Tempoh diskaun bayaran kompaun trafik dilanjutkan selama 10 hari lagi, iaitu sehingga 10 Mac 2011. Itulah yang telah diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Putrajaya hari ini.
Kalau mengikut asal, tempoh untuk pemberian diskaun ni hanya diberi sehingga 28 Februari 2011 sahaja, tapi memandangkan masih lagi almost 17 Juta saman belum dijelaskan, ditambah pula dengan masalah sistem Offline semasa tempoh akhir bayaran hari tu, so kerajaan bersetuju untuk lanjutkan tempoh tu.
So, kepada yang masih belum bayar saman tu, dah sampai masanya korang lunaskan saman yang tertunggak tu. Selepas 10 Mac 2011 ni, jangan haraplah korang dapat diskaun. Rujuk entri Kadar Baru Kompaun Saman Trafik PDRM untuk tengok diskaun. Takda duit? Pandai sangat korang merempit, dah kena saman tak moh bayar? Lain kali berhati-hati di jalan raya tu, bersopan, ikut halaju yang ditetapkan, so taklah nak kena bayar saman pulak. Ada faham? Ceh macam cakap kat diri sendiri pulak rasanya ni.
Saman yang dah aku lunaskan sebelum dipanggil ke mahkamah..
Alhamdulillah setakat lebih 7 tahun aku menggunakan jalan raya di Malaysia ni, adalah 3 saman yang aku kena. Saman menghalang lalulintas semasa bercuti2 Malaysia di Pulau Kukup, saman ekor sebab lebih speed limit 20km/j di bandar Dungun, dan yang terakhir sekali saman sebab gagal mengawal kenderaan masa aku accident hari tu. Aku terbabas dan menyebabkan tiang lampu bengkok di jalan Kuantan-Pekan dekat Penjara Penor tu. Dah kena cabut dah pun tiang tu, tunggu ganti baru lah gamaknya.
Bagi yang tak pernah terima surat saman, semaklah jugak saman, selagi anda mempunyai kenderaan, dan ada lesen memandu, better buat semakan sebelum kena blacklist ataupun dikenakan mata KEJARA tu. Kang sesia tak dibenarkan memandu. Nak semak saman pun senang je sekarang ni, tak perlu susah2 nak ke Balai Polis Trafik. Semak Saman secara Online je, dengan menggunakan NRIC/ID number, Malaysia Vehicle Registration, Passport, Foreign Vehicle Registration ataupun Business Registration.
Sesaknya kaunter PDRM! Jual jus jambu kat luar mesti laku abis!
Pautan laman web / website yang boleh digunakan untuk Semak Kompaun Saman Trafik:
Ataupun, nak semak saman secara SMS di hujung jari anda pun lebih mudah. Cara nak semak saman melalui SMS ialah:
Kalau guna IC, taip kat Mesej –> POLIS SAMAN 87051806xxxx
Kalau guna nombor plet kenderaan –> POLIS SAMAN JHW1234
Lepas tu hantar SMS ke DAPAT | 32728. Kos 15 sen setiap SMS yang dihantar dan 50 sen untuk setiap SMS balas. Jangan lupa semak tau!
Tembak pak, jangan tak tembak!
AUC baru je perabih RM300 untuk bayar saman tembak / ekor sahaja beb.. korang pulak berapa? Tapi ada yang lebih hebat, 9 saman beb! Tapi dia dapat kurang saman ekor dia tu dari RM150, diskaun lagi RM30! Rujuk sini. Mana tahu korang yang ada saman ekor belum bayar lagi pun boleh diskaun lagi kan :D Nasiblah takde polis trafik blog..kalau ada, mesti ramai dah kena saman ekor, aku pun sama, sebab aku pun gila trafik..haha. Biar gila trafik daripada gila judi!
Agak-agak dengan tempoh pelanjutan selama 10 hari untuk bayar saman trafik ni, dapatkah menyedarkan semua yang masih lagi belum bayar, dan capaikah target untuk selesaikan yang 17 juta tu? Wahhhh kalao betul dapat, boleh buat Pilihanraya Umum lah kut? Ataupun boleh bagi pelarasan gaji baru untuk kakitangan awam? Dengar-dengar gosip dok cakap ada 15% increment, betul ke tak wallahualam.



5 komen:
nasib baik ler dah settle awal2, kalau tak sure kelam kabut gak
uishhh....boleh ke capai ek?
yg bbulan2 duk diskaun pun xlepas ni dlm masa 10hari je..
pe2 pun insyaAllah bolehh...
masa start diskaun aritu lagi saya dah g bayar...hari kedua rasanya kalo tak silap...tak perlu nak bersesak2 cam skang
heheh.. suke ayat DJ.. memang kalau ada polis blog, pasti blog DJ kene dulu sebab traffic jam!!
Jemput ke:ALL IN ONE
aku kena saman td..tak pakai helmet..dah helmet basah..kena banjir takkan nak serelung gak ngn lumpur2..bodoh la polis tu..macam la anak2 dorg tu ikut undang2 sangat..so berapa aku kena bayar untuk saman tak pakai helmet ni?
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...