Gomo Kelate Gomo! Akhirnya Juara Piala Malaysia 2010 menjadi milik Kelantan. Tahniah Red Warriors!
KELANTAN 2 – 1 NEGERI SEMBILAN
Separuh Masa Pertama, perlawanan berpihak kepada Negeri Sembilan setelah Shahrul Ain, 24 berjaya menjaringkan gol untuk pasukan Negeri Sembilan pada minit ke-13.
Separuh masa kedua, permainan agak mendebarkan apabila kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang yang semakin tinggi. Ketua pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan dikeluarkan akibat dari kecederaan di bahagian lutut. {Gambar di bawah}
Entah kenapa, terjadi pulak aku tengok bola malam ni. Senang je, sebab tengok online je dari blog aku, streaming LIVE dari TV yang aku muatkan di blog, ihsan dari darkbatman. Thanks Beb! Aku doakan rezeki ko makin murah selepas ni. Ni ada gambar-gambar yang aku snap semasa perlawanan separuh masa pertama tadi. Keputusan setakat ni Negeri Sembilan 1, Kelantan 0. Gol disumbat pada minit ke-13 oleh Shahrul Iman Abu Samah, 24thn, anak kelahiran Kajang dengan Gol Penalti, cubaan ke2 setelah cubaan pertama dikira batal sebab ada pemain masuk kawasan Penalti ke apa ntah tadi. Tak ingat aku. Jomlah usha gambar2 aku snap.
Pelajar Dakwa Guru Guna Seterika Panas Kejut Untuk Solat Subuh
Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Oktober lepas. Dua daripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.
Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya. Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.
Kelantan Juara Piala Malaysia 2010? Ataupun Piala Malaysia 2010 masih lagi milik Juara Bertahan, Negeri Sembilan? Sekali lagi, dua pasukan yang boleh dikatakan sama hebat, bertemu lagi untuk merebut title Juara Piala Malaysia 2010 di Stadium Bukit Jalil malam ini.
Pasukan bola sepak Kelantan yang dulunya digelar Kijang Emas, kini dengan nama “The Red Warriors” adalah sebuah pasukan yang pada asalnya, tak pernah termaktub sebagai pasukan yang digeruni oleh mana-mana pasukan pun. Macam dipandang sebelah mata je dulu, tapi sekarang ni, memang Pasukan Kelantan ni tak dinafikan semakin menunjukkan prestasi cemerlang.
Norazrina Mohd Salleh, Juara Gadis Melayu 3. Honestly, aku tak pernah layan langsung Program Gadis Melayu dari awal sampailah sekarang, Musim 3 kat TV9 ni tapi disebabkan Juara Gadis Melayu 3 ni seorang yang aku kenali dan familiar dengan nama dia, Rina Salleh tu,aku pun nak gak tumpang2 buat post. Seingat aku, aku mula kenal nama Rina Salleh ni dari Melz, blogger yang sarat dengan ilmu berkaitan blogging. Oh ya, kalo dulu, kat blog lama Melz, memang dekat sidebar kiri belah atas kalo tak silap aku, ada ruang khas dengan banner untuk blogshop Rina Salleh ni yang Melz sediakan. Ops, jangan gosip!
Gambar Finalis Gadis Melayu 3 : Rina Salleh yang berbaju oren, bertudung hijau tu. Macam tiada exposure sangat kan…Look so soft.
Bas Pelancongan Terbabas: Enam Maut, 21 Cedera. Itu berita ringkas yang aku nampak dekat kaca TV rumah makcik yang aku pergi untuk mengurut kaki aku yang aku cakap terpeleot semalam tu. Selepas Tragedi Berdarah 10.10.10, kejadian ni benar-benar mengejutkan, lebih2 lagi kerana melibatkan bas. Kalau dulu bas ekspres, kemalangan berdekatan terowong dekat Genting Sempah ni pulak melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 44 penumpang.
Last week masa aku lalu, seingat aku, terowong tu dalam penyelenggaraan, ditutup sebelah. Dan aku masih ingat, aku memandang ke belakang tu dan melihat bagaimana terowong tu ditebuk sedemikian rupa..pandang ke atas pulak, tinggi! Datang pulak fikiran jahat….kalau..ops taknak cakap lebih, kang kalo mulut aku masin…Ok, jom kita fokus balik tentang kejadian kemalangan ngeri yang menyebabkan kematian 6 orang.
Hobin Jang Hobin ke Hoben Jang Hoben ek. Baru semalam aku terperasan slogan Hoben Jang Hoben, tapi bila nampak Jang kat tengah tu, pahamlah aku, ni mesti ada kena mengena dengan bakal Juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan yang akan menentang Kelantan dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Malaysia di Bukit Jalil malam esok..Pelik, sebab dengar macam bahasa Korea pun ada. Rupanya, tu tajuk lagu bola untuk pasukan Negeri Sembilan.
Makna Hoben Jang Hoben ni aku tak pasti sebab aku bukan orang Nogori. Tapi aku agak “Lantak Sampai Menang” sebab masa MB Negeri Sembilan diinterview HotFM AM Crew pagi tadi, MB cakap “Hobin Jang Hobin, Lantak Sampai Menang!” Pada orang nogori tu, sila konpomkan yo apo maknonyo…eden ta tau ni haa…Kebetulan pula, AG dan Faizal dok pasang lagu Hoben Jang Hoben ni. Very nice song ah! Aku pun terikut nyanyi. Korang? Meh dengar dan nyanyi sama-sama. Download MP3 dibekukan ya atas sebab2 tertentu, nanti aku ceritakan. Mohon beli yang original!
Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian
Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.
Siti Balqis ke rumah kenalan, bukan ghaib dilarikan jin
Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar
Terkejut aku baca blog Otomen hari ni, tak sangka pulak Siti Balqis MOhd Nor, gadis ghaib yang dari Kampung Gong Nangka Jerteh tu hanyalah memperdayakan semua orang selama ni. Alahai, apa lah nak jadi dengan budak ni? Nampak muka polos je, tapi tak sangka pulak, boleh dia buat sampai macam tu sekali. Macam mana pula dengan bomoh2 yang bagi rawatan kat dia selama ni? Kalau betul ni hanya sandiwara dan lakonan Siti Balqis tu je, mesti diorang bengang abis. Alahai Siti Balqis, tak cukup kasih sayangkah kamu, sampai inginkan perhatian sedemikian rupa? Jom kita baca kisah benar tentang misteri gadis ghaib Siti Balqis Mohd Nor ni.
Pening…hampir stress aku jadinya hari ni.Banyak benda yang ada dalam kepala aku. Dengan mesyuarat Rahsia yang sedang aku hadiri, hari2 mengadap bahan memang stress, tambah lak mencongak, berfikir, tu laa sebab aku tak hapdet blog aku ni. Nasib baik tak bersawang dan tiada kejatuhan drastik. NI semua usaha korang yang tolong melepak di blog aku ni. Senang hati aku, balik je meeting kul 5 petang sampai umah, bukak blog, ada laaa 30+ sedang online. Masuk akaun Nuffnang, cek Analytics, dah lepas 2k UV…so aku yakin, blog ni jadi pusat rujukan korang kan? Heh perasan
Ni pun mujur aku diberi ruang dan masa untuk update, walaupun patutnya time ni aku dah tidur,tapi rasa rindu lak nk berstory kat sini. Bukan story apa pun, hanya sebab geram, aku hampir2 sasau tadi. Lepas isyak tadi, aku fokus untuk siapkan bahan untuk meeting OPMEN esok. Dah kebetulan Fasi OPMEN (data sekolah) aku dah emelkan bahan yang perlu dikemaskini. So, aku pun ameklah tindakan awal, so, esok boleh laa aku bersenang lenang, xpun semak skrip yang ada lagi 144/236.
Ini ialah entry khidmat masyarakat untuk penduduk Pulau Pinang. Hanya copy paste je ni. Harap Maklum. Agar maklumat sampai dengan jelas dan tepat. Jadi, kepada sesiapa berkaitan, iaitu tinggal di Pulau Pinang,buatlah persiapan yang cukup dan bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Amaran Banjir Kilat di Pulau Pinang
Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan tebing sungai diminta mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat pada Isnin dan Selasa depan. Jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang berkata negeri itu dijangka menerima hujan lebat selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 1 dan 2 Nov ini, dan keadaan hujan dijangka membawa kesan banjir kilat di kawasan rendah.
Minggu ni minggu aku tak masuk sekolah sebab terlibat dengan mesyuarat selama seminggu, 3 hari Mesyuarat Khas {Rahsia} dan JUmaat ni pulak mesyuarat untuk Data OPMEN. Tambah pulak dengan Data EMIS yang akan dibuat kutipan perdana hujung bulan ni. Aku rasa dah semakin serabut, tambah2 pulak dengan 2 emel yang aku dapat hari ini…Berita baik dan berita menggerunkan. Penting untuk semua. Nanti aku share bila kes aku dengan pihak brwajib tu selesai.Huhuk..skrg ni tetiba flu datang sbb stress kut…Atau sebab kekurangan kasih sayang?
Nampaknya tiada lagi kisah si sotong kurita, Paul yang akan didengari selepas ni apabila ia mati di akuarium yang menempatkannya di German disahkan mati. Paul menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya, menurut Stefan Porwoll, pengurus Pusat Hidupan laut di Jerman.
Paul menetas dari telurnya di Pusat Hidupan Laut Weymouth, England sebelum dipindahkan ke cawangannya di Oberhausen, Jerman. Nama Paul diambil sempena tajuk sebuah sajak oleh penulis buku kanak-kanak Jerman, Boy Lornsen: Der Tintenfisch Paul Oktopus. Menurut pengarah hiburan Pusat Hidupan Laut, Daniel Fey, Paul sudah pun menunjukkan kepintarannya sejak kecil lagi:
Alhamdulillah…akhirnya siap jugak kerja yang aku tangguhkan sejak 2minggu lepas lagi. Bukan sengaja, tapi disebabkan kekurangan maklumat yang sepatutnya dan ditambah pulak dua tiga hari sebelum ni, aku agak busy ke Subang, dan semalam pula baru sampai dari Kelantan. Siapa perasan, blog ni pun lama tak aku update dengan entry terbaru. Mujurlah aku dah persiapkan blog ni dengan segala kemungkinan, so trafik taklah jatuh merudum sangat. Thanks kepada korang semua yang setia berkunjung ke sini oke.
Ok, ni aku nak share design banner dan buku program yang aku buat secara ad hoc petang tadi. Sampaikan tak keluar rumah, rela home alone, sebab nak siapkan design ni hari ni jugak. Korang yang power design janganlah perkecilkan hasil design aku ni ya. Aku ni masih lagi newbie. Guna Photoshop pun boleh dikira dengan jari. uhuk… Ni nak mintak pendapat korang, yang mana warna background yang ok.
12 bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi. Terkesan pulak aku baca berita pasal ni sebab malam tadi, memang aku melalui Jalan Pengkalan Chepa ni, sebab hantar adik aku naik flight untuk balik Subang. Kami lalu jalan tu dah dekat2 pukul 10 malam, so memang jalan masih lengang lagi sebab perlawanan Piala Malaysia 2010 Kelantan lawan Kedah. Tahniah kepada Kelantan sebab menang 1-0 semalam.
Balik dari PC – Pasir Mas – USM, terserempak pulak dengan penyokong-penyokong Red Warriors meraikan kemenangan di atas jalan raya. Ops, jangan salah anggap, tiada apa2 kejadian aneh pun di traffic light KFC Kubang Kerian tu, just pemandangan merah di sana sini je. Then, terkejut lak aku dengar berita kat TV3 pasal 12 bas ekspres budaya terbakar di depoh simpanan yang mana kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta!!!