BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » Skim Gerbang Az-Ziwaaj - Anda Bijak Kerana Berkahwin

Skim Gerbang Az-Ziwaaj - Anda Bijak Kerana Berkahwin

Share

180762_192634807424783_191604127527851_604338_2405602_n

RM1.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pas Kelantan bertujuan untuk menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin melalui Skim yang dinamakan Skim “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan).

Skim Gerbang Az-Ziwaaj baru sahaja dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, 16 Februari 2011 di Kompleks Balai Islam, Lundang. Program yang bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

 

Apa itu ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

“Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju negeri berkebajikan.

Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?

Bentuk pemberian yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berbentuk wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon)diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

168391_191607600860837_191604127527851_596254_7397290_n

Apakah syarat kelayakan bagi seseorang untuk memohon ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj’ ini?

Syarat kelayakan bagi memohon skim ini adalah seperti berikut :

i)       Warganegara Malaysia sahaja.

ii)      Rakyat Kelantan yang dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03

         @ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.

iii)     Pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak melebihi RM700.00 sebulan.

iv)     Perkahwinan yang pertama sahaja (hanya layak untuk 1 kali tuntutan).

v)      Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu (mengikut

         kriteria dan budi bicara kerajaan negeri).

vi)     Layak dituntut oleh salah seorang sahaja, samada lelaki atau perempuan.

vii)    Permohonan mestilah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu

         salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil pra perkahwinan, borang pemeriksaan

         kesihatan dan 2 keping gambar berukuran passport.

viii)    Kerajaan berhak menarik balik kelulusan jika maklumat yang diberikan adalah

         tidak benar.

ix)      Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan kei

Pejabat Urusetia

Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Blok 7,

Kompleks Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana cara untuk memohon ‘Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Cara untuk memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di :

a)      Pejabat Kadi

b)      Pejabat ADUN

c)      Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim

d)      Muat turun daripada website Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di

http://www.upibsn.kelantan.gov.my/v2

e)      Muat turun daripada facebook “Gerbang Az-Ziwaaj”

 

Bagaimanaah Cara Penyerahan Saguhati disampaikan?

Cara penyerahan saguhati adalah dengan disampaikan oleh YB ADUN masing-masing pada majlis yang sesuai (misalnya kenduri perkahwinan).

Sumber informasi : facebook “Gerbang Az-Ziwaaj”

22 komen:

Gen Fujita said... [Reply to comment]

Inisiatif yang sangat baik, syabas kepada kerajaan Kelantan.

Rabia Sensei said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, usaha yang bagus. Permission nak share sekali

mzhany said... [Reply to comment]

a'ah betol, inisiatif yg akan membantu ramai golongan yg berada dikampong2 tuh...ameen

pwincess Lov3y dOv3y said... [Reply to comment]

wau.
beruntung nya ya.

pwincess Lov3y dOv3y said... [Reply to comment]

bagus tol yerk org klate nie.

Mr feckry said... [Reply to comment]

alhamdulillah..

Puanbee said... [Reply to comment]

wah seronok nih..rugi sapa yg tk join :)

a n a s t a s y e a said... [Reply to comment]

Inisiatif yang bagus! Saya sokong! =)

anastasyea's latest post .. Penghargaan Buat 22 Blogger | Terima Kasih!

AkuMuzikFilem said... [Reply to comment]

Kalau bini orang kelantan, kita tak camne? kalau baru kahwin boleh mohon tak, hehe

Sabahan Bloggers Club said... [Reply to comment]

Salam.
Kalau rakyat Malaysia tak bolehkah?
Saya nak kawin bulan depan ni.....

Yastro said... [Reply to comment]

Yupp...setuju dengan cara ni. biarlah urusan membina "masjid" di permudahkan. Semoga gejala negatif yg teruk dlm keadaan skg dpt dihindari.

decrewz said... [Reply to comment]

Best2 nih tapi Jai org pahang IC perak, baru nak apply sebab nak kawin bulan 3 nih.. Seorang sahaja boleh apply kan. Bakal org rumah org kelantan... Lepas x nie.. :)

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

diharapkan skim sebegini dapat diperluaskan ke seluruh negeri di MALAYSIA

suffer8zine said... [Reply to comment]

wahhh bagus ni

Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang

saiful said... [Reply to comment]

langkah terbaik mengurangkan maksiat

gadisBunga said... [Reply to comment]

bagusnye bende ni!

pneumedic said... [Reply to comment]

NI BUAT NAK KAHWIN SEKARANG NI..EH NIKAH SEKARANG..HUHU

tehr said... [Reply to comment]

benar sekali kata orang
berkahwin itu memberi banyak faedah
dunia dan akhirat

Anonymous said... [Reply to comment]

mudah-mudahan ambo bleh kawen cepat..aminn..

NurAmalini bt Muhamad Amri said... [Reply to comment]

salam. pasal pemeriksaan kesihatan tu.,.kalau bakal isteri yg memohon, so letak sijil pemeriksaan kesihatan yg bakal isteri jela?

Anonymous said... [Reply to comment]

tak dapat nak download pn borang ni.

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@Anonymous

try masuk FB dia... ataupun terus ke pejabat utk bertanya

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais