RM1.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pas Kelantan bertujuan untuk menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin melalui Skim yang dinamakan Skim “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan).
Skim Gerbang Az-Ziwaaj baru sahaja dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, 16 Februari 2011 di Kompleks Balai Islam, Lundang. Program yang bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.
Apa itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?
“Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju negeri berkebajikan.
Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?
Bentuk pemberian yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berbentuk wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon)diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Apakah syarat kelayakan bagi seseorang untuk memohon ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj’ ini?
Syarat kelayakan bagi memohon skim ini adalah seperti berikut :
i) Warganegara Malaysia sahaja.
ii) Rakyat Kelantan yang dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03
@ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
iii) Pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak melebihi RM700.00 sebulan.
iv) Perkahwinan yang pertama sahaja (hanya layak untuk 1 kali tuntutan).
v) Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu (mengikut
kriteria dan budi bicara kerajaan negeri).
vi) Layak dituntut oleh salah seorang sahaja, samada lelaki atau perempuan.
vii) Permohonan mestilah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu
salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil pra perkahwinan, borang pemeriksaan
kesihatan dan 2 keping gambar berukuran passport.
viii) Kerajaan berhak menarik balik kelulusan jika maklumat yang diberikan adalah
tidak benar.
ix) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan kei
Pejabat Urusetia
Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Blok 7,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Bagaimana cara untuk memohon ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?
Cara untuk memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di :
a) Pejabat Kadi
b) Pejabat ADUN
c) Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim
d) Muat turun daripada website Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di
http://www.upibsn.kelantan.gov.my/v2
e) Muat turun daripada facebook “Gerbang Az-Ziwaaj”
Bagaimanaah Cara Penyerahan Saguhati disampaikan?
Cara penyerahan saguhati adalah dengan disampaikan oleh YB ADUN masing-masing pada majlis yang sesuai (misalnya kenduri perkahwinan).
Sumber informasi : facebook “Gerbang Az-Ziwaaj”



22 komen:
Inisiatif yang sangat baik, syabas kepada kerajaan Kelantan.
Alhamdulillah, usaha yang bagus. Permission nak share sekali
a'ah betol, inisiatif yg akan membantu ramai golongan yg berada dikampong2 tuh...ameen
wau.
beruntung nya ya.
bagus tol yerk org klate nie.
alhamdulillah..
wah seronok nih..rugi sapa yg tk join :)
Inisiatif yang bagus! Saya sokong! =)
anastasyea's latest post .. Penghargaan Buat 22 Blogger | Terima Kasih!
Kalau bini orang kelantan, kita tak camne? kalau baru kahwin boleh mohon tak, hehe
Salam.
Kalau rakyat Malaysia tak bolehkah?
Saya nak kawin bulan depan ni.....
Yupp...setuju dengan cara ni. biarlah urusan membina "masjid" di permudahkan. Semoga gejala negatif yg teruk dlm keadaan skg dpt dihindari.
Best2 nih tapi Jai org pahang IC perak, baru nak apply sebab nak kawin bulan 3 nih.. Seorang sahaja boleh apply kan. Bakal org rumah org kelantan... Lepas x nie.. :)
diharapkan skim sebegini dapat diperluaskan ke seluruh negeri di MALAYSIA
wahhh bagus ni
Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang
langkah terbaik mengurangkan maksiat
bagusnye bende ni!
NI BUAT NAK KAHWIN SEKARANG NI..EH NIKAH SEKARANG..HUHU
benar sekali kata orang
berkahwin itu memberi banyak faedah
dunia dan akhirat
mudah-mudahan ambo bleh kawen cepat..aminn..
salam. pasal pemeriksaan kesihatan tu.,.kalau bakal isteri yg memohon, so letak sijil pemeriksaan kesihatan yg bakal isteri jela?
tak dapat nak download pn borang ni.
@Anonymous
try masuk FB dia... ataupun terus ke pejabat utk bertanya
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...