BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » Sembilan Lagi Sekolah Diiktiraf SBT Sekolah Berprestasi Tinggi

Sembilan Lagi Sekolah Diiktiraf SBT Sekolah Berprestasi Tinggi

Share

Sebanyak sembilan buah sekolah lagi diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Dua bagi Kumpulan Kedua, yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman 9 buah sekolah ini menjadikan jumlah SBT pada tahun 2011 sebanyak 32 selepas pengumuman 23  buah sekolah Berprestasi Tinggi dibuat pada Februari lalu. Jumlah keseluruhan sekolah yang telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sejak tahun 2010 (SBT Kohort Pertama) sehingga kini adalah 52 buah di seluruh negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi diberikan status SBT tahun ini ialah 50 buah sekolah. "Ia dicapai melalui program handholding atau bimbingan kepada sekolah-sekolah yang berpotensi, yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan masing-masing untuk mencapai status SBT," katanya pada majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2, di sini, hari ini.

Senarai Sembilan sekolah tersebut ialah seperti berikut:

Kategori Sekolah Menengah

1. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban; (dulunya dikenali sebagai SASER)

2. Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu;

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong, Kuala Terengganu 

4. Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak.

5. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan;

6. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor 

7. Sekolah Menengah Agama Naim LilBanat, Kota Bharu, Kelantan.

 

Kategori Sekolah Rendah

1. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dan

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu.

>> Senarai Keseluruhan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 20110 dan 2011 yang diumumkan sebelum ini.

 

Sebelum pengumuman SBT ini, terdapat SBT yang dilawati oleh negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland bagi tujuan penandaarasan untuk membuktikan bahawa sekolah ini telah berjaya menarik minat negara lain untuk mengadakan kerjasama bagi tujuan peningkatan pencapaian secara keseluruhan.

Pengiktirafan SBT tertakluk kepada satu set KPI merangkumi bidang akademik (50 peratus), kokurikulum (30 peratus), Jaringan dan Jalinan (10 peratus) dan Etos & Watak Sekolah (10 peratus).

Maklumat penuh berkenaan keistimewaan, ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), bagaimana sekolah boleh dilantik menjadi SBT, dan kenapa perlu diiktiraf sebagai SBT, semuanya boleh dirujuk di sini.

14 komen:

Razis said... [Reply to comment]

agak2 bile la bekas sekolah aku nk msk SBT nie.

Anonymous said... [Reply to comment]

Alhmdlah..berkat usaha semua- TAHNIAH kepada sekolah yang berjaya dan teruskan perjuangan ..SYABAS

Feez™ said... [Reply to comment]

yeah..my school is on the list..SMESH ^^

Anonymous said... [Reply to comment]

alhamdulillah berhasil juga usaha saser. just nak inform,Sms Tuanku Munawir tetap dikenali sebagai saser walaupun sudah berubah nama :)

Lin Azlina said... [Reply to comment]

tahniah buat semua sekolah yang terlist tu..kekalkan prestasi anda yer

Hanif said... [Reply to comment]

Melaka tak der lak!!! huhuhuhu. dulu Sekolah Tinggi Melaka..

blogkereta said... [Reply to comment]

tahniah pada murid2 dan guru sekolah terbabit... terus kan usaha

KiD said... [Reply to comment]

ni kira macam skolah kluster ke?
SMS SALEHA GENTING HIGHLANDS bila laa nak jadi cam tu.. hehe

shamizu said... [Reply to comment]

harap-harap cikgu yang sekolah terpilih jadi sekolah berprestasi tinggi dapat kerja lagi cemerlang.
Tahniah

Anonymous said... [Reply to comment]

saser dpt, yeaaah

Anonymous said... [Reply to comment]

smka pertama mendapat title SBT..congrats..i miss my scholl SMKA Naim Lilbanat

AdSassin' said... [Reply to comment]

yeay, sekolah saye tu SMK Lembah Bidong :) Umo dy baru 7 tahun, haha.

zahir said... [Reply to comment]

yeah..SMESH sekolah berprestasi tinggi..

Muhammad Faiz Hazim said... [Reply to comment]

k...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais