BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , » Steve Jobs Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas | Pengasas Apple Iphone, Ipad (1955-2011)

Steve Jobs Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas | Pengasas Apple Iphone, Ipad (1955-2011)

Share

Steve Jobs, Pengasas Apple dilaporkan telah meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 pada usianya 56 tahun di kediamannya. Kematian Steve Jobs ini telah disahkan melalui kenyataan oleh Lembaga Pengarah Apple. Sebelum ini, pada Ogos 2011 lepas, mendiang Steve Jobs telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab-sebab kesihatan. Kematian Steve bermakna akhirnya sebuah legasi di syarikat gergasi komputer terkenal dunia Apple.

 

Imej yang dipaparkan di laman Web Apple pada hari ini, 6 Oktober 2011:

steve jobs

 

Kematian Steve Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California. Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple. Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook telah dilantik mengambil alih jawatan Steve selepas beliau meletakkan jawatannya pada 25 Ogos lalu.

“Kebijaksanaan, kesabaran dan kecintaannya sebagai sumber inovasi yang terkini telah merubah hidup kita. Dunia tidak akan mampu menjadi seperti hari ini tanpa Steve. Cintanya hanya untuk isteri, Laurene dan keluarganya. Hati kami tersentuh dengan kelebihan luar biasa yang dimilikinya ,” kata kenyataan tersebut ketika mengumumkan mengenai kematian Steve.

 

Masalah kesihatan Steve telah menjadi topik hangat sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau menderita penyakit kanser dan sering mendapat perhatian daripada pencinta produk Apple, pelabur serta ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

 

Beliau mula membuka syarikat komputer Apple bersama rakannya, Steve Wozniak pada akhir 1970an. Syarikat berkenaan kemudiannya diperkenalkan sebagai syarikat komputer, Apple 1. Namun selepas beberapa tahun, ia ditukar kepada Apple II dan menjadi sebuah syarikat gergasi komputer yang terkenal pada 1980 sekaligus menjadikan Steve sebagai seorang jutawan yang dikenali di Amerika Syarikat.

 

Steve Jobs bersama rakannya, Steve Wonziak ketika era awal penubuhan syarikat Apple

 

Baru 2 minggu lepas my ID lecturer, Tn Hj Nazri suruh kami belajar cara Steve Jobs melalui buku Secrets of Steve Job Presentation.  Siapa yang pernah layan presentation dia kat Youtube, mesti amazed, with a single line word on the screen, but large explanation within. Walaupun Steve Jobs telah meninggal dunia, pasti namanya tidak akan pernah dilupakan terutamanya oleh penggemar teknologi terkini. Tak mungkin kita kenal Iphone, Ipad tanpa mendiang Steve Jobs. Rest in Peace Steve Jobs 1955 – 2011. The world is proud of you!

6 komen:

ataicha said... [Reply to comment]

kehilangan seorang tokoh yg banyak mengubah cara hidup kita.. huhuhu

Kak Aya said... [Reply to comment]

details maklumat tentang mendiang ni ye..t.kasih cikgu sebab kongsi maklumat, memang kak aya tak tau langsung pun tentang semua ni...

Queen of Ur Heart said... [Reply to comment]

Saya pengguna Apple.. RIP Steve Jobs

Queen of Ur Heart said... [Reply to comment]

Rest in peace

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

susah nak ganti steve jobs

akubiomed said... [Reply to comment]

Saya pengguna Apple. Terima kasih hasil ciptaan kamu.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais