BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , » Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2011

Share

IMO

Olimpiad Matematik Antarabangsa ataupun  International Mathematical Olympiad (IMO) adalah Kejohanan Pertandingan Matematik Dunia untuk kesemua pelajar sekolah menengah dan diadakan setiap tahun oleh negara yang mengambil bahagian.  Olimpiad Matematik Kebangsaan  (OMK) yang pertama diadakan tahun 1959 di Romania, dengan tujuh negara menyertai. OMK ini telahpun berkembang ke lebih 100 negara dari lima benua. Badan Penasihat Olimpiad Matematik Kebangsaan akan memastikan bahawa persaingan berlangsung setiap tahun dan bahawa setiap negara tuan rumah mengamati undang-undang dantradisi dari IMO.

Di Malaysia, Pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Kebangsaan ini lebih dikenali dengan judul Olimpiad Matematik Kebangsaan ataupun OMK. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar sekolah menegah di Malaysia. Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) ini merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik
Malaysia (PERSAMA) dan diadakan serentak di ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengahari

Tempat : Di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia.

Seperti sebelum ini, pertandingan Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

Kategori Bongsu Tingkatan 1 dan 2
Kategori Muda Tingkatan 3 dan 4
Kategori Sulong Tingkatan 5, 6 / Matrikulasi / yang setara dengannya

 

Mulai tahun 2010, pusat penyelarasan OMK adalah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor . Walau bagaimanapun, pusat pertandingan OMK 2011 masih lagi mengikut format tahun-tahun sebelumnya, iaitu peserta-peserta OMK 2011 akan menduduki pertandingan OMK 2011 di negeri masing-masing. Maklumat terperinci tentang pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman web PERSAMA selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan.


Seramai 40 orang peserta OMK yang memperolehi pencapaian cemerlang akan disenarai pendek dan dipilih untuk menyertai Kem-kem Intensif IMO (International Mathematical Olympiad) kendalian pihak PERSAMA.  Di akhir kem intensif tersebut, seramai enam orang pelajar akan mewakili Malaysia dalam pertandingan IMO.


Berikut merupakan beberapa makluman berkaitan OMK 2011.


a) Yuran Penyertaan OMK2011
Untuk makluman,OMK adalah pertandingan berkumpulan. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan adalah 4 orang, manakala bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Berikut adalah yuran penyertaan bagi OMK 2011.


Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi Persama
Pasukan pertama : RM 32.00
Pasukan berikutnya : RM 44.00


Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi Persama
RM 100.00 bagi setiap pasukan.

(Tuan/Puan boleh memohon untuk menjadi Ahli Institusi Persama dengan yuran sebanyak RM50.00 dan sekaligus menyertai pertandingan ini dengan kadar bayaran Ahli Institusi Persama)


b) Pendaftaran OMK 2011
Pendaftaran dan penyertaan sekolah/kolej hendaklah dibuat secara “online” di laman web http://persama.org.my. Pendaftaran pasukan-pasukan sekolah/kolej tuan/puan boleh dilakukan melalui laman web tersebut dengan cara berikut:


1. Daftar Masuk laman web ini dengan menggunakan Login ID dan Kata Kunci. Jika belum mempunyai Login ID dan Kata Kunci, sila klik butang “Daftar” terlebih dahulu (setelah berdaftar, sila simpan Login ID dan Kata Kunci yang sama untuk kegunaan seterusnya). Login ID dan Kata Kunci yang telah digunakan sebelum ini masih boleh diguna semula.


2. Lengkapkan Borang Pendaftaran OMK di laman web ini. Lengkapkan maklumat sekolah, guru pengiring, bilangan pasukan, maklumat peserta dan lain-lain. 3. Cetak Borang Bayaran OMK. Lengkapkan borang bayaran tersebut dan hantarkan borang tersebut bersama bayaran lengkap kepada Penyelaras OMK 2011 .

 
c) Tarikh Tutup Pendaftaran OMK 2011
Pendaftaran penyertaan lengkap secara “online” beserta pembayaran yuran penyertaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 9 Mei 2011. Aplikasi pendaftaran akan ditutup selepas 9 Mei 2011.


Tuan/puan juga boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai OMK 2011 melalui laman web rasmi PERSAMA seperti berikut: http://persama.org.my. Klik di bahagian “Info OMK 2011” (bahagian sebelah kiri laman web), dan klik pada bahagian “Surat Hebahan OMK 2011” untuk maklumat seterusnya, serta klik pada bahagian “Maklumat Lanjut OMK” untuk maklumat lanjut. Segala maklumat lain berkenaan OMK boleh didapati melalui laman web tersebut dan ia akan dikemas kini dari masa ke semasa.

 

Maklumat lanjut Pertandingan Klik Disini

Keputusan OMK 2010 Klik Disini

Kredit : Blog Tips Peperiksaan UPSR PMR SPM

7 komen :

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

Logo pertandingan tu memang menarik laa..... nice design

DaHLia said... [Reply to comment]

@hazman aka species1980

logo tu memang logo IMO sedia ada... copy jer :D

2011 said... [Reply to comment]

hehe..dulu saya pernah join olimpiad ni..tapi soalah susah giler.huhu

cikgu umi ada bagi teknik best matematik. download kat sini
http://url.my/rahsiamatematik

abrablog said... [Reply to comment]

da besar. tak leh ikut dahh..

Anonymous said... [Reply to comment]

klu nk jd urusetia blh x?

NUR said... [Reply to comment]

owh.. baru tau ni..

Hariz Asyraf said... [Reply to comment]

assalam.. keputusan omk 2011 bile nak keluar?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais