BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

iHosterZ; Pilihan Terbaik untuk Hosting & Domain Anda – Tak Perlu Kad Kredit!

Share

Jika anda pernah berhajat untuk mengubah domain blogspot http://namablogsaya.blogspot.com ke www.namablogsaya.com ataupun ingin beralih dari blogger ke Word Press self hosted, tetapi masih lagi tercari-cari hosting provider yang terbaik dan murah, i Hosterz adalah pilihan terbaik untuk anda. iHosterZ adalah pembekal hosting terbaru yang mula menapak di Malaysia tetapi menawarkan perkhidmatan terbaik untuk anda.

 

Kenapa Perlu Pilih iHosterz?

» Read More...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri @ Dataran Pekan

Share

Sesak sungguh Pekan hari ni! Semuanya gara-gara Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Dataran Pekan jam 10.00 pagi hingga 2 petang. Tambahan pulak, hari ni aku sekolah ganti, so memang terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas walaupun dah melalui jalan alternatif lain. Mana taknya, Dataran Pekan tu memang in between sekolah aku, jalan kaki je boleh sampai, hanya beberapa meter...

 

pekan

» Read More...

Blogger yang terkenal dengan imej tutup mata, TTT @ Port Tuan Tanah kembali ke rahmatullah?

Share

Blogger TTT meninggal dunia semalam, 17 September 2010. Itu berita yang aku dengar dari Mieran tengahari ni. Bagi blogger yang aktif berblogwalking sekitar Jun 2010 lepas pasti sangat mengenali dengan bloger dengan nick TTT ataupun Toh Tuan Tanah yang menggunakan blog url http://porttuantanah.com (sudah tidak boleh diakses – database error). Dan TTT pernah buat contest dengan menganjurkan hadiah paling menarik iaitu 3 buah smartphone blackberry untuk dimenangi.

 

KNMBB1 contest yang pernah dianjurkan TTT dulu…

 

» Read More...

M Rajoli (pelakon) Meninggal Dunia - Alfatihah

Share

Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

 

m rajoli meninggal

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

» Read More...

Kes Pembunuhan Sosilawati & 3 Rakan [Video] – Media diminta berhati-hati melapor

Share

Sidang akhbar oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin  ini dibuat untuk memberi peringatan kepada media supaya tidak menulis kenyataan yang melampui batas mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

 

 

Antara point yang diperjelaskan dalam sidang akhbar Kes Pembunuhan Sosilawati Lawiya ini ialah:

» Read More...

Tonton Ular Emas TV3 Online! Drama yang penuh keinsafan & merubah perspektif hidup aku…

Share

 

 

Tamat sudah Episod Akhir Drama Ular Emas yang bersiaran Isnin-Khamis di Slot Lagenda TV3 (4.30 petang) dan TV9 (8.30 malam). Maksudnya minggu depan, akan ada Drama baru yang mengisi slot Lagenda TV3 ni. Anyway, Drama Ular Emas ni betul-betul membuatkan aku melekat depan Toshiba REGZA aku.[tetiba teringat iklan Phua Chu Kang dengan Rosie].

 

» Read More...

Konsert Siti Nurhaliza dibatalkan Atas Nasihat Doktor?

Share

Sebut pasal Datuk Siti Nurhaliza, siapa yang tidak kenal? Penghibur nombor 1 Asia yang mampu meraih kejayaan dalam bidang pilihannya, iaitu bidang seni pada usia muda. Semalam, semasa sedang mencari-cari info, terbacakan pasal Konsert Siti Nurhaliza dibatalkan atas nasihat doktor. Kepala aku of course la ligat mencari sebab kenapa? Adakah beliau mengandung? Kalau benar, bertambah bahagialah hendaknya rumahtangga yang beliau bina dengan Datuk K.

 

» Read More...

Laporan Terkini Kes Bunuh, Bakar Datuk Sosilawati Lawiya; Kes Selesai

Share

Hangat sungguh kes pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya,47 dan tiga yang lain, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44 di Banting Selangor, yang mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Sesungguhnya jenayah berprofil tinggi ini mendatangkan rasa kegusaran di hati kita tentang tahap keselamatan negara.

 

1_thumb1

 

Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan


Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

» Read More...

Kes Bunuh Sosilawati: Suspek dikaitkan dengan Jenayah Komersial lain [Video]

Share

 

» Read More...

Helikopter bomba terhempas di Lanchang, Temerloh

Share

Kalau dengar kes-kes terhempas ni, memang perasaan sangat takut, lebih-lebih lagi masa arwah abah aku dalam TUDM dulu. Tak tergambar perasaan ahli keluarga mangsa tatkala menerima berita macam ni.

heli

» Read More...

Nuffnang @ KOSMO – Pendapatan Lumayan dengan Nuffnang!

Share

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca..

Lama rasanya aku menganaktirikan blog aku ni dengan update berita terkini hiburan sensasi je. Memang rasa seakan dah terjual blog ni dekat Google, tapi dek kerana untuk memastikan blog ni sentiasa berupdate dan ada maintain trafik, itu pengorbanan yang terpaksa aku pilih. Aku salute dengan blogger yang memang boleh blog out dari hati sendiri, patutlah Nuffnang betul-betul sayangkan blogger macam ni, sebab mereka ada keunikan sendiri, tak perlu nak kejar trafik, jadi polis trafik macam aku ni.

 

Oh ya, nanti kalo ada masa aku story pasal Sambutan Aidilfitri aku yang bertemakan Cuti-cuti Semenanjung Malaysia tu. Ni pun, aku baru je sampai rumah, rindu sangat dengan port bertenet aku ni. Oh ya, sedih sebab aku punyer Celcom Broadband M.I.A (missing in action) dekat last place aku menginap, puas dah aku cuba cari berkali2, tapi hampa. Malas dah nak fikir ke mana, tunggu kena gi Celcom je la tukar sim baru. Nak terminate tak boleh lagi sebab kontrak 2tahun. Stress gue.. Nanti kat sekolah susahla daku macam ni, macam mana nak settle EGTukar ni..Uwaaaa….

 

Kosmo1-239x300Cilok gambar dari Blog Nuffnang; We’re in the news! by Xinxian

 

» Read More...

Kes Bunuh Sosilawati; Masa dan Tarikh Pembunuhan

Share

Hangat sungguh kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya. Pada mulanya, aku personally beranggapan bahawa mangsa baru sahaja dibunuh setelah misteri kehilangan mendapat liputan meluas seluruh negara, ni kes terpengaruh dengan drama2 la, biasanya penjenayah akan bertindak ganas bila berasa tergugat, kan? Tapi firasat aku salah sama sekali!

 

1_thumb1

Dibunuh pada hari pertama lagi!

» Read More...

Pembunuhan Sosilawati; Lagi tulang mangsa ditemui oleh Unit Forensik PDRM di Sungai Panchau

Share

dulang serpihan 

Unit forensik PDRM telah menemui lagi sejumlah serpihan tulang dipercayai milik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang lebih dua minggu lalu dalam operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau, Tanjung Sepat semalam, 15 September 2010.

 

» Read More...

Pembunuhan Sosilawati: Pisau, Jam, Kunci Kereta dan Zink Terbakar dijumpai

Share

 

SEBILAH pisau ditemui  ketika  operasi menyelam di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah, semalam.

SEBILAH pisau ditemui ketika operasi menyelam di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah, semalam.

Tiga jam tangan berjenama, kunci kereta Sosilawati dijumpai


Enam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang, dekat sini, petang semalam.  Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam.

Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut, di sini. Jam lelaki berjenama mewah yang mempunyai nombor siri dipercayai milik seorang daripada tiga lelaki yang dibunuh, manakala Rolex dipercayai milik Sosilawati.

Turut ditemui ketika operasi mencari ialah sebilah pisau dan sebatang besi, tetapi tiada kaitan dalam kes berkenaan. Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan. Penyelam dilihat menggunakan alat pengesan besi bagi mengesan senjata dan barang peribadi yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan.


Ketika operasi, polis turut membawa tiga suspek bagi memudahkan pengecaman barang yang dijumpai dan mereka hanya menggeleng atau menganggukkan kepala apabila ditunjukkan barang yang ditemui.


Selain anggota polis dan petugas media, penduduk kampung dan orang awam turut berkumpul di tepi jalan berhampiran lokasi pencarian untuk melihat lebih dekat operasi, manakala anggota Trafik mengawal lalu lintas dan menghalang orang ramai daripada berkerumun lebih dekat di kawasan operasi.


Sementara itu, tiga kenderaan Pasukan Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat memasuki kawasan Ladang Gadong dekat sini, kira-kira jam 5.50 petang bagi membantu polis menyiasat kes bunuh dan bakar itu.


Dalam pada itu, seorang suspek dibawa ke dalam semak berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya iaitu tempat kereta BMW milik Sosilawati ditemui, bagi mencari barang kes dipercayai kunci kereta mewah berkenaan. Slepas hampir setengah jam berada di kawasan semak itu, polis menemui barang kes yang mungkin boleh dijadikan bukti.

» Read More...

Kes Bunuh Sosilawati; Cara dan Kaedah Pembunuhan

Share

Sungguh tragis sekali kalau kita ikuti kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya,47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, lebih-lebih lagi dalam bulan Syawal yang indah ni. Lebih tak tertanggung kesedihan yang perlu ditanggung oleh seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam pembunuhan kejam dan ngeri ini.

 

Dipukul dan Diseksa

Menurut sumber berita yang aku baca, difahamkan Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai. Tak dapat dibayangkan betapa menderitanya mangsa sebelum menemui ajal. Memang tidak berhati perut betul! Selayaknya aku rasa mereka juga dikenakan tindakan sedemikian.

 

» Read More...

Pembunuhan Sosilawati: Kenapa Sosilawati pergi berjumpa Suspek?

Share

cpu

Ini berita yang aku baca dari Berita Harian, barulah dapat menjelaskan sebab utama kenapa Datuk Sosilawati pergi berjumpa suspek dan juga isu wang RM 4 juta yang didakwa dibawa bersamanya.

 

Sosilawati ke Banting urusan beri komisen Datuk berjaya cari pembeli

» Read More...

Kes Bunuh Sosilawati: No Body, No Murder

Share

KUALA LUMPUR: Taktik siasatan polis berdasarkan teori ‘No Body, No Murder’ digunakan suspek utama yang juga seorang peguam berstatus Datuk dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, baru-baru ini.

Teori itu dikatakan digunakan suspek ketika dia cuba menghapuskan segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

Malah bagi mengelirukan polis, suspek turut membuang abu mayat mangsa, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan yang ada kaitan dengan kes itu ke dalam beberapa sungai yang terletak berhampiran ladang berkenaan. Dengan perancangan rapi dilakukannya, lelaki berkenaan disifatkan sebagai bijak kerana mengetahui cara terbaik menghapuskan barangan kes.

» Read More...

Kes Bunuh Sosilawati; Dibakar dengan Tahi Lembu & Petrol

Share

1_thumb[1]

Tubuh badan Datuk Sosilawati Lawiya 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai telah dibakar menggunakan tahi lembu dan minyak petrol.

 

» Read More...

Tengku Muhammad Faris Petra Dimasyhurkan Sultan Kelantan ke-29

Share

tm-faris

KOTA BHARU 13 Sept. – Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

» Read More...

Kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain – Kronologi Kes Bunuh, Bakar, Buang

Share

 

6 September 2010

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September

» Read More...

Kes Sosilawati Lawiya mati dibunuh, dibakar – Kronologi, Video Lokasi Kejadian, Motif & Gambar Suspek

Share

Akhirnya misteri kehilangan Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu terungkai menerusi sesi media petang semalam berikutan penemuan empat mayat rentung di sebuah Ladang di Tanjung Sepat, Morib. Selain Sosilawati, tiga individu terbabit adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.


muka_hadapan

» Read More...

Kes Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang

Share


Foto

» Read More...

Sosilawati Mati Dibunuh, Dibakar di Pantai Morib

Share


» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais