BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Off Blog 2; Now @ Kelate..

Share

Salam untuk semua readers DJ..

Maaf sebab tak sempat lagi nak balas komen-komen korang, apatah lagi nak membalas jejakan korang. Thanks kepada semua yang sudi bertanya khabar. Dan tidak lupa juga kepada yang dah buat transaksi bayaran untuk pengiklanan, terima kasih. InsyaALLAH iklan seperti yang telah dibincangkan akan dipublish minggu depan.

Untuk pengetahuan korang, aku ni baru je sampai di Kota Bharu. Saja bercuti hujung minggu sambil nak beli barang-barang keperluan bersalin akak aku kat sini. So, memang ni pun taip post dengan menggunakan Netbook adik aku je. Memang tak best aa sebab takde WLW. Terpaksa laa aku mengecilkan mata aku untuk buat post ni.

Oklah, nanti aku sambung lagi yer. Sekarang ni aku pening sebab masalah dengan Google taknak crawl entry2 aku, dan juga Nuffnang taknak bagi aku Buffered Earning baru. Sabar je ... :D

» Read More...

Off Blog ; Adikku Kemalangan di Tempat Kerja

Share

Salam semua pembaca DJ..

Untuk pengetahuan korang, aku actually baru je sampai di Kuantan maghrib tadi. Kiranya memang almost 2 hari laa aku tak mengupdate blog kesayangan aku ni walaupun aku online, tapi guna netbook adik aku, aku rasa tak best. Nak jugak laptop sendiri sebab netbook adik aku tu takde Windows Live Writer, tempat aku menaip, mengedit post-post aku.

 

Ok aku off blog sebab aku pergi melawat adik aku kat Subang yang mengalami kemalangan di tempat kerja. Hari Selasa kelmarin, masa ending Cinta Kirana, adik aku call dan cakap dia baru balik dari hospital dan kena 3 jahitan di kepala. Kul 5 petang sebelum tu, semasa tengah bekerja di MAS Subang tu, dia terhantuk kat landing gear door 747-400 kat hangar3 line8 {copy dari status FB dia}. Kisahnya dia tengah duduk atas tayar Boeing 747-400 tu untuk buat kerja..then berdiri nak turun, terkena pada pintu landing tayar dia. Dan darah keluar meleleh ke muka macam orang bergaduh. Huhu menakutkan!

» Read More...

Iklan Raya TV3 berunsur Krismas, Santa Pak Haji | TV3 kena denda RM50,000

Share

Ingat lagi tak dengan Iklan Raya Tv3 yang pernah membuatkan blog ini mencapai kecemerlangan apabila TV3 Tarik Balik Iklan Raya 2010 disebabkan iklan tersebut telah mencemar kesucian perayaan Hari Raya Aidilfitri itu sendiri. Untuk yang tidak berkesempatan melihat Video Iklan Raya Tv3 tersebut dan membaca apa yang tersirat, boleh melawat ke artikel blog ini yang berkaitan:

  1. Iklan Promo Raya TV3 2010 : Yang Tersirat …dan harapan aku
  2. Iklan Hari Raya Aidilfitri 2010 TV3 – Memesongkan Akidah Kanak-Kanak?
  3. TV3 Tarik Balik Iklan Raya 2010; Blog aku Traffic Jammed!

» Read More...

Sinopsis Drama Ulek Mayang di Slot Lagenda TV3

Share

Ulek Mayang: Menyulam cinta dengan puteri kayangan

Beberapa hari lepas, ada aku terlihatkan trailer promo Drama Ulek Mayang yang akan menggantikan Drama Siti Kelembai di Slot Lagenda TV3. So, sedia maklumlah, bila dah keluar Video trailer ini maksudnya, Drama Siti Kelembai dah episod akhir. Berpeluang jugak aku tonton Episod Akhir Siti Kelembai di TV9 sekejap tadi.

 

8314454Mulai 25 Oktober 2010, Isnin depan, Slot Lagenda TV3 akan diwarnai dengan kisah epik berasal dari Negeri Terengganu, Ulek Mayang arahan Rashid Sibir sebanyak 20 episod. Drama Ulek Mayang ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Fezrul Khan, Elly Mazlein, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali. Penggambaran untuk Drama ini dijalankan sepenuhnya di Negeri Terengganu sendiri iaitu di Kawasan Pantai Teluk Lipat , Pantai Teluk Gadong dan Pantai Teluk Bidara bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010.


Sinopsis Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3

» Read More...

Inani Zalikha, Pelajar Perubatan Malaysia Tajaan Mara Ditemui Mati di Bandung

Share

Terkejut aku dengar tentang seorang pelajar bidang kedoktoran dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung awal pagi ini. Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya, kira-kira 5 pagi.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, Inani adalah pelajar tahun empat Universiti Padjadjaran (Unpad) Bandung atas tajaan Mara dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung. Sehingga kini, belum dapat ditentukan sebab-sebab kematiannya dan tadi dalam Buletin Utama, Duta Malaysia di Indonesia (kalo tak silap aku) dah pesan, JANGAN BUAT SPEKULASI berhubung kematian pelajar perubatan ini. Tunggu sahaja siasatan lanjut.

» Read More...

SEO: Tips dan Teknik SEO On Page & SEO Off Page

Share

seo1

Jika anda seorang yang sentiasa berusaha memajukan blog sama ada dari segi ranking, trafik dll, pastinya teknik SEO sangat dicari-cari. Dan pastinya anda ingin untuk melihat website/blog anda berada di laman pertama hasil carian Google, Yahoo, atau search engine yang lain. Dengan menerapkan teknik SEO ini, blog atau website anda diharapkan bukan sahaja mudah diindeks ke enjin carian, tetapi menambahkan pengunjung anda. InsyaALLAH.

 

Teknik SEO ON PAGE,

Membuat halaman website/blog kita sebagus mungkin di mata search engine iaitu dengan menggunakan tajuk artikel yang tepat, keyword yang cukup, menambah link pada kata kunci, dan sebagainya. Berikut ini tips teknik ON PAGE:

» Read More...

Bot Ekspres Karam Langgar Tongkang di Bintulu – Punca Kecuaian Manusia

Share

Bot ekspres "Liang Yu" yang dipercayai membawa kira-kira 30 penumpang iterbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak dalam kejadian petang kelmarin di Tatau, Bintulu. Setakat ini, enam disahkan terkorban manakala 17 penumpang, termasuk empat kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun, selamat. Polis mengenal pasti 21 penumpang dalam bot itu, namun jumlah sebenar tidak diketahui kerana bot tersebut mengambil penumpang di sepanjang perjalanannya.

 

Kecuaian manusia adalah punca bot ekspres berlanggar dengan tongkang balak di hulu Sungai Anap, Tatau, Bintulu di sini petang semalam, kata Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Roland Sagah Wee Inn. Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu bot berkenaan cuai kerana cuba memotong tongkang di hadapan yang ditarik sebuah kapal tunda di sebuah selekoh sungai yang sempit dan berbahaya. "Bot ekspres itu dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong tongkang dan ia tersangkut pada tali yang digunakan untuk menarik tongkang berkenaan sehingga menyebabkan bot ekspres terbalik serta karam. "Boleh jadi dia tersilap menghitung jarak," katanya.

 

» Read More...

Gambar Tunang Rozaliya Mat Lazim

Share

Alahai…macam pucuk dicita ulam mendatang, baru je beberapa jam lepas aku up post pasal Rozaliya Mat Lazim Hilang Disembunyikan Tunang ? selepas membaca beberapa artikel di akhbar hari ni. Kemudian, tergerak hati untuk surf akhbar online lain, tak sangka dapat gak aku tengok gambar tunang Rozaliya, Mohd Hilmi ni.

 

hilmi Gambar rupa wajah tunang Rozaliya, Mohd Hilmi

 

Inilah rupa Mohd Hilmi, tunang Rozaliya yang didakwa hilang di bandar Kuantan pada 13 Oktober lepas. Aku try cari berita terkini tentang gambar di atas tapi masih belum siap agaknya berita tersebut. Maybe esok baru ada kat Utusan Online. Di sini aku minta maaf la kepada Mohd Hilmi ni kalau aku buat tuduhan dalam entry sebelum ni. Aku hanya menulis berdasarkan informasi yang aku baca. Kalau salah, siapa nak aku persalahkan? Anyway, Mohd Hilmi, berikan kerjasama sepenuhnya dan berani bertindak kerana benar. Suka baca entry SingaLautMetro.

» Read More...

Rozaliya Mat Lazim Hilang Disembunyikan Tunang ?

Share

Rozaliya Mat Lazim, gadis cantik dari Cheneh , Kemaman yang dilaporkan hilang pada 13 November lepas dan masih belum ditemui sehingga hari ini. Rozaliya didapati tidak dapat dihubungi sejak pergi ke bandar Kuantan dihantar tunangnya untuk membeli kelengkapan hari perkahwinannya yang dijadualkan bakal berlangsung 12 November 2010 ini. {Berita Lanjut}

 

Semalam, masa berita kehilangan Rozaliya ni keluar, sempat aku, Cikgu  Jaja ngan Cikgu Tie berseloroh. Rozaliya ni cantik, sebab tu keluar frontpage, kalau kami, ntah2 keluar kat bahagian sukan je. Ahaks. Gurau2 je, biasa laaa mengeratkan kemesraan….

 

Diskusi kat sekolah gitu, diskusi kat rumah lagi teruk dengan Det Conan, CSI, sampai kuar laa teori ada agenda di sebalik batu.. dan maybe semua ni telah dirancangkan lebih awal oleh orang terdekat sendiri, berkemungkinan tunangnya? Aku kata mungkin, bukan pasti lagi tau..Just assumption. Bukan apa, pelik tau,tunang Rozaliya ni, Helmi kerja kat Cheneh, sanggup kuar dari kerja untuk hantar Rozaliya ni ke Kuantan yang jarak perjalanan sejam lebih sehala, dan kemudian tinggal Rozaliya ni kat situ, dan dia balik bekerja. Kan lebih baik, alang2 kuar dr bekerja tu, kuar terus bersama, dan kenapa kalo yer pun, tak tunggu hujung minggu? Teori tu beb… Then, tak sangka hari ni, keluar plak berita di Berita Harian: Keluarga percaya tunang sembunyikan Rozaliya akibat daripada tindakan suspek (tunang Rozaliya) cuba larikan diri telah mencurigakan bakal mentua.

» Read More...

Kenyang makan colek pauh atas kerusi pusing2?

Share

Hye readers…

Aku baru balik dari sekolah. Standard lah kan, kul 3+ sampai umah, then online. Saja nak buat laporan diari hari ni, untuk bacaan aku tatkala aku dah berusia kelak. Ceh, konon!

 

Orang Lain Punya Mulut, Tangan Dia Binasa

Pagi ni macam biasa, punch card, then masuk bilik guru bergosip pasal Kes Gaduh pelajar aku semalam tu. Rupanya sebab ejek mengejek je, si B ni hina/ejek kasut budak A ni koyak. Budak A dan B ni memang sama-sama dari golongan2 biasa je, dan A duduk ngan keluarga angkat, B pun duk ngan kakak, mak dah takde. B dan sorang lagi, S ejek laa kasut budak A ni sampaikan budak ni rasa terhina, dia pun pergi laaa ajak gaduh. A ni  siap pesan pada classmate dia jangan bagitahu cikgu. Memang dia sengaja nak tunjuk kejantanan kut. So, datanglah si S dan B ni kononnya berani laa kan…bukan takde cikgu lalu, ada ..tapi pandai lak diorang cover. Last2 mulalah episod sepak menyepak kaki dan klimaksnya, si A ni tumbuk B dan S. Yang kesiannya, orang yang ditumbuk tu kebal, yang menumbuk sampai retak tulang? Alahai budak2 ni…Aku siap tanya budak yang kena tumbuk tu “Awak ni pakai ilmu apa? Kebal ek awak? Ironman ke?” Open-mouthed smile Aku sengaja lepak sebelah dia masa pembentangan tadi. Seb bek budak tu tahu aku jenis yang baik..so dia jawab je soalan aku.. Konon?

» Read More...

Tragedi Bot Ekspres Sungai Anap Bintulu

Share

Baru je seminggu lepas kita dikejutkan dengan tragedi oktober kemalangan ngeri 10.10.10, semalam berlaku pula kemalangan di hulu Sungai Anap dekat Bintulu kira-kira jam 2.30 petang semalam. Dalam kejadian   bot ekspres berlanggar dengan sebuah kapal tunda tersebut, seorang budak perempuan disahkan terkorban, dua lagi hilang manakala 17 dilaporkan selamat.

Berdasarkan kepada maklumat daripada mangsa yang selamat, ketika kejadian terdapat 20 orang dalam bot ekspress komersial itu termasuk pemandu. Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih lagi giat dilakukan oleh pasukan PGM dengan bantuan pasukan Polis Gerakan Am (PGA) dan penduduk tempatan.

» Read More...

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Tengku Mahkota Kelantan

Share

Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta merta.

 

tengku bendahara

 

Keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang 18 Oktober 2010. Mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.

» Read More...

Jadi Drama Queen… TQ Kak Anis ^_*

Share

Dahlia jadi drama queen? Gitulah hari ni kut. Nak kata emosional, tak jugak, just a lil bit stress + not enough preparation + afraid that I will say something stupid. Dah lama aku dah lama tak cakap depan public, tahun ni langsung tak rasanya. Tahun lepas ada gak bagi taklimat, kursus dsb. Aku ingat lagi masa aku pernah jadi MC untuk Majlis Penutup Kem Fasilitator KEKAS 2006 kat Dusun Eco Bentong dulu, aku terlupa nak acknowledge Datuk tu, sebab dia tetiba datang, aku pun jadi gabra. Jadi MC tu pun bidan terjun, sebab malam sebelumnya aku perform well dalam bahas pasal isu “Pembangunan kat perkampungan orang asli”. Aku masa tu jadi Datin (owner projek), bahas lak dengan kawan satu kos aku, Ciko (dia jadi orang asli). Memang dari situ laa tetiba urusetia nak aku jadi MC. Memang bidang terjun!

» Read More...

Rozaliya Mat Lazim | Bakal Pengantin Hilang di Kuantan [Gambar] Dekatnya dengan aku…

Share

Pengantin Hilang

 

Memang cantik sungguh bakal pengantin yang dilaporkan hilang di Kuantan semasa sedang membeli belah kelengkapan perkahwinan pada hari Rabu yang lepas. Dan baru hari ni, Isnin aku nampak suratkhabar cover kisah kehilangan  Rozaliya Mat Lazim, 20 tahun dari Felda Cheneh, Kemaman ini. Rozaliya ni kalau diikutkan, bakal mendirikan perkahwinan pada 12 November 2010. Memang tak lama dah tu. Apalah nasibnya?

» Read More...

WLW : Update Blog Tanpa Internet semudah ABC…

Share

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca setia Dahlia’s Journal…

Post ni dishare balik di sini sebab nak memberi informasi kepada teman-teman blogger lain, selepas aku membaca entry Noorafzan; Geram dengan Blogspot. Dan aku ada hint pada dia, cuma aku malas nak kongsikan diruang komen, baik aku tarik trafik ke sini kan? ahaks..Tips: Buat pembaca komen anda tertarik dengan kata2 anda. Ni adalah entry yang aku perhalusi balik dari blog WP aku {aku tak hyperlink sb malas nak keep it alive, so xnak jadi deadlink}.

 

Untuk mengupdate post dengan lebih mudah dan tanpa perlu anda talian internet, ataupun tanpa perlu login blogger.com ataupun wordpress.com, aku cadangkan korang untuk menggunakan Windows Live Writer (WLW). Siapa yang dah guna, baguslah, memang dah sekapal dengan pengguna tegar WLW macam aku. Siapa yang belum, meh sini aku kongsikan cara-cara untuk menggunakan WLW ni untuk update blog korang semudah makan kacang. Selain dari WLW ni, ada lagi yang boleh digunakan contohnya Blogdesk, ataupun WORD 2007, tapi aku lebih senang dengan WLW ni. Nak upload pic, Video, buat hyperlink, buat jadual, memang sangat senang!

» Read More...

Kisah Siti Balqis Mohd Nor - Misteri Gadis Ghaib Rakam Gambar Jin

Share

NORIZAN / SITI BALQIS / HILANG Siti Balqis Mohd Nor, 22 tahun.

Siapa Siti Balqis Mohd Nor? Dia bukanlah artis, atlet yang berjaya di Sukan Komanwel ataupun pemilik pertama Proton Inspira tu. Dia hanyalah seorang gadis biasa dari Kampung Gong Nangka, Apal, Besut, Terengganu  tetapi diberikan anugerah {ke dugaan?} oleh Allah dalam mengharungi kehidupan seharian yang penuh dengan misteri dan mistik.

 

Ghaib Secara Misteri

Kisah hidupnya bermula kira-kira dua bulan lalu, apabila Siti Balqis Mohd Nor ini dikatakan ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya. Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya. Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

» Read More...

Pemenang FREE Domain & Contest Lagi?

Share

Salam kepada semua pembaca..

Inilah entry yang ditunggu oleh ramai pembaca setia terutamanya peserta yang menyertai Giveaway Free Domain yang aku dan iHosterz anjurkan baru-baru ini. Penyertaan kali ni, aku berjaya mengumpulkan 26 blogger wanita dan 16 blogger lelaki. Angka ni menunjukkan bahawa sememangnya perempuan lebih celik IT berbanding lelaki, dan lebih pandai mengambil peluang dengan menyertai pertandingan? Hipotesis aku buat sendiri je tu, cik-cik abang yang budiman jangan marah eh.

 

Ok, untuk pemilihan pemenang, setelah memikirkan dan cuba pelbagai cara, aku akhirnya tetap menggunakan khidmat Random.org untuk menentukan pemenang. Actually pagi tadi aku dah selongkar website tu dan cuba main klik2..so, aku tak ambil mana-mana nombor lagi sebagai pemenang, sehinggalah aku berazam untuk menggunakan website tu untuk memilih pemenang pada tepat jam 3.00 petang 17 Oktober 2010 untuk mengelakkan ralat pemilihan pemenang. Apa-apa nombor yang tertera pertama kali akan terus ditabalkan sebagai pemenang, dan penerima domain percuma daripada aku dan iHosterz. So the numbers are..{Drumbell}

» Read More...

Himpunan Cerita Berahi | Nuffnang G+

Share

Salam geng..

Macam biasa, kalo dah namanya blogger tegar macam aku ni, malam nak tido, ngadap blog, pagi bangun tido (lepas solat subuh lerr except pe’od) pun ngadap blog. Macam dah kewajipan pulak, pepagi mesti login Nuffnang untuk lihat Analytics  especially Performance semalam dan keywords yang hot kat blog. Lama dah tak jumpa keyword hot cam gini…

 

kywd

 

em alahai..takde ke mende yang lebih best ko nak cari kat blog ni? takdenye himpunan cerita berahi akan dijumpai disini. Harap Maklum la ya..Tak kuasa daku nak mencemari pemikiran aku dan pembaca2 sini. Nanti lak duit Nuffnang aku dapat tak berkat, camno?

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais