung dan kerap mendapat gambaran dengan memegang baju Shahril. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan ancaman setelah mendapat gambaran yang membongkarkan rahsia sebenar kematian Sharil.

 

Apakah sebenarnya punca kematian Sharil? Jom sesama kita ikuti slot Akasia TV3 ni bermula Isnin ni, 21 Jun 2010. Dan jangan ketinggalan untuk download soundtrack Ilusi - Cinta Terakhir dinyanyikan oleh Aiman, Lagu dan Lirik oleh Hafiz Hamidun.

» Read More...

OST Ilusi – Cinta Terakhir (Aiman) Lirik & Mp3

Share

Salam geng..

Dah lama aku tak share runut bunyi / soundtrack slot Akasia TV3. Kesnya sebab aku tak layan citer Syah Jihan tu. Takkan aku tak layan pun aku nak citer? Tak suka ah macam tu. Nampak sangat fake nanti kan? Kalau tidak, dengan OST nilah aku berjaya untuk duduk 1st page Google untuk OST Na O Mei dan OST Adamaya. Kali ni, aku nak share ngan korang OST Ilusi – Permainan Nyawa Dalam Bayangan Maya.

 

 

Penyanyi: Aiman
Ciptaan sepenuhnya: Hafiz Hamidun

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
Kau air dimataku

Satu antara seribu
Tiada antara di dunia
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

{Ulang kedua-dua rangkap di atas}


Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan

{music breach}

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya...2x

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan

Segalanya ketentuan tuhan....

 

p/s: Macam tau jer mood aku tengah nak jiwang..Miahahaha.

» Read More...

Who is SALT?

Share

Salam geng..

Tadi masa dok ronda-ronda keliling dunia blog @ blogwalking, mata aku tertancap kepada iklan baru yang kuar dekat ruangan iklan Nuffnang. Korang ada perasan tak iklan ni kuar?

salt2

Iklan ni adalah iklan terbaru yang Nuffnang dapat rasanya. Aku sempat laa usha Salt ni, dia akan direct ke laman Facebook Salt untuk mencari serba sedikit info pasal citer ni sebab salt yang aku tau ialah garam je. Apa kaitan garam dengan citer ni? Macam-macam tau omputeh ni. Dahla Angelina Jolie lak tu yang berlakon. Admire bibir dia tu.. ^_^

 

salt4

 

Tadik aku usha trailer dia macam best gak. Cerita macam ni aku suka..Aksi dan penyiasatan, buat berfikir. Akankah aku gi tengok di pawagam kelak? Ok, sebelum korang melayan trailer dia, meh aku citer serba sedikit pasal citer ni yang aku baca kat atas tu..(Aku guna GOOGLE TRANSLATE, memang kelakau, aku pun tak faham)

 

Kisah ni mengenai Evelyn Salt (Angelina Jolie) agen CIA, yang bersumpah untuk tugas, kehormatan dan negaranya. Kesetiannnya diuji ketika pembelot menuduh dia menjadi pengintip Rusia. Evelyn Salt terus menjalankan penyiasatan, dengan menggunakan semua kemahiran dan pengalaman bertahun-tahun sebagai seorang agen rahsia untuk mengelakkan penangkapan dan membersihkan namanya. Evelyn Salt berusaha untuk membuktikan dia tidak bersalah dengan cuba meragukan motifnya, sebagai pemburuan untuk terus mengungkap kebenaran di sebalik identitinya. Siapa Salt sebenarnya?

 

 

» Read More...

Buffered ke-19: Digi Live Music

Share

Salam geng..

Maaf kalau ada yang menyampah dengan entry aku dapat buffered lagi ni. Alhamdulillah, Nuffnang terus menyayangi aku. Thanks Nuffnang! Sehingga sekarang ni, ramai bertanya aku pasal “Kenapa tak pasang INNITY” ,  “Tak Nak sambung ngan INNITY ke?” Jawapan aku buat masa sekarang? Sebab Abang Biru @ Nuffnang sayang aku. Muah muah. Aww Gedik!

 

digi live tour

 

OKe, sebenarnya sejak semalam lagi aku dah ada instinct bahawa Digi Live Music ni buffered aku yang seterusnya. Macam mana nak ada instinct tu? Itu anugerah Illahi. Ceh wahh.. OK, gini jer, kalau nampak iklan tu kuar jer kat blog korang, then korang pergi laa BW dalam 10blog gitu. Kalo diorang pun ada, bukanlah..kalau 2/10 jer ada, mungkin itu BE. Next day, seawal jam 4pagi, check laa dalam Earning korang. 4.00 pagi ni Otomen ajar aku sebab dia sokmo jaga site Nuffnang pepagi..Miaahahaa..

 

buff 19

Mood memblurkan earning..sebab xde mood nak berlagak.. :P

[Apa Itu Buffered?] [Terms in Buffered] [Tips Dapat Buffered]

 

Yang tak bape nak besh, semua kelima iklan2 tu kat LR (bawah post). Aku pun pelik kenapa semua menempek ke situ. Kan ke kalo semua ruang iklan dicover lebih masyukk (tamak + tak bersyukur). Anyway, Alhamdulillah. Boleh buat Darkbatman jeles kat aku lagik..Haha…

 

Ok, apa ada dengan Digi Live Tour ni?

dg music siapa minat layan konsert, jangan lepaskan peluang!

 

dg sukan

wahh sukan pun ada? leh cari geng reramai ni..tambah persahabatan

 

dg stail

time2 ni mesti ramai remaja yang shuffle. Agak2, betul tak?

 

Dan yang paling best ialah, ada peraduan Menangi Gitar yang specially autograph by international  singer.

gitar free

Untuk keterangan lanjut, sila layari DG Live Tour

» Read More...

Rejab ; Bulan Kemuliaan

Share

Salam geng..

Antara sedar dan tidak, kita dah sampai ke bulan Rejab (bulan ketujuh di dalam kalendar Islam), dah masuk 5 Rejab dah pun hari ni. Lepas bulan Rejab, Syaaban dan diikuti pula dengan bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan yang mana kita wajib menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa selama sebulan. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Ops, dah nak puasa? Puasa tahun lepas dah ganti ke Cik Dahlia oi??

 

3786500418_76a0993cc4

Bulan ini dinamakan Rejab oleh Masyarakat Jahiliyah kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Seterusnya, Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Manakala bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

 

Rasulullah  Saw juga bersabda:

“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

 

Peristiwa besar yg berlaku di dlm bulan Rejab ialah peristiwa 'Isra dan Mikraj iaitu peristiwa di mana Rasulullah SAW telah bergerak dr Mekah ke Baitul Maqdis pada waktu malam dan diangkat ke langit untuk bertemu Allah SWT. Pada malam itu juga, Rasulullah SAW telah menerima perintah menunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari semalam dan kewajipan itu  telah menjadi rukun Islam yang wajib kita laksanakan sebagai seorang Muslim. Peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Rejab boleh dirujuk di Al Azim

 

KELEBIHAN BULAN REJAB

3689534344_d8949c3822 

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:


Puasa 1 hari -
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.


Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari
- diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari
- aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari
- Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari
- Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari
- keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari
- Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari
- dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari
- Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

 

rejab1 

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.


REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

 

Semoga kita senantiasa memperoleh rahmat-Nya. Amin.

» Read More...

Petua Mengatasi Mulut Kering @ Xerostomia

Share

Salam geng..

Hope korang semua sihat walafiat la ek. Hari ni, aku berkenan nak menunaikan permintaan seorang pembaca DJ ni berkaitan mulut kering.

fath

Masa mula-mula dia tinggalkan mesej kat shoutbox ni, aku trgelak gak. Tapi bila fikirkan permintaan peminat (bluwekk perasan laa ko DJ!) aku pun teruskan laa mencari info2 untuk perkongsian di sini.

mulut kering

Mulut Kering ataupun istilah dari segi perubatannya ialah Xerostomia yang mana masalah ini merujuk kepada rasa kekeringan dalam mulut disebabkan pengurangan aliran air liur. Kita sedia maklum bahawa air liur diperlukan untuk mengunyah dan menelan makanan, bertutur, membersihkan lebihan
makanan dalam mulut dan menjaga kesihatan mulut. Masalah ni biasanya lebih banyak berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan sering berlaku apabila umur semakin meningkat.

 

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mulut kering?
Mulut kering boleh disebabkan oleh:

  • masalah kesihatan seperti diabetes
  • pengambilan ubat-ubatan tertentu contohnya ubat-ubatan untuk darah tinggi dan stres atau rawatan perubatan seperti radioterapi.
  • tabiat bernafas melalui mulut.
  • kurang minum air.

 

Apakah tanda-tanda yang berkaitan dengan mulut kering?
Anda mungkin mengalami:

  • rasa membakar dalam mulut.
  • kesukaran untuk mengunyah, menelan, atau bercakap.
  • bibir kering dan merekah.
  • lidah kering.
  • sakit dalam mulut.
  • gangguan deria rasa.

 

Apakah komplikasi mulut kering?
Mulut kering meningkatkan risiko kerosakan gigi dan lain-lain penyakit dalam mulut.

 

glass_of_water

Apa yang boleh anda lakukan?
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian. Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba petua di bawah untuk mengurangkan rasa tidak selesa dalam mulut :

  • Kerap minum air sepanjang hari.
  • Makan sambil minum sedikit-sedikit bagi setiap suapan.
  • Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein contohnya kopi dan teh.
  • Kunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula untuk meransang pengeluaran air liur.
  • Elakkan merokok.
  • Jangan minum alkohol.
  • Lembapkan bibir dengan vaseline.
  • Gunakan air liur gantian yang boleh diperolehi di farmasi.

Sumber : INFOSIHAT

» Read More...

Citer Bodoh Hilangkan Tension!

Share

Salam geng…

Aku tak leh fokus nak buat apa2 entry untuk hari ni. Memang fikiran rasa tersangatlah berserabut. Macam2 ada dalam benak fikiran aku. So, aku just update this stupid story jer laa untuk kita sama-sama baca, mana tau dapat sesama menghilangkan tension / kegusaran di hati. :)

 

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.


===================================


SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit


===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah..... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....


===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah


===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!


===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada....

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


===================================

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.


===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

===================================

 

p/s: Aku cuba penuhi permintaan orang, kenapa tidak hati aku sendiiri?

I hate this feeling rite now!

» Read More...

Beza Views ngan Unique {Analytics}

Share

Salam geng…

Hari ni terbukak pintu hati aku nak citer pasal 2 menda alah ataupun perkara yang aku dok usha hari-hari kat Dashboard Nuffnang aku semata2 untuk mengkaji performance blog aku sendiri.  Menda tersebut ialah View ngan Uniques yang boleh dilihat di bawah section ANALYTICS.

PV UV

From Wikipedia, the free encyclopedia

A unique visitor is a statistic describing a unit of traffic to a website, counting each visitor only once in the time frame of the report. This statistic is relevant to site publishers and advertisers as a measure of a site's true audience size, equivalent to the term "Reach" used in other media.

Dengan bahasa kita, Unique Visitor ataupun biasa dipanggil UV ataupun Uniques adalah merujuk kepada pelawat unik (dengan IP tersendiri) yang datang ke laman kita dalam satu tempoh yang ditetapkan sama ada sebulan, sehari ataupun mungkin beberapa jam. Sebab tu lah kadang2 ada perbezaan UV yang boleh dilihat di Nuffnang mahupun di Counter lain. Semuanya bergantung kepada tempoh masa yang dikehendaki.

 

From Wikipedia, the free encyclopedia

A page view (PV) or page impression is a request to load a single page of an Internet site. On the World Wide Web a page request would result from a web surfer clicking on a link on another HTML page pointing to the page in question.

Page View ataupun Views pula adalah merujuk kepada berapa kali permintaan untuk me’load’kan sesebuah page pada laman itu sendiri samaada melalui klik ke atas beberapa link yang ada di blog yang membawa ke halaman dalam blog itu sendiiri mahupun aktiviti refresh yang dilakukan ke atas laman tersebut.

 

images Jom Tengok Contoh..

 

Ok…katakan, korang datang blog DJ hari ni.. Bangun2 jer tido, korang dtg blog DJ.. itu dah memberikan 1UV dan 1PV untuk blog ini. Then korang nak baca post yang ada, korang pun klik tajuk post dan baca. Itu  menambahkan lagi PV untuk blog ini. Then nampak pulak tajuk lain dalam LINK WITHIN tu yang menarik, ataupun ada linking ke page lain yang aku buat (masih dalam blog DJ) dari post tu sendiri, bila anda klik, page akan loading dan akan menambahkan bilangan PV lagi untuk blog ini.

 

Bilangan UV bergantung kepada IP. Satu IP, satu UV. Page View bergantung kepada berapa kali loading dilakukan ke atas page. Sebab tu laaa ramai yang menggunakan kemudahan READ MORE ataupun menayang satu entry saja di muka utama. Ini strategi untuk menambahkan PV dan ada jugak yang menyatakan Buffered Earning diberi based on PV, bukan UV sebenarnya. Wallahualam. Untuk menambah UV, basically memang kena datang dr Google, Blogwalking dll tapi untuk menambahkan PV, boleh dicuba dengan menggunakan beberapa cara dan taktik.

 

p/s: Baru teringat yang Mieran pun ada citer pasal menda ni sebab dia pernah tanya aku kalau dah ada pasal ni. Mieran – Trafik Nuffnang

» Read More...

Info Terkini Wawwi Matrix Blogwalking Marketing

Share

Salam geng…

Hangat sungguh petang ni. Aku dipenuhi dengan pertanyaan tentang menda alah Wawwi Matrix Blogwalking Marketing ni. Aku tahu, semua orang agak pening sejak aku post pasal mende ni dan ada jugak yang berminat, terus klik. Alhamdulillah, xsampai setengah hari aku berjaya tarik 38 downline ^_^ . 

 

wawwi

bila semuanya sebok tanya pasal Wawwi. Tak terlayan mak deknon!..Total tingkap tadi 9…

 

..dan tak terkecuali, haruslah aku direct bertanya pada empunya Wawwi ni, iaitu Amin Johar @ A.J. Aku ingat nak share pasal perbualan aku ngan dia jer, senang tempek sni tapi takut korang pening..Tapi aku cuba simplifykan mender ni ok..Supaya semua faham. Perbualan kami boleh korang refer pada DJ – AJ on Wawwi supaya korang tak kata aku ubah info :)

 

Apa Sebenarnya Wawwi Matrix Blogwalking Widget ni?

Sefahaman DJ dalam sesi interbiu tadi, widget ni berfungsi sebagai widget untuk link exchange, dan widget untuk memudahkan blogwalking, yang mana konsepnya Blogwalking sambil mengumpul point. Dan link exchange ni juga diperluaskan ke semua jaringan network bawah kita.

 

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Trafik Dari sini?

Basically, masih lagi Manual Blogwalking, korang kena klik pada list name yang ada untuk ke blog diorang. Yang beshnya, klik dapat point. Itu kelebihan berbanding BW biasa secara shoutbox. Kalau guna widget ni, akan blog yang dibuka tu akan paparkan point yang boleh dapat dari blog tu

 

wawwimatrix4

 

So, untuk kumpul point, kena laa blogwalking sebanyak mungkin ke blog-blog yang ada dalam list widget kita tu. Nak taknak, widget ni akan digunakan di mana-mana blog untuk mengumpul point.

Amin Johar: URL blog akak akan terdapat di blog orang lain dan serterusnya hal ini meningkatkan potensi pelawat tetap di blog owner itu mai ke blog akak.

Amin Johar: tak ada jaminan boleh dapat trafik secara 100% automatik pun.. semua masih manual, kena ada blogger yang melawat blog (blogwalking) jadi jika sebelum ini kerja ini telah diterimapakai sejak azali lagi

Amin Johar: hehehe, kehadiran widget ini hanya membesarkan range list blogroll tersebar sahaja.. terpulang kepada blogger nak lawat atau tidak (option) Sepatutnya tidak menyalahi mana-mana sistem pengikalanan asalkan ia bukan dijana secara automatik. :-0

Apa Bestnya Point-point ni?

Dengan point-point ni, boleh menambah level networking anda, yang mana semakin tinggi level, semakin tinggi kekerapan blog anda akan terpapar di widget2 dan juga trafik akan meningkat sebabnya masing2 cuba mencari point2.

Dengan point ni juga nanti boleh ditukar dengan iklan di widget (terpapar ke semua blog yang ada widget), dengan wang tunai (contohnya RM2 untuk 10000point) dan macam-macam lagi feature yang akan ditawarkan.

 

Tak menyalahi Nuffnang ke? Wa takutlah…

Aku memula tak terfikir pun pasal ni, then bila ada yang bertanya, aku pun jadi agak gusar. So aku nak kita sesama fahami betul2, mende ni bukannya sistem yang boleh autoclik iklan Nuffnang ataupun auto tambah trafik pada blog tanpa perlu membuka sesuatu blog.

Aku dah check kat T&C Nuffnang under No. 6: Abuse of Services,

• Directly or indirectly generate impressions, page views, unique visits of or clicks on any Ad through any automated, deceptive, fraudulent or other invalid means, including but not limited to repeated manual clicks and the use of robots; and

itu kalo auto..sistem ni pulak memang manual. Kena manual click dan melawat blog tuu pada bloglist, baru boleh bagi trafik. Bukannya, pasang jer, terus trafik masuk. NO, NO!! Kena juga blogwalking, tapi bila guna widget ni, selain dapat point, network berkembang, makin ramai akan datang ke blog kita sebab nama dah kuar kat widget ramai orang. Macam tu laa konsepnya.

Amin Johar: Nuffang dia haramkan autosurf dan klik iklan masing2x atau sesama sendiri dll, aktiviti blogwalking banyak melibatkan trafik exchange sesama blog, Sistem Widgeti ini adalah Sistem matrix blogroll. Tidak ada jaminan 100% setiap blogger boleh dapat trafik berjuta-juta secara automatik sebab ia adalah sistem manualsurf sama sahaja seperti akak ada listblogroll dan hari2x lawat blogroll itu untuk blogwalking.

 


 

Contest pasal Wawwi ni?

Ok, mudah jer, korang hanya perlu buat post pasal widget ni. Info semua boleh dirujuk pada widget tu sendiri. Setiap entry yang dihantar, kena maklumkan kepada AJ sendiiri dengan menghantar komen beserta link entry kat http://gengblogwalking.wawwi.com/geng-blogwalking.html.

Amin Johar: Contest 1: semua layak dapat 5K mata ganjaran, dan 1 lebar network (maksudnya nanti 6x5 Matrik -  potensi jumlah network akan lebih banyak lagi..)

 

Berbaloi ke Pasang Widget ni?

Aku tak nak mempengaruhi sesiapa pun, aku cuba sebab aku nampak menda ni cam best :) Bila lagi nk sokong produk keluaran anak tempatan kan. Kalo nak cakap berbaloi ke tidak, aku kena tunggu tempoh lebih lama sebab ni aku baru pasang xsampai sehari pun. Berbaloi ke tak? Mungkin nanti bila banyak features, akan nampak lebih berbaloi dengan menda ni.

Buat masa ni, aku nak explore dulu menda ni, kembangkan network seluas mungkin untuk kumpulkan point. Wah, ini kira bahan cabaran terbaru bagi aku laa… Dan bagi aku, ini masanya mengambil peluang awal ni untuk berada di atas. Yang penting, tak rugi apa2 sebab xperlu kuarkan modal pun.

 

Macam Mana Nak Pasang Widget Ni?

wawwiform

Isi borang yang anda jumpa pada widget tersebut. Borang ni hanya visible pada blogger yang masih belum mendaftar. Visitor akan nampak form ni, tapi bukan tuan punya blog.

REF = Downline kita pada level 1. Jumlah REF depend on account kita.

LV = Upline kita.

 

 

Macam mana nak check points, Network dll ?

Pada widget anda, klik nama anda sendiri di bahagian paling atas, dan widget anda akan terpapar seperti ini.

Wawwi  DJ

KOD

Keterangan

ACC Jenis Akaun kita, perlu ditingkatkan melalui point. Sebab tu kena kumpul point banyak2.
$$$ Feature tukaran wang dengan point (akan datang)
POINT Point yang berjaya dikumpulkan melalui BW dengan Widget ini. Dan 5000 point dari contest yang disertai (buat entry pasal widget).
TBWK Today Blogwalking - ex 9 klik hari ini ke blog lain dengan gunakan widget pada blog kita. Mungkin kita ataupun visitor lain. Ingat, wajib visit 2 link REF minimum untuk kekal aktif
LBWK Last Blogwalking (tarikh)
HIT hit klik biasa berapa banyak hit orang klik ke blog kita

Amin Johar:
biasanya jumlah HIT lebih banyak sebab ada pelawat y mai tak klik finish selepas timing tamat tempoh atau dah terlawat 2-3 kali
HITUC klik Unik yang berkualiti (1 hari, 1 IP) yang akan deduct sejumlah points dan berapa banyak/ramai dah lawat blog akak melalui widget yg telah ditolak Cost Per Click (CPC) points
LV1
dan seterusnya

6 sebab matriks aku 6x5 jer (korang yang baru 5x5)..so hanya boleh ada 6 downline jer bawah aku. Yang mendaftarkan blog dia dengan widget aku akan direct ke bawah downline aku yg LV2 ni. kiranya sapa yang duk bawah aku ni, akan dapat free downline. Ini yang dimaksudkan dengan konsep autospillover

autospillover-my

Yang lain akan direct ke LV seterusnya.. Untuk aku maksimumkan point lagi, kena cukup LV2 6x5 pulak dan seterusnya. (5 downline setiap blogger pada LV2)

 

Sebenarnya, banyak lagi hasil perbualan aku ngan AJ tadi.. Korang boleh baca kat DJ – AJ on Wawwi ataupun boleh baca komen AJ (founder Wawwi) dekat Wawwi Matrix BlogWalking – Tukar Trafik Jadi Duit. Panjang lebar komen dan penerangan dia untuk korang cuba memahami. Takpun, korang boleh bertanya sendiri dengan dia di YM amin.johar pasti dia sudi menjawab segala kekeliruan tu.

 

Cara DaHLia, setiap hari akan cuba BW minimum 2 REF. Jangan risau, shoutbox akan tetap aku gunakan sebagai trafik exchange for us macam biasa. Hope sesama membantu ya :) Dan harap clear yang Widget ni bukan system autosurf , just utk Link Exchange, dan manual blogwalking ^_^

» Read More...

Wawwi Matrix BlogWalking Marketing :- Tukar Trafik jadi Duit?

Share

Salam geng..

Mesti korang perasan ada penambahan widget baru di blog aku ni kan? Tadi pun Otomen tegur aku mender apa tu. AKu jumpa benda alah ni masa BW tadi kat blog Kue tadi. Bila bab2 Wawwi ni biasanya yang aku tahu, Wawwi =AJ (Amin Johar). Dan master pasal SEO kalo tak silap aku..Blog dia pun banyak pasal Internet Marketing strategy. Ok, aku bukan nak citer pasal dia, tapi nak berkongsi pasal mender alah ni yang masih dalam ekperimentasi aku.

wawwi

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

 

headline-3-steps

Matrik nx15
Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah


Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

 

Autospillover


Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.

 

autospillover-my

 

Sistem Mata (Point)


Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.


Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata(jika upline melihat blog anda) dan dari 5 matahingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

 

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:

 

Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata

 

wawwimatrix4

Bila kita buka blog yang ada dalam widget, menda atas tu (biru dengan logo Wawwi) akan terpapar untuk point kepada kita (selepas abid loading, klik finish)

 

Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata.

 

Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.

 

Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata

 

Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.

 

Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.


Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata

 

Potensi Nilai Mata Referral
Lv 1: 5 x 15          = 75 mata
Lv 2: 25 x14         = 350 mata
Lv 3: 125 x 13      = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12      = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11    = 34375 mata
Jumlah keseluruhan: 43924 mata

 

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

 

Pendapatan Sambilan

1203659974JK67XoSambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.

Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog. Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.

 

logo

Buat masa sekarang, sempena pelancaran sistem ni, Wawwi.com telah menganjurkan pertandingan menulis artikel pasal  Wawwi Matrix BlogWalking dan Ganjaran/Hadiah yang ditawarkan ialah 5000 Mata Ganjaran, serta Tambahan 1 lebar Network. Tarikh tutup untuk pertandingan ini ialah  30 Jun 2010 11:59PM iaitu sebelum hari pelancaran widget ini pada 1 Julai 2010.

Selain itu, pelbagai pertandingan menanti untuk semua pengguna widget ini dan hadiahnya memang amat menarik. Untuk maklumat lanjut, jemputlah ke http://gengblogwalking.wawwi.com/ dan jangan lupa daftarkan nama anda sebagai pengguna widget ini juga. Widget ini berada di sidebar kanan. Skrol widget ni sampai jumpa seperti gambar ni:

 wawwi

Letak nama dan URL anda, nama anda akan berada di atas. Harap membantu menjana trafik di samping menjana pendapatan.

 

headline-3-steps

p/s: DaHLia dalam proses memahami dan eksperimentasi..Kalo saapa ada cara lebih mudah faham, sila laa berkongsi ya.

» Read More...

Tolong Maafkan DaHLia ^_^

Share

Salam geng..

First of all, nak mintak korang maafkan DJ sebabnya tak buat any update semalam dan juga any informative update untuk hari ni. DJ betul2 mintak maaf.

 

sorry_not_there

 

Dalam kepala dah ada dah beberapa isu nak kupas, tapi korang pun tau kan DJ berkampung di UTHM selama 3 hari kelmarin. 12.15 malam tadi baru sampai kat sekolah, dan kul 2pagi baru DJ sampai umah, bukak lappy, emel important job dan bumm tido. Memang tak daya sesangat! Penat!

 

Then, nak jugak mintak maaf kepada semua blogwalker yang meninggalkan jejak dalam shoutbox dan mungkin ada yang auto delete dalam shoutbox yang mungkin DJ xsempat nak balas. Komen-komen pun DJ tak sempat nak balas. Betul-betul mintak maaf. Kalau takda korang yang sudi datang blog ni dengan setia, mesti DJ xdapat nak maintain blog ni.

 

analytics Terima Kasih pada semua yang sudi hadir dan memeriahkan DJ. Sayang korang!! Mmmuahh!

 

Nak mintak maaf jugak kepada semua pengiklan yang berminat. Ceh, macam banyak jer.. :P InsyaALLAH, minggu ni, iklan korang akan mula disiarkan di blog ni. Terima kasih sebab sudi beriklan di sini.

 

2009-08-14_sorry

 

purpose bawak lappy ke UTHM semalam, sebenarnya untuk buat Design Kain Rentang Majlis Persaraan. Masa terluang banyak spend beramah mesra dgn roomates, gentar gak kalo dikatakan anti social cos of blog kan..sebab tu xdapat nak BW sesangat.

 

Once again…..

sorry-bear-small                                                                                             Love you all!!

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais