Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Tengah semangat ni nak taip entry selepas menggeledah lipstik @ gincu bibir kepunyaan mama, Along, dan Mija. Semuanya gara-gara nak mengenalpasti personaliti dan keperibadian berdasarkan hujung lipstick. Mana aku dapat informasi ni? Kat sekolah petang tadi lah, daripada Kak Wa.
Sementara aku tunggu masa untuk kejohonanan merentas desa sekolah aku tadi, aku sempat lepak dekat meja Kak Wa, then aku tenyeh la Lip Ice Sheer Color aku kat bibir, yerlah, dok dalam aircond, kering woo. Tak sangka berbau wangi sampai semua yang ada dalam staff room tu tegur. Then Kak Wa mintak nak sikit lip ice aku, then dia cakap, “Mie macam Kak Wa, hujung lipstick runcing. Degil!” Bulat mata aku dalam hati mengiakan.
Aik, dengan hujung lipstick pun boleh kenal peribadi ke? Jom kita tengok lipstick kita dan bandingkan dengan sumber yang aku dah translate ni. Lepas ni bolehla intai bentuk hujung lipstick orang lain :D
Tirus tajam:
Anda seorang gadis yang berani, lincah dan agresif. Anda lebih dikenali sebagai gadis yang bebas, tidak suka dikongkong dan sentiasa hendak keluar dari kepompong. Anda juga berani menyahut cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kadang2 anda agak keterlaluan, maka berhati-hatilah dalam setiap tindak tanduk anda. Jangan sampai orang di sekeliling anda merasa meluat dengan anda. Tidak salah untuk berani tetapi biar berpada-pada dan kena pada tempatnya.
Rata:
Bentuk yang rata dan mendatar pada hujung gincu menunjukkan anda seorang gadis yang tenang dan tidak suka pada keadaan yang kelam kabut. Anda juga seorang yang low profile. Bagaimanapun, anda juga haruslah berusaha untuk mengubah sikap dan penampilan anda. Bimbang jika terdapat diantara rakan anda yang mengatakan anda seorang yang lambat, terhegeh-hegeh dan beku!
Bujur: (Macam bentuk gincu mama aku kat gambar atas tu)
Jika bentuk hujung gincu anda bujur, kononnya anda seorang gadis yang ideal dan menjadi idaman ramai lelaki. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bentuk hujung gincu yang bujur ini sexy. Semua orang mudah bersahabat dengan anda kerana sikap anda yang sentiasa ceria dan happy go lucky. Biarpun anda sentiasa sibuk dengan kerja anda, namun anda masih lagi ceria. Ini akan menaikkan semangat anda dan orang disekeliling anda. Maka, terus kekalkan sikap positif anda ini.
Tajam dan condong: (Macam bentuk lip ice aku kat atas tu kan?)
Anda seorang yang cerewet dan terlalu berhati-hati. Anda sering melakukan hal anda sendiri dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling anda. Anda tidak suka bergosip apatah lagi mengumpat teman-teman anda. Bagus!!! Kekalkan sikap baik anda ini kerana ianya akan menjaga hubungan anda dengan teman-teman anda tetapi lebih baik jika anda mengubah sikap anda yang pendiam dan menyendiri itu. Bimbang anda akan dituduh anti sosial dan kera sumbang.
Melengkung ke dalam: (Macam bentuk Along dan adik aku Mija kan?)
Hmm…hati-hati dengan sikap anda. Hujung gincu melengkung kedalam ini melambangkan anda seorang yang rakus, gelojoh dan tidak sabar!! Bayangkan bentuk gincu anda melengkung ke dalam kerana anda selalu tergopoh gapah ketika menyapunya ke bibir. Anda menonyoh gincu itu sekuat hati sehingga bentuknya berubah melengkung kedalam. Anda juga mungkin seorang banyak mulut(mulut murai),suka bergossip dan merasa tidak senang jika ada insan yang melebihi anda. Anda sentiasa mahu menjadi yang teratas dan sanggup berbuat apa sahaja untuk berjaya walaupun terpaksa menggunakan cara singkat dan kotor. Bagus sikap anda yang gigih berusaha itu tetapi mestilah menggunakan jalan yang betul dan diredhai…ubahlah sikap anda…
Credit to: Blog Wan Aqilah
So ladies, how’s ur lipstick end? Kalau sudi, ambil gambar lipstick korang, dan share kat blog! Anyway, bentuk ni dipengaruhi oleh cara pemakaian kita tanpa kita sedari :D



25 komen:
ala....adah xpakai lipstik...xleh nak tengok personaliti yang mana...hehe
eh yeke..ana tak pakai lipstik pun kak dahlia..
adehh susah la nk kenal pasti nih..btw, tanx utk info ni =)
salam,
kita samalah cikgu.. lagi satu orang kata bentuk macam kita tetap pendirian sebab bentuk lipstik tu macam kekal seperti bentuk asalnya kan?
saya pernah baca hal ni masa saya anak dara dulu.. :)
yang sering berubah2 pula macamana?
tak dapat nak detect I yang mana satu lah. confuse. dan gambar pun tak cukup.
t lah try fahamkan lagi
takut jugak nak membaca tafsiran camni... sbb apa yang saya dgr dari ceramah ustaz kasim, hukumnya haram bila mempercayai ramalan dr perwatakkan sifat or benda2 yg berkaitan camtu la. Lebih2 ramalan tarikh lahir yg cukup popular... tafsiran perwatakkan dr gincu ni.. menjuruskan kepada tafsiran perwatakkan manusia juga. kena rujuk balik dgn org yg lbh arif tp rasanya konsep dia mcm sama juga sbb mentafsir sikap & sifat manusia dr sesuatu
ecah pakai lip glose ja..
KENAPE saye xde.....haha
haha,,menarik juga nih
hahaha...terasa kealkar lak ada personaliti melalui gincu ni
@M a W a D D a H
owh...bibir oke xpe..
sis ni kalo xtenyeh, nampak xbermaya jer rasanya muka ni
@♥ Ana Joe ♥
mungkin satu hari nanti pakai kut..hehee
@cikgu isza
owh..sy baru 1st time dgr pasal bentuk liptip ni...
ada ke yg berubah?
@Tasha
:D tak sempat nak cari gambar bebanyak sebabnya nak kuar td
@THE LEKAT LEKIT STORY
tak perlu takut, dan tak perlu percaya dan taksub..
Saya hanya baca dan kongsi ini untuk suka2 je..sometimes baca menda macam ni, kita dpt kenal diri kita, yg mana yg terkena dgn kita, tu kebetulan je.
ramalan banyak dibuat berdasarkan kajian, tapi sampel kajian bukanlah semua, so tak perlu nak percaya dgn apa2 ramalan lebih2 lagi yg kategori tilik nasib masa depan..
yg tu parah, yg ni untuk suka2 ria je
@ecah
yg tu wajib..
lip ice sheer color..
pakai tu je dah cukup merah
@bawang_merah
entahnya..kenapa ek?
@mel
untuk suka2 je mel :D
@LyNn'Azlina
tu laa..
sis pun gelak gila tadi..
saya sama dengan cikgu...nak nanti nak update kat blog sendiri, nak share info ni boleh?
New Entry: [Gambar] SNSD a.k.a Girl Generation di Bako
sy punya macam akak.. tp mcm tak betul je psl personaliti tu.. ehhehehehee.. (padahal x leh terima..hehehehhee)
Ho3.. Bentuk liptik pun ada jugajk melambangkan peribadi seseorg yer... :)
tak pernah pula perhatikan gincu isteri saya
malas nak perhati
bagus je diam diri
nanti diminta beli
habis la duit lagi
haha
lipstik pun leh tafsir kan?..
JOM KE: ALL IN ONE
setelah berlari ke bilik melihat lipstik Ai, maka dimaklumkan keadaannya sama spt foto kanan sekali tu
sengih sengih je
erm....rupenya bentuk lipstik pun ada makna tersirat..hehhehe
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...