Boleh ke semak Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan menggunakan SMS? Barangkali itu bakal menjadi persoalan ramai, tak kira calon SPM 2010 sendiri, para ibu bapa serta guru-guru. Antara nak percaya ataupun tidak. Yerlah, selama ni, bila keluar je keputusan, bekas pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut akan memenuhi sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing. Kalau jauh sekalipun, akan telefon sekolah untuk bertanyakan keputusan mereka.
Tapi, sekarang, lebih mudah! Dengan perkhidmatan SMS yang disediakan oleh MAMPU, calon-calon SPM 2010, ibu bapa dan guru boleh menyemak Keputusan SPM 201o melalui mySMS 15888. Itu yang disiarkan di laman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Panduan / Cara untuk menghantar SMS untuk membuat semakan keputusan SPM 2010 adalah seperti berikut:
Taip SPM SEMAK<jarak> No Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran hantar ke 15888
Contoh:
SPM SEMAK 811118035444 CK008A047 hantar ke 15888
Semakan dengan menggunakan SMS ini boleh dilaksanakan bermula jam 10 pagi 23 Mac 2011 hingga 12 Malam 30 Mac 2011. Caj Penghantaran ialah RM0.15/SMS manakala caj penerimaan ialah RM0.20/SMS.
Beruntung betul kan pelajar sekarang. Semuanya mudah! Tapi bagi aku, lebih best kalau dapat ambil keputusan di sekolah. Berjumpa kembali guru dan teman-teman lama. Pergi ke sekolah sebagai super senior. Sebab itu mungkin kali terakhir kita menjejakkan diri ke sekolah tu dan berjumpa guru-guru lama. Bila dah sambung belajar, bekerja, bukan tak boleh pergi, tapi masa tu yang tak ada.
Apapun, kepada adik2 yang akan mengambil keputusan di sekolah masing-masing esok, harapnya berpakaian dan berketrampilan sopan. Jangan berfesyen seperti orang tidak bertamadun sudah..Macam mana agaknya fesyen calon SPM 2010 sekolah aku esok? Yang pasti, biasanya kalau pakaian tak senonoh, memang kami tidak benarkan untuk mengambil keputusan.



12 komen:
tenkiu
betul tu..
seronok pi amek result sebab boleh jumpa cikgu2 yang
banyak mengajar kita..
pas tu jumpa kawan2 lain..
berkongsi keputusan periksa..
best!!
nice info CD
mintak share yeah :)
Salam.. Dahlia, Kak Nur yg berdebar2 menanti hari esok. Semoga anak didikku semua berjaya hendaknya.. Aminn
tq..... semoga berjaya!
mohon share jugak sis dahlia
perghh gila lah , blom sampai skolah dah boleh tau result . dasyat nii .
x boleh pn...da try tp x valid..huhuhuh...
Anak sedara saya dapat 10A++ untuk semua mata pelajaran dalam result SPM hari ni.. tahniah utk dia
poyo giler anonymous atas ni...
gila betul x dpt check la
haritu ada wat entry ttg ni jugak.. bg kredit kat DJ..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...