Salam geng..
Firstly, aku nak minta maaf sebab tak dapat nak sediakan entry baru lebih kerap sekarang ni. Untuk pengetahuan korang, masa entry ni ditaip, aku berada kat Wangsa Maju, umah mertua kakak aku sebab datang hantar adik aku yang ada taklimat kursus dan pendaftaran Masternya dekat UM hari ni. Petang ni aku akan balik ke Kuantan dan seterusnya balik pulak ke Kelate sebab nak hantar adik aku Erd balik USM Kubang Kerian. Minggu depan sebenarnya baru dia patut balik, tapi sengaja nak balik awal katanya.
Kesibukan aku sejak akhir-akhir ni bukannya sebab aku menyepikan diiri dari blogging, cuma banyak perkara yang aku wajib bereskan di sekolah. Macam2 mende nak setel. Kalo last week aku busy dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang dah basi tu (pun xsempat lagi nk buat entry pasal tu), minggu ni sekolah aku busy dengan Kejohanan Trek dan Padang serta Majlis Anugerah Kecemerlangan yang akan berlangsung esok dan lusa. Memang seminggu ni P&P tak dapat nak jalankan. Budak2 pun semua bau kepam jer masuk dalam kelas. Sungguh memeningkan dan meloyakan aku.
Train ahli BSMM aku berkawad…entah macam mana laaa performance diorang Hari Sukan esok..Hope everything went well. Bangga pulak dengan Faridzul sebab boleh aku harapkan. Kematangan membuatkan sesorang tu lebih bertanggungjawab. Dulu masa aku ngajar dia Form 2, sokmo jugak jadi punca kemarahan aku.. Sekarang ni memang cukup berterima kasih pada dia. Rugi gak rasa sebab tak dapat menghadirkan diri kat Hari Sukan sekolah aku tuu..teringin nak tengok perbarisan yang menarik antara rumah sukan..Apa yang penting, Rumah Biru aku dah menggondol 12 emas…hahaha…Konpom JUARA kah?
Acara tarik tali sedang diadakan..Gambar ni snap dari Bilik Guru, awal pagi lepas turun dan jengah padang, naik bilik guru dan buat kerja kedua aku pulak untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan..aku kena bahagian Buku Program. Memang nampak gayanya tugas Tetap dan Berpencen kut..takper aku sukerrr je..walaupun aku ni tidaklah kreatif pon..
kertas songket ni aku jumpa kat MYDIN Kuantan jer, RM 4.50 untuk 10 keping.. Then aku susun letak cover tu sendiri jer.. Memula ada aku design dengan Photoshop tapi bila print nampak macam pecah.. Sebabnya? Aku pergi pilih CYMK ke CMYK ntah masa memula.. Bila print nampak xsantek..
Atur Cara yang dibuat sendiiri based on tahun lepas nyer aturan majlis. Sepatutnya ada meeting khas la kan utk tentukan ni semua, tapi nak buat macam mana, semuanya kena pikir sendiir…Warna memang aku main letak jer, asalkan ada corak.. sebab tu nampak macam agak lari dari warna bahagian lain..lantaklah, asalkan siap…amatur katakan…
The best part is putting the faces of the most excellent students. Biar ibu bapa mereka bangga.. Aku pun pernah dapat gambar printed masa dapat best participant masa Kursus kat TATI dulu.. Try lihat motif background..Main layang-layang..aku pun tak faham napa aku letak..yang penting aku nampak santekkk..hehehhe
And the final part is printed the AJK yang bersusah payah on the day.. Untuk hari Anugerah ni aku dapat 2 Anugerah bahagian Panitia..Untuk Panitia Sains sebab berjaya meningkatkan GPMP dan peratus kelulusan serta bilangan cemerlang A , manakala Panitia Matematik Tambahan sebab meningkatkan bilangan cemerlang A walaupun sebenarnya hanya Kak Nisah jer patut dapat.. Apapun, orang dah nak beri, aku terima jer…Tapi xbesh laa sebab xdapat nak attend..
Anyway, hopefully, Kejohanan Trek (Hari Sukan) esok 3 Julai 2010 dan juga Majlis Anugerah Kecemerlangan 4 Julai 2010 di sekolah aku akan berjalan dengan lancar dan meriah..Aminnn….Yang penting Isnin aku tumpang Cuti Peristiwa…Tapi, xjugak, aku ni terpaksa tambah cuti jadi 2 hari disebabkan untuk mengcutikan diri Isnin ni..Huhu
Aku nak gerak ke Kelantan lak ni..entry ni memula taip kat KL, tapi diselesaikan di Kuantan, dan publish dari Kuantan.. dan masa korang baca aku akan berada di KB.. :)
» Read More...







