BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , , » Masterchef Malaysia | Barisan Juri Chef Profesional

Masterchef Malaysia | Barisan Juri Chef Profesional

Share

Masterchef Malaysia, semestinya program realiti hiburan berkonsepkan masakan yang ditunggu-tunggu oleh warga Malaysia yang tidak ketinggalan menyaksikan Masterchef UK, Masterchef US ataupun Masterchef Australia. Dan kali ni, dengan bangganya, Malaysia negara Asia pertama terpilih untuk menyiarkan program Masterchef di Malaysia, di mana tukang masak rumah ataupun amatur bertanding untuk merebut gelaran Masterchef Malaysia!

 

Walaupun bukan bergelar tukang masak, ataupun tak memasang impian pun nak bergelar chef profesional, aku pun memang gemar menonton siri realiti masak memasak ni. Tak kiralah Masterchef US 2 ataupun Hells Kitchen yang sedang disiarkan setiap minggu di Star World, memang takkan lepaskan peluang. Even kalau ulang balik pun, rela tengok lagi-lagi Masterclass diorang tu. 

 

masterchef malaysia

 

Untuk program Masterchef Malaysia yang julung kali diadakan di Malaysia ni, ujibakat pemilihan peserta Masterchef Malaysia ni telah diadakan di lima lokasi iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur. Ujibakat yang mendapat sambutan hangat itu telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang ingin menonjolkan bakat dalam bidang memasak.

 

Kalau Masterchef US Season 2 kita ada Chef Gordon Ramsay, Joe dan Graham sebagai juri profesional yang menilai dan mengkritik masakan peserta, bagaimana dengan Masterchef Malaysia? Siapakah barisan chef profesional yang dilantik sebagai juri Masterchef Malaysia 2011 ini?

 

Lima orang chef profesional yang diumumkan sebagai juri Masterchef Malaysia adalah….

juri mastercheff malaysia

Gambar barisan juri profesional Masterchef Malaysia 2011 : Chef Priya Menon, Chef Riz – Mohd Nadzri Redzuawan, (anak Chef Wan yang digosipkan ada hubungan dengan Ana Dahlia), Chef Jo – Moh Johari Edrus, Chef Zubir bin Md Zain, dan Chef Yahaya bin Hassan

 

Barisan juri ini bukan sahaja akan menilai kualiti hidangan yang disediakan oleh para peserta malah mereka akan mengemudi program ini untuk memilih siapa Juara Masterchef Malaysia yang membawa gelaran Masterchef Malaysia di antara 24 peserta akhir program Masterchef Malaysia kelak.

 

Tak sabar betul nak menonton Masterchef Malaysia yang akan mula bersiaran pada 22 Oktober 2011 di ASTRO RIA (saluran 104) manakala Masterclass (Kuliah Master) pula akan disiarkan hanya di  STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011. Kuliah Master (MasterClass) akan menampilkan ramai selebriti dan para selebriti chef manakala enam program yang lain dalam Masterchef Malaysia akan diudarakan di Astro Ria selama seminggu:

Tarikh Mula Siaran Masterchef Malaysia :

22 Oktober 2011  (Khamis)

 

Sabtu

Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Mystery Box and Invention Test)

Ahad

Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Pressure and Elimination Test)

Isnin

Cabaran Chef Selebriti (Celebrity Chef Test)

Selasa

Cabaran Sajian Luar (Outdoor Test)

Rabu

Penyingkiran (Elimination)

Khamis -
Jumaat

Kuliah Master (Master Class) - STAR WORLD 711

 

Nampaknya penuh laa jadual kelas masakan kita selepas ini kan? Mampukah barisan peserta Masterchef Malaysia kita mencipta menu masakan yang bukan sahaja bersih dan kelihatan menarik, malah lazat dan menyelerakan dalam masa yang ditetapkan? Jangan lupa saksikan Masterchef Malaysia yang akan bersiaran di ASTRO RIA mulai Khamis 22 Oktober 2011 ini !!!

 

Sejarah Program Realiti Masterchef …

2009, Masterchef Australia - mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010.

Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton diseluruh dunia.

 

Pihak Penaja Masterchef Malaysia

Penaja utama MasterChef Malaysia : PANASONIC ‘Cooking Magic’ selaku . Setinggi

Penaja bersama : Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef dan NeuVida Omega-9 Cooking Oil.

 

Oh ya, ada tawaran menarik untuk para blogger yang memang mempunyai bakat memasak dan berminat untuk menjadi Malaysia First Blogger Masterchef. Ramai blogger-blogger kita yang aku percayai sangat-sangat berbakat untuk bergelar Malaysia Blogger Masterchef ni! Especially blogger yang bergelar ibu yang diakui memang suka berkongsi resepi di blognya especially Cikmin dan Kak Ina KL ataupun Abang Mat Gebu kan?

 

banner_peoplev-1

[klik picture di atas kalau nak join yer..aku promosi FREE jer ni untuk Nuffnang!]

 

Aisehhhh.. baru teringat!! 22 Oktober 2011 tu aku dah ada di Tanjung Malim..macam mana aku nak tengok Masterchef Malaysia ni. Usahkan kuali ASTRO, TV pun takde kat rumah sewa aku tuu.. Uhuks…Ada sesiapa leh bagi aku tengok Masterchef Malaysia online tak? Takpun tolong record dengan ASTRO Beyond PVR korang dan upload kat Youtube .. Bleh??

 

[Laman Web Rasmi Masterchef Malaysia]

[Facebook Masterchef Malaysia]

[Twitter Masterchef Malaysia]

12 komen:

Murky said... [Reply to comment]

ala.. apa barang chef2 tu jadi juri..kalau boleh nak chef gordon jadi juri,,best sket.. huhuu

Dawa said... [Reply to comment]

yeay, malam yg ditunggu2 akan tiba gk. mmg minat extreme gila2 dgn masterchef ni. tp saya lg suka masterchef australia the original version. nampaknya malaysia pakai format mc australia. bgs2. hehe

tips said... [Reply to comment]

saye perlu jadi Master Chef utk diri sendiri dulu. huhu!

*cikgu D kusus ke @ Tg Malim tu??

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

Lepas nie sure ramai suri rumah dan para isteri nak serve suami dengan food presentation ala2x masterchef...

DaHLia said... [Reply to comment]

@Murky

menangis rasanya peserta kita!!
tapi Gordon Ramsay mmg beshh!!!

DaHLia said... [Reply to comment]

@Dawa

hope lighting dan cara siaran pun best mcm Australia kan..

and hope peserta Malaysia pun mampu memasak hidangan yang beshhh

DaHLia said... [Reply to comment]

@tips

sama laa kita :D

sambung belajarrrr

DaHLia said... [Reply to comment]

@hazman aka species1980

okey whatttt :D

munna said... [Reply to comment]

tak sabar pula nak tgk masterchef malaysia ni.... masterchef junior dulu mmg munna tak pernah miss tgk

akubiomed said... [Reply to comment]

Aiks Che Wan tidak menjadi juri? Mungkin jadualnya padat kot

Zaiton Alwi Osman said... [Reply to comment]

Selamat maju jaya. Yang pasti, ianya bakal memberikan penonton sebuah rancangan yang ada kelas tersendiri.

Zaiton Alwi Osman said... [Reply to comment]

Selamat maju jaya. Yang pasti, ianya bakal memberikan penonton sebuah rancangan yang ada pelajaran, tantangan dan kesabaran disebaliknya.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais