Assalamualaikum readers..
Tak tahu nak start tulis dari mana sebenarnya sebab mood blogging dah lari jauh sangat. Bukan tak sayang dengan blog ni, sayang sangat..sebab dah banyak sangat pelaburan masa dan wang dibuat untuk blog ni. Ops, pelaburan wang daripada penaja2 blog lah kan terutamanya.. hehe.
So, hari ni nak update..bukan pasal isu terkini di Malaysia.. kira ni bukan entry nak goda pakcik Gugel ok..just entry personal. Nak story pasal diri sendiri. Ada yang nak baca ke? Taknak baca, tekan X okeyyys… Sebenarnya pasal peribadi ni, ada yang tahu, ada juga yang tak tahu.. dah lama nak story pasal ni, tapi kemalasan membuak dalam diri. Tapi, nak juga simpan kenangan ni dalam blog terchenta ni. Yerlah, nanti dah tua-tua, boleh laaa membaca kembali bersama cucu cicit kan.. Tu pun kalau hidup lama lah :D
Pak guard, jangan saman saya ^_^
Ok, untuk pengetahuan semua. Dahlia sekarang ni kembali bergelar pelajar. Cikgu? Pelajar? Mesti korang pening kan? Ok, daku bukan buat part time sambung belajar, tapi memang dah jadi Pelajar Sarjana di UPSI ni dah sebulan.. Full time student! So, memang dah lebih sebulan, since 12 Sept 2011 lagi, Dahlia meninggalkan sekolah terchenta di Pekan tu dan menuntut ilmu di Tanjung Malim demi memegang amanah KPM dan rakyat semua yang bayar cukai kannnn .. Terima Kaseyyyy!!!!
Dekat UPSI ni Dahlia ambil Sarjana Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan berada di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ingat lagi tak entry yang Dahlia buat proposal dalam masa satu malam dan entry temuduga tu?? Semuanya kerana nak memohon Biasiswa KPM untuk melanjutkan pelajaran lah. Alhamdulillah, akhirnya, Hadiah Latihan Persekutan (HLP) berjaya kucapai untuk bidang Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan. Kursus Persediaan untuk penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) pun dah attend di Dynasty Hotel, KL bulan Julai hari tu. Alhamdulillah, mood nak belajar tu kembali bila pergi Kursus tu.
Celcom Broadband di Tanjung Malim ni hanya ok di tengah bandar jerk!! So, aku potong, dan pasang Streamyx 4.0 Mbps di umah sewa aku ni.. baru puas nak cari bahan
Jadual Kuliah sem ni.. Ahad – Khamis takda kelas masa untuk tengok movie study dan cari maklumat sesambil cari idea untuk disertasi ..
Dekat UPSI ni, walaupun kuliah pelajar Sarjana hanya pada Jumaat dan Sabtu, memandangkan aku bergelar full time student, aku jadi gak laa warga Tanjung Malim ni. So, aku menyewa dekat Taman Malim, bersama beberapa lagi pelajar Master lain, tapi diorang bukan cikgu. Semua penaja sendirian berhad, aku je ditaja KPM. So, sebab ditaja, Mod yang wajib ambil ialah Mod Kerja Kursus dan Disertasi. So, untuk maksimum 2tahun cuti yang KPM bagi ni, aku kena habiskan 42 jam kredit, 6 subjek x 4 kredit = 24 dan 18 jam kredit untuk disertasi. Paling cepat insyaALLAH, dalam setahun setengah habis lah pengajian Sarjana aku ni. Aminnnn…. tak sabar lak rasa nak memegang skrol Ijazah Sarjana pula :D
Untuk Semester 1 ni, subjek yang aku ambik ialah Instructional Design (ID), Kaedah Penyelidikan, dan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK). Memang agak blur lah jugak memula sebab selama ni kita yang dok mengajar kat depan, kali ni, kita sebagai pendengar dan penyumbang idea. Susah betul nak tune sebab dah tua kan…hehe Baru lah rasa macam mana jadi student yang pasif. So far, memang gembira berada di UPSI, sebab lecturer pun baik dan sangat membantu kami. Assignment memang dah banyak, tapi dah style aku, mana pandai buat awal2.. hoho..Mood dan motivasi intrinsik masih lagi xsampai ni.
Bilalah aku nak berubah pemikiran ala sarjana?? Salah satu sebab aku malas nak update blog sebab tu lah..Kang ada lak kata aku tulis blog macam bukan orang Sarjana..kecik hatii woo… huhuh …anyway, Wish me luck in my Masters ye readersss… Sayang korang!!!
p/s: Tetiba nak tempek badge “Saya Blogger UPSI”. Nyampah x??



29 komen:
suah sgt la..berenti je lah..jadi suri rumah..
wahhhh dh jd pelajar balik...tahniah lah
tahniah untk cikgu Dahlia! melangkah setapak lagi ke peringkat lebih tinggi..belajar la setinggi yang boleh selagi ada peluang...sedih bila fikirkan diri sendiri yg hanya takat SPM je....apa pun itu pun pasti ada hikmah dan kebaikannya.
akhirnya reveal jugak ...seronoknya sambung belajar..:D
tak berapa nak paham term2 perguruan. tp gud luck for your master Sis. Baru leh jd cikgu besar lepas nie. hehehe
cikgu dahlia.. rindu saya pada upsi masa buat 1st degree dulu.. sapa SV cikgu dahlia buat sarjana ni??
patutlah dah lama tak update, rupanya busy jadi pelajar ;)
waaa...tahniah la kak...masuk blog akak ni teringat la kene renew domain onceitalk..hahaha...
tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina.. bab belajar ni memang sampai ke mati tak habis.. semoga akan terus success..
Saya salah seoarang pembayar cukai tuh :-). Selamat berlajar
Cik Pelogger....tiga-tiga boleh sapu!
nanti boleh la kita dating2 kat tanjung malim..dekat dgn umah saya tu...hehe
ooooo..ni la sb xjd cikgu utk sementara eh..tahniah dahlia..nati posting kat skol akak deh..ehehheehehe..
bole kita jd besfren..lalallalaa..
selamat maju jaya dahlia..semoga semuanya berjln lancar dan dpt menggenggam scroll sarjana nanti...
Tahniah ye sbb diterima masuk ke UPSI. Saya pulak .. entah bila la nak sambung belajar. Jealous gak bila tgk kawan² belajar tinggi² .. (",)
www.anastasyea.com
tahniah cikgu dahlia. saya pon minat minat kos ICT tu. Master ICT. degree sains bole ker sambung master ICT???
tahniah dahlia semuga berjaya menghabiskan pengajian kamu yer
perghhh...streamyx 4.0...sampai jugak kat sana ek...mmg mantap ke line dia...kat sini maksima 2.0 je...
Belajar semula dengan berkerjaya memang mencabar, tahniah semoga berjaya cikgu, saya pun ingin juga sambung master, nampaknya UPSI memang pilihan yang wajar , kerna faktor kos dan masa, tinggal di hilir perak aje.: D
Buh jerr...pe de hal sis...hehehe
# Tahniah sbb sbg belajar...sesuai ngan seruan nabi...
salam dahlia,
abg eq singgah sini. dari blog FF. bila tengok jadual tu agak padat juga. harap dapat memanafaatkan masa yang ada supa menjadi pelajar cemerlang.
-eqbalzack-
best nya jadi cikgu..belajar ditaja..rugi pulak dulu2 tak tanam cita2 nak jadi cikgu..hihi..btw gudluck!
tahniah cikgu! semoga berjaya! :D
1stly nk wish tahniah dlu sbb dpt sambung bljr. dpt lak LHP wahhhhh bestnyerrr!:).dlm setahun dua ni ada gak bercadang2 nk sambung bljr mcm offer yg cgu dahlia dpt tu. nk hrpkan tajaan sdri, blm mampu lagi la agaknye sbb utang loan yg dlu2 pun blm sempat nk bernafas lega.hihi..lagipun sy mmg bercdg klu nk smbg blajar nk full time gak.nk kembali rasa jd student:). btw sy tertarik tang isi temuduga yg cgu dahlia dah lalui tu. Sy sgt berbesar hati sekiranya cgu sudi berkongsi pengalaman sms sesi temuduga utk dptkan offer LHP;).Apapun slmt menjadi student master dan jgn berhenti utk terus berblog sb blog ni dah jd sumber rujukan saya yg wajib! (^__^)
teringin gak nk smbng blaja .. :)
tahniah cikgu..selamat menjadi student U blk..gud luck...:)
wahh, jadi full time student lagi tu. hehe..
good luck cikgu..alahai..dah dekat sgt la tg malim tu nga tempat sy.. :)
Wah2, tahniah!So, bln 2 ni msk sem 2 la kan?Tetibe nk ty, ade x org tgh cri rmh sewa?Sbb sy akn msk upsi bln 2 ni.
mcm mana nak dpt hlp tu yer?boleh kongsi tak?
email saya di muxisme1985@yahoo.com yer
trima kaseh..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...