BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » » Bengang…Hampir jadi Incredible Hulk!…

Bengang…Hampir jadi Incredible Hulk!…

Share

Memang bengang sungguh aku rasa hari ni. Membuak-buak marah aku bila hal yang dirancang tak settle, then dilempar, dibaling, ditolak ke sana sini tanpa penyelesaian. Last-last aku pulang dengan penuh kemarahan di dada. Kalau begini, entah bila kualiti pekerja di kaunter-kaunter sektor perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan. Aku sendiri kerja kerajaan, tapi betul lah bila ada yang mengomen sistem kerja pekerja yang bekerja di kaunter ni.

 

425.the.incredible.hulk.033108[1]

 

Actually, ni bukan pengalaman pertama aku berurusan di kaunter-kaunter sebegini. Dah banyak. Sebelum ni masa aku buat aduan polis di Balai Trafik Kuantan untuk kemalangan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk report pasal kes pecah rumah pun ada pengalaman busuk pekerja di kaunter ni, tapi malas nak kepochi sini. Konon Mesra, Cepat dan Betul, tapi suka suki bercakap kasar, tak fokus dan rasa diri sendiri yang betul. Tapi bila dah hari ni, dalam sela masa hampir antara satu sama lain, memang aku bengang gila! Ini kisah bengang aku hari ni.…

 

Tarikh : 17 Januari 2011 (Isnin)

Tempat Berurusan : Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan, Jalan Masjid, 25000 Kuantan.

Kronologi Kejadian:

3.30 pm - Aku sampai di rumah setelah balik sekolah dari Pekan, bersama family direct ke Bandar untuk selesaikan beberapa urusan. Antaranya nak ke Pejabat Daerah dan Tanah ni la untuk ambil dokumen PESAKA. Rumah yang kami sekeluarga duduk sekarang ni dah pindah milik dari nama arwah abah ke atas nama mak aku. 30/12/2010 lepas, aku siapkan segala dokumen untuk diorang sediakan dokumen hak milik baru atas nama mak aku. Masa hantar tu, staf tu cakap, ambil minggu depan siap. Disebabkan kesibukan tugas, aku pun hanya boleh pergi ambil hari ni. Dia cakap, datang dah boleh ambil. Takda cakap kena bayar ke apa ke.

 

3.50 pm – Aku sampai di Tingkat 1 yang menguruskan menda alah ni. Staf tu ambil slip aku dan dia suruh kawan dia settlekan sementara tu dia suruh aku duduk dulu, nanti dia panggil. Masa ni memang ada 3,4 orang sedang berurusan di kaunter jugak. Tapi slip aku dah dipasskan pada seorang staf yang nampak free.

 

4.10 pm -  Another staf panggil aku dan cakap suruh aku settlekan cukai untuk tahun 2011 dulu. Aku pun tanya dia berapa sebab masa tu aku tak banyak cash. Baru je bagi duit kat adik aku. Dia cakap RM45 atau kalau ada tunggakan. Aku cakap takda. Aku tanya lagi, Kaunter bukak lagi ke? Dia cakap bukak. Dah bayar baru naik atas.

 

Aku pun turun ke bawah, bahagian kaunter untuk buat bayaran. Aku nak settlekan menda alah ni hari ni jugaklah kiranya.  Malas dah nak tangguh-tangguh. Aku kerja kat Pekan, Pekan-Kuantan jarak 1jam perjalanan. Bukan senang nak kuar2 macam tu.  Orang lain tak boleh ambil sebab slip ni atas nama aku.

 

So aku pun turun ke bawah pulak untuk buat bayaran sebab kaunter bayaran kat floor bawah. Sampai di kaunter tengah (Kaunter Pertanyaan dan Ambil Nombor) ada sorang perempuan dan 3 orang lelaki. Diorang tanya nak pergi mana sebab aku menonong nak ambil nombor. Aku cakap aku nak buat bayaran cukai. Aku tunjuk slip aku. Pompuan tu call orang dalam, then cakap komputer dah tutup. Means kaunter dah tutup. Apa kes kul 4pm dah tutup kaunter? Yang paling aku bengang, orang atas konfirm2 je cakap belum tutup, sampai bawah, kata tutup. Antara diorang pun tak boleh nak tahu ke?

 

bad_mood_by_tomekk0[1]

 

Aku membebel sedas dua kat situ, sebab dah bengang gila! Bengang sebabnya :

 

1. Antara diorang sendiri pun bercanggah. Menyusahkan! Ingat senang ke nak naik turun tangga? Kalau yang datang tu makcik tua, tak larat, macam mana?

2. Aku disuruh menunggu lebih kurang 15minit masa di atas. Kalau orang atas suruh aku bayar dulu, sure dah settle kan? Sebab aku sampai tingkat atas before kul 4pm.

2. Memang jam 4.00 pm ke kaunter Perkhidmatan Awam kena tutup? Bukankah balik 5pm? Dah tu antara jam 4.00pm-5.00 pm tu masa untuk buat apa? Aku tengok tadi sedap2 jer berbual2, siap dengar gelak ketawa lagi.

4. Aku bekerja. Takkan nak ambil cuti atau tunggu cuti sekolah semata-mata nak ambil dokumen tu? Dahla kena ambil dalam masa dua bulan. Kalau buatnya terlupa pasal ni, macam mana? Orang lain pun ada kerja lain la nak buat, bukannya nak datang mengadap pejabat tu hari2!

 

 

Disebabkan hangin gila, aku terus keluar dengan muka masam mencuka dan naik kereta. Malas dah aku nak naik tingkat 1 balik, kang kalau aku naik, memang habis aku sembur semua. Cukuplah aku meluahkan perasaan dekat 4org bawah tu dengan harapan, sampaikanlah pesanan aku tu ke atas.

 

Aku bukan nak memalukan sesiapa dan mana-mana organisasi pun. Ini pengalaman aku seorang kakitangan kerajaan,  hari ni berurusan dengan sebuah Jabatan Kerajaan sendiri. Kalau macam ni lah, sampai bila-bila pun, kualiti pekerja di kaunter perkhidmatan awam tetap akan dipandang low class kalau budaya kerja yang macam ni..

 

p/s: Dulu pernah meluahkan kekecewaan dengan layanan di HTAA, Anonymous datang menyerbu dan mengutuk aku. Nampaknya lepas ni ada lagi yang akan hinggap. :D Redha.. Tak kena batang hidung sendiri, takpe lah kan :P

10 komen:

Azman Roslan said... [Reply to comment]

perkara biasa dalam perkhidmatan awam.. kerja yang tak berkualiti, tapi kemudahan dapat banyak.. apalah diorang ni..

S.U.F.E.E.N.A.N said... [Reply to comment]

I just don't understand why our people are behave the way they are not supposed to behaved..Menangguh kerja, tak mesra pelanggan, suka-suka suruh orang datang next time (tanpa mengira kesukaran orang untuk kembali datang)padahal hal itu boleh diselesaikan segera..What a low minded and attitude!

Di Uk ni..one thing good about them is, mereka tak pernah say 'no' pada customer dan mereka akan usaha utk settlekannya sehabis mungkin walaupun waktu kerja dah tamat..series..they are very professional and kind too..Kalaulah mereka ini Islam, I could say they are the best umat ever!

orang kita..?usahkan nak tolong mudahkan hal kita, makin menambah beban ye..beban sakit ati dan jiwa!

tehr said... [Reply to comment]

sabar cikgu, sabar
pejabat kerajaan memang banyak macam ni
seantero dunia dah tahu
hehehe

sarah-najwan said... [Reply to comment]

biasalah DJ..banyak sgt kerenah..herankan

bykkn sobar ajolah..jgn jadi mcm hulk tu yer..
takut ai..hehee

Liza said... [Reply to comment]

mmg betul, bila tak kena kat diri sendiri tak rasa....

munna said... [Reply to comment]

selalu kena macam ni... lagi 2 yg dtg berurusan tu bukan org kerja gomen..lagi x berapa nak lyn sgt...

LyNn'Azlina said... [Reply to comment]

sy pun akan jadi cam hulk tu jugak kalo kena kat saya situasi camtu..sakit ati jerkan...
2 yg malas nk berurusan ngan gomen...layanan mmg low class...

rossoneri said... [Reply to comment]

woooo bukan setakat incredible hulk, terus jadi Ultramen kott...

ASSOYFINGER67 said... [Reply to comment]

memang dah terdidik camtu pekerja2 gomen tu....ada yang kejar wang,ada yang kerja lewa jer...kalau tak masakan passpot boleh siap satu hari ,kalau dulu2 3 bulan....itulah pentingnya Islam di terap dalam perkhidmatan awam supaya semua tahu halal haram dan akibat tak nuat kerja....berdoserrrrr..!!!

NGoNgexz said... [Reply to comment]

pergh pns gak dgr cta sis ni.mmg salu menghadapi mslh sebgini kak bila berurusan dgn dorang. salu bertangguh2 & bt keja lmbt. kerenah birokrasi la jwbnya kan. kalo kaa x d antar g training, ada je tiap taun kan.time training plak mcm2 bnda dorang bljr, mcm mana nk berurusan dgn kastmer la, mcm mana nk tingkatkan produktiviti keja la. mana smua 2? aku bkn nk ckp smua orgnz gitu, tp rata2 mcm sm je. sesetgh je ok.

ape2 pun mcm kita ni kalo rasa diri kta berada d landasan btul, kita perlu lawan la. kastemer always rite. & dorang sbg kakitangn awm mana pg 5S yang diterapkan dlm orgnz

calabote..kan dah membebel pjggg

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais