Hari ini, kesemua calon PMR 2011 yang bersekolah di Pahang akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2011 peringkat Negeri Pahang. Termasuk pelajar sekolahku sendiri, seramai lebih kurang 245 orang pelajar Tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan percubaan PMR 2011 selama seminggu ini sebelum menghadapi peperiksaan PMR 2011 yang sebenar menjelang awal Oktober nanti.
Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Negeri Pahang dijalankan serentak di seluruh sekolah menengah di Negeri Pahang mengikut ketetapan dalam Jadual seperti berikut:
| Hari | Mata Pelajaran | Jenis Penilaian | Tempoh Peperiksaan |
| 15.08.2011 Isnin | Bahasa Melayu (Kertas 1) Bahasa Melayu (Kertas 2) Sejarah | Aneka Pilihan Esei Aneka Pilihan | 1 jam 2 jam 1 jam 15 minit |
| 16.08.2011 Selasa | Pendidikan Islam Bahasa Inggeris (Kertas 1) Bahasa Inggeris (Kertas 2) | Struktur / Esei Aneka Pilihan Esei | 2 jam 1 jam 1 jam 30 minit |
| 18.08.2011 Khamis | Matematik (Kertas 2) Matematik (Kertas 1) Bahasa Cina (Kertas 1) | Struktur Aneka Pilihan Aneka Pilihan | 1 jam 30 minit 1 jam 15 minit 1 jam |
| 19.08.2011 Jumaat | Bahasa Arab Bahasa Cina (Kertas 2) Geografi | Struktur/Esei Esei Aneka Pilihan | 2 jam 30 minit 2 jam 1 jam 15 minit |
| 22.8.2011 Isnin | Kemahiran Hidup Sains (Kertas 1) Sains (Kertas 2) | Aneka Pilihan Aneka Pilihan Struktur | 1 jam 30 minit 1 jam 1 jam 30 minit |
PMR = Penilaian Menengah Rendah 2011
Walaupun pada awal tahun, aku tidaklah ditugaskan untuk mengajar pelajar Tingkatan 3, memandangkan ada lagi kelas peperiksaan SPM lain yang perlu aku fokus, aku juga masih berpeluang memberikan sedikit khidmat bakti untuk calon-calon ini sejak hampir 2 bulan yang lepas.
Semua gara-gara rakan sekerja yang cuti bersalin selama 90 hari, Kak Nadzifah dah terlebih dahulu memohon bantuanku untuk membantu pelajar-pelajarnya. Terpaksalah kukorbankan kelas Sains Tingkatan 2 ku dan digantikan dengan Sains Tingkatan 3 sebanyak dua kelas.
So, memang berharap sangat, pengorbanan aku tu berbaloi dan calon PMR 2011 kelas 2KAA dan 2K2 dapat meningkatkan prestasi mereka dan gunapakai tips2 yang dah aku bekalkan sepanjang hampir 2 bulan kami bersama. InsyaALLAH. Semoga kalian dapat menaikkan kembali ranking sekolah kita sebagai Top 5 di Pekan seperti tahun-tahun sebelum ini apabila keputusan PMR 2011 diumumkan pada Disember 2011 kelak!
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UNTUK CALON PMR 2011 NEGERI PAHANG.
Tips Menjawab Sains PMR Kertas 2
Tips Sains PMR Kertas 2 lagi..yang terbaru kut..
Soalan Percubaan PMR 2010 Negeri Pahang
Soalan Percubaan PMR 2009 Negeri Pahang
Kalau ada soalan yang tidak dapat didownload dan sebagainya, harap maklumkan dengan emel ke dahliajournal@yahoo.com . Kertas Soalan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Negeri Pahang akan dimuat naik (upload) setelah Peperiksaan Percubaan PMR 2011 Negeri Pahang ini berakhir secepat mungkin memandangkan tiada softcopy dibekalkan.



7 komen:
ooow... sekolah kat selangor start percubaan khamis nie.. lambat sikit aar, macam mama x seriau aa time nie, time percubaan spm br macam kucing nak beranak, risau budak2 5c dapat brape..tuw la cikgu, mak bapak x risau cikgu plak risau kan... yup.. bonus dah masuk.. releasekan tension nak tanda kertas tuw.. jom terjah JJ???
semoga diorang dapat jawab soalan dengan tenang dan yakin....
semoga calon2 spm tu dapat jawab dengan tenang dan yakin....
salam ramadhan...mm..dah takde adik yg amik PMR..kalau adapon..yang bongsu sekali SPM tahun ni. Anyway. baru add blog dahlia ni..banyak sgt infor berguna..
auww....seramnye...mnanti hri khamis nie....hope bole bwt laaa...huhuu
trial pmr d kedah buat minggu lepas. Skrg trial spm. D best of luck to all candidates.
kenapa skema jawapan sejarah 2010 pahang banyak salah ??
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...