BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

RM301.42… 4th Nuffnang Checque

Share

Salam..

Ni bukanlah entry nak show off, just nak rekodkan memori penerimaan Cek Nuffnang untuk kali yang keempat ni.

 

DSC02815

tak banyak pun, tapi best sebab untuk sebulan…

» Read More...

e-Penyata Gaji | Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Pendapatan Tahunan / EC

Share

Makluman untuk semua penjawat /kakitangan awam, kerajaan, mulai Oktober  2010 ini anda semua tidak akan lagi menerima slip gaji ataupun penyata gaji. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan perlu diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.

 

images

Rupa slip gaji ataupun penyata gaji bulanan kakitangan awam sebelum ini.

Adv: Iphone FREE?

» Read More...

Giveaway: Free Domain Closed!

Share

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera buat semua pembaca.

 

closed

 

Hari ni, dah 16 Oktober 2010, so dengan rasminya, Giveaway Domain yang diadakan secara kolaborasi oleh Dahlia dan iHosterz dah ditutup lewat malam semalam dan dua orang pemenang domain percuma ini akan dipilih yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Terima Kasih kepada kesemua 18 blogger lelaki, dan 26 blogger perempuan yang menyertai, selain ada peluang untuk mendapat domain percuma, anda juga mengambil peluang memahatkan link anda di blog ini. So, win-win situation :D

» Read More...

Cantik? Tapi Kenapa Masih Kekurangan Itu?

Share

Hari ni, memang bukan kebiasaan untuk aku buat, pergi sekolah tanpa membawa nyawaku lappy kesayangan. Semuanya gara-gara sebab hari ni hari Jumaat, masa terhad ditambah lak aku ada kelas penuh hari ni. Dan konform2 memang takkan ada mesyuarat yang memerlukan aku guna lappy. Janggal memang janggal, tapi sekali sekala nak melenggang, bebas jugak diri aku dari berkepit dengan lappy 24-7.

 

Awal-awal lagi, dah jadi mak tiri, mengejar student untuk baca yasin pagi ni, maklumlah guru bertugas. Yang tak bestnya, aku nak kena naik untuk buat laporan bertugas dalam perhimpunan next week? Aku tak takut pun nak naik stage berucap, tapi aku tak reti nak bgtau apa, sebab dah banyak kali tak turun perhimpunan rasmi gara-gara menyiapkan relief. Tapi, kalau dah orang lain tolak2, takpelah, aku naik je laa..Wtfish! 5guru seminggu, hanya 2 je …3 lagik? hampehh.. kang membebel kang,kata aku berkira kerja. Sighh,

» Read More...

Laporan Penuh Bajet 2011 | Rumusan Teks Ucapan Pembentangan Bajet 2011

Share

Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi binkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.

 

budget-2011-wht

 

Rumusan dan laporan penuh Pembentangan Bajet 2011 yang bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak ialah:

» Read More...

Bonus Kakitangan Awam 2010 | Bantuan Khas Kewangan RM500 Gred 54 ke bawah Kerajaan | Bajet 2011

Share

najib

Akhirnya, penantian dan debaran tentang Bonus Kakitangan Awam tahun ni nampaknya tak membuahkan senyuman untuk semua kakitangan kerajaan termasuklah aku. Ingatkan paling2 koman dapat sebulan gaji, rupanya angan-angan jer..

Dalam Pembentangan Bajet 2011 yang baru saja berakhir tadi,  Datuk Seri Najib dah umukan bahawa Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas kewangan sebanyak RM500 untuk menampung sesi persekolahan 2011. Bantuan ni layak untuk semua gred 54 ke bawah. Bayaran RM500 ini akan dikreditkan ke dalam gaji bulan Disember.

Selain daripada itu, apa yang aku dengar tadi, penjawat awam wanita diberi tempoh sehingga maksima 90hari untuk cuti bersalin. Difahamkan boleh pilih sendiri nak cuti sampai bila, yang penting maksima 90 hari, kalau tidak selama ni 60 hari, 2 bulan jer…

Dan PTK dimansuhkan dan digantikan dengan penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh semua penjawat awam mulai Jun 2011. Nampaknya esok ialah PTK terakhir la ya…Good Luck untuk semua Calon PTK yang akan mengambil PTK terakhir esok ya.

» Read More...

BAJET 2011: Dana Pencen Untuk Pekerja Swasta, Sendiri

Share

BAJET 2011: Dana Pencen Untuk Pekerja Swasta, Sendiri

Semua kakitangan swasta selepas ini boleh menarik nafas lega merasai faedah persaraan apabila kerajan akan melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dana tersebut akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

“Pelepasan cukai sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan untuk meliputi caruman dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka bekerja sendiri.

“Majikan juga akan diberikan potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka,” katanya dalam pembentangan Bajet 2011 di Parlimen di sini, Jumaat.

Pengenalan Dana Pencen Swasta itu di bawah strategi pertama Bajet 2011 bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" iaitu mendaya kembali pelaburan swasta bagi menjana pertumbuhan dalam sektor berkenaan.

 

p/s: Entry Kopi Pes, sebab bab2 ekonomi xpandai karang balik.

» Read More...

Intipati Bajet 2011 berkaitan Perniagaan

Share

Laporan terkini Intipati Pembentangan Bajet 2010 berkaitan perniagaan:

1. Kerajaan semak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelumnya.

2. Pendapatan per kapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000.

3. Pelaburan swasta berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion.

4. Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion dalam pelaburan dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan.

5. Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai "tipping point" untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta.

6. Beberapa projek perkongsian awam-swasta (PPP) di bawah RMK-10 akan dilaksanakan pada 2011 melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion.

7. Academic Medical Centre, usahasama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons Ireland, merupakan sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti dengan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

8. Kerajaan bersedia menimbang pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).

9. Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) akan mula dilaksanakan mulai 2011 dengan pelaburan swasta sebanyak RM40 bilion dan siap menjelang 2020.

10. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bercampur dengan anggaran kos sebanyak RM10 bilion, yang dijangka siap menjelang 2025.

» Read More...

Tema Bajet 2011 – Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi | 4 Strategi Bajet 2011

Share

bajet2

 

Sekarang ni aku tengah streaming dengar Pembentangan Bajet 2011 ; Bajet Rakyat dengan Tema Bajet 2011 : Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Belanjawan ini merupakan belanjawan kedua bagi Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri awal tahun lalu.

» Read More...

Penyokong Kelantan Mati di Piala Malaysia Kelantan Lawan Selangor Sesak Nafas atau Gaduh? – Gambar dan Video

Share

Zalim! Itu sahaja yang mampu aku keluarkan tatkala melihat gambar-gambar kematian seorang penyokong Kelantan, Allahyarham Che Karma Sulaiman yang dikatakan meninggal dunia akibat sesak nafas seperti dilaporkan media. Aku tak pasti kesahihan cerita ni,  tapi kalau dah ada insan yang mengaku sendiri perkara ni, kenapa laporan di media bercanggah? Ataupun sebenarnya ada dua kematian pada waktu tersebut?

 

1

 

Aku bukan menyokong ataupun nak menyalahkan mana-mana pihak. Aku sendiri memang asal usul Kelantan, IC pun 03, tapi nak kata aku sokong semua yang Kelantan buat, tidak! Dan aku lebih suka cakap aku orang Kuantan, tapi bukan orang Pahang..Apa kes?

» Read More...

SEO: Jom Semak Pencapaian dan Gred Blog kita!

Share

Pernah terfikir macam mana agaknya markah dan gred blog kita kalo diletakkan sebagai sebuah bahan ujian atau peperiksaan? Selama ni kita dok kategorikan blog kita sebagai blog cap ayam la, blog picisan la, blog jalanan, macam-macam lah lagi..tapi kali ini, aku nak share website yang boleh cek prestasi sebenar blog kita. Tak pasti kesahihan laporan yang dinyatakan tapi banyak maklumat yang dipaparkan mungkin membantu untuk kita meningkatkan lagi prestasi blog kita.

 

94  94%? Kalau kat sekolah, ni dah A+ ni! Boleh dapat 4 flet!

» Read More...

6 Kisah Hari Ini | Siapa Top Referrer Contest Iphone 3G tu?

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca..

Actually taktahu nak citer apa, tapi tengah berusaha untuk kembali membuat entry personal di blog ini. Lama sungguh aku tak tulis entry personal yang tak target keyword/SEO ni. Sekarang ni aku lebih suka untuk tulis entry yang target Google. Rindunya nak jadi macam dulu, berblog suka2 je, tapi itulah, makin lama,makin matang dan tambah lak, readers datang dari pelbagai golongan disini, ada jugak kisah yang rasanya tidak perlu didedah. Lebih-lebih lagi kisah2 cinta tak berkesampaian aku kan?

» Read More...

Contest; Menangi Hadiah Bernilai RM 2000 !

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera buat semua …

Hari ni, aku nak kongsikan dengan korang semua, sebuah contest yang menarik untuk disertai. Mudah saja penyertaannya, yang penting, hadiah yang ditawarkan adalah bernilai RM2000! Jom kita cekidaut hadiah2 dulu.

amsyarnetwork

Hadiah Yang Ditawarkan

» Read More...

Modem Broadband dah Sampai..Poslaju Memang Laju!

Share

Assalamualaikum..

DSC02859

comel pulak pakcik aku ni letak dalam kotak…

» Read More...

Bila Mr. Anon bertanya tentang Kekuatan Blog DJ Ini…

Share

Assalamualaikum WBT…

Pagi ni rasa macam terpukul sikit dengan komen dari Mr Anonymous dalam entry Trafik 15k dalam sehari. Tak terdetik pun rasa marah, bengang dsb sebab aku sendiri tak pernah terfikir akan ada orang akan bertanya soalan begitu hanya kepada sebuah blog yang tidaklah hebat mana pun ni. :P

Dan kalo dikira, aku rasa lah, kalo aku tak cerita trafik aku, mesti takde nyer Mr. Anon ni tinggal komen sebegitu, betul dak? I smell something fishy there, maybe a bif of jealousy or anything? Maaf ya Mr Anon, tapi rasanya memang begitu kalo dilihat dari segi soalan ditanya. And I think u ni salah seorang blogger yang kerap datang ke sini jugak, as u call me “akak”. :D  Maybe someone yang i kenal? Sorry kalo I am mistaken.

 anon

» Read More...

Proton Inspira P3-90A Harga RM79k – Model Waja Baru 2010 Rebadge Lancer Gambar Interior Exterior

Share

Akhirnya penantian dan gosip2 pasal Model baru Proton Waja Rebatch atau Waja Lancer dah berakhir. Pasti selepas ini ramai yang akan mengunjungi Bilik Pameran Proton Edar untuk melihat sendiri bahagian luar dan dalam Model baru Proton ini, yang diberi nama Proton Inspira. Klik untuk melihat gambar-gambar Waja Lancer yang telah dikongsi sebelum ini. Dan ini aku kongsikan gambar terbaru untuk tatapan semua.

price

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Flyers untuk Proton Inspira… Harga Proton Inspira RM79, XXX ?

» Read More...

Jom Vote Eyriqazz untuk MySelangorStory!

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera buat semua pembaca DJ

gto

Kenal dengan pemilik header di atas? Di sini aku nak mengajak korang semua untuk sama-sama memberikan undian untuk seorang wakil blogger kita , Eyriqazz untuk  MySelangorStory Entry (Final Journey). Yang best dengan Eyriqazz ni, kalo dia menang, dia akan berkongsi rezeki kemenangan tu dengan semua.

» Read More...

SEO: Google Give Me Sitelinks!

Share

Actually, it was my dream to have my own site links from Google. Since last two months, I keep on checking on Google Webmaster Tools to check either Google will give me or not. But I knew, I’m just a blogging at blogspot platform, how can I got the Site links? Plus, with PR0 after  changing domain, it just a dream until few days , I try to google my own blog name and finally, I got it!

 

sitelink

 

» Read More...

Wow! Trafik 15k UV & 31k PV! Analytics Nuffnang attached :D

Share

Pergh…aku rasa macam happy sangat sebab eksperimentasi aku sepanjang hari semalam berhasil..Dengan dua kisah suka dan kisah duka pada tarikh 10 Oktober 2010 berjaya memberi kepuasan pada aku.

 

online Teruja tau tengok 213 sedang online di blog!

» Read More...

Gambar Kemalangan Simpang Ampat 10.10.10

Share

gambar kemalangan maut

Gambaran sebenar tempat kejadian Kejadian Kemalangan Ngeri 10.10.10 Simpang Ampat. Dan di bawah ni ada gambar-gambar kawasan kejadian.

» Read More...

Senarai Mangsa Maut Kemalangan Ngeri Simpang Ampat 10.10.10

Share

Klik : Video & Gambar kemalangan 10.10.10 Simpang Ampat

Klik : Berita Penuh Kejadian Kemalangan Ngeri 10.10.10 Simpang Ampat

Setakat jam 3.00 petang tadi, dilaporkan dalam Utusan Online bahawa jumlah kematian akibat kemalangan ngeri yang melibatkan dua bas(Bas JKM & Bas Ekspres Delima), tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka pada 10 Oktober 2010 semalam telah meningkat dari 12 kematian kepada 15 kematian.

12 kematian yang dilaporkan sebelum ini adalah melibatkan mangsa-mangsa yang mati di tempat kejadian manakala 3 lagi mangsa nahas kemalangan , semalam, meninggal dunia hari ini ketika mendapatkan rawatan di hospital. 12 Mangsa yang maut ditempat kejadian terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar. Nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri yang menyayat hati semalam ialah:

» Read More...

Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Oktober – 12 Maut, 40 Cedera di Tol Simpang Ampat

Share

Ini adalah berita penuh tentang kejadian Kemalangan Ngeri 10.10.10 KM223 Plus Tol Simpang Ampat 12 Maut, 40 Cedera - Gambar MyVi dihempap Bas Ekspres Delima – Bas JKM semalam. Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian masih lagi belum dikenalpasti.

muka_hadapan

» Read More...

Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 KM223 Plus Tol Simpang Ampat 12 Maut, 40 Cedera - Gambar MyVi dihempap Bas Ekspres Delima – Bas JKM

Share

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan

2

Ya Allah, apakah pentunjuk yang diturunkan olehMu ini? Tatkala seluruh rakyat Malaysia sedang memuji2 persandingan kayangan, tidak disangka, ada 11 nyawa yang direntap dalam sebuah kemalangan ngeri di Km223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Kemalangan ngeri tersebut membabitkan dua buah bas, sebuah van dan tiga buah kereta.  Innalillahiwa innailaihi rajiunn…

» Read More...

Persandingan Kayangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datin Dr Halina Yunus

Share

Tanggal 10.10.10 menyaksikan peyatuan kasih antara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Yunus. Majlis persandingan kayangan yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu bertemakan Pahlawan Melayu Di Istana Kayangan menyaksikan kemunculan bintang dan bulan dalam dewan itu.

 

smshl2

Jom layan beberapa gambar yang sempat aku snap sepanjang Majlis Persandingan Kayangan tadi..Maaf kualiti tidak baik. Tapi, jelas la jugak…

 

» Read More...

Biodata Isteri Angkasawan Negara, Datin Dr Halina Yunus

Share

    4409818517_3717741f93_o
      Nama : Datin Dr. Halina Mohd. Yunos
      Tarikh Lahir : tahun 1980
      Tempat Lahir : Kluang, Johor

    » Read More...

    Biodata Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Malaysia

    Share

      200px-Drsheikh_suitnflag

      Nama: Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha

      Tarikh Lahir : 27 Julai 1972

      Tempat Lahir : Kuala Lumpur

      Keluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.

    » Read More...

    Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar & Dr Harlina

    Share

    Tarikh : 10 Oktober 2010

    Pasangan Mempelai : Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos

     

    Jom kita tengok gubahan hantaran perkahwinan penuh gilang gemilangan dengan konsep Istana Kayangan ni.

    sms13

    » Read More...

    Gambar Majlis Pernikahan / Ijab Qabul Dato' Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina – 10.10.10

    Share

    Tarikh : 10 Oktober 2010

    Masa : 11.30 pagi

    Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

    Pasangan Mempelai : Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos

     

    sms6

    » Read More...

    Kisah Cinta / Pertemuan Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina

    Share

    images

    Standardlah kan, mesti sebok nak tahu macam mana pasangan hangat Dato Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Mohd Yunos ni bertemu dan bercinta kan? Lagi-lagi dengan jarak umur yang menjangkau 10 tahun tu.

    » Read More...

    Contest : Iphone 3G 16GB Percuma!

    Share

    Salam semua pembaca...

    Sedang asyik berblogwalking semalam, aku terjumpa sebuah Contest Best yang menjanjikan sebuah Iphone 3G 16GB. Bila lagi nak cuba untuk dapat barang free ni kan? Pucuk dicita ulam mendatang, aku pun sediakan post ni untuk berkongsi dengan korang.

    Contest ni akan berlangsung dari 1 Oktober 2010 sehingga 31 Oktober 2010 sahaja dan penyertaannya teramat lah mudah! Jangan buang masa lagi, siapa yang nak sertai, klik je gambar di atas tu untuk keterangan lanjut. Lagi cepat kita join, lebih ramai kita dapat kumpul, InsyaALLAH.

    klik sini pun boleh –> Nak Menang Iphone 3G jugak!

    » Read More...

    Skema Jawapan Soalan Percubaan SPM 2010 Negeri Pahang

    Share

    Maaf kepada yang lama menunggu skima jawapan ataupun panduan pemarkahan untuk Soalan Percubaan SPM 2010 Negeri Pahang. Di sini dilampirkan untuk di muat turun. 

    » Read More...

    Pengalaman Menguruskan PMR

    Share

    Terdetik di hati nak berkongsi pengalaman menguruskan calon peperiksaan PMR selepas terbaca entry Chekgu Naman : Mengawas atau Mengajar PMR. Dengan 2 senario calon semasa menjawab, bila membaca membuatkan aku tersenyum. Macam tu lah calon PMR sekolahku. :D

    Aku sememangnya tak pernah lagi ada pengalaman mengawas PMR, sebabnya yang dipilih untuk mengawas PMR ialah yang tidak berkepentingan di sekolah, maksudnya hanya mengajar kelas tingkatan 3 sahaja, sedangkan aku? Memang mesti menyelit mengajar kelas lain gak. Tahun lepas, dapatlah aku cari pengalaman dan duit extra mengawas SPM tapi tahun ni aku resign, tak sanggup aku melawan mental dan emosi aku mengawas selama berjam. Oh tidak!! Walaupun bayaran lumayan sekalipun, ai tak sanggup! Bukan boleh update blog time mengawas tau!

     

    Lebih sayangkan rambut daripada menduduki PMR

    » Read More...

    Gambar Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Dr Harlina | Gemilang di Persada Kayangan

    Share

    Tinggal beberapa jam lagi, tanggal 10.10.10 akan berlangsungnya Majlis Perkahwinan gemilang yang dikatakan Wedding of The Century antara Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina MOhd Yunos yang akan membawa konsep Persada Kayangan. Dr Harlina ni kawan kepada kakak aku masa kat MRSM Terendak dulu, ada gak mendapat jemputan ke Majlis ni, tapi melalui Facebook je laa..hehe..kalo dapat kad tu, konpemnyer aku tayang sini, macam aku tayang Kad Raya aku dapat dari PM tu.

     

    sms21 (1) Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina , sama cantik, sama padan…

    » Read More...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ♥ Search This Blog ♥

    Loading...

    ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

    My Shoppe =)

    ♥ Post Terkini Dahlia ♥

    ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

    Make your own

    ♥ Tweet tweetttt... ♥

    ♥ Super Very Important Followers! ♥

    Related Posts with Thumbnails

    Menarik!!!

     Banner
    Blogged.my

    ♥ Arkib Blog ♥

    DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais