Salam geng…
Wujudnya entry ni sebab ramai dah bertanya aku berapa tahun dah berblog. Jawapannya…aku masih lagi baru dan masih lagi perlu belajar ilmu-ilmu selok belok bloging ni lagik. Banyak lagi ilmu blog yang aku tak hadam lagi. Perkongsian ilmu di blog ni aku buat bukan untuk menunjuk pandai, tapi untuk rujukan aku di masa akan datang dan juga untuk perkongsian dengan semua.
Memang kalau diikutkan tarikh blog ni didaftarkan kat Profile DaHLia, DaHLia JouRNaL di didaftarkan pada May 2009. Masa tu memang musim “Orang ada blog, aku pun nak ada blog” sebab tu aku daftarkan sebuah blog dengan nama DaHLia JouRNaL.
Sebenarnya aku start mengenali blogspot ni sejak 2008, tapi masa tu hanya sebuah blogshop xperlu fikir nak update apa pun. Just untuk tayang produk je. Sekarang blogshop tu dah aku kuburkan. So tak payah la share ngan korang eh. Produk ada lagi, tunggu nak lelong je. Ada sesapa nak beli?
OK, kenapa DaHLia JouRNaL? DaHLia sebab nama kedua aku Dharlya, so memang berkaitan la kan.. Journal sebab nak coretkan kisah aku, ala-ala diari harian online. Sebab tulah blog ni aku namakan http://dahliajournal.blogspot.com.
PENCAPAIAN DAHLIA JOURNAL
Selama lebih kurang berblog lebih setahun ni, sememangnya aku cukup berbangga dengan blog yang aku ada ni. Aku rasa berbaloi aku berblog dari aku menghabiskan masa dengan Facebook, MySpace, dan yang seangkatan dengannya. Sebab? Duit? Ilmu blogging tu yang lebih best sebenarnya. Duit ialah pemangkin untuk aku terus mencari-cari ilmu yang lebih banyak lagi.
Blog ni macam dah tempat untuk aku bereksperimen.
… tentang blog..aku berjaya ada blog..itu boleh dibanggakan kan?
… tentang code HTML ..aku dah berjaya menghasilkan template aku sendiri biarpun tidaklah semenggah mana
… tentang cara menarik trafik dari blog…aku dah berjaya melepasi 1000++ Unique Visitors per day..InsyaALLAH berterusan selagi korang terus menyokong dan menegur segala kesilapan aku..
… tentang ranking…aku berjaya meletakkan ranking ALEXA aku di kedudukan terbaik dan berjaya mendapat Google Page Rank 3
… tentang SEO, SERP … aku berjaya diindeks ke Google 1st page dan ada beberapa keyword (shahir af8, ost na o mei)yang meletakkan aku di tempat pertama,mengalahkan pengguna WP dan seterusnya menjadi penyumbang trafik utama ke blog ini, … sebab tu aku tetap bangga dan setia dengan blogspot
… tentang kekuatan dan kelemahan aku sendiri, memperbaiki penulisan aku, membina jatidiri aku, menambahkan ilmu aku
dan last but not least, aku kenal ramai orang. Alhamdulillah…
oh, ini gambar amek dari GOOGLE jer ok..bukan akuuu…huhu
PENDAPATAN PASIF DAHLIA JOURNAL
Aku blog kerana duit? Mungkin ada yang beranggapan begitu, sebab aku sokmo cerita pasal trafik mapik ni…Apa aku boleh cakap, Duit memotivasikan aku untuk terus hidupkan Blog ni. Kalau cakap aku bukak blog ni semata untuk duit, tu memang silap sebabnya aku daftar Nuffnang hanya setelah 2 bulan aku berblog. Itupun sebab baru jumpa cara dari Kak Ina KL. Blog dia je masa tu yang ada cara nak apply. Tak percaya blog ni lahir bukan kerana duit?
Tarikh daftar blog : May 2009
Tarikh post pertama : 10 Jun 2009
Tarikh daftar Nuffnang : 16 Ogos 2009
Selama berNuffnang ni, aku aku ni tak delah banyak sangat aku dapat. Gebang jer lebih ngan korang pasal Buffered Earning aku sampai yang ke-19 tu..heheh.. Aku baru cashout pertama pada Disember 2009, hasil tuaian RM123.20 setelah 4 bulan. Thanks kepada yang menyumbang masa tu..
Alhamdulillah sekarang ni sejak aku berazam untuk terus hidupkan blog aku ni, dan niat ikhlas untuk berkongsi ilmu untuk blogger lain terutamanya blogger baru, rezeki makin murah.. Banyak kelebihan bila ikhlas ni tapi itulah, keikhlasan tu subjektif, tak dapat dinilai. ANyway, aku takleh nak gebang lagi pendapatan yang bakal aku dapat. Kang citer jer lebih, last2 payment tak dapat, buat apa kan?
Overall, pendapatan dari iklan persendirian di sekitar blog DJ ialah sebanyak RM 225 merangkumi iklan banner dan iklan Pay Per Post. (terima kasih yang sudi berurusniaga dengan DJ) yang ni bayaran dah terima.
So total wang ringgit yang DJ dah hasilkan dan terima ialah RM348.20 .. Duit tu lah yang daku beli hosting dan domain untuk http://dahliajournal.com serta untuk anjuran contest yang dah lepas dan yang akan datang.
Pendapatan dalam tabung Nuffnang aku sekarang, aku akan disclose minggu depan bila cukup nilai dikehendaki untuk cashout. Pendapatan tu akan jadi pendapatan selama 6 bulan dengan Nuffnang. Yang bertanya dan teringin nak tahu tu, tunggu lah yer. Stay Tuned!!
Dengan INNITY pun aku masih lagi sedang menunggu bayaran. Jumlahnya memang agak lumayan untuk 2minggu beroperasi di blog DJ ni. Berapa? Nanti bila dah dapat payment baru DJ disclose ya…masih lagi menunggu payment selama 3bulan.. ):
Last but not least, enjoy jer blogging ni tapi biar beretika. Aku nk tido dulu.. Dah start sekolah balik dah ni.. Keja banyak ni weh kena dateline minggu ni.
p/s: Nak pasang INNITY balik? Tak Kut…Nuffnang tak sudi ke bagi DJ Job Advertorial?? DJ nak gak merasa ni… Harus setia jer ni..Aminnn.
» Read More...