BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , » Keputusan EGTukar Sesi Januari 2012 | Result Permohonan Pertukaran Guru Secara Online - 10 November 2011

Keputusan EGTukar Sesi Januari 2012 | Result Permohonan Pertukaran Guru Secara Online - 10 November 2011

Share

Semakan Keputusan EGTukar guru sesi Januari 2012 – Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah secara Online bagi sesi Januari 2012 boleh mula dijangka dikeluarkan mulai 10 November 2011. So, semua guru yang memohon bolehla mula menyemak keputusan egtukar mereka pada hari Jumaat ni biarpun dalam laman web egtukar nyatakan pada 14 November 2011.

Tarikh semak keputusan Egtukar sesi Jan 2012 : 10 November 2011

egtukar

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2012. Perkara ini dijelaskan sendiri dalam website egtukar online seperti di atas. Analisis jumlah permohonan pertukaran guru sesi Januari 2012 bagi sekolah menengah dan sekolah rendah boleh dilihat seperti di bawah : 

 

Statistik Pertukaran Guru Antara Negeri bagi Menengah Januari 2012

menengah

Bagi permohonan guru keluar negeri bagi sekolah menengah, seperti permohonan egtukar yang lepas, negeri pertama yang tinggi permohonan guru untuk keluar adalah Johor (1969 pemohon), diikuti Sarawak (1369 pemohon), dan seterusnya Selangor (1067 pemohon).

Bagi permohonan masuk pula, negeri yang paling ramai memohon untuk masuk ke negeri tersebut ialah Kelantan (2159), Terengganu (1242) dan juga Selangor (1229). Permohonan guru keluar ataupun masuk di negeri lain tidak menunjukkan angka yang tinggi berbanding negeri-negeri ini.

 

Statistik Pertukaran Guru Antara Negeri bagi Menengah Januari 2012

rendah

Bagi permohonan guru keluar negeri bagi sekolah rendah, seperti permohonan egtukar yang lepas, negeri pertama yang tinggi permohonan guru untuk keluar adalah Sarawak (2099 pemohon), diikuti Johor (1870 pemohon), Selangor (1504 pemohon), Perak (1101) dan juga Sabar (1049).

Bagi permohonan masuk pula, negeri yang paling ramai guru memohon untuk masuk ke negeri tersebut ialah Kelantan (2352), Selangor (1450), Kedah (1351), dan juga Terengganu (1141). Permohonan guru keluar ataupun masuk di negeri lain tidak menunjukkan angka yang tinggi berbanding negeri-negeri ini.

 

Bila dilihat daripada statistik di atas, berdasarkan bilangan permohonan masuk ke negeri Kelantan lebih tinggi bagi kedua-dua rendah dan menengah, boleh dirumuskan, ramai warga Kelantan yang menjadi guru memandangkan perbezaan keluar masuk yang amat ketara. Bilangan permohonan guru untuk masuk ke Kelantan ni lebih 2000 berbanding permohonan  guru untuk keluar dari Kelantan.

 

Tahun ni, dekat sekolah lama dahlia, 8 permohonan pertukaran telah dibuat oleh guru-guru di sekolah tu yang mana 3 permohonan untuk bertukar masuk ke Kelantan, 1 ke Terengganu, 1 ke Johor, 1 bertukar daerah ke Kuantan, sendiri. Yang lagi 2 dahlia tak ingat sebabnya kali ni tidak terlibat untuk membantu urusan pertukaran guru melalui egtukar ni seperti sebelum-sebelum ni. Sebelum ni, selama 4kali sesi pertukaran, memang Dahlia pembantu utama Pengetua dan GPK dari urusan pemberitahuan, pengemaskinian maklumat guru, membantu guru membuat permohonan, memperingatkan guru untuk hantar sehinggalah ke proses sokongan permohonan pertukaran guru tu.

Egtukar permohonan pertukaran guru sesi Januari 2012 di sekolah hari tu memang agak bermasalah memandangkan perubahan GPK yang baru bertukar masuk bulan Jun, Pengetua pula baru bersara bulan Ogos, dan Dahlia pula bercuti belajar di tengah2 permohonan. So, memang tak dapat membantu GPK, nasib ada kerani kat sekolah tolong membantu. Urusan sokongan permohonan (pengesahan) tu rahsia, tak boleh nak panggil mana-mana cikgu untuk tolong. Bahaya!

 

be patient

 

Apapun, kepada guru-guru Malaysia yang memohon pertukaran sesi Januari 2012 ni, Dahlia ucapkan selamat berjaya! Semoga kalian mendapat keputusan positif mengenai permohonan pertukaran kalian. Yang masih tidak berjaya, jangan putus asa. Rezeki di tangan-Nya. Mungkin Allah ada rencana yang lebih baik untuk anda kelak. Be positive k walaupun memang Dahlia sendiri rasa tak mampu menanggung apa yang kalian rasa berada di perantauan tu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan?

 

Bila tengok video pengorbananan guru-guru di pedalaman, memang menitis air mata Dahlia. Rasa bersyukur sangat Allah tempatkan Dahlia di mana Dahlia berada sekarang yang mana kadang2 Dahlia sendiri pun pernah merungut (sedar diri). Ni pun baru lepas chat dgn kawan guru di Bintulu. 5 tahun dah dia kat sana. Masih belum ada rezeki untuk pindah. Tu pun katanya dah berbelah bagi sebab dia dah cinta dengan Bintulu. Kata dia “tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menabur bakti” :D

27 komen :

gadisBunga said... [Reply to comment]

errr...kalau ko kan...ko nak mintak tukar ke mana?

!k@ said... [Reply to comment]

suami sy seorang guru di sarawak...sy di semenanjung...
rasa luluh hati bila tau pagi ni permohonan suami saya tidak diluluskan..rasa sedih..sbb spnjg sy mengandung..suami xde dgn saya..bila bsalin nanti sorg2 (dh start sesi sekolah jan 2012)..n akan teruskan kehidupan kat sini membesarkan baby pn sorg2... sori..mcm sesi luahkan rasa hati..

ADMIN said... [Reply to comment]

SALAM…. TERLEBIH DAHULU SY UCAPKAN TIMA KASIH KERANA DIBERI PELUANG COMMENT DI SINI.. SAYA SUDAH MENGAJAR DI SARAWAK DARI TAHUN 2007.. DARI BUJANG SAMPAI KAWIN DAN BERANAK 2, SAYA TETAP MAINTAIN MINTA TUKAR.TAPI TIDAK PERNAH DILULUSKAN.. SEMUA KAWAN-KAWAN YANG SAMA BATCH POSTING DI SINI, BUJANG @ KAWIN SUDAH DAPAT TUKAR KE SMNJNG. PALING RAMAI YANG DAPAT TUKAR ADALAH KE PERAK.. SEDANGKAN SAYA PON MINTAK KE PERAK. SAYA ADA MENYEDIAKAN LAMPIRAN LAPORAN PERUBATAN, LAPORAN POLIS SKALI. TAPI TAK PERNAH DAPAT. APA BEZA SAYA DENGAN CIKGU YANG BUJAUNG @ KAWIN BARU POSTING 1 DAN 2 TAHUN DAH BOLEH PINDAH… DI MANAKAH KEADILAN PIHAK KPM DAN KERAJAAN DALAM SOAL INI? SAYA PON ADA ORANG TUA YANG SUDAH TUNGGU MASA SAJE KATE ORANG.. JANGAN MARAHKAN RAKYAT KALO ADA YANG MULA MENYOKONG PARTI YANG LAGI SATU.. MINTAK PIHAK KPM ATAU WAKIL BERI RESPON… 0139292852

Anonymous said... [Reply to comment]

sedey gk..sy guru pedalaman di sri aman,srwk..husband lak guru di kapit srwk..jarak kami lebih kurang 8jam perjalanan (3jam naek bot,5jam naek bas)..mintak tkr x dpt2..dh msuk 3 thn mcm nie..skrg sy tgh prgnen,mintak nk awlkn cuti sbb bile msuk minggu ke 34 dh xdpt naek flight,tp x dpertimbangkan oleh pegawai ppd n guru besar sndri..sgt kecewa..semangat utk berbakti pun dh jd hilang..mereka mcm x bertimbangrasa..sedangkan sblum nie sy pernah keguguran di sekolah..

Anonymous said... [Reply to comment]

Sedih rasanya hati apabila permohonan bertukar selama 8 kali dari felda johor ke negeri melaka tidak diluluskan ekoran status bujang walaupun sudah lama berkhidmat di sekolah yang sama

Anonymous said... [Reply to comment]

salam warga guru...saya nk tanya adakah rayuan untuk pertukaran guru antara negeri....kalau ada mcmmana caranya ?
dan adakah pertukaran yang dibuat secara off line?tq

Anonymous said... [Reply to comment]

sy dah hampir 7 tahun mengjr d kawasn ladng sawit..namun permohonan pindah blik x diluluskan .. anak2 sermi 6 org dan 3 dah sekolah sama sy..sy amat sedih dan terharu memikirkan masa depn anak2 yg belajar tanpa kemudahan belajar dan keselesaan serta guru yg x komited dan bersemngt dlm mendidik ank bangsa..apalah salah sy hingga x dilulskan pertukaran..dah mcm2 alasan dan dokumen dlampirkan ..dah 2 kali berulng alik ke putrajaya..jawapan masih lg hampa..sedih rasanya..

Anonymous said... [Reply to comment]

what to do? kita sendiri yang memilih untuk menjadi seorang pendidik.these are what teachers meant to be.sacrifice ourselves to educate the pupils.kalau tak nak berkorban better don't choose this profession from the start!!

Anonymous said... [Reply to comment]

di kelantan banyak permohonan yg telah diluluskan dalam sistem telah disekat..... tak tahu la biawak mana plk yg sekat cikgu-cikgu ni berpindah... sila refer sekolah-sekolah di ppd kuala krai dan jeli....

Anonymous said... [Reply to comment]

walaupun kita rela menjadi seorang guru, tetapi biarlah permintaan kita dipenuhi. kita bukannya minta banyak. hanya nak minta boleh balik ke pangkuan suami dan keluarga. itu saja, adakah permintaan kita keterlaluan? fikir-fikirkanlah officer di JPN dan Putrajaya.

cikgu bumi swak said... [Reply to comment]

Saya melihat guru pompuan dr smanjung lah banyak mngadu. Saya mintak la KPM hentikan ngantar guru pompuan ke Sarawak dan Sabah. Biarla org swak dan sabah ngajar di negeri sendiri.Kita sudah intergrasi tinggi dah. kalau hantar guru mcmni, tujuan p n p tak tercapai. maka itulah prestasi sarawak dan sabah tak ningkat, kerana gurunya tak dedikasi.

Anonymous said... [Reply to comment]

as salam cik dahlia...menurut cik dahlia utk rayuan pertukaran dh ditutup 24hb haritu...saya dh terlepas pandangla tarikh ni...macamana..ya...adakah rayuan yg dihantar selepas tarikh tutup tidak kan dilayan..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

saya xpasti akan dilayan atau tidak..
better cikgu direct ke Putrajaya atau JPN as soon as possible :D

Anonymous said... [Reply to comment]

bilakah keputusan rayuan pertukaran guru akan keluar

Anonymous said... [Reply to comment]

...Assalam semua...suami saya baru meninggal dunia dalam kemalangan bulan 9 lepas...saya posting ke Pahang baru 2 tahun kerana mengikut arwah suami bertugas.Saya mempunyai seorang anak umur setahun 5 bulan, masa suami meninggal saya mengandung 2bulan, sekarang dah 5bulan. Permohonan saya bertukar balik ke Perak juga gagal.Saya terpaksa menyusahkan adik hantar ke Putrajaya buat rayuan tapi tak dilayan pun.Macammana saya nak lalui kehidupan ni tanpa suami, dengan anak yang kecil, dengan nak bersalin awal Mei depan.Saya sampai kene jumpa pakar psikiatri sebab tekanan perasaan tapi xde pun orang yang kesian.Apa perlu saya buat?

Anonymous said... [Reply to comment]

saya pun sama dah hampir 3 tahin berpisah dengan suami.dah byk kali naik turun ke putrajaya.tak ada yang layan.sedih2.tahun depan anak saya dah mula sekolah di selangor.nak kata alasan tak kukuh rasanya adalasan yang munasabah ikut suami....tapi masih tetap di selangor. apa2 pun kepada semua guru yang buat rayuan sama2 kita bdoa semoga kita berjaya bg sesi rayuan (20 DEc) ni....

Anonymous said... [Reply to comment]

Nk cek kt mneye result rayuan? Or kpm anta surat kpd yg berjya sj?

Anonymous said... [Reply to comment]

.....saya pun dalam boat yang sama . Dah 1 1/2 tahun tinggal seorang sebab suami dah bertukar ke negeri lain. Baru-baru ini telah ke putrajaya dan tlh serahkan semua dokumen . ada pegawai yg interview dan mereka kata mesyuarat akan berlangsung pd 20 dec 2011. Tapi sampai skg tiada berita ttg keputusan rayuan. ada sesiapa yg tahu....thanks.

Anonymous said... [Reply to comment]

boleh cek dah kptsan rayuan..col no ni 0388849500

Anonymous said... [Reply to comment]

yeker dh blh cek ek..sy col line asyik bz jer..

Anonymous said... [Reply to comment]

Sy pun dah kol, busy manjangggg....

Anonymous said... [Reply to comment]

0388849500 ni bkn no en arif ker??? 28 dis baru2 ni call 0388849581 ckp blum ada keputusan lagi pun... ntah2 meeting pun blum ape...

Anonymous said... [Reply to comment]

minggu depan 4hb da s stat sekolah...sdgkan saya sentiasa memikirkan pasal rayuan pertukaran yang dibuat kt putrajaya aritu..saya ada seorang anak di kampung dan suami di kajang..sgt2 berharap agar kami sekeluarga dapat disatukan..ya Allah, dgrlah rintihan hambamu...huhu.bilakah keputusan rayuan tu akan keluar???...

Anonymous said... [Reply to comment]

rayuan pertukaran guru 2012 cuba cal 0388849586( sekolah rendah) harap berjaya

Anonymous said... [Reply to comment]

Sedih sgt sy pon mengalami nasib yg sama..mana rasa timbangrasa sesama manusia

Anonymous said... [Reply to comment]

Memang mendidik perlu pergorbanan...tetapi pendidik juga ade kehidupan...ckp mudah..lum kene btg hidung sendiri...

tahiyyatal qulub... said... [Reply to comment]

As Salam..
Saya sedang membuat kajian tentang guru di pedalaman untuk tesis Phd saya. Soalan:Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat tentang aliran keluar masuk guru di pedalaman, especially negeri2 tertentu... dapatkan statistik guru yang dipostingkan ke pedalaman, guru yang menolak dipostingkan ke pedalaman, guru yang berjaya mohon tukar dll tanpa membuat surat rasmi permohonan untuk mengetahui data2 tersebut dari KPM. Jika saya terpaksa melalui prosedur formal tersebut, dengan siapa perlu saya rujuk. Mohon pandangan dan suggestion. Terima kasih, syukran jazilan..baroka Allahu 'alaik..
Jika sudi atau ada maklumat, sila email saya:
ikb@oum.edu

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais