Jangan Lupa Namaku nyanyian kumpulan Pompa Bensin meniti bibir peminat-peminat drama Ramadhan Terakhir yang ditayangkan di TV3. Pompa Bensin? Sebuah nama band yang pelik, dan yang misterinya, tidak mudah untuk mencari ahli kumpulan di sebalik Pompa Bensin tu setakat ni. Sehinggalah mereka sendiri mendedahkan diri mereka di Laman Fanpage Pompa Bensin.
Serba Sedikit Mengenai Pompa Bensin…
Apa Maksud Pompa Bensin?
Tadi ada baca di blog Jefrizal, Pompa Bensin ni bermaksud Pam Minyak dalam bahasa Indonesia. Patutlah dalam Profile Picture Pompa Bensin ni banyak gambar pam minyak pun!
Siapa ahli kumpulan POMPA BENSIN?
POMPA BENSIN adalah sebuah kumpulan band khas yang ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia in 2009. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang menggelarkan diri mereka A+ sebab kesemua mereka yang terlibat di sebalik nama itu bermula dengan huruf A iaitu AzmAiza Y (vocals) and AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar) dan Aidan Haliqa (vocals). Kesemua mereka berempat terlibat dalam penulisan lagu dan penerbitan.
Gambar ahli kumpulan Pompa Bensin… ada ke?
Tak jumpa lagi gambar keseluruhan ahli kumpulan ni walaupun nama mereka dah didedahkan. Tapi, aku agaklah, mereka yang berdiri di sebalik nama Pompa Bensin adalah seperti berikut:
AzmAiza Y = Azma Aizal Yusof = Isma Yusof
Azma Aizal Yusof ataupun nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof ni pelakon. Watak pertama yang aku kenal dia adalah En Butang masa dia berlakon dengan Sharifah Amani, dalam drama Cinderella kut?
[Facebook Azma Aizal Yusof] [Fanpage Azma Aizal]
AG = AG Coco = Mohd Hezry Bin Haji Mohd Hafidz
Firasat aku menyatakan, dia lah AG Pompa Bensin! Kenapa? Sebab dalam Info Page Pompa Bensin, ada link nama dia. Kalau nak lihat gambar rupa AG ni, korang lawat je mana-mana link yang aku sediakan ni ye… Ag Coco ni pernah mengiringi band HUJAN. Dia juga pernah hampir digosipkan dengan Stacy!
[Facebook AG Coco] [Blog AG Coco] [Website AG Coco] [Twitter AG Coco]
Andra Ahmad
Yang ni aku masih lagi tak berjaya nak men”detective conan” siapakah pemilik nama Andra Ahmad ni agaknya. Tapi mungkin juga betul kata Esma Daniel dalam twitternya?
So, adakahh Andra Ahmad adalah memang benar Aqasha? Rasanya betul dah kut.. sebab Fanpage Pompa Bensin pun ada menyenaraikan Aqasha. Even kalau dengar betul-betul pun, memang kedengaran jelas macam suara Aqasha. Tapi aku tak sure lah sebabnya nama penuh Aqasha Mohd Ferdie Aqasha kalau tak silap. Tapi who knows, mungkin guna nama lain kan..macam ahli kumpulan lagi satuu tuu..
[Blog Aqasha] [Facebook Aqasha] [Twitter Aqasha]
Aidan Haliqa = Nadia Aqilah
Mengena kan? kalo diterbalikkan, Aidan Haliqa tu akan jadi Nadia Aqilah. So, benarlah tekaan ramai yang salah seorangnya adalah Nadia Aqilah tu
[Facebook Nadia Aqilah] [Website Nadia Aqilah]
By the way, ini hanya tekaan aku.. entah betul entah tidak, tunggu jer bila Pompa Bensin keluar mendedahkan diri mereka kepada umum melalui sidang media ke, kena interview ataupun senang-senang bila Video Klip Rasmi lagu Jangan Lupa Aku tu keluar nanti.



20 komen:
wah.rajinnya menyiasat.hebat.
butang .. hihihi uncle suka tengok lakonan dia masa kat drama cinderella .. berbakat jugak depa ni
sonok jugak kan meng'reveal' ahli kumpulan ni kan...hehehehe....
@nizamsani
cita-cita dulu keje Forensik..hehe
tapi tersangkut, jadi cikgu je laaa
@uncle hyree
tu laaa...
kelako masa tu, memang BUTANG glemer lah!
best lagu diorang!!!.. okelah kan sb xover popular dulu,... respect cr mereka.. low profile :D
@tieha ismail
tu laa pasal...sejak subuh tadi menyiasat, post dah siap awal, tp hold dulu utk laluan post lain.hehe
hoh..dah mcm detective conan dah..seb baik tak de org mati..kalau tak kompom setel problem tu..
laa mati mati ingat dari indon..hehehe..
tapi mmg suka la lagu dia..unik...dan sedap didengar. kena pulak dengan drama tu...
tapi yg pasti suara pompuan dlm lagu tu mmg ada mirip suara nadia aqilah ni. besh kan lagu ni
wahh, penganti detective conan ni..
1st time dengar lagu nie memang dah suka sangat....hope ada lagi lagu diorang revealkan....
ahaks! my blog post link! Terima kasih tuan tanah!
best giler lagu ni..lentok siut. yg paling bestnyer c butang plak yg nyayi....x sangka tol
cikgu,sangat hebat deduction cikgu
saya peminat detektif conan sangat kagum dengan cikgu
d(^_^)b
btul laa..terernye anda men'detektif conan'kan diri anda..taniah!!
Mmg best lagu n kisah cerita nie..ia memberi kesedaran pd kita ttg erti kehidupan blandaskn dua cara berbeza iaini bpaksikan pd agama atau mengikut nafsu..jd pilhlah yg terbaik wt diri kite..
patut la mcm familiar je suara......
sedap lagu ni......
Andra Ahmad tu nama anak Aqasha :)
best group ni...
andra baby aqasha. btl la aqasha. tahniah :)
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...