Tak dinafikan, lagu Kisah Hati nyanyian Alyah ni memang meruntun jiwa lah! Tak sangka pulak lagu Kisah Hati ni dijadikan lagu tema ataupun Original Soundtrack untuk Drama Stanza Cinta yang bersiaran setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3. Boleh baca sinopsis Stanza Cinta di sini.
Episod Pertama Stanza Cinta tadi memang beri impak yang baik untuk terus menonton Drama tu. Memang sesuai sangat gandingan Nur Fathia yang sememangnya nampak sopan dan lembut, berpasangan pula dengan jejaka idaman wanita Malaysia, Seth Tan tu.. Harapnya Drama Stanza Cinta ni tidak mengecewakan :D
Jom layan Video Klip lagu Kisah Hati Alyah & Remy Ishak – OST Drama Stanza Cinta (Slot Zehra?) TV3 ni dulu.. Video Klip ni mendapat lebih 100k hits kalau tak silap aku, kawan aku yg bgtau. Video Klip Kisah Hati ni jugalah yang pernah menjadi gosip besar dan Melodi pernah mintak ulasan Tiz Zaqyah sebab diperkatakan bahawa Alyah ni sengaja menggeselkan badan kat Remy Ishak. Anyway, bukan ke Alyah sekarang gosip dengan Dato Ramli MS? Tettt… lupe, dah taubat nasuha, taknak gossip2 ni..hiks
Lirik Lagu Kisah Hati Alyah – Kisah Kita (Lagu Tema OST Stanza Cinta TV3)
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Lagu Kisah Hati ni dicipta dan liriknya ditulis oleh "Manusia Putih". Siapakah gerangan yang bernama Manusia Putih ni ya? Memang puitis dan sungguh indah lagu ni.. bagi aku! Video Muzik Kisah Hati – Alyah ni diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, dan diterbitkan oleh The Media Hustler. Tempat Rakaman Video Klip Alyah – Kisah Hati ni dibuat di Empangan Tasik Timah Tasoh, Perlis. Cantik kan lokasi penggambaran yang dipilih ni. Subhanallah!




11 komen:
siapa laah Manusia Putih tu yea..? :)
kalau nak tgk episod last je boleh tak??...:D
klu ikut pengarah sruh dia gesel teruk lg, tp dia x maw... hahaha... :P
lagu dia memang best gila...
wah tu ker jejaka idamnan wanita malaysia?
hehhee
tak berapa suka lagu tu...tapi asal tengok aaron mesti ingat balik lagu ending cita nora elena...hehehe
hoho..mesti ramai orang perempuan cari lagu nih..hehe
Kureng sikit bab2 lagu slow camnih...hehehe
Kilang Proton Shah Alam 1985
best best!
ha ini yang kluar melodi hari tu kan,
tapi lagu dia nice la...
ada soul la orang kata, kan asis :)
empangan timah tasoh! dkat umah aku!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...