Share
Tahun 2010, tahun yang penuh dengan ujian dan cabaran untuk aku. Rasanya tak perlu dah aku mengulas di sini, boleh selak sendiri apa yang berlaku pada diriku sepanjang tahun 2010. Yang boleh aku simpulkan, Tahun Rezeki Murah, dan Tahun Ujian untuk aku. Untuk tahun 2011, aku takda apa2 target khusus, cumanya aku inginkan Yang Lebih Baik dari Segi Pengurusan @ Wiser Management. Aku nak jadi Pengurus yang baik untuk 2011.

Beberapa teman berkata : “Tiang yang senget tu, ko punya kerja la ek?”
Aku tak sangka memang obvious keadaan tiang tu. Memang kuat hentakan tu..betul, mujur aku tak tercampak jer keluar sebab pakai seat belt. Kerusi pun senget.
» Read More...
Share
Rasanya ramai yang menantikan kereta apa yang aku beli kan? Dalam entry Booked hari tu..bukannya aku taknak dedahkan, tapi dah kalaunya menda tak nampak depan mata, takkan nak canang. Eisk, tak suka ahkak macam tu oke! Untuk kali ni, aku beli kereta idaman aku. Power of Dreams. Korang mesti dapat agak kan kereta apa yang setakat ikut kemampuan aku.
Kereta kebal HONDA model apa aku beli ek?
» Read More...
Share
Ni DJ nak perkenalkan laptop baru DJ yang baru je dibeli pada hari Selasa bebaru ni. Dasat betul, RM10 000 habis dalam masa sehari macam tu jer. Actually duit RM10 000 ku daripada buyer yang nak beli kereta DJ. Baik, kan? Kereta DJ masih kat bengkel, tapi dia dah masukkan duit untuk booking la kiranya..
So, tanpa berlengah lagi, nampak je duit Rm10000 tu dah available dalam akaun, aku terus pergi keluarkan sebabnya nak bayar downpayment kereta aku. Cuak gila masa gi bank nak keluarkan duit. Siap aku pilih Maybank yang paling selamat dengan parking yang dekat iaitu kat Jalan Beserah. So, dah kuarkan duit, aku pun direct la ke Macinda Auto Sdn Bhd kat Semambu untuk buat bayaran supaya Sales Assistant tu dapat uruskan kereta aku secepat mungkin. Minggu depan dah nak start sekolah, kalo takde kereta, macam mana aku nak gi sekolah?
Lepas dah bayar booking, direct pulak pergi shopping netbook. Netbook ni sememangnya keperluan DJ yang utama. Tanpa netbook, bukan takat blog tak hidup, tapi kerja2 kat sekolah memang konfem akan terbengkalai. Bukannya DJ xlayak untuk dapat lappy PPSMI tu, tapi DJ lebih suka menggunakan harta sendiri. Biar kita sendiri ada rasa tanggungjawab pada barang sendiri. Lappy baru yang DJ beli ialah:
» Read More...
Share
Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan memang canggih! Masa aku tengok sneak preview kat Buletin Utama tadi, aku sendiri terpegun tengok kecanggihan. Aku ingatkan Lapangan Terbang baru, tapi rupa-rupanya Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Tetiba teringat pulak lagu Cinta Bandar Tasik Selatan. Ahaks.
Disebabkan tak berpuas hati hanya dengan melihat sorotan singkat, aku pun google untuk mencari lokasi dan gambar-gambar Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan ataupun lebih mudah dikenali sebagai TBS-BTS. Buat masa ini, TBS-BTS ni masih belum beroperasi, dan tarikh untuk Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan ni berooperasi juga masih menjadi tanda tanya berikutan wujud percanggahan antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan pihak pengurusan operasi terminal itu sama ada 2 Februari ataupun 1 Januari 2011 iaitu hari Sabtu ni. '
Wow…nampak sangat hidup!! Harapnya operasi di sini terbaik dan selesa.
Jom kita berkenalan dengan Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan ni.
» Read More...
Share
Keputusan Perlawanan Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010 di antara Malaysia dan Indonesia malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno semalam menyaksikan perlawanan hebat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia! Tahniah kepada Skuad Bola Sepak Malaysia (Harimau Malaya) di bawah kendalian K. Rajagobal kerana berjaya merangkul Juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama!
Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.
Keputusan Perlawanan Akhir Kedua Malaysia vs Indonesia : 1-2
Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 : Mohd Safee Mohd Sali (Malaysia) – 5 Gol
Pemain terbaik perlawanan - Firman Utina (Indonesia).
» Read More...
Share
Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri 2011
Berikut senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri bagi tahun 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .
PerlisPengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)Kedah
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)
Pulau Pinang
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)
Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)
Perak
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
» Read More...