BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , » Ada Orang Mati Lemas di Pantai Teluk Cempedak..Tapi Mayat Masih Belum Dijumpai

Ada Orang Mati Lemas di Pantai Teluk Cempedak..Tapi Mayat Masih Belum Dijumpai

Share

Aku baru balik dari Teluk Cempedak (TC). Bukan pergi berdating ataupun mengambil angin malam. Aku bukannya rajin sangat nak keluar malam-malam ni kecuali ada hal. Tadi pun keluar sebab anak buah aku si Ninin tu sebok nak makan McFlurry. So lepas Isyak tadi, sebab dah janji ngan dia, kami sekeluarga bersiap2 untuk pergi McD kat TC tu.

 

TelukCempedak

Keindahan Pantai Teluk Cempedak di siang hari…

 

Masa nak keluar dari drive thru McD, ternampakkan ada BOMBA dengan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) dekat situ. Kitorang pun mula berbuat spekulasi ada orang mati lemas, takpun ada orang kena makan dengan buaya tembaga kat Teluk Cempedak tu. Sehinggalah akhirnya kami pusing dan stop depan KFC sebab nak beli McFlurry. Mesin aiskrim drivethru rosak, so nak kena beli kat kiosk. Kakak aku yang pergi beli, jumpa dengan kawan mak aku. Dia yang ceritakan ada orang mati lemas.

Masa aku tengah tunggu kakak aku tu pun, memang ada ambulans JPAM. So memang menguatkan teori kami bahawa ada orang mati lemas. Kakak aku pun mengesahkan kejadian based on cerita makcik tulah. Katanya, kejadian berlaku petang tadi lagi. Mayat orang yang lemas tu dah timbul, tapi datang ombak, tarik balik dan langsung hilang. So, Polis, BOMBA dan JPAM memang standby je situ dari petang tadi.

 

Masa nak balik, pusing kat TC tu, nampak air, memang gerun je rasa. Teluk Cempedak tu dah banyak makan orang. Kalau tak silap, ada papan tanda menyatakan bilangan kematian kat situ. Aku pun tak pasti ada lagi ke tak, sebab memang dah lama tak melepak situ. Pergi TC pun sekadar untuk drive thru McD ataupun KFC Palm Beach tu.

 

Papan-Tanda-Orang-Lemas

 

Tapi, kalau cakap pasal pengalaman lemas ni, aku sendiri ada pengalaman hampir lemas di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan). Masa tu aku dengan adik beradik dan sepupu, mandi manda dan duduk je atas pasir tu, datang ombak, tarik kitorang. Nasib baik sempat diselamatkan oleh saudara sendiri masa tu. Aku pun tak ingat siapa sebab kejadian ni masa aku sekolah rendah.

8 komen:

s h a f i q h a s h i m _____ said... [Reply to comment]

uih. teluk cempedak ni seswai tok jalan2 je. kalau mandi mmg tak sesuai la... pemandangan kat situ cantek. pena gi skali je.ehehehe .. angin dia, tak yah cakap la.. rambot pakai gel pon leh gerak2 gak.

LyNn'Azlina said... [Reply to comment]

JADI SERIAU PLAK NK G TC...SUKER LEPAK SITU SBB VIEW CANTIK...macam2 hal berlaku kat tc skang...dah jadi xbest..dahla air kotor...berpasir sgt2...

Anonymous said... [Reply to comment]

sy bru blik dr tc jgk ney...mayat still xjmpe...
3 org cina..2 dh dpt diselamatkan n now kt htaa...yg sorg lg xjmpe2..huhu...

DaHLia said... [Reply to comment]

@s h a f i q h a s h i m _____

betul lah, view memang sangat santek dan angin yg bertiup memang bukan sangat power..

tp TC ni dulu2 memang pantai tmpt mandi manda pun. Tapi skrg ni xbape nak bersih pun air dia.. Kalau nak mandi pantai, sis rela mandi pantai terengganu..air dia biru...esp kat Pantai Telok Kalong..

DaHLia said... [Reply to comment]

@LyNn'Azlina


tgk air smlm mmg seriau tau lynn...mcm panggilan maut lak rasa..
tapi TC mmg dh tercemar..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous


hmm 3pagi tak jumpa2?
hope jumpa la dengan segera..
kesian family dia dan juga mereka2 yg bertugas situ

Anonymous said... [Reply to comment]

byk2kn sedekah al-fatihah utk arwah..

Anonymous said... [Reply to comment]

tu sal org lemas.. tak lg sal monkey kt jmbatan tu.. heee.. kalau org yg jns pnkut kt bntang,, alahai tak dapat la nk lepas hjat nk smpai ke pghjung jmbtn tu.. ptut la tmpt tu bnyk wt mksiat,, bru nek jmbtn tu dh t'kjut tgk mnkey tu.. tak psl2 pluk abg krn tkotnyer mnkey tu..

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais