Dasar Keluar, Dasar Pemisah, ataupun Exit Policy adalah satu elemen dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dinyatakan dalam ucapan PM sempena Belanjawan 2012 lepas. Elemen lain yang digariskan dalam SBPA ni selain daripada Dasar Keluar ini ialah pembentukan gaji sebaris, laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah dan kenaikan gaji. Boleh refer post Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang pernah dipost di blog ini.
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan ‘dasar keluar’ bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 ke atas) dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.
"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima,” katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa CUEPACS untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar hari ini.
Omar berkata, berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Katanya, dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang. "Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka,” katanya. Sumber : BERNAMA



2 komen:
lebih baik kerajaan bagi VSS sahaja. tak payah bagi permaidani untuk keluar.
sudi2lah jenguk blog kita
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...