BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Masalah Resdung : Berjumpa Pakar ENT di Hospital Pakar Kuantan

Masalah Resdung : Berjumpa Pakar ENT di Hospital Pakar Kuantan

Share

Assalamualaikum readers.

Hari ni, aku bangun agak awal daripada biasa. Kesnya, hantar adik aku ke airport, dia nak balik ke Subang. Lepas hantar dia, aku tanya mak aku nak gi mana. Then mak aku tanya, nak gi hospital ke? Memang dah lama aku nak pergi cuba selesaikan masalah hidung aku yang kejap tersumbat, kejap berair, kejap ok ni kat Specialist Hospital Kuantan, dengan Dr Srinovianti Noerdin, Pakar ENT tu tapi belum berkesempatan.

 

Ni, dah alang-alang bangun dah awal, masa tu baru je 8.30, aku pun angguk. Then withdraw duit RM1k untuk standby kos rawatan kat Specialist tu. Sebelum pergi KSH tu, singgah beli udang galah..Hehe, sempat lagi tu nak makan udang! Sampai kat KSH jam 9.20pagi. Bilik perunding pakar ENT Dr Srinovianti ni kat Tingkat 3. Lepas dah mendaftar, hantar slip kat bilik pakar, sempat lagi aku tanya budak tu pasal kos rawatan, bimbang2 kalau duit tak cukup kan..hehe sbb pakai cash..then aku kena tunggu sampai kul 11 pagi baru doktor available sbb dia ada OT.

 

ksh

Dr Srinovianti kat KSH ni pernah dijemput di Medik TV, dan recommended by doktor kat umah aku ni…

 

Sesambil menunggu tu, gila berdebar, takut2 doktor suruh aku operate dsb. Banyak kali gak lah ulang tandas kes nervous..miaaahhaa…1 jam setengah menunggu kat KSH ni! Rasanya kalau kat HTAA ni, konfirm aku dah mengamuk..tapi ni dah sebabnya tadi pun dh tanya, aku patient ke 2, so mampu lah aku tunggu. Lagipun suasana xpanas, sejuk, rasa mengantuk jer.. Itulah bezanya spital swasta dengan kerajaan kan…kemudahan yg disediakan tu..kalau panas, lagiklah hati pun panaassss… Masa menunggu tu ada mak aku berbual dengan sorg makcik tu, nak jumpa pakar ENT gak..kes berdengung dalam hidung..Dia citer, anak dia dulu kes sinusitis, resdung tu lah.. Sampai batuk2..Hari ni pergi rawatan, esoknya dipropose untuk bedah.. Kos operation hidung dia tu RM10k. Mak aihh!!! Boleh pinang anak dara orang tu dengan duit sebanyak itu..hehehe

 

Rawatan Resdung dengan Pakar ENT Dr Rama, Kuantan

Actually, ni kali kedua percubaan aku nak jumpa  Pakar ENT Dr Srinovianti ni. Kali pertama dulu, masa nak daftar, tanya turn, cakap no berapa belas ntah. Last2 tak kuasa aku tunggu, so aku pergi Klinik Dr Rama dekat2 KMC selepas mendapat suggestion akak kat sekolah aku. Doktor Rama check hidung aku hanya dengan mengintai dengan lampu dan adalah dia jolok pakai apa ntah sikit..then check telinga… at last dia bagi aku beberapa ubat termasuk nasal spray, centrizine, antibiiotik dan juga hablur kristal untuk aku sedut setiap petang bagi lega2 yang tersumbat tu. Dia cakap, kalau tak okey, datang balik, dan akan buat xray pulak. Kos rawatan masa tu RM140. Lepas 3 bulan, penyakit menyerang balik… tapi aku bertahan dengan centrizine jer..sampailah sekarang, centrizine pun tak lepas, tu yang aku menguatkan semangat jumpa Dr Srinovianti ni pulak. Cuba kan… Duit banyak2 pun, kalau asyik sakit, xbest gak..

 

Rawatan Resdung secara Akupuntur di Kota Bharu, Kelate

0akupuntur

Kalau sebut pasal treatment resdung atau alahan hidung ni, banyak sangat dah aku try. Paling teruk kena masa tahun 2005 aku tengah berkursus dekat Tati..sekarang TatiUC. Dari makan Mineral tablets Revell, mineral drops revell, then masa praktikal, boleh aku jadi sengauuuuu… Maluu sangat masa tu..Last2 aku balik Kelantan, buat rawatan akupuntur kat tabib cina buasir.. Dr Ong kalo tak silap aku..dekat ngan bomba tengah2 bandar Kota Bharu tu.. Rawatan dia? Hazabbbbbbbbbb!!!! Dah nama akupuntur, guna jarum jer lah… kesan dia?? MAcam kena renjatan elektrik sebab dia cucuck mesti kena kat urat… 8 tempat aku kena cucuk masa tu! Tepi hidung kiri dan kanan, kat tangan (antara jari telunjuk dan ibujari), kat belakang lutut (paling azab!!!) dan juga last sekali kat montottt…hahaa..kena salin kain batik weh masa tu.. family aku yg kat luar menunggu, cakap kuat giler aku jerit..hahaha..sakit wehhh jarum cucuk urat dalam2! Macam electric shock! Lepas tu, Dr Ong tu bagi aku ubat sejenis je..ramuan Cina, dan suruh aku berpantang ikan bilis.. Alhamdulillah, memang lama jugaklah, bertahun aku tak datang resdung balik dengan teruk sehinggalah tahun lepas, 2010.

 

Rawatan Resdung secara Tradisional di Pasir Mas, Kelate

LS016040Ni kes aku balik Kelate je, mesti hidung aku sok sek sok sek.. bila pakcik makcik aku tanya, aku selamba jawab, udara Kelate tak sesuai buat aku..ngeee…Then mak aku ada propose untuk pergi buat rawatan dengan bomoh tutong (betul kut ejaan aku dr apa yg mak aku sebut). Tutong ni maksudnya keluarkan ulat dari muka. Ops, muka aku taklah berjerawat..Clean n clear, tapi xlah menawan kalbu! Ahaks.. OK, berbalik pasal tutong2 muka ni..mak aku pernah bawak beberapa jiran lama kami kat Taman tas dulu untuk buat raawatan ni kat Bachok tu masa dia muda2, sbb tu dia suggest untuk aku buat gak…Masa tu naik teksi je dari Kuantan ke KB.

Teringin gak aku nak tengok, betul ke ada kuar ulat2 sebijik2 tu..planning baikk dah memang nak rakam lah..Then makcik aku pun cakap, kat kampung dia tu pun ada sorg yang pandai.. Aku pun okey jer..cuba ikhtiar kan. Aku pun standby je kamera suruh adik aku rakamkan proses rawatan.. last2, pakcik tu keluar bawak kendi air, towel dan bedak sejuk. ?????

Pakcik tu suruh aku bukak tudung, berdiri kat jendela, dia basuh kepala aku sambil baca jampi ayat alquran dan bekalkan aku bedak sejuk. 4,5 bulan laa kut aku bertahan gitu2 dengan cara ni sebelum back to normal tahun ni,,, Tapi macam tak adventure kan cara mandi2 gitu…huhuh… Tadi pun dah setuju dengan mama aku, cuti sem bulan 1 ni, kami balik Klate dan aku akan try rawatan tutong tu.. tak kira apa pun berlaku… nak jugak cuba!

 

Rawatan Resdung lain yang pernah aku cuba….

rawatn lilin madu

Kalau takat guna miracle mask pun aku dah cuba, jerawat aku memang kering dan parut pudar kes guna Mior Facial Bar dengan Miracle Mask ni lah.. Alhamdulillah, pernah membantu kawan2 yg ada masalah jerawat di muka dengan Mior tu..

Then dah juga pernah cuba yang perasap lilin resdung tu masa aku KPLI. Member dak kos Bio yang tlg buatkan. Tapi aku rasa biasa je..try pun sebab teruja nak org memanjakan wajah kita masa tu..hehe.. Terbatuk2 kau!!! Tapi, lepas tu, nak try sendiri? Jangan haraplah…aku bukannya rajinnn…

Rawatan alternatif lain yang aku nak cuba ialah yang macam Permata Hijrah tu, masukkan ubat dalam hidung, dongak dan kuar lendirrrr… yakssss… nak gak try, tapi takuttttt sebab baca pengalaman orang ramai cakap sakitttt… baru adventure kan??

 

 

Ok, berbalik kisah jumpa Pakar ENT pagi ni…aku yg giliran ke2, jadi ke3, sebab ada kes org dalam potong que. Malas aku nak kepochi, xde mood..lagipun proses konsultasi Dr Sri pun tak sampai 10minit kut sorang..aku je yang lebih sikit rasanya. Dr Srinovianti tu orang Malaysia, walaupun nama dia macam Indon, xpun macam India…Melayu, Islam, bertudung labuh, cakap pun polite2, macam mak2 okehhh…. MAsuk je bilik Dr,aku terus cakap masalah aku… then dia ajak aku utk check apa ada dalam hidung aku.. Masa tu, excited + nervous!!! Excited sebab leh tengok sendiri struktur dalam hidung…nervous sbb takut memang ada ulat2 tengah bernyawa dalam hidung aku macam yang dimomokkan dalam video2 pasal resdung ni.. korang pernah tengok kan betapa gelinyaa!

 

Last2.. uiksss bersih gila lubang hidung aku rupanya!!! Hehari berair, kena cuci, mana tak bersihnya kan?? Ok, maksud aku, takde bulu hidung..hahaha… Ok, masuklah camera endoscopy (ke nama dia?) dalam hidung kanan aku.. puaslah Dr jolok..dia tunjuk kt aku, aku tak nampak sangat, kes sebbab masih teruja dpt tengok struktur lubang hidung sendiri..hahaha… Then dia beralih ke lubang kiri. Yang ni lagi bersih! Dia pun PAUSE! Gile weh sakit, sampai menangis aku dibuatnya.. Dia pun terangkan mana struktur asal dan mana satu polyps. Dr Srinovianti kata, Polyps tu lah punca hidung aku berair dan tersumbat selama ni..Selagi dia ada, selama tu lah aku akan rasa menda tu.. DIa pun cakap, ni dah lama ni..sebab jelas nampak besar… Nak ke tengok gambar?? Seb bek aku tak malu mintak snap dekat doktor td.. Nahhh gambar polyps…jangan muntahhssss k

 

polyps dalam hidung

Besar sangat ke polyps aku ni?? Macam tiub gitu kan?

 

Then doktor pun cerita laa sikit pasal polyps ni yang dah membesar dan membahayakan katanya…  Dalam hati aku..janganlah dia suruh aku operate, aku takuttttt!!!! Then dia cakap

Saya akan bagi one course medication dulu, then lepas 2minggu datang balik, kita tengok macam mana, kita continue dgn one course medication lagi…kalau still teruk kena surgery lahhh”

Seram sejuk aku masa tu wehhh!! Aku memang tak berani nak ke spital2 ni.. kalu dengar bab2 operation ni lagiklah aku takutt!! Aku memang tak boleh nak bayangkan aku kena bius, then kena operate (rasa macam mesin yg sedang diperbetulkan), dan lepas tu kena stay hospital, kena berpantang, kena bertahan dgn komplikasi2 yg mungkin berlaku lepas operate, macam2 lagilah!!!

Then doktor ajak set appointment, aku cakap bulan 12 tak dapat, aku cakap bulan 1. Masa cuti sem. Dia pun xdapat nak kata apa dah, dia pun setuju je. Bukan pe, hujung Disember ni aku akan attend final exam.. Aku nak fokus dan berbuat sehabis baik dalam exam ni.. Nak cover musim2 degree yang aku memain dulu…huhuh

 

Ok, then lepas dapatkan senarai ubat, sesambil turun ke pharmacy dan kaunter bayaran, aku story mak aku… Mak aku pun tak setuju untuk aku operate. Sebab kes org2 sekitar kami yang pernah 2, 3 x kuar masuk wad operate sana sini, last2 masih terpaksa kembali ke wad..macam2 tau! Bagi aku, operation tu jalan terakhir..masih lagi banyak cara rawatan lain yang aku belum cuba dan ikhtiarkan… Bomoh tutong tu dan juga cara yang keluarkan lendir melalui hidung tu…

 

IMG_20111109_135010

 

Untuk rawatan resdung kali ni, aku dapat 4 jenis ubat… Ubat centrizine untuk alahan hidung yang sangat mengantuk dan boleh makan sekali sehari jer! Then ubat antibiotik dua jenis kut.. satu kuning, satu putih yang kena makan 2 bijik, dan 3kali sehari. And yang paling penting ubat nasal spray omnaris tu yang nak kena sembur 2x setiap semburan dalam setiap lubang hidung, setiap malam oke…

 

Harga kos rawatan ENT aku di Kuantan Specialist Hospital dengan Dr Srinovianti Noerdin keseluruhan pada hari ini ialah RM243.00.. Dalam bil tulis RM243.05, maybe budak cashier tu tlg topup agaknya..miahahaa…cerah mata tengok adik2 MA kat KSH ni weh!  Harga ubat RM 128.04, Pendaftaran RM5, Consultation RM50 , RM60 lagi untuk Procedure yang buat endsocopy intai lubang idung tu lah…Aku akan makan ubat dengan betul, dan cuba sehabis mungkin dengan kaedah rawatan lain tu supaya aku tak sampai kena operate. Adik aku yang medic USM tu pun cakap, polyps ni ketumbuhan..yg kalo dibiarkan, boleh jadi kanser hidung.. Nauzubillah…Semoga ALLAH memberikan kesihatan yang baik pada ku.. Takut!!!!

 

Korang ada ke rawatan-rawatan lain yang korang rasa aku patut cuba?? Tolonglah bantu eh, aku takuttttt bila dengar OPERATE ni….ngerissssssss…

 

p/s: Dulu arwah abah aku mekanik cakap.. abah pun doktor jugak, doktor mesin..doktor kat spital tu mekanik mesin hidup… Semoga adik aku Erma dapat menjalani semester2 terakhir ni dan menjadi seorang doktor seperti harapan arwah abah… Aminnnnnn

32 komen :

Eliyana said... [Reply to comment]

husband pun ada masalah ni...asyik ketat hidung saja

SiTi said... [Reply to comment]

salam....ct pun ada resdung gak...apa yg ct tau resdung ni akan berulang2....ada terbaca sekali...org tu dah operate..tp still kena balik x lama lpas tu...kena pantang makan & persekitaran kita...xleh berabuk sgt....sakit ye buat akupuntur..?

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

whoaaa... dah macam2x jenis rawatan yea ..... ape yang saya tahu kalau resdung nie kena jaga pemakanan dan jangan minum air sejuk langsung...air batu lagi pantang la kan

Ummi Hanie said... [Reply to comment]

byk juge rawatan cikgu dahlia utk resdung ni yer ...

hubby sy pun ada masalah ni..common laa..rata2 org ade kan..tp nmpk mcm dah serkawan dia ade buat operate utk buang polyps ni lah kot .. bahasa melayu nye "radang" kalau xsilap laa...bende tu yg menimbulkan masalah pd idung..lepas operate tu mmg clear dah sok sek sok sek idung kwn hubby tu katenye... ;)

akubiomed said... [Reply to comment]

Saya pun bekerja sebagai mekanik hospital macam ayah CDJ cakap. Biasalah people behind the scene orang tak nampak. Bayangkanlah kalau peralatan hospital rosak, doktor pun mati akal dibuatnya. :-)

agip said... [Reply to comment]

Penceritaan yg menarik. Sy pon kena resdung sbb smlm rajin sgt vacum umah.satu hari satu mlm bersin. Ni tgh q kat klinik ampang.

cumi said... [Reply to comment]

SAYA BRULEPAS OPERATE KT HOSPITAL PUTRAJAYA..HIDUNG TERSUMBAT

cumi said... [Reply to comment]

saya bru lepas operate kt hospital putrajaya..oklh..masalh sama ngan awak..ni kt umah mc..19 hari...oklh cuma hidung tersumbat cikit..sbb hingguskn

Anonymous said... [Reply to comment]

Same here. Doktor nak operate jugak. Saya muda lagi. So mmg mak tak bagi. Huhu. Kadang2 tu sampai banyak lendir keluar.

sya said... [Reply to comment]

Saya pun kena resdung yg teruk, penah wat rawatan acupuntur, tutong dan kat permata hijrah tu pun penah wat, tak sakit apa pun. Dia bagi masukkan serbuk dlm idung pastu kita akan bersin dan keluar lendir. Sekarang idung tengah sengau.sbb 2-3 hari lepas tetiba kuar hingus hijau dan kahak, takut nyaaa. Mungkin sbb tu jadi sengau. Doktor klinik biasa suruh rujuk dengan pakar.Mungkin esok jumpa pakara dekat HUKM.

Anonymous said... [Reply to comment]

AssaLamu’aLaikum, Maaf mengganggu.

Masih tercari-cari tempat berubat resdung dan membuang punca (lendir) masalah resdung anda?
Sekadar mempromosikan Rawatan Resdung Tradisional yang Efektif (INSYA ALLAH)

Masalah gatal2 hidung, muka, alahan pada makanan laut atau belacan, jerawat resdung dan hidung berair – Tanda2 Resdung.

Kaedah : Membuang lendir punca gatal yang tersangkut dalam rongga hidung dan rongga muka.(Bukan pakai Asap)

Jika berminat atau ada kenal siapa2 yang nak buat rawatan, Tolong bagitau ye?
Juga membuat rawatan ke rumah (Bergantung kepada budi bicara)

Call/sms Pn.CT : 012-6546509 (untuk temujanji)

*Rawatan lelaki & perempuan
*Ibu mengandung, kanak2 di bawah 12 tahun dan pesakit jantung dilarang membuat rawatan ini

Anonymous said... [Reply to comment]

Rawatan kami "Rawatan Resdung Efektif" lebih kurang sama dengan operation. Bezanya, kami buang lendir yg terperangkap dalam RONGGA HIDUNG tu melalui herba yg efektif (INSYA ALLAH)

Bayaranpun, x mahal cuma RM40 aje. Selepas Lendir pekat yg menjadi punca kepada permasahan resdung, hidung berair N tersumbat ni dibuang - INSYA ALLAH, Anda akan rasa kelegaannya.

Dari sudut kajian pun, mmg Resdung ni disebabkan cairan/lendir yg terperangkap di dalam rongga hidung, dahi N pipi kita kan? :-)

Call/sms Pn.CT : 012-6546509

Polaris Girl said... [Reply to comment]

saya pon br pg klinik pakar hsnz pasal kes resdung ni. baru 1st time pg, doc kate tulang hidung sy bengkok. sedih sgt. die br je bg medication. kalo still x ok, kne operate. sbenrnye sy bukan chronic sgt, cuma xleh alergic seafood je. ble makan hdung trsumbat. hurm cuak jgk kalo bab operate ni. kawan saya da 6 kali operate, die kate bkn smbuh sepenuhnya, cuma ok sikit je. still ade tsumbat lg. sy buntu, xtau kt mane nk rawat gne kaedah lain utk resdung ni..

Anonymous said... [Reply to comment]

AssaLamu’aLaikum, Maaf mengganggu.

Masih tercari-cari tempat berubat resdung dan membuang punca (lendir) masalah resdung anda?
Sekadar mempromosikan Rawatan Resdung Tradisional yang Efektif (INSYA ALLAH)

Masalah gatal2 hidung, muka, alahan pada makanan laut atau belacan, jerawat resdung dan hidung berair – Tanda2 Resdung.

Kaedah : Membuang lendir punca gatal yang tersangkut dalam rongga hidung dan rongga muka.(Bukan pakai Asap)

Jika berminat atau ada kenal siapa2 yang nak buat rawatan, Tolong bagitau ye?
Juga membuat rawatan ke rumah (Bergantung kepada budi bicara)

Harga: RM40. (Juga menyediakan rawatan ke rumah sekitar KL dan Selangor)
Call/sms Pn.CT : 012-6546509 (untuk temujanji)

*Rawatan lelaki & perempuan
*Ibu mengandung, kanak2 di bawah 12 tahun dan pesakit jantung dilarang membuat rawatan ini

sabri said... [Reply to comment]

pehh..aku pown kne tulang hidung bengkok....bahaya jugak ni....jerawat kt muka jgn tye lh kejap hilang kjap ader....cm ne ni...nk oprate kos mahal....ader cre lain x yg boleh membantu tulang hidung bengkok ni....

sabri said... [Reply to comment]

cm ne nk hilangkan tulang hidung bengkok ni....sape2 ader cara lain selain oprate tolong kami,bantu kami,,

sabri said... [Reply to comment]

pehh..aku pown kne tulang hidung bengkok....bahaya jugak ni....jerawat kt muka jgn tye lh kejap hilang kjap ader....cm ne ni...nk oprate kos mahal....ader cre lain x yg boleh membantu tulang hidung bengkok ni....

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@sabri

mmg konpom bengkok ke sabri?
dah pegii xray??
kalo nk kos murah, g Gov Hospital lah.. kalo gi private, kalo ada Insurans, boleh je :D

Anonymous said... [Reply to comment]

saya sakit resdung sejak kecil. selalu gatal dan berair. mata pun boleh gatal dan berair. tapi semasa belajar di negara luar negara yang sejuk skit, sakit resdung surut dan jarang sakit. habis blajar dan balik , sakit resdung menjadi semula...jadi mungkin sbb cuaca jadi cam ni. pegi jumpa doktor macam biasa makan ubat. masih sakit resdung. satu hari sakit hidung yang serius saya bancuh ssikit air garam batu pekat. dan titis masuk dalam dua lubang hidung...tahan nafas, mendongak dan biarkan air garam lalu saluran hidung.. keluar dalam mulut. akhir nya terapi ini menghilangkan sakit resdung sampai ke hari ini.. alhamdulillah.

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya pun kena resdung. Makin teruk sekarang sebab dah lama tak berubat.Dulu kat tempat saya ni ada bomoh yang pandai asapkan muka sekali dengan jampi untuk cabut kuman resdung dalam darah kita.Mmg berkrangan.Tapi dia dah pindah ke Kedah. Seorang lagi bomoh guna telur ayam kampung yang dijampinya. Di alin/golek2 kat muka. Memang telur tu boleh cabut kuman resdung (dengan izin allah) kerana selepas digunakan bebera kali dalam sehari telor itu menjadi rosak teruk & bahagian dalam pada kulit telorbyk melekat hama2 resdung itu.Bomoh orang kedah panggil Tok Pin, tapi beliau telah lama meninggal dunia.SAYA INGIN MENCARI BOMOH2 RESDUNG YANG PANDAI MENGUBAT DENGAN MENJAMPI SEPERTI YANG SAYA NYATAKAN INI- MUNGKIN MASIH ADA DI NEGERI SEBELAH KEDAH SANA..

Sayang said... [Reply to comment]

Tq for this entry.. My doter ader problem telinga ader lendir yg mhalang gegendang telinga - punca coz resdung, my doter just 7 yr old n doc sugest buat surgery..

Anonymous said... [Reply to comment]

mcmana dgn hidung sesudah jumpa dr srinovianti???

Anonymous said... [Reply to comment]

Boleh cuba wat rawatan kt Pusat Rawatan Resdung As-Syifa'..InsyaAllah..rawatan yg disertai dengan ayat-ayat suci Al-Quran..
http://www.facebook.com/pages/Pusat-Rawatan-Resdung-As-Syifa/249024348506417

Aidil Alias said... [Reply to comment]

Menangani SEBAB akan membuatkan penyakit berulang2.. tangani PUNCAnya.. dan ketahui punca ya.. semoga ianya sangat membantu :-)

http://www.facebook.com/tfforall

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=260660657392890&set=a.250195185106104.58803.250182615107361&type=1&theater

Anonymous said... [Reply to comment]

kuantan susah la nak cr tempat rawatan

etas etassa said... [Reply to comment]

ada sape-sape tahu berapa kos keseluruhan untuk pembedahan? boleh menabung untuk pembedahan.

Anonymous said... [Reply to comment]

ada x kat kota kinabalu ne yang wat rawatan resdung.. ??? da puas carii...

alongaccessories kuantan said... [Reply to comment]

salam..sy org kuantan jgk.penykit pun sama,takut pun sama jgk nk pg hspital..lme kot ku kena penyakit ni.dr form 1...skang dh kje dh kawen.spe yg kena pnykit ni je tau azabnye..pernah hspital krjaan suh aku operate sinus n tonsil mase aku form 5..tp takut n diam je..azab sgt azab..satu kje pun xleh buat kalau kena bersin2.aku mkn kapsul super resdong..smpai bil brgantung harap dgn kapsul tu....hummmm

Yoon B said... [Reply to comment]

Kak.. Nak tahu tmpat dr.ong tu bleh? Nak pergi tp xtahu tmpat ngan nama kedai ke klinik??

Anonymous said... [Reply to comment]

saya pun pernah kena resdung tapi lepas dah cuba macam2 pastu nak give up..last2 sy cuba homeopathy. sy cuba kat homeopathy zuhairni.. dia bagi ubat air..1 set= 5 botol rasa macam air kosong hehehe.. dalam set yang ke 8 alhamdulillah.. sampai sekarang xde dah kena,, kalo silap mkn tu ada gatai2 sikit... pastu dah ok dah =)

Mdm Beauty "Xara Beauty Tips " said... [Reply to comment]

sy pon ade resdung...rimasnyer!!!... camne nak bg dia tak gatal eh? =(

Mdm Beauty "Xara Beauty Tips " said... [Reply to comment]

sy pon ade resdung...rimasnyer!!!... camne nak bg dia tak gatal eh? =(

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais