Cara Membuat Semakan Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011 secara mySMS 15888 dan Online
Keputusan UPSR 2011 akan diumumkan pada pagi Khamis, 17 November 2011. Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR 2011 akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya. Para Calon UPSR tahun 2011 boleh mula mendapatkan keputusan masing-masing di pejabat sekolah selepas jam 10.00 pagi.
Semakan Keputusan Peperiksaan Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011 juga boleh mula dibuat semakan oleh para calon dan ibubapa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mySMS 15888 mulai jam 10.00 pagi, 17 November 2011, Khamis.
UPSR [angka giliran] SMS ke 15888
Caj penghantaran setiap SMS = RM 0.15
Caj penerimaan setiap SMS = RM 0.20
**Buat calculation sikit… 49 7691 Calon UPSR 2011 x RM 0.20 = RM 99 538.20 !! $$$$
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2011 secara SMS melalui mySMS 15888 itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November 2011.
Bagi sesiapa yang nak buat semakan keputusan UPSR 2011 secara online, boleh buat semakan di laman web SAPS. Masa post ni ditaip, tengah maintenance.. Maybe markah dan gred keputusan UPSR 2011 calon sedang disedut masuk… Ataupun sedang standby..esok sure jammed!
Semestinya para calon UPSR 2011 termasuk ibu bapa dan guru-guru penuh debaran menantikan pengumuman keputusan peperiksaan UPSR 2011 masing-masing. Tahniah kepada semua calon UPSR 2011 yang mendapat keputusan cemerlang 5A dan kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, teruskan berusaha untuk kejayaan akan datang. InsyaALLAH. Untuk lepasan UPSR 2011 yang berminat menjadi pelajar MRSM, bolehlah cuba membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke MRSM tahun 2012.
Tak dilupakan juga, terima kasih dan tahniah kepada guru-guru Malaysia yang telah bertungkus lumus mempersiapkan calon UPSR 2011 antaranya kawan Dahlia, Cikgu DCJ …
p/s: Berdebar nak tunggu result PMR 2011 yang mungkin diumumkan 24 Disember ini.. dan SPM 2011 yang diumumkan Februari depan. Aish.. SPM 2011 pun belum abis!!



4 komen:
Senak perut nak menanti result...!
Dengan teknologi sekarang memang bagus bila dapat check result online.... cuma feel thrill dan debaran tu lebih kalau amik slip tue kat skolah macam kita dulu-dulu
Goog luck for pelajar² UPSR 2011 =)
www.anastasyea.com
no reply pun???
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...