BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , » SBT Sekolah Berprestasi Tinggi | Senarai 23 Buah Sekolah yang baru diiktiraf SBT

SBT Sekolah Berprestasi Tinggi | Senarai 23 Buah Sekolah yang baru diiktiraf SBT

Share

SBT atau Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

 

Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini. Sebelum ini, pada tahun 2010 lepas, sebanyak 20 buah sekolah telah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan semalam, sebanyak 23 buah sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

 

Logo-20-SBT-2010

Logo Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010

 

Senarai 23 buah sekolah yang baru diumumkan sebagai SBT adalah seperti berikut:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Limbang, Sarawak
  • Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu;
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor;
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah;
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
  • Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; <-- sekolah Abang Iparku.
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
  • Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak;
  • Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur;
  • Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur;
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  • Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak;
  • SK Convent Muar, Johor;
  • SK Seri Biram, Pahang; <—jiran sekolahku
  • SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
  • SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
  • SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang;
  • SK Sultan Ismail, Terengganu;
  • SK Jalan Tiga, Selangor;
  • SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang;
  • SJK(C) Lick Hung, Selangor.

    Berikut pula adalah senarai penuh 20 SBT pertama yang diumumkan pada 2010:

     

    • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

    • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

    • Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

    • Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

    • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

    • SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

    • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

    • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

    • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

    • SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

    • SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

    • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

    • Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

    • SMS Muzaffar Syah, Melaka.

    • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

    • SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

    • SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

    • SK Convent Kota, Taiping, Perak.

    • SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

    • SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

        GANJARAN
        Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan anggota khidmat sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek berikut:-
        a. pengurusan kurikulum
        b. pengurusan kewangan
        c. pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi
        d. pemilihan murid

        PERUNTUKAN KHAS
        Peruntukan diberi supaya sekolah dapat melaksanakan aktiviti untuk mempertingkatkan prestasi sekolah dalam aspek pembangunan modal insan, pengantarabangsaan, penyelenggaraan dan ubah suai kecil serta perolehan harta modal.

            LATIHAN
            Pemimpin dan guru SBT akan menerima latihan yang dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). IAB bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada pemimpin sekolah manakala BPG bertanggungjawab untuk memberi latihan kepada guru.

              AUTONOMI
              YAB Perdana Menteri telah meluluskan pemberian autonomi yang merangkumi aspek pengurusan kurimulum, kewangan dan sumber manusia kepada SBT. Pelaksanaan autonomi bermakna pengetua, guru besar, guru dan warga sekolah mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap segala keputusan yang diambil di peringkat sekolah.
              Kesediaan KPM dan sekolah dalam hal ini merupakan input kritikal yang menentukan kejayaan pelaksanaannya. KPM perlu bersedia untuk memberi ruang dan kuasa supaya pelaksanaan Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS) dapat diperluas.
              Khidmat nasihat akan diberi oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) bagi memastikan pelaksanaan autonomi di SBT dilaksanakan dengan berkesan. Agensi KPM yang terlibat untuk membantu SBT bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sekolah adalah seperti IAB, BPG, BPK, LPM, JNJK, BPSBPSK dan lain-lain bahagian yang berkaitan.
              Pemberian autonomi akan meningkatkan kualiti SBT melalui inovasi dan kreativiti masing-masing dalam pengurusan pendidikan mengikut keperluan. Inovasi dalam pengurusan akan berusaha menghasilkan murid cemerlang ke institusi pendidikan terbaik di dunia. Seterusnya, mereka akan menjadi personaliti unggul dalam bidang yang diceburi.

            9 komen:

            pieyaris said... [Reply to comment]

            pernah melawat ke sk seri bintang utara..uish..sekolah ala-ala kolej.. siap ada lif lagi tuh...dasyat..

            Wafiy Suzly said... [Reply to comment]

            sbpi pekan adalh sekolah ku..ehm..ex sekolah tahun lepas..ahaha

            Wafiy Suzly said... [Reply to comment]

            sbpi pekan sekolah saya,opss..ex skul..huhu..cikgu dahlia guru dari sekolah mana?

            IMANSHAH said... [Reply to comment]

            salam

            alhamdulillah, STAR tersenarai tahun ini

            hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

            KISAS satu je skolah menengah agama yang tersenarai.... tahniah....

            CiK QiQi said... [Reply to comment]

            skola den xpernah2 dapat..haish..ehehehhe..tp pe ntah yg dtrime ritu..siap dpt van has untukskola..ape term nye ntah DJ tau x...

            tehr said... [Reply to comment]

            sekolah saya tak masuk senarai pulak
            hehe

            kerjasama semua sangat perlu untuk dapat sbt ni
            pengetua/gb juga mesti bijak

            nur said... [Reply to comment]

            Baru tau ni.. tq DJ.. detail tu..
            Jemput ke:ALL IN ONE

            Anonymous said... [Reply to comment]

            bukan mudah kalau dah diiktiraf SBT ni. banyak aspek yang perlu diperkembangkan. itu tak kira pasal kena kekalkan prestasi. apa pun tahniah untuk smka naim lilbanat yang menjadi smka pertama di kelantan mendapat anugerah SBT...

            Post a Comment

            Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

            ♥ Search This Blog ♥

            Loading...

            ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

            ♥ Post Terkini Dahlia ♥

            ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

            Make your own

            ♥ Tweet tweetttt... ♥

            ♥ Super Very Important Followers! ♥

            Related Posts with Thumbnails

            Menarik!!!

             Banner
            Blogged.my

            ♥ Arkib Blog ♥

            DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais