BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

5 Kerugian untuk sapa yang tak pergi Gathering Geng Blogger!

Share

Salam geng..

Apa khabar di hari Sabtu serba indah ni? First of all aku nak mintak maaf yang pertama sekali sebab semalam aku tak dapat nak membalas kunjungan kalian semua. Hanya beberapa blog je sempat aku singgah untuk membalas jejak. Mana taknya, semalam mata aku agak gelenyar nak tido awal sebabnya katil bercadar pengantin baru. ~wink~wink. Kul 9.30 malam mata  aku dah start nak katup. Aku tunggu setengah jam, masih degil, last2 aku off, dan bummm tido. InsyaALLAH, hari ni lepas acara penting, aku balas balik trafik ke blog korang ek. ^_*

 

Ok, ni nak cerita sikit pasal Gathering Geng Blogger yang dianjurkan oleh Joegrimjow tokey Herbalife tu.  Gathering ni akan berlangsung seperti di bawah:

n116980235002893_2784

Nama : GengBlogger Gathering
Tarikh : 10 July 2010 (hari ni)

Masa : 9 am hingga 5 pm

Tempat : Putrajaya Challenge Park, Presint 5, Putrajaya

 

Picture1 
adakah sangat mencabar untuk berada di Taman ni? ataupun mencabar untuk pergi ke sana? Sama-sama kita tunggu pengalaman blogger.

 

Tentatif :
9.00-10.00 am : Pendaftaran peserta
10.00-1.00 pm : Aktiviti luar Blogger
1.00-3.00 pm : Rehat, makan dan solat
3.00-4.00 pm : Perkongsian dari senior blogger
4.00-5.00 pm : Sesi bergambar

 

#Rugi No. 1:

Gathering ni akan mengumpulkan blogger-blogger yang ramai. So, sapa yang tak pergi, tak dapatlah nak berkenal mesra dengan blogger lain. Bila dah berkumpul ramai-ramai sure happening kan, selama ni duk kenal dalam blog jer, alih2 jumpa. Agak-agak boleh jadi macam Gatsby Street Fair hari tu tak?

 

#Rugi No. 2:

Gathering yang santai dan berinformatif. Akan ada sesi perkongsian tips blogging dan sesi soal jawab yang dijalankan bersama kak jie dan juga ariffshah. Ariffshah cakap dia nak bagi sesapa test Samsung Galaxy S dia yang dia dapat FREE tu…  Mesti berebut nak kerumun dia ni!

 

 

29718_399174111331_527256331_4723253_6548790_n

#Rugi No. 3:

Tak dapat nak beli baju Geng Blogger seperti di atas ni sebab stok terhad dan ianya first come first serve basis. Eh, baju ni Rutikeben yang design rupanya? Lama tak nampak Ruti, jumpa tak dia kat Putrajaya ek?

 

#Rugi No. 4:

Tak dapat nak makan2 pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh blogger-blogger lain, terutamanya blogger2 yang suka masak memasak (boleh dilihat di blog-blog mereka)

 

#Rugi No. 5:

Mestilah trafik hari ni akan berkurangan kan? Macam masa NUFFNANG GATSBY Street Fair hari tu. Mana taknya, ramai blogger yang berada kat luar. Sapa nak jejalan blog? Huwaaaa….

 

So, DaHLia, ko pergi tak??

confused1

Akulah insan yang dalam kerugian tu…hehe..sebabnya aku tak attend Gathering GB yang pertama kali ni. Aku ada program Jawab Untuk Jaya (JUJ) di sekolah. Tapi, kalo ada program pun, aku tak pasti aku akan join ke tak.. Sebabnya?? Aku pemaluuuuuuu… Auwwww!

 

Have FUn untuk semua Blogger yang pergi ke sana!

» Read More...

Bogel Kerana Seni… Mana Pergi Sifat Malu dan Nilai Moral?

Share

Salam geng…

Hangin betul aku baca berita minggu ni. Kalo dalam UTUSAN MALAYSIA bertarikh 4 Julai 2010 aku baca dan terkejut pasal keberanian Arja Lee dalam artikel “Ya, memang saya berbogel” untuk filem terbaru Raja Azmi “…. dalam botol”. Then semalam pulak, ada pulak kisah pasal bogel membogel ni jugak dalam artikel “Zul perjelas aksi bogel dalam Mantra” untuk filem mengenai Amalan Ilmu Hitam menerusi filem MANTRA.

 

015793353 aksi Arja Lee dalam … Dalam Botol

"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak "anu" saya kerana saya sudah "menyembunyikannya",

Arja Lee

 

zul handy black bogel 3 zul handy black bogel1

sumber : Kopipanas2u

aksi Zul Handy Black dalam filem Mantra

"Inilah asam garam menjadi pelakon dan saya anggap ia cabaran terbesar dalam kerjaya lakonan saya. Untuk menampakkan sesuatu realistik, saya sanggup berbogel,"

- Zul Handy Black

 

hi031 sesungguhnya aku geli dengan yang jenis suka sama jenis

 

Bangga sungguh mereka kan? Disebabkan seni, soal agama dan moral boleh diletak ke belakang? Aku rasa malu bila scene2 macam ni lepas semasa sesi penapisan. Tak rasa malu ke bila mempertontonkan tubuh tanpa seurat benang gitu? Bila fikir-fikir balik,kita ni dah kembali dijajah. Dijajah dari segi pemikiran melalui filem. Untuk filem yang berseni, kena buat sampai membelakangi agama dan moral?

 

 

Aku bukan peminat Faizal Tahir, tapi disebabkan kesilapan dia membuka baju semasa buat persembahan pun dah kena tindakan dan khidmat sosial, tapi bila macam ni, boleh lepas untuk masuk panggung? Memang laaa untuk kategori 18 tahun ke atas tapi lupa ke, kita ada sektor penting dalam industri hiburan ni? Iaitu Cetak Rompak. Takkan terlepas ke ke remaja2 belasan tahun cerita ni? Ataupun, ada ke masa beli tiket, kena tunjuk IC? Rajin benar laaa budak keja pawagam tu nak tolong cek sorang2! Mantra ni rating 18SG… jangan sampai tambah 18SX udah…huhu

 

 

faizal_tahir_buka_baju

 

Aku maluuuu dengan pendedahan diorang ni. Diorang buat, diorang rasa bangga, tapi aku pulak yang malu. Siyes cakap, mende gini laa yang merosakkan remaja sekarang. Rasa macam dah terlalu open sangat, jangan nanti ada pulak artis wanita yang buat begini juga kerana seni. Teringat pulak Kate Winslet dalam Titanic…haha.

 

Aku setuju tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang meminta pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat pendedahan Arja Lee ni. Lepas ni, siasat laa pulak Zul Handy Black tu sekali..

 

Anyway, dah resam artis, canang dipukul terlebih dahulu, hasilnya? Indah khabar dari rupa! Santau yang agak best tu, xde pulak unsur2 gini. Berjaya jugak filem tu. Filem-filem P Ramlee dulu pun xperlu nak mende ni semua, tapi tetap menjadi tontonan sepanjang zaman.

 

p/s: Ana Dahlia artis yang separuh bogel dalam MANTRA tu, xberkaitan pun dengan DaHLia @ DJ yang korang kenali ni oke..Heheh

» Read More...

3rd charger bar… Blogger Tegar sungguh!

Share

Salam geng…

Kalau ditanya antara henpon dengan lappy, of cos lappy ini menjadi keutamaan aku. Sebabnya, tanpa lappy ni, keje sekolah aku pasti xkan siap. Dan blog aku pasti tidak berupdate. Pendek kata, lappy ni dah jadi macam BF aku dah..Macam ni laa nasib solo macam aku ni…heh..Ops, aku straight ok, cuma belum ketemu dengan jodoh aku lagi..

 

DSC02532

Sebenarnya, dah almost one week charger bar aku buat hal. Yang mana, macam plug tu xberapa nak lekat kat lappy aku. Selama seminggu ni, memang puas laa aku cucuk untuk bagi cahaya biru tu kuar, menunjukkan sambungan charger tu sempurna. Sebabnya bateri lappy aku ni memang dah fully kiok. Memang tak boleh nak survive without charger more than 5minutes. Planning nak beli bateri baru, tapi tunggu lah dulu. Berapa ek harga untuk bateri Notebook Compaq Presario biasanya?

 

Semalam, lagi laa dia buat hal. Sebab tu laaa aku xde post baru untuk awal pagi ni. Langsung xboleh nak stand alone. Puas aku cucuk, godek2 palam dia tu, tapi still xkuar warna biru. So, kat sekolah memang aku xon langsung. Sambil berkira dalam hati, mesti pergi beli jugak after balik sekolah. Mujur duit INNITY tengah terapung, so boleh laa aku guna duit yang ada dulu sebelum tunggu duit tu clear esok.

 

DSC02531 RM80/=

 

Pas sekolah, direct aku heading ke IT Mall belakang Megamall Kuantan, untuk cari new charger. Mesti beli sebab banyak lagi kerja yang belum aku siapkan sepenuhnya. Nasib hal NKRA dah setel, sekarang ni aku tengah bergelumang dengan EMIS untuk kutipan Perdana sebelum spend time untuk Jadual pulak next week.

 

Untuk pengetahuan, lappy aku berusia 3tahun, dan jumlah charger yang aku gunakan sebanyak 3. Aku memang ganas, sebab aku dengan lappy ni sambil tido, sambil barng, sambil meniarap dll.

» Read More...

RM854.34 tengah terapung…Alhamdulillah

Share

Salam geng…

Akhirnya, impian menjadi kenyataan. Tak sesia aku menyalak pasal income aku yang masih belum berbayar dalam entry Isnin lepas, Di Mana Abang Hijauku. Sebenarnya ramai yang terkejut dengan pendedahan aku, tapi aku dah google seantero internet untuk jaminan masa depan. So far, ramai yang dah pernah expose, so aku rasa takde apa salah pun. Lagipun, aku bukan memberikan reputasi buruk pasal pihak tu pun.

 

burning_money

Ok, kisahnya, semalam, aku balik je dari sekolah, lepas selesaikan kewajipan yang patut, macam biasa, ON lappy. Nampak status YM Puan Aina yang dia baru dapat hasil dari blogging. Then boraklah kami. Dia cakap payment INNITY Februari dia dah ada. Borak punya borak, last2 tergerak hati aku untuk melihat akaun Maybank aku. Hasilnya..

 

maybank kan aku dah cakap, INNITY pasti bayar punya!

 

Untuk pengetahuan korang, dalam entry Di Mana Abang Hijauku yang menunjukkan tempoh aku berjaya menghasilkan sebanyak tu dan kemudian selepas 2minggu tersebut akaun ku telah kena gantung akibat daripada masalah FRAUD CLICK. Sebab tu laaa aku duk sebok kata kena cerai,dalam edah…maksudnya kena gantung dan diberi tempoh 3 bulan untuk penggantungan tersebut (pendedahan berani mati untuk pengajaran kepada semua ni).

 

Sebab tu laa lepas 3 bulan baru payment diproses. So, jumlah yang aku bakal dapat esok ni, ialah jumlah yang telah ditolak akibat daripada FRAUD CLICK iaitu hampir RM400 sebenarnya yang telah ditolak.  Mujur masih lagi banyak yang tinggal selepas penolakan tersebut.

 

earn-cash-computer-money-dollar-online-blog

Apa dia FRAUD CLICK? Menurut Wikipedia,

Click fraud is a type of Internet crime [citation needed] that occurs in pay per click online advertising when a person, automated script or computer program imitates a legitimate user of aweb browser clicking on an ad, for the purpose of generating a charge per click without having actual interest in the target of the ad's link. Click fraud is the subject of some controversy and increasing litigation due to the advertising networks being a key beneficiary of the fraud.

Ok, dalam masalah aku ni, bukanlah disebabkan oleh penggunaan software ataupun program yang berfungsi hanya untuk klik ads semata. Tapi berlaku disebabkan oleh CTR yang tak masuk dek akal yang mana dikatakan oleh Nuffnang dalam amaran dia lepas

“click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally”.

 

Korang boleh refer balik dalam entry Di Mana Abang Hijauku. Sebabnya bukan semua pelawat akan mengklik iklan dan memang sangat pelik bila klik lebih tinggi tapi pelawat kurang (paham2 sendiri maksud ayat ni ok tapi pepandailah…heheh).

 

08-01-17_money8 kuasa wang – boleh buat lupa diri, boleh buat ikatan persaudaraan terlerai

 

Last but not least, persoalan “Bolehkah klik Iklan sendiri?” Ok, aku mengaku klik iklan yang ada di blog aku sendiri setiap kalo bila aku nampak iklan baru di blog aku ni. Sebabnya? Aku berminat nak tengok info di sebalik iklan tu yang mana boleh memberikan idea untuk aku buat post dan memberi info kepada semua yang lain pulak. Fikir2 kan untuk kebaikan semua oke…

» Read More...

Juara Piala Dunia 2010 Afrika ; Spain atau Germany? Antara Ramalan Paul the Octopus ataupun Formula 3964?

Share

Salam geng…

Baru aku sedar rupanya yang orang duk cakap pasal sotong-sotong ni rupanya melibatkan Piala Dunia FIFA yang sedang berlangsung di Afrika sekarang. Honestly, aku bukanlah pengikut sangat sukan bola sepak ni maklumlah kaki bangku..Haha.. Just hari tu ada laa macam terberkenan dengan Lionel Messi  dari Argentina yang cute tu selepas tengok iklan Maxis kat TV tu tapi bila Argentina dah kalah, kisah sotong laa pulak menyebabkan aku ambil peduli tentang Piala Dunia ni.

 

2010 FIFA world Cup

 

Banyak jugak info dan cerita menarik dari Piala DUnia ni..memula dulu bila tengok iklan masa Afrika ditabalkan sebagai tempat di mana FIFA World Cup 2010 akan berlangsung, aku puas duk fikir, kenapa happy sangat rakyat Afrika tu bila diumumkan. Then bila fikir palik, banyak faedah yang dapat terutamanya dari sektor ekonomi. Then keluar pulak kisah Vevezuela ke apa ntah yang macam trompet yang korang duk story dalam blog tu. Yang bising + bingit yang boleh menyebabkan pekak? betul ke? Ke aku yang menambah sesaja? haha…Then sekarang ni rata-rata pulak duk citer pasal Sotong Kurita yang nama dia Paul ni.

 

Paul-The-Psychic-Octopus-062510L sumber dari : GOOGLE

 

Macam sesuai je kan gambar sotong kurita kat atas ni. Sebab yang beria nak tahu pasal mende ni semua mesti para pejudi yang melaburkan wang ke atas permainan ni. Sebab katanya, Paul the Octopus ni pandai sangat meramal yang mana kebanyakan ramalan dia tentang perlawanan Germany memang menjadi kenyataan. Tapi pernah gak dia tersalah prediction masa Euro 2008 yang mana dia meramalkan Germany yang menang, tapi akhirnya Spain yang menang dengan 1-0.

 

Tapi ada jugak cakap yang gambar ramalan Paul the Octopus ni adalah super impose semata yang mana ianya sebenar ialah gambar bendera Serbia. ENtahlah…ada aku kesah? Serbia tu lagi laa aku anti..Masih teringat tragedi Bosnia Herzegovina dulu tu.. Tapi Video susah nak menipu kan? Try tengok video ni..

 

 

Itu ramalan si Paul, yang paling best, pagi tadi sebelum ke sekolah, aku sempat terserempak dengan Formula 3964 di blog Happy. Macam boleh pakai jugak. Paul the Octopus pilih Spain, kalo dari Formula 3964, Germany pasti Juara Piala Dunia 2010. Sedikit petikan dari blog Happy,

 

Oleh itu, sekiranya peminat world cup ingin tahu siapa yang akan jadi bakal juara World Cup 2010, anda boleh guna formula dibawah:

3964 tolak 2010 = 1954

Pada tahun 1954 piala World Cup telah dimenangi oleh Germany!!!

Ianya merupakan satu fakta yang menarik dan kebetulan so sama-samalah kita lihat ketepatan formula ini.”

Untuk penerangan lanjut, sila klik FORMULA 3964

 

Apapun, perlawanan separuh akhir jam 2.30 pagi nanti menentukan pasukan mana antara Spain ataupun Jerman, yang bakal beraksi menentang Netherlands dalam Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010 pada 11 Julai 2010 ini. Siapakah bakal Juara? Sama-sama kita nantikan. Jangan lupa, JUDI tu haram di sisi ISLAM  :)

» Read More...

Mengembalikan Momentum Itu…

Share

Salam geng..

Hari ni aku rasa macam, baru mula mengajar. Blurred. Mana taknya, dah almost a month aku xmengajar, naik cuti hari tu pun duk bincang kertas soalan jer. So, hari ni bila masuk kelas, macam pelik pun ada. Maklumlah last week lak langsung xmasuk sebab busy dengan aktiviti lain di sekolah.

 

Teaching

 

Tambah pulak hari ni pelajar Tingkatan 1 sekolah aku kena streaming untuk wujudkan 7 kelas. Sebelum ni, masa semester 1, sekolah aku kekurangan infra dan sumber, so terpaksa kuncup 6. Then, lepas dah dapat 1 sesi ni, kenalah bentuk lagi satu, sesuai dengan bilangan guru 103 di sekolah ni. Best? Kelas yang aku suka masuk dah tinggal separuh jer pelajar asal.

 

Pelajar potensi A dalam kelas aku semua dah dipindah ke kelas lebih baik. Favourite student yang aku suka tengok pun dah pindah kelas depan. Nasib ada tinggal lagi sorang dalam kelas. Haha gatal cikgu ni tau! So, untuk kelas baru ni, aku kena atur strategi baru, kena upkan diorang untuk capai C sekurangnya dan mesti ada pelajar A daripada pelajar ini. InsyaALLAH.

 

DSC02520

 

Naik bilik guru, dah dapat hadiah atas meja..Saguhati untuk Perbarisan masa Hari Sukan tempoh hari. Bangga juga ngan ahli BSMM aku tu sebabnya bukan tercorot. Dapat no. 5 dari 8, dan beza mata 2 je dengan yang no.4 tu. Dahla baru berlatih jer. Memula, masing2 keras. Dah laa aku tinggal diorang untuk survive sendiri..Anyway, bangga sebab diorang (pelajar Cina) siap tunggu aku nak bercerita.. Sejak bila diorang anggap aku teman bercerita..hehe

 

Then, ada laa jugak dengar kisah kurang enak semasa bertugas. Mujur kawan aku tu jenis penyabar, rasanya kalo aku yang ada di situ, dah perang mulut kut…Habis laa kena halau dek aku budak2 yang membuat onar di khemah petugas tu.. Pelik, cikgu sendiri xleh nak berfikir? Khemah sebijik, nak kongsi utk kecemasan dan berniaga? Akal letak kat lutut kaa?

 

Dua lagi hadiah tu (notepad) adalah Hadiah Panitia beserta sijil. Aku dapat 2 sebab tahun lepas aku mengajar Form 3 (2kelas hujung) dan juga Form 5. Tu yang sampai dua.. Orang lain, satu form jer, kan aku dah cerita tahap kestressan aku tahun lepas? Bila dapat pengiktirafan ni, rasa bahagia laa jugak, selain daripada keputusan pelajar yang menepati target dan juga yang mencapai target ciput walaupun masih baru dan pengalamanku yang setahun jagung. Alhamdulillah. Aku berjanji akan terus berusaha meningkatkan pencapaian pelajar aku. InsyaALLAH.

 

p/s: UPSR dan PMR nak mansuh? Aku sangat2 lah tak setuju!!! Unless ada mekanisme yang lebih berkesan untuk menggantikan. Ni kes nak jimat budget laa kan????

» Read More...

Performance DaHLia’s JouRNaL on Jun 2010

Share

Salam geng..

Dah tiba masa untuk berkongsi sambil niat menunjuk performance blog DaHLia’s JouRNaL ni sepanjang bulan Jun 2010. Sebenarnya, dek kerana kesibukan melampau aku, aku hampir2 lupa untuk snap segala data untuk analisis bulanan ni. Aku snap everything on 2 July 2010. So, analisis semuanya dari 2 Jun 2010 – 1 July 2010. Tapi masih dikira valid la kan, cuba differ satu hari je..

 

Aku buat entry performance blog aku ni untuk motivasi kepada diri aku sebagai bench mark bulanan untuk terus memajukan blog aku ni. Daripada analisis macam ni laa kita boleh mengkaji prestasi blog kita, samada semakin baik ataupun sebaliknya. Dan daripada analisis macam ni lah mungkin akan ada individu yang berminat untuk menyewa ruang iklan di blog / website kita. Semua analisis ni sangat penting ok! Jom kita usha prestasi DJ bulan Jun 2010.

 

JUN

Peningkatan Uniques View dan Page Views sebanyak 11691 @ hampir 40% di samping PV juga meningkat dari 65 059 bulan Mei lepas ke 87341. Alhamdulillah. Blog ni masih terus meningkat. ~wink wink~

 

JUNkeyword

keyword utama yang masuk ke blog ini sejak Mei lepas masih lagi mengenai Shahir AF8 yang mana Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan dalam blog ini masih lagi menjadi entry pertama di Google. Alhamdulillah. Thanks Shahir!!

 

referrerJUN

 

Sumber trafik utama DJ untuk Jun ialah dari enjin carian Google selain daripada Geng Blogger dengan tag Kontest. Nampaknya ramai ke GB untuk Kontest kah? Terima kasih juga untuk Darkbatman sebab masih lagi membawa trafik ke sini. Kau layak untuk dapat peluang tersebut beb! Aku tahu, ramai jugak antara korang yang link aku dalam entry yang membawa trafik ke sini. Jutaan Terima Kasih aku ucapkan! Tanpa kalian, blog ni xtentu akan terus hidup.

 

camefrom

Last but not least, trafik DJ juga adalah daripada organic view iaitu daripada korang yang sentiasa keluar masuk ke sini. Terima kasih kepada semua pembaca dan pengomen DJ!! Sebab korang laa aku berjaya mengekalkan >95% pembaca dari Malaysia setiap bulan.

 

**Lama aku tak melepak blog2 korang untuk baca dan komen. Nanti aku drop there ya..Harap korang faham kesibukan aku yang dibuat-buat. ^_*

 

Sebelum aku stop, aku nak inform bahawa korang boleh tengok Performance Bulanan aku dengan mudah melalui menu yang ada kat atas Blog aku ni macam gambar bawah ni.

cats

 

Aku ada planning nak letak SITEMAP blog aku ni untuk kemudahan korang. Nanti la ek bila aku ada masa.. Planning banyak je dalam kepala aku ni, masa je yang membataskan.

 

 

p/s: Ramai yang terkejut dengan keberanian aku buat pendedahan ni. Tapi aku dah abis buat research sehari semalam…huhuh.

» Read More...

TaHNiah Pemenang HTJ 219846 ; Dan “Kenapa perlu menipu?”

Share

Salam geng..

Ni entry tertunda ni. Bukan sengaja aku menundakan, tapi memang banyak liku-liku yang aku kena hadapi untuk memilih pemenang yang betul-betul berhak. Untuk pengetahuan, last HTJ yang aku buat ialah 217217 then disebabkan ada masalah teknikal, aku lancarkan HTJ baru 219846 tapi aku xbuat special post, just ubah pada widget2 di blog aku, di atas post dan di atas shoutbox.

 

Pun tak sangka, 219846 ni pun buat aku agak pening untuk memilih pemenang. Nombor ni di hit pada tengah malam area 1.00++ am pada 30 Jun lepas. Malam tu, sebelum tido, aku dapat emel pertama dengan image ni.

 

Untitled

Aku takkan reveal siapa yang hantar ni sebab aku takut memalukan pihak tersebut. Bukan aku kata apa, bila image macam ni, nampak macam fake sebab entah ambil dari blog mana. Bukan blog aku je yang pasang counter macam tu, so memana source boleh ambik. Tambahan pulak, bila macam ni, boleh nampak macam ada penipuan yang dibuat. Mujur Ruti bagitau aku cara tu, kalau tidak, sure aku pening nak fikir pasal ni. Dan pengalaman penipuan nombor sebelum ni, mematangkan aku pasal contest2 ni..Cukuplah kes nombor sebelum tu pun buat aku pening. Pelik, RM10 pun nak menipu. Apa kes?

 

Then, akhirnya aku dapat emel dari pemenang yang betul-betul layak. Tahniah kepada Mr Stargone yang hensem. Hehe..Dia cakap dia hensem, aku tolong iyakan jer… Betulkan bro?

 

htj 219846 - stargone

 

Last but not least, hadiah telah dilunaskan, topup telah diberi..Ini buktinya :)

prepaid

Kepada yang lain, jangan lupa, ada lagi nombor yang perlu anda hit untuk bulan Julai ni… 234567 bila dah dapat nombor tu, silakan print screen page blog ni seperti yang Mr Stargone buat sebagai bukti ya. Hope tak berlaku penipuan ke apa lagi..

 

p/s: Jujur tu kan lebih manis  :) Aku pun nak jujur, ada entry top commentator yang aku hutang…hehehe…  :)

» Read More...

Story Anda : Himpunan Cerita Comel, Ajaib, dan Menarik Untuk Dikongsi Bersama

Share

Salam geng..

Sekiranya korang ingin mendapatkan cerita-cerita comel dan menarik berkaitan perkara pelik dan aneh, ataupun info tentang apa jua yang tidak terjangkau dek akal kita, sememangnya di sinilah tempatnya.

Apa Ada dengan http://storyanda.com?

Banyak cerita yang boleh korang baca di sana di samping menambah info korang. Mungkin juga dengan pembacaan tersebut, anda akan kelihatan hebat berbanding rakan-rakan kerana anda tahu apa yang mereka tak tahu.

 

11

tahu tak mesin apa ni? Kalau pergi dekat storyanda.com, mesti korang akan dapat jawapan tersebut!

 

realfacebook

anda penggemar Facebook? Mamat ni lebih addicted dengan FB dari anda!!

 

17376

yang paling aku best bila lepak kat Story Anda ni sebab aku boleh tengok Kilang Ferrari..Memang wallah wehh!!!

 

So, aku memang sarankan untuk korang menjadi follower blog tersebut ataupun bookmark ataupun subscribe feed untuk terus mendapat cerita terkini daripada storyanda.com … Last but not least, sila lah ke blog http://storyanda.com untuk menikmati kisah-kisah comel dan aneh. Jangan lupa untuk membaca entry paling ngetop di sana, perihal tuala wanita.. huhu…mesti persepsi korang akan berubah sama sekali!!! Percayalah!

 

http://storyanda.com/

» Read More...

Di Mana Abang Hijau @ Innity ku?

Share

Salam geng..

Penat tul aku nak menjawab segala pertanyaan pasal Abang Hijau @ Innity ni. Lepas sorang, sorang bertanya..Aku? hanya mampu gelak. Rata-rata tahu dilema aku memilih Abang Hijau dan Abang Biru awal Mac lepas, dan akhirnya aku menerima dan mencurangi Abang Biru hanya kerana blog tidak pernah dapat Buffered Earning pasa masa tu walaupun trafik Februari boleh tahan banyak sebelum tu.

 

image15

Q:  Kenapa tak apply / pasang Innity?

A: yup, memang daku apply dan dah pernah pasang tapi terpaksa berada dalam edah selama 3 bulan sebab kena cerai dengan abang Hijau tu. Sekarang ni dah rujuk kembali tapi masih teragak2 nak pasang balik atau tidak. Darkbatman dah buat keputusan untuk terus bersama Nuffnang. Tapi aku? Masih lagi di peringkat fikir masak-masak. Heheh.

 

Q: Di mana INNITY DaHLia?

Tak pasang, macam mana nak nampak? Tak perlu cari, bila nanti INNITY dah wujud di sini, Blog ini akan berubah kehijauan secara TOTAL  :)

 

Q: Bila Mau Pasang Innity?

Bila dia bayar payment pertama dahulu baru aku fikir untuk sambung berhijauan ataupun terus setia dengan Nuffnang. Buat masa sekarang, not worth aku rasa untuk berhijau ataupun berfikir mengenai ni…Still tak dapat lagi payment dulu..Jumlah bukan banyak mana pun, adalah sikit ni…masih KIV lagik sehingga sekarang..

innityku

Untuk korang yang baru nak berjinak2 dengan INNITY ni, jangan risau, bayaran akan dapat punya, cuma aku ni ada kes2 tertentu jer..waka waka..anyway, besh laa kan 2minggu dapat RM854.34 tuu…sapa nak bagi?? Tapi untuk terus bersama mereka? ENtahlahhh…..

Nota Kaki : Entry ni langgar T&C ke? Malas nak fikir dahh… :)

p/s: Glamour @ Duit?

» Read More...

Cuti Peristiwa @ Ponteng Sekolah ??

Share

Salam geng…

Semalam aku cuti peristiwa iaitu cuti sempena sekolah aku yang bersekolah hari Sabtu dan Ahad lepas. Sabtu ada Hari Sukan manakala hari Ahad pula ada Majlis Anugerah. Walaupun aku x attend both of the event, tapi memandangkan aku korbankan 2 CRK aku, cuti peristiwa jugak laa aku jawabnya. Aku ber CRK 2 hari sebabnya Jumaat hantar adik ke UM, Sabtu balik kampung, anta adik aku ke USM pulak. Nampak macam lari dari tugas? Entahla…apa2 pun aku dah siapkan segala kerja aku sebelum bercuti, dan bagi aku, aku lebih pentingkan family aku. Kerjaya dan duit boleh cari, tapi family kita xkan dapat cari kat mana-mana pon.

 

garfield_monday

 

Hari ni, sempena cuti ni, aku tak ke mana tempat special pun. Planning ada gak nk pergi Bukit Gambang Resort City tapi ditundakan atas sebab kewangan yang tidak mengizinkan. So, just meronda area Kuantan je laa. Sekolah aku ada buat tournament bowling kat Megamall, tapi xaku kan anti sosial..haha..Blog geek..hah..padahal dah bangun lewat, lagipun, memang xplan pun nak join the club.

 

So, hari ni, awal2 setelah bangun, aku bawak kete aku ke bengkel, sebabnya minyak hitam bocor. Anta sana, adik aku pickup, dan kami ke bandar, menyelesaikan beberapa hal di bank dsb. Then disebabkan masa masih panjang, aku bagi idea untuk ke HONDA SHOWROOM kat Semambu, saja survey kete baru sambil melaksanakan tugasan yang aku dapat untuk MS.

 

DSC02510

HONDA CITY…memang cun laa weh lagi2 kaler Metal tu..memang menggoncang imanku.. First time aku dapat mengetest drive . Bawak ronda sampai ke Bukit Istana untuk menguji performance dia. Best!!! Tapi interior dia macam xlawa …Performance memang aku suka laa.. Memang POWER OF DREAMS sungguh!

       DSC02517  

Fuhhh almost 1k tu sebulan…Banyak calculations nak kena buat kalo betul berminat ni..Huhu…kan best kalo dapat income dari blog RM1k sebulan? :)

Anyway, apa yang penting, Tugasan aku untuk MS dah siap..Tapi aku masih belum submit report dan checklist. Esok je laa kut…Huhu. Masa untuk tido…

 

p/s: Are u into it?

» Read More...

My First PHOTOSHOP Output.. :)

Share

Salam geng..

Entry ni saje dibuat untuk pengabadian hasil pertama aku menggunakan Photoshop. Walaupun mende ni dah basi lebih kurang sebulan, tapi tak kisah laa kan…at least nk bagi tau korang gak yang aku seorang buta PHOTOSHOP telah berjaya menghasilkan sebuah kain rentang untuk majlis besar di peringkat PPD.. haha..bangga laa jugak weh.

 

2181

Actually, dapat task ni minggu terakhir sebelum cuti sekolah hari tu. Minggu akhir yang agak menensenkan.. Asyik tension je aku ni, apa kes? Isnin tu, sesampai je kat sekolah, aku ngan partner aku, Tie diusha oleh Pengetua kitorang untuk buat Kain Rentang ni.. Aku memang dah nk surrender, sebab aku memang zero Photoshop beb.. memang hancus.. Hari tu ada cuba tapi tak berjaya.

 

Tapi disebabkan menganggap itu semua cabaran, aku gagahi juga cuba untuk buat, berbekalkan tutorial yang aku search dari seantero Internet dan cuba tutorial Video dari Melz, aku cuba, tapi bila bab nak drag gambar ke background jadi..tapi kecik…puas aku cuba cari cara nak besarkan tak jumpa. Hampeh kan? Sampailah hari Jumaat, memang aku xberjaya buat apa pun, Dalam hati memang rasa agak terkilan dan a lil bit stress sebab tak berjaya melaksanakan cabaran tu..

 

Then, at last, Ahad tu, partner aku, Tie berjaya laa menghasilkan sebuah banner untuk ditunjuk kepada Pengetua.. At least ada lak juga yang siap untuk dipertontonkan kepada Pengetua sebelum cuti sekolah 2minggu hari tu. Ni ha banner pertama yang dihasilkan oleh kawan ku Tie..memang kami sama2 buta Photoshop sebenarnya. Haha.. Ni pun mujur ada Sanah tolong jugak. Kalau tak, memang langsung tunggu Kak Mala pulak yang buat.

 

29992_132121666800516_100000080493555_347841_56102_n

 

Then, kan dalam cuti tu aku cakap aku pergi UTHM untuk Seminar Memperkasa Generasi Pekan dan Sembrong, aku berjaya menyumbat lappy aku dalam beg pakaian aku. Siap berbungkus plastik hari tu untuk pastikan lappy dalam keadaan selamat. So, selama berada di sana, puas laa aku menggodek balik Banner tu mengikut otak aku pulak.. Rupanya masalah aku yang gambar kecik tu senang jer..Bila dah drag, tekan Ctrl T.. haha…very easy rupanya. Thanks Cik Tie sebab bagitau..korang lawatlah blog kawan aku yang baru buat tu… http://rozectlyantie.blogspot.com/

 

Dan akhirnya, mengikut acuan aku sendiri, jadiklah banner yang dah finalized …puas gak laa aku donload font2 cantek dari dafont.com dengan menggunakan Celcom Broadband semasa di UTHM hari tu.

 

banner image

 

Dan lebih bangga bila dipasang untuk tontonan pada majlis sebenar…hehe… walaupun hasil ni biasa je bagi korang yang memang dah terror PS ni, bagi aku, dapat hasilkan yang pertama pun dah rasa bangga..biarpun hanya edit dari sedia ada..hahah…

banner3

banner4

lukisan batik @ persiapan pentas ni memang sekolah kami nyer keja..

 

bila laa pulak aku nk buat Header Blog aku sendiri dengan PS ni ek? nak buat animation, nak buat semua, tapi kurang masa..huhu…planning aku :

1. Nak buat personalized watermark untuk letak kat gambar

2. Nak buat header blog menggantikan header yang mcam tadika tu..haha..

 

p/s: Are we??

» Read More...

Mohd Juara Mentor 4

Share

Salam geng..

Entah apa sebenarnya mimpi, malam ni leh lak aku layan tengok Mentor 4 ni. Semuanya gara-gara adik aku layan tengok. Dan2 je sesampai aku dari percutian di Kelantan, Konsert Akhir Mentor 4 ni baru berlangsung.. masa sampai tadi tengah memperkenalkan bakal Juara Mentor 4 ni..

 

mentor4

Peserta akhir Mentor Musim ke-4 ni ialah Nani dengan mentornya Azmeer, Mohd dengan mentornya Ziana Zain, dan Dayang bersama protegenya Adi.

 

Honestly, memang aku tak layan Program Realiti TV lain selain daripada Akademi Fantasia.  Konsert Final Mentor musim ke-4 berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam menawarkan wang tunai RM 100,000 dan trofi untuk Juara Mentor Musim ke 4 manakala Naib Johan pula bakal memenangi wang tunai, RM 30,000 dan trofi diikuti tempat ketiga tidak pulang tangan kosong apabila menerima RM10,000 untuk protege dan mentor. Format pemarkahan untuk memilih Juara Mentor Musim ke-4 masih mengekalkan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus menerusi undian SMS dan 20 peratus lagi juri awam.

 

pija 2 Pija, Juara Mentor 1

Mentor pertama kali diperkenalkan pada tahun 2005 dengan menyaksikan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, Pija menjadi juara Mentor pertama bersama mentornya, Zainal Abidin.

 

Mentor

Fiq, Juara Mentor 2

Setahun selepas itu pula menyaksikan seorang lagi peserta dari bumi Sabah, Fiq diangkat sebagai juara bersama ikon rock unggul negara, Amy yang menjadi mentornya.

 

mas

Black, Juara Mentor 3 yang mencetuskan kontroversi.

 

Selepas dua tahun menemui peminat, Mentor direhatkan seketika bagi memberi laluan kepada program realiti Gang Starz yang bertahan selama dua musim. Jika Mentor musim ketiga milik Black bersama mentornya Mas Idayu, Juara Mentor ke-4 ni menabalkan Mohd dan mentornya Ziana Zain sebagai Juara. Tempat kedua milik Adi manakala ketiga milik Nani (biarpun ramai meramalkan dia layak menang, termasuk aku). Tapi, undian SMS aku rasa bukan berpihak pada Nani sebabnya kurang glemer berbanding yang lain.

 

mohd ziana

Mohd dan Ziana Zain, Juara Mentor 4

 

Nama Penuh : Mohd Izwan Mohd Nor
Nama Panggilan : Mohd
Tarikh Lahir :8 Oktober 1988
Asal : Johor
Tinggi/Berat : 186sm/57kg
Hobi : Bola sepak
Lagu final: Cinta (lagu baru), Tragedi Oktober dan Itu Kamu, selain berduet dengan juara Mentor musim Ke-2, Fiq menerusi 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang

 

p/s: Entry ni diedit seteleah mendapat keputusan..hak hak..Jangan marah, nanti kena jualll :P

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais