Umum dah mengetahui bahawa pada hari Sabtu ini, 2 Julai 2011 akan berlangsungnya Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011. Dengan itu, kesemua warga sekolah-sekolah di Malaysia ni akan mengadakan larian serentak ini di kawasan masing-masing. Ini bertepatan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang bertujuan untuk memastikan setiap seorang murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
**Klik Untuk maklumat lanjut mengenai Dasar 1 Murid 1 Sukan (fail pdf)
Majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.
Acara bersejarah ini merupakan larian terbesar yang akan disertai oleh murid-murid sekolah akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR). Cikgudahlia tak dapat join Larian Serentak ni sebabnya berada di Uitm Shah Alam untuk Seminar Memperkasakan Generasi Muda. Lama jugak ni tak berlari. Yang bestnya, seluruh warga sekolah akan berlari pada hari tersebut termasuklah guru-guru dan kakitangan lain. Selamat berlari ya semua warga kerja sekolah di seluruh Malaysia. Semoga Dasar 1M1S 1Murid 1Sukan ni dapat mencapai objektifnya. InsyaALLAH.
Lagu 1M1S {klik untuk dengar}
Semarakkan 1 murid 1 sukan
Bersatu kita wujudkan perpaduan
Tingkatkan kecemerlangan 1 bangsa malaysia
Berdisplin bersukan meningkatkan imej negara
Melahirkan bangsa sihat 1 malaysia
Demi mencapai wawasan negara
Semarakkan 1 murid 1 sukan
Menjadi contoh pelajar terbilang
Peningkatan ilmu dan beramal
1 murid 1 sukan terus cemerlang
Amalkan semangat kesukanan
Tingkatkan mutu sukan malaysia
Semangat setiakawan amalan kita
Semoga rakyat makmur sejahtera malaysia
Berdisplin bersukan meningkatkan imej negara
Melahirkan bangsa sihat 1 malaysia
Demi mencapai wawasan negara
Semarakkan 1 murid 1 sukan
Menjadi contoh pelajar terbilang
Peningkatan ilmu dan beramal
1 murid 1 sukan terus cemerlang
Kita jayakan
Ciptaan: Abdul Razak abd rahman
p/s: Tawaran hebat untuk semua yang bergelar blogger sahaja…



17 komen:
macam2 1 malaysia skang...huhu...semua nk mencipta rekod
lari pakai baju kuning..confirm lari laju lepas kena kejar dengan polis nanti..sure boleh pecah rekod
hari tu dah jadi perintis kepada kem 1 murid 1 sukan..yang herannya esok baru dilancarkan tapi kem dah dijalankan bulan 5 aritu
kami di IPG pon kena lari gak
:D
nice entry
http://www.my-shopping2u.com/
wahh..main lari-lari plakk..
memang meriah hari ini
memang best...jeles plak tengok budak2 sekolah berlari2 tadi...hehehe
memang ramai budak2 sekolah termasuk cekgu2 berlari pagi tadi....hehehe
BEST GILER TADI KAT SEKOLAH....LARIAN 1 MURID 1 SUKAN
Sis DJ lari ke tak tadi?.. Rata rata nampak budak2 sekolah ni jalan je.. Tak lari pun.. Hehe
hoho..ankku xjoin pun..gamaknye bebudak darjah 1 dan 2 x kena kot...
sy xdpt lari cikgu.. ada masalah...
semuanya nak 1Malaysia.. :)
-------------------------------------------
nak ajak join komuniti blogger Malaysia di http://www.ohbelog.com/...
join dan dapatkan traffik FREE...
lame dah tak lari2 nih...klau suh buat skg mau pengsan tgh jalan wooo...hehehe
hai..nice blog! Feel free to follow..mekaseh =)
http://www.duniakiesya.blogspot.com
best lagu die!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...