Ombak Rindu, novel kesukaan ramai orang kini akan berada di layar perak ataupun lebih tepat lagi ditayangkan di pawagam sebagai sebuah filem dengan judul yang sama Ombak Rindu mulai 1 Disember 2011.
Petang tadi tertengok official trailer Filem Ombak Rindu ni kat ASTRO WARNA, sebab tu lah teringin nak share di sini. Aku memang suka dengan plot cerita Ombak Rindu ni, so of course aku tak sabar nak tunggu filem Ombak Rindu ni kelak eventhough aku tak berapa suka dengan peneraju utama filem Ombak Rindu ni kecuali Aaron Aziz tuuu.
Filem Ombak Rindu ini adalah adaptasi daripada Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari keluaran Alaf 21. Filem Ombak Rindu ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.
Sinopsis Filem Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Sama-sama kita saksikan Filem Ombak Rindu yang akan ditayangkan pada Disember 2011 ini. Harapnya filemnya best macam novel Ombak Rindu tu sendiri.




9 komen:
huu.. tak sabar nak tengok.. x)
mcm tak sesuai je maya bwk watak izzah. huhuhu....
asal osman ali yg buat, aku suka je!
macam best jek lepas baca sinopsis .. nak2 ada aaron kan .. haha
novelnyer mmg best...novel pun mesti gempak gak kan...
nie kalau dapat peluang tengok press screening sure lagi best...
macam best je filem novel nie .. nak tengok lah nanti ..
www.anastasyea.com
.
tak sabar nak tengok jugak1
sebab ada watak nama izzah dalam tu,ahaks :)
bertali arus citer aaron aziz ni :) tak pernahnya putus :p
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...