Video Youtube Kemalangan Marco Simoncelli, pelumba yang terjatuh dan dirempuh di MotoGP Malaysia 2011 boleh ditonton disini.
Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 yang berlangsung di Litar Sepang dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini. Perlumbaan MotoGP tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
Pengumuman kematian Marco Simoncelli, pelumba Itali itu dibuat dalam satu sidang media di Litar SIC oleh Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena. Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher, dan dada akibat daripada kemalangan tersebut. Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.
Pada hari Ahad, 23 Oktober 2011, pada Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang bermula jam 4.00 petang tadi, Marco Simoncelli terjatuh daripada motosikalnya dan topi keledar yang dipakainya juga tercabut. Dalam pada itu, mendiang Simoncelli turut dirempuh oleh dua pelumba lain di selekoh ke-11. Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ikuti Video kemalangan yang terjadi kepada mendiang Marco Simoncelli. Memang kemalangan yang amat dasyhat dalam sejarah perlumbaan MotoGP.
p/s: Pentingnya untuk pakai topi keledar dengan betul…




7 komen:
hati2 memandu pulang dari upsi nanti, cikgu
jauh juga nak sampai kuantan tu
kalau letih ke, ngantuk ke
ambil rehat. k
risau puak bila terkenangkan kemalangan ni
moga2 selamat hendaknya
Helmet dia pakai betul dah, cara dia jatuh buat nyer helmet terpelanting..putus...aku dah terbayang kepala dia jer yang putus...ngeri...
Saya pergi Litar Sepang untuk menonton MotoGP semalam. Bagi saya kemalangan semalam adalah sangat tragis. Saya ada ada membuat entri mengenai kemalangan ini tanpa meletakkan video dan gambar kemalangan sebagai tanda simpati kepada keluarga dan peminat mendiang Marco Simoncelli 'Super Sic'
Kejadian yang pertama berlaku dalam sejarah sukan motor negara kita
takziah saya ucapkan..
perlumbaan terpaksa di hentikan... tercatat dalam sejarah permotoran..tanah air...
accidents can happen
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...