Mesti ramai yang bergelar pekerja tersenyum-senyum tatkala membacakan tajuk atas ni kan? Dalam kepala pulak dah terbayang-bayang nilai tambahan gaji setiap bulan. Jangan berangan duluuuu!!!
Sumber ni aku baca dari Kosmo Online pagi ini. Jom baca yang sebetulnya.
KUALA LUMPUR – Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly Malaysia) meramalkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran akan terus meningkat dalam sektor- sektor pertumbuhan dengan kenaikan gaji antara 15 hingga 20 peratus pada tahun ini dan tahun depan.
Menurut Pengarah Urusan Singapura dan Malaysia Kelly Malaysia, Melissa Norman, sektor- sektor terlibat adalah perbankan dan kewangan, teknologi maklumat, kejuruteraan, perkhidmatan, digital, telekomunikasi, bioteknologi dan sains hayat.
“Kami melihat terdapat aliran keluar pekerja-pekerja berkemahiran ke negara-negara serantau, namun demikian, mobiliti bakat juga berlaku di dalam negara dengan para pekerja berkemahiran ini sanggup berubah tempat kerja.
“Di samping itu, majikan juga dilihat sanggup membayar gaji yang lebih tinggi bagi pekerja yang mampu bergerak sendiri dan memerlukan latihan yang minimum dalam organisasi mereka,” katanya pada majlis pelancaran buku Pandangan Pengambilan Pekerja dan Panduan Gaji 2011/12 atau dikenali sebagai Panduan Gaji Kelly di sini semalam.
So, bukanlah semuanya oke. Memang aku akui, dengan keadaan sekarang ni, kalo dapat naik gaji, memang rasa lega sangat. Tapi tak mungkin berlaku, Memang susah nak jangka. So, sebaiknya seseorang pekerja tu cari sumber lain untuk menambahkan pendapatan, bukan hanya fokus pada gaji je. Jual burger ke, keje pam minyak dsb, yang penting biarlah kerja tu halal.
p/s: Pada blogger yang nak duit lebih, ni ada promosi best untuk korang dari Bro Denaihati dengan Bro Framestone



9 komen:
tapi bergantung kpd kemampuan company nak bagi kenaikan gaji sebab kenaikan gaji bermakna kenaikan kos kpd syarikat.Kenaikan kos kpd syarikat pada masa yg sama akan mengurangkan margin keuntungan dan memberi kesan kepada prestasi kewangan syarikat.Jangan lak nanti gaji naik bonus pulak tak de.
Kelly?? ini majikan aku nih.. yeay! gaji nak naik.. :)
Bagus la...dah lama tak rasa naik gaji macam tu...
harap2 betulla..tapi kalau swasta, memang kena ikut decision bos la.
yeke..naik gaji tu berdasarkan warna kulit..lain warnanya..lain pulak gajinya walaupun sama jawatan..ini pengalamn masa lepas saya...
bestnya kalau gaji gomen staff naik..huhu
Hehehe...kalau ler dapat nilai tu...sodap gak..maklum ler semer mender nak naik dh nih...
akak tak kerja tapi selalu mengaharapkan gaji suami naik..hehhehe
dah lama gaji tak naik.. huhu
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...