Alahai Masterchef Malaysia. Banyak sungguh kontroversi dan drama melanda. Banyak ke? Tak habis dengan drama air mata peserta dan juri. Yang terbaru kes pasal Chef Riz tipu pengalaman kerja dalam resume beliau sendiri? Apa kes?? Chef Riz ni anak Chef Wan yang merupakan juri paling muda dalam Rancangan Realiti Masakan yang kini hebat ditayangkan di ASTRO Ria, Masterchef Malaysia.
Malam tadi masa dok tengok MAsterchef Malaysia lagi adik aku ada cakap pasal ni. Yang mana menurut adik aku tu, Chef RIz ni bagi maklumat palsu mengatakan pernah bekerja dengan Top Chef kat overseas nun. Kira pengalaman hebat2 lah yang dipamerkan dekat website rasmi MAsterchef Malaysia Astro tu… Nah baca sendiri!
Profil pertama Cef Riz yang mula2 sekali dulu…..
Eric Rupert tu wehhhh!!!! Aku tak kenal, tapi nama ni biasa sebut dalam rancangan masakan oversea…
Yang sebeteulnya??? Nan hado!!! Pihak The Malaysian Insider sendiri dah contact Restaurant Babbo tu untuk bertanyakan perihal pengalaman kerja tu dan pihak restaurat Babbo menafikan dan menyatakan tidak pernah mempunyai pekerja bernama Mohd Nadzri Redzuwan.
Sekarang ni profil tu dah berubah dah pun… Tak sampai 24 jam, profil tu telah diubah dan dipinda sebanyak dua kali!
Profil kedua yang diubah selepas ada pihak yang cuba mengantoikan…
Owh..pelatih jerr rupanya… 3 perenggan…
Dan yang terbaru, profil Chef Riz ni kat website Masterchef Malaysia adalah seperti berikut:
Profil selepas pindaan kedua..yang latest!
Last2 tinggal 2 perenggan jerk??
At first aku memang ingat ASTRO yang over letakkan pengalaman kerja dia, tapi rupa-rupanya memang Chef Riz sendiri yang bagi maklumat tu kat ASTRO untuk dipamerkan.. Aiyakk, macam ini manusia pun ada ke??
Dia dah buat kenyataan minta maaf lah wei!!
Okey!
Apa kata Chef Wan pasal pendedahan penipuan Chef Riz?
Memang aku salute dengan sikap keterbukaan Chef Wan yang tidak memenangkan anak dia sendiri ni. Siap boleh cakap padan muka! “Ini adalah tindakan paling buruk berbanding seorang guru menangkap anak muridnya berbohong di dalam kelas. Amat memalukan!” kata beliau.
Ok, aku tak nafikan, walaupun Chef Riz ni agak poyo dalam Masterchef Malaysia, tapi aku better laa dia ada menjadi juri berbanding juri2 senior yang sangat bersopan, ikut skrip dan sensitif. Tapi bila dah jadi macam ni, aku rakyat Malaysia rasa maluu…huhuh Maybe juri yang patut menjalani Ujian Sajian Pantas (Penyingkiran)?? Ahaks…
Aku bukanlah penonton setia Masterchef..tengok pun bila dah takde citer lain yang boleh tengok kat TV tu.. Cuma apa yang aku nak komen, peserta aku rasa okey jer.. juri je terlalu ikut skrip.. Then mentang2 Maggi penaja kut, boleh lak masak guna maggi dan juga kiub masakan? Boleh pulak guna perasa? Kelakar oke!! Mak aku masak kat rumah pun xperlu guna perasa tambahan tu semua.. Baru original! Tu tak campur lagi masa MasterClass hari tu, yang nak buat sos strawberry tu.. Bila tengok Junior Masterchef US, budak2 tu boleh plak masak strawberry tu atas dapur nak bagi merah tu keluar, tapi juri Malaysia? blend dan letak sirap merah nk bg nmpak color tu striking… konpius aku yg bukan pandai masak ni… hihii.. tu pendapat peribadi aku, jgn marah yerrr fanatik masterchef malaysiaaa,,,hehe
Dah!! banyak sangat komplen tak payah tengok!!!
![]()



16 komen:
x patut.... wat malu jer...
isk2...ade jugak macam tu ek..nak glamour la tu..
xminat pun tgk...jeling2 jer sekali sekala..rupanya banyak kontroversi erk
owh yer ker dia tipu...patut ader dengar abah aku bising2 tadi...huhuhu
kagum dengan pndapat cikgu dahlia...
Teruknya bahasa 'aku' tuu...kekeke
Teruknya bahasa 'aku' tuu..kekeke
saya suka cara dia mengendalikan rancangan tersebut dan suka caranya mengkritik...dia boleh maju jaya seperti ayahnya..tetapi kerana kesilapan sebegini mungkin orang seperti saya susah untuk mengkaguminya lagi...dia okey sebenarnya..tetapi kenapa perlu menipu..katalah benar walaupun pahit..
Pengajaran buat cef Riz la kan..... apapun arap2x rancangan nie akan berjaya....then akan diteruskan ngan junior masterchef malaysia pulak....
lorh yeke? hahaha...saya minat masak2 suka tengok tp kalau bab malaysia masak tak berapa suka sbb ada perasa....tak original pun...
Klaau kerja Govn dah kena tendang dah dia ni haha tapi mesti ada sebab dia buat cam tu
setiap manusia tak lepas dari melakukan kesilapan...
harap ini menjadi satu pengajaran buat anak2 muda sekarang dan Chef Riz sendiri. Jangan terlalu mengejar glamour sampai lupa diri. Chef Riz patut jadikan Chef Wan (bapa) sebagai contoh terbaik...
pasal strawberry tu... Setiap chef, ad method yg tersendiri utk memasak.. Yg membezakannyer adalah kepantasan dan hasil method yg digunakan itu..
Moral of the story is......jgn sesekali menipu......lambat ke cepat ke.....orang akan tau juga......yang penting jujur dalam semua perkara yang kita buat.....apapun pengalaman mengajar kita menjadi manusia dan hamba Allah yang bersyukur.....
Moral of the story is......jgn sesekali menipu......lambat ke cepat ke.....orang akan tau juga......yang penting jujur dalam semua perkara yang kita buat.....apapun pengalaman mengajar kita menjadi manusia dan hamba Allah yang bersyukur.....
Moral of the story is......jgn sesekali menipu......lambat ke cepat ke.....orang akan tau juga......yang penting jujur dalam semua perkara yang kita buat.....apapun pengalaman mengajar kita menjadi manusia dan hamba Allah yang bersyukur.....
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...