Kadar zakat fitrah bagi tahun 2011 sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang. Zakat Fitrah merupakan zakat yang perlu ditunaikan oleh orang Islam sepanjang bulan Ramadhan dan merupakan rukun Islam yang ke 4 selepas berpuasa di bulan Ramadan.
Kadar zakat fitrah tahun 2011 mengikut negeri di Malaysia boleh dilihat dalam jadual bawah ni.
Sumber : Kadar Zakat Fitrah Tahun 2011 Mengikut Negeri .. Tapi jadual atas ni ada ralat.. Sila refer pada kadar zakat fitrah 2011 dalam Jadual di bawah. TQ
| Bil | Negeri | Kadar Zakat Fitrah |
| 1 | Johor | RM 7.50 |
| 2 | Kedah | RM 7.00 [sumber] |
| 3 | Kelantan | RM 7.60 |
| 4 | Melaka | RM 6.30 |
| 5 | Negeri Sembilan | RM 6.50 |
| 6 | Pahang | RM 7.30 [sumber] |
| 7 | Pulau Pinang | RM 7.30 [sumber] |
| 8 | Perak | RM 7.00 |
| 9 | Perlis | RM 6.00 [sumber] |
| 10 | Selangor | RM 7.00 |
| 11 | Terengganu | RM6.00 / RM7.00 / RM8.00 |
| 12 | Sabah | RM7.70 |
| 13 | Sarawak | RM 7.50 |
| 14 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya | RM 5.20 |
Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.



6 komen:
thanks...
perak masik sama.
terima kasih.
zakat fitrah johor tuh salah sis dahlia rm7.50 .. bukan 6.50... diaorang tersilap taip lah kot..
Tiap2 tahun, abg tolong bayarkan =)
www.anastasyea.com
kadar zakat fitrah di selangor adalah rm7 bukannya rm5.20. Kadar rm7 adalah sama dengan kadar tahun lepas. sila rujuk e-zakat.com.my
Selangor salah la broooo.... RM7.00. Sila rujuk www.e-zakat.com.my
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...