Assalamualaikum WBT.
Dua hari dah tak update blog sebab balik sekolah memang sangat penat. Laptop pun xbukak. Minggu ni minggu busy, bertugas luar sekolah. Semalam di SMK Indera Shahbandar iring pelajar untuk Karnival Sains peringat daerah dan hari ni hingga Jumaat di SHAH Pekan sebagai JK Teknik & Pertandingan MSSD Pekan.
Oh ya, Dahlia taip post ni nak minta cadangan dan pendapat korang tentang tugas baru yang Dahlia dapat sempena sambutan Hari Guru nanti. Standardlah, kalo tak kena buat design banner atau buku program, mesti kena bahagian Hadiah..
Payung – Budget : Less than RM 20
Tugas pertama, kena menyediakan hadiah cenderahati hari guru untuk 130 orang.. Untuk cenderahati Hari Guru, memang setiap tahun cikgu-cikgu sekolah Dahlia akan dapat hadiah dari Kelab Guru. Sumber? Duit Kelab Guru yang kami bayar lah. At least, ada jugaklah hadiah kan, taklah kecil hati tengok member dapat banyak hadiah masa hari guru nanti. Hiks..
Kalau tahun-tahun sebelum ni, hadiah yang pernah dapat ialah towel, sports bag dengan document/laptop bag. Kali ni pulak cadangannya nak bagi payung. Dahlia berkenan dengan payung botol macam gambar bawah ni:
Sumber foto : www.payungbotol.com
Korang rasa ok ke untuk cikgu lelaki dan perempuan? Dah hantar email, tunggu pengesahan dari website tu je. Tapi kalo tak dapat dari situ, korang ada ke kenal mana-mana member korang yang ada buat cetakan macam ni? Yang penting nak payung untuk 130 orang..Prefer payung botol lah.. Kalau ada, bagi tahu ya :D Dah drop jugak mesej di SufiPrint, tunggu feedback. BAckup plan tu perlu …
Hadiah Hari Lahir – Budget : RM10
Tugas yang kedua pulak, kena tempah hadiah hari jadi untuk cikgu2 seramai 103 orang. Memang Dahlia sekarang ni tengah kering idea apa nak beli sebagai hadiah hari jadi ni. Orang kuat Kelab Guru, Kak Zah tu cakap dia nak something yang boleh stand, yang bila tengok boleh senyum, dan lain daripada biasa. Tapi dia tak nak mug sebab dah biasa sangat.
Aku dah lama berkenan dengan Shikaku Glass dari Akamika Gift Shop sebenarnya. Maklumlah, nak tempah untuk kahwin, tatau bila. Hiks..Single n available sekarang ni.
Sumber foto : http://akamikagift.blogspot.com/
So cadangnya, pada side tu akan letak ucapan hari lahir, dan side lain cadang nak letak gambar personal diorang ataupun ikon macam gambar bawah ni:
Korang rasa oke ke kalo korang dapat hadiah hari jadi menda alah ni? Kiranya nanti pada side dia tu aku akan cetak gambar personalized lah kut. Dan mohon kalo korang ada cadangan lain yang lebih menarik dan backup plan sebab takut tak sempat tempah pulak.
Jangan lupa bagi cadangan korang ya :
plSzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




28 komen:
Payung tu cam ok gak
menarik
payung ok sis..tmbh2 musim hujan ni..haha..hujan turun mana kira laki ke prpn..semua kena..so patung sesuai tuk semua lapisan masyarakat .hehe
cantik payung tu...tapi untuk guru lelaki macam tak berapa sesuai..
shikaku glass tu macam stailo je sis...ok je rasanya...
sis try tengok dari Heart beat. macam2 barang ada kat sana....mana tau ada yang berkenan ke...
New Entry: <a href='http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/04/dilema-nak-teruskan-atau-tidak.html>Dilema | Nak teruskan atau tidak?</a>
payung botol tuh nice dan baru r, asyik2 bagi gelas, mug, dan benda2 command (kipas pun dah bese sangat), payung botol tuh nice gak tuh... hehe
kasi payung la cikgu... sekurang2nya ada kegunaannya nanti...
payung tu bagus juga. dan gelas tu memang best kalo siap print gambar sekali, heheh..
payung tu letak nama JOEGRIMJOW kasi surprise skit lagi ok
payung tu ok gak,tapi glass tu lagi best sbb ada gambar personal lagi,susah2 gi tempah je kat heartbeat,skrang ni semua gila pasang iklan tu..termasuklah saya..he..he..
dear DJ.
Kalau untuk payung botol ni memang nice la.. Cari kaler yang universal..
gelas tu pun cantik jugak..
tak kisah kot nak bagi apa.janji bermakna..
payung tu memang sesuai laa.... design yang menarik...
bagi payunglah kak, mug tuh selalu sangat diberi.
Latest Entri :
Biasiswa Tak Cukup, Sedikit Sangat
hadiah utk cikgu ye..
emm..
semua boleh..
payah2 sngt tempah keychain je..
heheh den sokong
Terkini : Telur Ayam Tiruan
dahlia ce tgk kat Heartbeat..byk gak hadiah best2 ;)
cadangan sy, better pilih payung.. sbb byk manfaat.. kalo gelas pecah mcmana?
Entri Terbaru Saya :
Fungsi Sebenar Pisau Pencukur Adalah Untuk Melebatkan Bulu
payung tu ok.. banyak gunanya tapi yang kedua tu.. tinjau2 lainlah.. nak bagi idea.. tak dapat fikir lagi
salam.. payung tu good suggestion, tp fr my experience payung yg jenis mcm tu tak tahan lama.. tp yg i bli tu bukan from dat website la..
nampaknya ramai pilih payung.. hehe
This is my latest entry :
Blogger Popular Sombong?
salam..tgok blog saya..rahsia terbongkarnya simbol misteri!!!
idea yg bernas! payung botol..trend skang..suker kalo dapat..unik!
Dh ramai yg bg idea...menjadikan gua hilang idea...hehehe
susah sangat, bagi aje kain sejadah sorang satu. Tidakpun, yang laki bagi kain pelekat, yang perempuan bagi kain batik. Hehe..lari budget..
en. titan pun ada sini...
payung tu okey tapi warna tu utk cikgu lelaki haruslah macho sikit...dua2 pun oke lah sis...
payung nice..kami pernah dapat dulu..sampai skrg guna
BEST JADI CIKGU KAN..LEH GAK DAPAT HADIAH...
JUALAN KOMPUTER TERMURAH..KUNJUNGI KOMPUTER FAIR TERKINI DI TEMPAT ANDA SEKARANG
SOFTWARE KEMBALIKAN DATA HILANG DALAM PENDRIVE ANDA
salam cikgu,
pertama kali singgah,
payung pun ok jugak. cuma kena pilih yang sesuai dengan jantina. Yang cikgu perempuan bagi payung ada bunga-bunga, lelaki bagi colour kosong. Bagi kat cikgu lelaki pun sesuai
@Admin
ehh..takleh ada kat sini ker...
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...